CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 17-1-2015 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 17-1-2015 07:24 PM
dimuka pintu
dipintu


Haha.. repetition kan? Saja malas nk pk ayat lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2015 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 17-1-2015 07:23 PM
Kalau dulu habis
berkerja Rayyan banyak


Da  terbiasa gune ber so bekerja pun jadi berkerja haha..

Btw thanks for highlighting

Tapi maksud ayat boleh difahami kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2015 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 17-1-2015 08:00 PM
Alu hrp, dgn sakitnya jie. Rayan blah.lalala.haha

Rayyan  the most loyal man like me...

Haha..

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 08:33 PM | Show all posts
elia201 replied at 17-1-2015 12:03 PM
Da  terbiasa gune ber so bekerja pun jadi berkerja haha..

Btw thanks for highlighting

blh and maintain. i love ur novel. Hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2015 08:44 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 17-1-2015 10:19 PM

" Semalam sebelum Cik Najiha berhalusinasi nampak hantu, ada tak dia hidu, makan atau minum sesuatu? Saya suspect ada orang nak menganiayai Cik Najiha. Berdasarkan laporan yang saya terima , kandungan dadah dalam darah Cik Najiha sangat tinggi.  Motif mungkin untuk membunuh atau menampakkan Cik Najiha gila." Itu kesimpulan yang Doktor Hadi dapat buat dalam kes ini.

Rayyan memikir sejenak.  Cuba mengingati kejadian semalam. Jie kelihatan biasa saja sehinggalah...

"Tisu ! " Jie alah dengan kucing. Kebetulan seekor kucing berwarna oren jinak mendekati mereka berdua. Jie mula rasa nak bersin. Seorang wanita tua menghulurkan tisu. Jie mengambil tisu yang dihulurkan setelah mengucapkan terima kasih. Setahu Rayyan Jie tak sempat makan atau minum sewaktu direstoran Intai Intai.

"You betul Doc. I rasa ada orang nak kenakan tunang I." Nampaknya Jie berdepan dengan musuh yang bijak. Tak terfikir tisu dan bunga boleh dijadikan medium perantara.

"Jenis dadah yang kami dapat kenalpasti adalah amphetamine. Ia boleh membuatkan 'high', bertenaga walaupun tak makan 2 hari dan lebih fokus.Tapi dos tinggi boleh menganggu sistem saraf pusat, ini bergantung kepada metabolisme seseorang juga. Dalam kes lain boleh menyebabkan strok ,  jantung terhenti dan kematian mengejut akibat overdose. Cik Najiha bernasib baik sempat dimasukkan ke hospital. Cuma saya harapkan Encik Rayyan bersabar dengan perubahan sikap Cik Najiha sepanjang proses detoksfikasi yang akan kami lakukan. Tunang Encik akan berubah menjadi murung, lapar dan haus yang terlampau , sensitif dan mengidam makan sesuatu. " Doktor Hadi menarik nafas.


"Secara fizikal pula Cik Najiha akan mudah terasa penat, loya dan sakit sakit badan. Kami masih lagi mengesan jenis dadah sintetik lain yang terdapat dalam darah Cik Najiha. Sebarang maklumat penting kami akan beritahu." Panjang lebar penerangan dari Doktor Hadi.


Rayyan cuma angguk. Faham. Sekarang dia mengerti kenapa Jie berkelakuan pelik semalam.

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 09:41 PM | Show all posts
elia201 replied at 17-1-2015 12:44 PM
" Semalam sebelum Cik Najiha berhalusinasi nampak hantu, ada tak dia hidu, makan atau minum sesuatu? ...

Aku teringin nk buat scene melibatkan dadah. Tapi aku maleh nak resarch. Plus, takde org untuk rujuk. Alaa, setakat online ja. bkn dijual.wakakaka.

I love jie.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2015 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 18-1-2015 10:47 AM

Note 4 milik Jie yang terletak di tepi katil berbunyi menandakan panggilan masuk. Rayyan melihat nama yang tertera diskrin. Zack! Berfikir sama ada patut atau tidak dia menjawab. Jie dilihat masih lagi lena. Kesan dari ubat penenang yang disuntik tadi. Telefon bimbit  berbunyi lagi. Kali ini menandakan mesej  masuk. Rayyan segera mencapai.Walau rasa tak patut untuk menyentuh hak 'privacy' orang, namun sebagai tunang , Rayyan rasa berhak untuk ambil tahu. Mesej dibuka dan dibaca.

Sender : Zack

How about our dinner tonite?
Hope you still remember

Hati Rayyan mula berdebar. Dinner? Curiga timbul. Pelbagai spekulasi negatif  bermain diminda. Terfikir kemungkinan Jie curang dibelakangnya.Tak mahu menuduh melulu maupun cemburu buta segera jari menaip mesej untuk membalas.

Just text me the place .
I'll be there soon.

Butang send disentuh. Mesej dihantar terus ke Zack.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 10:58 AM | Show all posts
elia201 replied at 18-1-2015 02:43 AM
Note 4 milik Jie yang terletak di tepi katil berbunyi menandakan panggilan masuk. Rayyan melihat nam ...

habiesssssssssssssss!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2015 02:27 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 18-1-2015 06:08 PM

Wajah kacak Zack ditenung. Mata mereka bertentangan. Dua lelaki bertemu. Hanya kerana seorang gadis bernama Nur Najiha.

" I tahu you mesti terperanjat kan, tengok I  yang datang bukan Jie. Jie admitted dekat hospital.I terbaca SMS yang you hantar. That's why I datang sini." Rayyan memula bicara. "Apa hubungan you dengan tunang I?" Soalan yang selama ini bermain diminda terluah. Rayyan ingin mendengar pengakuan dari Zack sendiri. Sebagai lelaki , Rayyan dapat rasakan Zack masih menaruh hati pada tunangnya.

"Kawan. Kan masa discuss pasal software syarikat you, I dah bagitahu you! Even sebelum tu Najiha pun dah kenalkan I sebagai kawan dia. Kami sama sama belajar masa di Ohio." Zack menjawab selamba. Wajah Rayyan ditenung. Nampak jelas lelaki dihadapannya masih tak puas hati.

"Stop pretending Zack ! I dapat tahu dari cousin I and Jie pun mengaku you dengan dia pernah bercinta masa belajar dulu. Kenapa you tak berterus terang dari awal?" Rayyan bukan mahu bertekak. Dia cuma inginkan kebenaran.

Zack menghela nafas panjang. "Bila Najiha kenalkan I sebagai kawan, I faham dia tak nak you tahu hubungan kami dulu. So I just follow the same.  Just imagine if Najiha introduce I dekat you sebagai kawan, then bila you tanya I , I bagitahu we were ex. Sure akan timbul konflik dalam hubungan you all. I tak nak jadi punca keretakan hubungan you and Najiha." Lega setelah meluahkan semua.

Rayyan diam. Menimbang kebenaran disebalik kata kata Zack. "Then kenapa you kerap jumpa tunang I diluar pengetahuan I?"

" I rasa you tahu kes Najiha diserang, kan? Rayyan cuma angguk.

Zack menyambung. " Dia jumpa thumb drive mungkin milik penyerang and minta tolong I decrypt sebab pen drive tu password protected. Najiha tak boleh bypass security untuk akses data. I cuma tolong dia."

" Thumb drive? Apa isi dalamnya? You dapat akses tak?" Rayyan ingin tahu lebih lanjut.

"Sebagai tunang Najiha I rasa you perlu tahu semua details dalam pen drive tu. Instinct I kata ada orang yang obses dengan Najiha. Kalau you nak further details you boleh ikut I datang rumah I sekarang. Semua details ada dalam laptop I dekat rumah. Itu pun kalau you tak kisahlah". Zack mempelawa. Lebih mudah untuk mencari penyelesaian terbaik jika mereka berdua bekerjasama. Semua ini dilakukan hanya kerana cintanya pada Najiha.

Tanpa berfikir panjang Rayyan terus memberikan persetujuan.  



Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 03:27 PM | Show all posts
sapa je yg dengki ngan NAJIHA nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2015 06:32 PM | Show all posts
Zack segera membuka pintu apartment. Rayyan dipersilakan masuk. Walaupun tinggal bujang, persekitaran rumah kelihatan kemas. Hiasan dalaman yang ringkas namun tetap menarik.

Mata Rayyan terpaku pada frame gambar yang terletak di dinding dan di atas meja. Kebanyakannya gambar Zack bersama Jie. Ada juga gambar Jie bersendirian. Pendek kata setiap ruang akan dihiasi oleh gambar tunangnya dan Zack dengan pelbagai pose dan gaya.

" You still cintakan Jie?" Rayyan rasa ada hak untuk tahu memandangkan gambar Jie menghiasi setiap ruang.

" I minta maaf kalau you tak selesa I simpan gambar tunang you. Najiha adalah perkara terbaik dalam hidup I. I cuma nak abadikan kenangan kami bersama. Jangan risau ! I berpijak dibumi nyata. I takkan rampas tunang orang." Zack memberikan jaminan. Perasan mata Rayyan asyik merenung gambar gambar Jie yang ada di setiap sudut.


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 06:46 PM | Show all posts
elia201 replied at 18-1-2015 10:32 AM
Zack segera membuka pintu apartment. Rayyan dipersilakan masuk. Walaupun tinggal bujang, persekitara ...

Org laki boleh jadi gila kalo gurl tolak dia. Laki skang actually, tak guna. tak semuala..

Laki mulut mnis, hati busuk.haha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2015 06:56 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 18-1-2015 08:44 PM

Cont...

" Kalau you cintakan dia kenapa you tinggalkan dia?" Rayyan sukar memahami lelaki dihadapannya. Dari cara Zack nampak seperti begitu cintakan Jie. " You still cintakan Jie?" Soalan sama diulang

"Kalau I kata I masih cintakan Najiha,  you akan putuskan tunang dengan Najiha supaya kami dapat bersama ke?" Zack sekadar menguji. Tiada maksud disebalik kata.

Rayyan terdiam. Tak mungkin dia 'melepaskan' Jie untuk bersama Zack.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2015 09:22 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 01:38 PM

Cont..
" I tinggalkan Najiha dulu sebab banyak perkara."Zack malas berahsia lagi. " Mommy dia tak suka kan I. I ni anak yatim piatu mana sepadan dengan Najiha. I tak pernah tahu Najiha anak Dato sebab gaya dia sangat 'low profile'. Tak berlagak macam anak orang kaya lain." Bukan ingin memuji sebarangan namun itulah kenyataannya.

"Tapi itu bukan sebab utama.  Sebab utama , kerana termakan ugutan member baik I sendiri. I student masa itu. I tak ada pilihan lain selain dari tinggalkan dia. Kalau tak..." Kata katanya terhenti.  Wajah Zack tampak kesal.

"Member baik you? Siapa? Dan kenapa dia ugut you tinggalkan Jie?" Rayyan tak dapat menahan rasa ingin tahu lagi.

"Dia anak 'lord'. Berpengaruh dan selalu rasa dia boleh 'beli' dan dapatkan apa saja. Dia selalu rasa semua perempuan akan tunduk  pada dia. I tak nafikan wajah dia memang kacak. Tambah pula dia berduit so memang perempuan akan lekat dengan dia. Cuma yang pelik even I kawan baik dia, rupanya dalam diam dia anggap I sebagai 'rival'. Bila dapat tahu hubungan I dengan Najiha, pelbagai cara dia gunakan untuk buat kami goyah. Dia pernah menipu Najiha untuk ke New York, perangkap Najiha dan I dalam satu bilik hotel supaya timbul salah faham antara I dengan family Najiha." Zack menarik nafas seketika. Kemudian dia menyambung. " Sejak kejadian dia perangkap I dengan Najiha, I terus putus sahabat dengan dia. I ingat dia takkan ganggu I atau Najiha lagi. Tapi dia bertindak ganas,  dia ugut I supaya tinggalkan Najiha, atau dia sendiri akan upah orang untuk bunuh Najiha ! I tak berani ambil risiko nyawa orang yang I sayang. So I tinggalkan Najiha. Sampai sekarang I tak faham motif dia beriya nak I dengan Najiha putus."Rasa lega setelah semua rahsia terluah.

"Siapa dia yang sanggup ugut nak bunuh Jie?" Rayyan yakin segala yang terjadi pada Jie sekarang ada kait mengait dengan kisah silam gadis itu.

"Tengku Hafiz. I panggil dia Ku Iz." Zack tunduk. Benci mengenang nama itu. Lelaki yang memisahkan dia dan Najiha.

"What?!" Rayyan tak menduga langsung sepupunya pernah berniat begitu terhadap Jie.

"Kenapa you tak pernah bagitahu I perkara sebenar, Zack?!" Satu suara kedengaran dari arah belakang. Zack dan Rayyan tersentak dengan kehadiran Jie.

"I tertanya tanya selama ini apa salah I? Kenapa you sanggup tinggalkan I macam itu saja? I down sangat !Sampai hati you !'  Air mata mula membasahi pipi gebunya. Langkah diatur mendekati Zack.

"I minta maaf sebab bencikan you selama ini ! I tak tahu you buat semua ini untuk kebaikan I." Jie spontan memeluk Zack. Wajah dibenam ke dada bidang lelaki itu.  "Maafkan I Zack !" Sayu suara kedengaran. Serentak itu kenangan mereka bersama bermain diingatan. Saat saat indah berdua.

Zack juga hanyut dalam kenangan masa silam mereka. Terlupa status gadis dihadapannya. Kehadiran Rayyan yang juga tunang Jie sudah tidak dihiraukan. Tubuh Jie dirangkul erat. " I sanggup buat apa saja untuk lindungi you even dengan nyawa I sendiri ! I tak pernah lupa janji I pada you !" Wajah Jie disentuh lembut. Air mata gadis itu dikesat. "Please ! I tak sanggup tengok you menangis!" Dada turun naik menahan sebak.

Rayyan pula hanya mampu terpaku disitu menyaksikan Zack dan Jie. Perasaannya bercampur baur. Cemburu, marah juga bersimpati dengan kisah cinta Zack dan Jie yang berakhir bukan atas kerelaan mereka berdua.







Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 11:27 PM | Show all posts
elia201 replied at 18-1-2015 01:22 PM
Cont..
" I tinggalkan Najiha dulu sebab banyak perkara."Zack malas berahsia lagi. " Mummy dia tak s ...

Ala zack..lu laki. lu blh kawen empat maa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2015 11:34 PM | Show all posts
Esmiria replied at 18-1-2015 11:27 PM
Ala zack..lu laki. lu blh kawen empat maa

read the edited version ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2015 12:36 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 19-1-2015 12:39 AM

" Ray... "  Jie mula sedar status diri sebagai tunang orang. Memikirkan Rayyan juga berada disitu. Pelukan Zack dileraikan. Wajah lelaki dihadapannya ditenung meminta pengertian.

Zack mengerti maksud renungan Jie. Pegangan terhadap gadis itu dilepaskan. Kepala diangguk tanda faham. Jie bukan lagi kekasihnya seperti dulu. Mereka harus berpijak dibumi nyata. Keadaan sekarang sudah berubah.

" I minta maaf sebab terlalu ikutkan perasaan I tadi." Pandangan beralih ke arah Rayyan. "I tahu you still tunang I. Jangan risau ! Tak ada apa yang akan berubah. Cuma I nak minta izin you.. " Suara Jie tersekat sekat.

"Apa dia sayang?" Rayyan tidak sabar untuk tahu.

" I nak  keluar berbincang dengan Zack berdua sekejap. Ada banyak benda yang tak settle antara kami. I hope you izinkan. " Jie berharap Rayyan bersetuju. Ada banyak soalan yang  perlukan jawapan dari Zack.

" It's ok ! I trust you !" Kedua tangan gadis itu digenggam erat. " You discuss lah dengan dia. Make thing clear.  Remember, I love you very much sayang !" Rayyan harap Jie takkan berubah hati.Tak sanggup kehilangan gadis itu.

" I love you very much too Ray !" Memang hanya nama lelaki itu tertulis dihati. Rayyan Hardy ! Walaupun bukan yang pertama namun itulah cinta sejatinya.

Rayyan senyum. " Thanks sayang !" Mata mula bercahaya .Yakin akan  ketulusan cinta tunangnya. "I will follow you all sampai kereta. Then kita berpecah.  I tunggu you  balik dekat hospital sayang." Kemudian, pandangan Rayyan beralih ke Zack.

" Please take a good care of her !" Sempat pesanan dititip kepada Zack.

Zack hanya mengangguk. Walau Rayyan tidak berpesan pun dia akan pastikan keselamatan Jie terjamin disampingnya.  Gadis itu adalah nyawa Zack. Mana mungkin Zack membiarkan sahaja Jie berada dalam keadaan terancam. Akan dipertahankan selagi terdaya.


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 06:22 AM | Show all posts
elia201 replied at 18-1-2015 03:34 PM
read the edited version ke?

dah bca edit version.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2015 06:24 AM | Show all posts
elia201 replied at 18-1-2015 04:36 PM
" Ray... "  Jie mula sedar status diri sebagai tunang orang. Memikirkan Rayyan juga berada disitu. P ...

aku menyampah dgn rayyan. series.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2015 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 19-1-2015 06:24 AM
aku menyampah dgn rayyan. series.

Kenape ek? Bukan perempuan suka lelaki sporting ke mcm Rayyan ke?sorry cma nak tau pov gurl towards men
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.472418 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list