Post Last Edit by dauswq at 20-7-2010 16:35
BAB 16: Adakah ia suatu pengakhiran?
Canda tawa dua merpati sejoli menggamit suasana hening malam di tengah lautan itu. Di tambah pula dengan kemesraan yang terjalin antara mereka. Wajah Sarah suatu ketika masam mencuka. Sarah menundukkan kepalanya bagi menyembunyikan mimik mukanya itu.Namun, Hakimi menyedari akan perilaku luarbiasa Sarah.
“Kenapa Sarah? ,” tanya Hakimi.
“Kimi... .” Sarah menoleh kepalanya semula ke arah Hakimi. Dia memegang tangan Hakimi dengan kuat. “Sarah ada sesuatu nak cakap...Kimi nak marah Sarah pun, terpulanglah...Sarah bagitau sebab Sarah tak mau simpan lama.. harap Kimi terima dengan hati yang lapang,” kata Sarah.
Hakimi tersentak seketika dengan pengakuan Sarah itu. Dia memandang Sarah dengan wajah yang kebingungan.
“Sebenarnya,Sarah.... .” Hakimi meletakkan jari ibunya ke bibir Sarah sebagai isyarat untuk Sarah menghentikan percakapannya itu.
“Syyyhhhh....jangan cakap,” pinta Hakimi dengan wajah yang keanak-anakan manja.
“Biar Kimi tau sendiri nanti ,” sambung Hakimi.
Sarah merasakan Hakimi mencintainya dengan sepenuh jiwa raganya. Dia tidak sanggup lagi menyembunyikan statusnya di hadapan Hakimi. Dia berasa kesal menyimpan rahsia itu selama ini. Rahsia statusnya sebagai isteri kepada seseorang. Rahsia yang bakal membuatkan sesiapa sahaja kecewa, tidak terkecuali Hakimi.
Sarah tahu akan batas seorang isteri. Sarah waham. Keliru dengan kewajarannya mendedahkan hal sebenar kepada Hakimi. Hakimi berhak tahu, bisik hatinya.
Air mata Sarah bergenang di kelopak matanya. Berathati untuk dia mengungkap ucapan perpisahan. Begitu sukar untuk dia melafazkan “noktah cinta” . Adakalanya air mata Sarah mengalir sesekali teringat akan kisah manis sepanjang mereka bersama. Namun, ikatan perkahwinannya dengan Dr. Azmin menjadi benteng pemisah cinta mereka.Sekali sekala dia teringat akan Dr. Azmin, hatinya tidak dapat menahan kepiluan, mengenang jasa Dr. Azmin yang menjaga kebajikannya selama ini. Apatah lagi Dr. Azmin yang bertindak sebagai suami penyayang dan memenuhi segala permintaannya. Selama dia hilang ingatan, dia tidak sesiapa untuk bergantung melainkan Dr. Azmin. Jika dia berpihak pada Hakimi bermakna dia telah mengecewakan hati Dr. Azmin. Sampaikah hati Sarah untuk menamatkan rumahtangga mereka bina selama ini demi Hakimi?
Sarah terdiam. Air matanya tidak berhenti mengalir. Sedih. Waham. Hakimi membiarkan Sarah meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Hakimi tahu Sarah sengsara tetapi dia tidak menyoal akan penderitaannya itu. Dia hanya memandang Sarah dengan wajah yang sayu.
Tampaknya Sarah nekad. Dia mendakap Hakimi. Tetapi pelukannya itu tidak semesra sebelum ini. Hakimi merasakan Sarah cuba untuk menjauhinya. Dia bertentang mata dengan Sarah.
“Kimi.... Sarah harap Kimi dapat terima ,” kata Sarah tersedan-sedan.
“Sarah sudah berkahwin..denganseorang doktor... ,” sambung Sarah. Sebelum Sarah mengakhiri bicaranya, tangan Hakimi sudah jatuh dari pelukannya. Matanya membuntang. Dia agak terkejut dengan pengakuan Sarah itu. Dia menolak Sarah dengan perlahan lantas bangun dan berdiri membelakangi Sarah.
“Dah berapa lama Sarah?,” kata Hakimi cuba untuk menyembunyikan perasaannya amarah itu. Marah dan kecewa,itulah perasaan yang mengabui diri Hakimi ketika ini.
“Dah lama Kimi...maafkan Sarah menyembunyikan perkara ini selama kita bersama....Pertama kali Sarah pandang Kimi hati Sarah dah terpaut...tambah lagi keikhlasan Kimi masa di parti semalam...Sarah cuma nak beritahu Sarah cintakan Kimi sepenuh hati Sarah dan biarlah takdir sahaja penentu segala jodoh kita,” tangis Sarah lalu menoleh kepalanya ke depan.
“Kenapa? Kenapa ia berlaku? Salahkah aku mencintaikan seorang....arrrrrggghhh..KENAPA???? ,” pekik Hakimi dengan nada yang geram berbaur kesedihan. Suaranya yang lantang itu menjengah seluruh ceruk lautan Miami. Dia bergerak ke arah Sarah lalu memegang tangan Sarah.
“Belum pernah ada lagi wanita yang berjaya memikat hatiku melainkan Sarah......biarlah Sarah dah berpunya pun...tapi pinta Kimi jangan tinggalkan Kimi ,” kata Hakimi meluahkan perasaannya.
“Kimi...rumit, Kimi ,” kata Sarah menidakkan permintaan Hakimi itu.
“Sarah dah kahwin, Kimi... itu adalah perkara yang tidak boleh diubah...dan curang memang sangat dibenci orang...orang akan mencela,mencaci, menghina....Sarah tak sanggup melihat Kimi dicerca atas hubungan cinta yang terlarang ini...Kimi carilah wanita baik yang lain..wanita yang lebih baik dari Sarah ,” kata Sarah sambil menjatuhkan tangan Hakimi dari bahunya. Air matanya mengalir kepiluan kerana terpaksa berdusta menidakkan isi hatinya.
“Tiada wanita lain sebaik Sarah....Sarah hanyalah ratu Kimi selama-lamanya ,” kata Hakimi dengan nada yang jelas dan tegas.
“Tidak Kimi...Tidak...Kita harus tamatkan hubungan ini....Semuanya harus berakhir hari ini...Biar kita pahat sahaja cinta kita...Sarah akan ingat segala kisah cinta kita selama-lamanya...Sarah akan simpan... ,” kata Sarah memujuk Hakimi yang seperti tidak keruan itu.
Lelaki gagah seperti Hakimi juga tidak tahan untuk mengalirkan air matanya. Dia hanya terdiam tidak berkata-kata dan terduduk. Sarah merebahkan tubuhnya duduk di hadapan Hakimi. Dia lantas memeluk Hakimi dengan perlahan-lahan. Sarah dan Hakimi hanya mampu menangis.Tampaknya Hakimi sudah bersetuju menoktahkan hubungan mereka, tetapi tidak jalinan cinta antara mereka. Hakimi mendakap Sarah dengan penuh mesra. Mukanya digesel pada bahu Sarah. Begitu juga Sarah. Air mata Sarah kelihatan membasahi bahu Hakimi. Tangan Hakimi pula erat mendakap pinggul Sarah.
Pelukan mereka berlanjutan sehingga subuh hari. Sarah melelapkan matanya di bahu Hakimi. Hakimi pula memerhati suasana dinihari lautan Miami sambil tangannya erat memeluk Sarah. Tiada tanda penat kelihatan di mimik muka mereka, malah hanya kepuasan dan kemesraan sahaja yang terpancar. |