|
Cafe tu yg tempat breakfast tu ke? Ke ada cafe lain?
Chalet aku masuk dlm lagi lps reception office tu... Yg pastinya mmg chalet lama la. Row chalet baru dpn kitorg je... dah penuh.
Gambar dari google.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
oh yeke? no wonder petaling street penuh chick chick ke boom..rupa2nya hookers? buat penat aje aku ketakutan masa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
oohh... ye ke.. rasanyer baru bulan lepas pergi.. tp x duduk situ la.. lalu jer depan tu.. tgk xde org pun..
Pernah lalu situ jugak.. waktu mlm.. gelap gelita jer.. time cuti sekolah lak tu..
Entah laa.. takut jugak nak try masuk situ... hee..hee.. ingat saja2 nak riki tgk.. tp ada baby kecik waktu tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehhe tak pe...iolls p risik minggu depan...
|
|
|
|
|
|
|
|
haaaa.......yg ni pun aku ada citer.
Years back, pernah ler company tempat aku keje buat teambuilding kat sini. Masa tu tempat ni baru lagi. Aku tak pergi coz clash dgn class aku. So, balik tu dapat citer dari budak2 office ler.
Ada sorang budak pompuan ni mmg sensitif sikit, hijab dia terbuka. So, mlm tu ada aktiviti night treasure hunt. Berlari ler depa keliling kawasan tu cari harta karun kononnya. Sepanjang aktiviti tu, budak pompuan ni dok merungut dan membebel2....dia kata ni semua salah boss yg pilih tempat jin bertendang utk aktiviti..dia siap cakap, ada kak pon dok ikut group dia tu sepanjang aktiviti....ditakdirkan pulak dlm group tu ada sorang budak tu mengandung 2 bulan. Lg ler kak pon tu suka....itu ckp yg si sensitif nie. Siap si sensitif ni ckp....kak pon tu dok terbang2 atas kepala diaorg dan blh dgr bunyi kain dia berterbangan tu....
Balik dari teambuilding....budak yg mengandung tu jatuh sakit....dia dok menangis je.....sampai rasa mcm nak bunuh diri....teruk dan kronik giler keadaan dia masa tu...siang dia tido aje, mlm dok termenung dan menangis. Sib baik mak pak dia bawak pg berubat, alhamdulillah...dia ok lps tu. Ustaz yg tlg dia ckp kak pon tu berkenan sungguh dgn dia....tu yg dia ikut balik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah terkena di Everly Resort Melaka..
Dalam gambar kemain gah..
Sekali sampai.. lobi pun takde..
Tapi apa nak buat sebab dah booking & bayar..
Malam tu masa mandikan anak2 mmg rasa meremang je dalam bilik air tu...
Mula2 air dalam tub tu jernih..
Tetiba bertukar keruh cam air teh..
Cepat2 suruh anak2 keluar..
Lepas anak2 keluar.. tiba2 air tu jernih semula..
Malam tu mmg tido pasang Yassin sampai ke siang |
|
|
|
|
|
|
|
Nak share cerita awal pagi Sabtu lepas. Lokasi kat homestay area Dungun. Takdelah seram, cuma rasa macam ada gangguan sikit kat anak kedua yg baru masuk setahun 6 bulan.
Time tu sekitar jam 5 pagi. Anak tiba2 nangis kuat meraung2. Bukan nangis biasa2 mcm nak susu. Kepala dia kejap paling kiri kejap kanan, macam tak nak tengok atas. Time tu aku dah terfikir macam kena ganggu something. Tapi aku terlupa nak bacakan ayat, tengah mamai2 lagi masa tu sebab tak cukup tido. Aku dukung kejap tenangkan anak aku ni pastu wife pasang ayat Quran barulah dia berenti nangis n tido sampai pukul 9 pagi.
Sebenarnya aku dah plan nak sapukan minyak kasturi syifa guna kaedah sorang ustaz ajar beberapa minggu sebelum ni. Tapi bila sampai homestay tu terlupa pulak nak bawak masuk rumah. Tinggal dalam kereta. Homestay tu pulak takdelah creepy sangat. Rumah baru, cuma rasanya jarang ada orang masuk kot. Sekitar homestay tu banyak jugak rumah tapi seberang jalan hutan.
Itu jelah. Sori takde keseraman berlaku hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
amirezu replied at 3-6-2015 02:02 AM
Nak share cerita awal pagi Sabtu lepas. Lokasi kat homestay area Dungun. Takdelah seram, cuma rasa m ...
homestay mana nih?
iols penah duk homestay kat dungun
homestay Muslimah
harga murah je rm160 satu mlm
ok xde apa2..
kat area dungun tu pun byk homestay tp homestay yg iols dduk xjauh dr pantai blh jln kaki tp xleh mandi lah bahye xsesuai tuk mandi |
|
|
|
|
|
|
|
Aku klau tdo kt hotel memg akn buka lmpu tdo...klau terang sangat..buka lmpu bilik air.. asalkn brcahaya bilik tu.. klau gelap sgt tu yg asik imejin mcm2..
Stakat ni alhamdulillah la .. walaupun pernh stay hotel yg dlm hutan..msa trip nak naik gunung kk. Memg keliling pokok blak tggi2.. msa smpai pun dh mgrib.. selak jer lgsir nmpk byg2. Dah la tdo sorg dlm bilik..
Msa gi bali pun. Deko bali kn jnis tumbuhn2 tggi n ada kolam.dgn patung2 agama dorang jer. Memg x berenggang la dgn hsbnd.
|
|
|
|
|
|
|
|
homestay ni area Petronas Sura 2. asalnya nak duk kat homestay member depan pantai dungun. dia ada 4 unit homestay situ. tapi semua dah penuh. jadi dia transfer ke homestay kawan dia ni. rumah comey, tapi itulah ada gangguan sikit. sikit tu jelah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ni ada pengalaman terbaru. Fresh lagi, berlaku 2 malam lepas. Baru balik dari Sg. Buloh sebenarnya ni. Stay 2 malam kat satu homestay 2 tingkat, selang 1 lorong je dgn rumah yg pernah aku sewa 5 tahun dulu. Ingat nak bukak benang baru tapi fikir punya fikir baik sambung sini jelah. Pegi sana atas urusan sepupu kepada wife aku kawen malam semalam. Sepupu wife aku ni pun ada kisah mistik jugak yg berlaku 2 malam lepas masa nak buat persiapan kawen. Sedara sendiri yg nak rosakkan majlis. Itu nanti aku cerita lain.
Okeh...sambung pasal homestay ni. Homestay ni tak iklankan sangat kata tuannya. Kawan kepada pakcik wife aku yg punya. Dia dah tak duduk rumah ni. Jadi mungkin jarang sangat ada org masuk sebab pintu almari berhabuk.
*Erk...sape pulak lambung guli kat dapur ni...
Bentuk rumah sama macam rumah yg aku sewa dulu. Sama pattern. Cuma tuan rumah ada buat penambahan sikit dgn kecikkan laman belakang rumah. Ada 4 bilik tidur, 3 bilik air. Tingkat bawah ada 1 bilik tidur dengan 1 bilik air kat dapur. Tingkat atas lak ada 3 bilik tidur dengan 2 bilik air yg mana 1 bilik air dalam master bedroom, 1 lagi kat luar bilik dekat dgn tangga.
Master bedroom utk mak ngan ayah mertua aku sekali dgn 2 org adik ipar pompuan yg still anak dara lagi. Bilik kedua utk aku sekeluarga 4 beranak. Bilik ketiga LOCKED. Ada sign No Entry dgn sticker Men macam gambar bawah ni tapi dah diubahsuai sikit letak tanduk dgn ekor setan.
Bilik keempat yg kat bawah utk adik ipar laki dgn wife dia yg baru kawen minggu lepas.
Kisah Bermula
Aku sekeluarga dgn adik2 ipar aku balik ke homestay dekat2 pukul 1 pagi dari rumah abg ayah mertua aku yg nak kawenkan anaknya pada keesokan hari iaitu semalam. Mertua aku tak balik lagi masa tu, ada hal nak sambung bincang pasal kes gangguan ke atas sepupu wife aku. Ada orang letak barang yg mungkin bertujuan nak rosakkan majlis. Aku dah perasan lama sepupu wife aku ni mcm kena ganggu je sbb sebelum ni dah 2 kali nak kawen tapi tak jadi. 1st tak jadi tunang, putus dgn bf dia. 2nd, dah elok tunang dgn org lain tup2 putus tunang hanya beberapa hari sebelum nak kawen. Yg 3rd ni lak dgn org lain, beberapa minggu sebelum ni pun ada masalah sikit tapi aku tak tau masalah apa sampai dgr kata tak jadi nak kawen dalam masa terdekat. Tapi alhamdulillah berjalan lancar jugak semalam lepas beberapa usaha patahkan gangguan ni. Memang terancang betul, macam drama tv pulak aku rasa. Nanti aku cerita pasal ni kalau perlu.
Ok...so kitorg balik homestay dekat pukul 1 pagi. Aku terus naik bilik nak tido. Baring kejap je dah terlelap. Yg lain2 aku tak sure tido pukul berapa. Esoknya adik ipar aku cerita ada gangguan sikit malam tu.
Adik ipar laki yg tido kat bilik bawah dgn wife dia terjaga dari tido sbb terdengar bunyi lock kereta ayah dia..kereta Gen2. Sebelum naik tido ayah mertua aku dah lock kereta dia. Benda tu duk bukak lock, so adik ipar laki ni terdengar la sbb bilik dia kat pintu masuk rumah je. Kereta Gen2 tu pulak betul2 menghadap tingkap bilik adik ipar aku ni. Kereta aku lak duk belakang Gen2. Kereta adik ipar aku yg laki ni lak kat sebelah Gen2. Jadi ada 3 kereta dalam 1 pagar.
Adik ipar aku pegi amik kunci Gen2 kat ruang tamu, tekan alarm nak lock. Bila dia nak tido balik bunyi lagi sekali lock dibukak. Dia tekan lagi nak tutup. Pastu benda tu bukak lagi lock. Ntah berapa kali ntah duk main bukak tutup bukak tutup malam tu. Sampaikan adik ipar aku tak dapat nak tido sangat.
Tu cerita adik ipar laki. Mak mertua aku pun ada cerita gak. Katanya sebelum Subuh tu dia terdengar bunyi suara adik ipar aku yg laki ni menjerit kat bawah. Padahal adik ipar aku cakap dia tak menjerit pun. Aku pun ada dengar bunyi suara menjerit sekitar 8 pagi. Suara pompuan. Masa tu semua tido lagi sambung tido lepas Subuh, penat tak hilang lagi kot. Bunyi macam orang pompuan menjerit sambil nangis. Tak pasti tingkat atas atau bawah, tapi bunyi macam dari satu tempat terkurung. Aku suspect bilik ketiga yg berkunci tu, sebelah bilik aku.
Setiap kali aku keluar dari bilik air mesti aku tengok bilik ketiga tu. Dan aku perasan cuma bilik aku dengan master bedroom je yg ada ayat Quran kat depan pintu. Depan pintu bilik aku ada Ayat Qursi. Kat depan pintu master bedroom ada 4 Qul. Bilik bawah takde ayat Quran, cuma ada tulis "Bilik" je.
Itu jelah. Sekadar bunyi2. Mujurlah tak muncul depan2. Anak2 aku pun alhamdulillah dua2 takde kena apa2 gangguan. Masa masuk bilik aku dah baca2 sikit setakat mana yg aku tau untuk keselamatan.
Sorilah kalau tak seram |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun tak seram tapi saspen la jugak aku berminat betul nak tahu gangguan mistik keatas sepupu wife ko tu. sapa yg pedajal dan apa motif mendajal? cer ko bukak benang baru siket
|
|
|
|
|
|
|
|
amirezu replied at 8-6-2015 02:23 AM
Ok ni ada pengalaman terbaru. Fresh lagi, berlaku 2 malam lepas. Baru balik dari Sg. Buloh sebenarny ...
bilik no entry tu ade citer ke nape jdi gitu??
Aku pn x sabo nk tau citer gangguan mjlis kawen spupu tu
Ade lagi ye kes2 sebegitu zaman skang ni
nnti dh ade citer....calling2 ye klo rajin
|
|
|
|
|
|
|
|
Nanti nak fikir2 dulu buat ayat sebab ada part yg tak boleh nak cerita sangat kat public. Melibatkan maruah n macam2. Tapi nak mintak izin tuan tanah kedaung sambung cerita kat sini jelah walaupun lari topik sikit Nak bukak benang baru macam tak berbaloi je, pendek je ceritanya pun. Banyak info tak dapat lagi ni daripada ayah mertua aku sejak balik dari Sg. Buloh semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by amirezu at 9-6-2015 02:17 AM
Takde cerita setakat ni. Rasa geram jugak nak bukak bilik tu pakai kad, tengok apa ada kat dalam, tapi terfikir gak camana kalau bilik tu betul2 kena pagar? Bila bukak benda tu keluar merayau. Hoho boleh haru dibuatnya. Risau kat anak2 aku yg kecik lagi ni je. Ayah mertua aku kata mungkin buat stor, tapi aku tau ayah mertua aku ni pun fikir benda yg sama cuma dia jenis yg berahsia sket. Kalau fikir logik nak buat stor baik jadikan bilik bawah tu sbg stor. Bilik tu kecik je muat satu katil single. Bilik yg No Entry ni kecik sket je drp bilik kedua yg aku anak beranak tido ni. Itupun kalau betullah nak buat homestay. Masa aku sewa dulu bilik yg kena kunci nilah aku buat bilik stor, letak kotak barang2 elektrik je, bilik bawah aku buat SOHO. Lagipun tinggal berdua je dgn wife masa tu lepas dah kawen. Sunyi betul rasa, rumah 2 tingkat dgn 4 bilik tapi tinggal berdua je. Setakat rasa macam ada benda duk ngintai dari dapur tu biasa dah. Tapi mungkin perasaan jelah kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak amik gambar setan gantung tu? hehehhehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Haa...tu yg tertanya2 diri sendiri ni. Niat nak ambik gambar tu memang ada setiap kali lalu depan bilik tu. Tapi tak tau nape rasa berat je nak ambik gambar.
Rumah ni pulak...kalau nak kata homestay...lebih tepat dipanggil rumah tinggal kot. Sebabnya barang2 mcm semua ada. Maksud aku, buku2, set pinggan mangkuk dalam almari, basikal pun ada, termasuklah beberapa koleksi topi yg tergantung kat ruang tamu. Bilik air pun macam tak dibersihkan sangat dgn barang2 piping tinggal kat situ je. Ni first time duk homestay yg ala2 rumah tinggal macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
kekdahnya......sungguh la tuan rumah pun takut nak bekemas la gamaknya tu
|
|
|
|
|
|
|
|
aku nak story gak...story ni baru lagi...awal bulan jun hari tu aku pegi o/station ke taiping..duduk hotel yg agak baru...B-----y Hotel betul-betul depan Tesco taiping...
tapi takde la penampakan ke apa...cuma 1st time dok hotel (walaupun dan biasa o/station tido sorang), aku mimpi tak best mlm tu.masuk-masuk bilik rasa tak selesa..walaupun hotel tu cantik...maybe silap aku juga...selalu kalau o/station sorang, masuk bilik aku akan pasang berulang-ulang surah al-baqarah...
tapi kat taiping ni disebabkan ada member dan kami amik connecting room (pintu connecting pun bukak suku sentiasa), so kurang la takut dan tak pasang la pulak surah al-baqarah cam biasa..
so mlm tu lepas dinner balik bilik buat keje sikit...then tido...tapi mlm tu dok nightmare ...tak silap mimpi dok jln2 dgn member kat taman tasik taiping..pastu jumpa macam mayat bergerak (macam cerita walking dead) di setiap sudut taman...then mimpi masa tgh tido dlm bilik pun, mayat2 macam walking dead tu timbul dari dinding bilik...tido pun tak lena mlm tu..asik terjaga..
esok pagi tanya member...dia pun rupanya tak lena tido mlm tu...tapi takde la nightmare...
ntah la..maybe perasaan kot...tapi blkg hotel tu mmg sunyi...ade landasan keretapi dan macam ada balai polis lama yg ditinggalkan...penuh semak samun dan agak creepy...
tu je ceritaku..takla seram...cuma agak tak best perasaan dok situ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|