CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[SERAM BEST] [Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #551 The Apprentice [F] - Pg:23 15/5

[Copy link]
Post time 23-6-2016 08:44 AM | Show all posts
JokesCop replied at 23-6-2016 01:04 AM
TITLE: GROW UP 2!! [F]
TEMPAT: Varsity Life, P.D
LAIN2: Cons from GROW UP2 !! [8]

Assalamualaikum JC
ni first time aku komen kat thread ko ni...yalah, baru register 2014...
baca dah lama dah...setiap entri aku baca..

Ini pendapat aku ya...

Sejujurnya, gaya penceritaan JC ni memang ada kelainan dari yang lain tetapi bagi aku tiada rasa keseraman bila ditambah terlalu banyak rencah 'kelakar' dalam setiap penceritaan. Memang ada yang aku rasa seram tapi pembacaan jadi terbantut bila ada scene 'kelakar'terlebih. Since this is cerita seram dan misteri, ia sepatutnya diolah untuk pembaca dapat rasa keseraman dan tertanya-tanya. Tapi yalah, setiap penulis, lain gaya bahasanya, even penulis novel cinta pun, lain garapannya.

Kalau nak dibukukan, kena banyak ubah pengolahan ayat. Kalau sekadar untuk bacaan di forum ini dan mana2 online, then tidak menjadi masalah. Itu hak masing2 untuk bercerita dan jika diterima ramai dan byk komen, then thread tu diterima baik. Tidaklah sendu mendu (tak dak komen apa2)

Apa pun, terpulang pada penulis sendiri untuk mengolah cerita kat sini. Ikut keselesaan dan pembaca faham jalan cerita. Pada aku, setiap entri dari JC, ada jalan cerita yang menarik, cuma olahan itu like you said>>>budak tak cukup sifat.

Habislah aku dihencap peminat ko JC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2016 10:20 AM | Show all posts
JC ensem,

Dude, I really like cara penulisan ko ni. Seram, tapi ada humour. Tu your kelainan and your strength aku rasa. Cuma, maybe bawak ke humour yang adult sikit la kot. Tapi aku paham sebab cerita2 sebelum ni is cerita masa zaman muda, so sesuai la kot tone "budak x cukup sifat".

Keep on writing!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2016 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 23-6-2016 08:44 AM
Assalamualaikum JC
ni first time aku komen kat thread ko ni...yalah, baru register 2014...
baca  ...

Hahaha, the rate story aku going, aky doubt peminat still ada. Anyway, thanks for your feedback. Hilangkan lawak dalam story aku mmg susah, sebab rata2 penampakan yg dialami aku kalau boleh ingat balik mmg lawak. Maybe cara aku handle episod seram agak begitu, xsama dgn orang lain.

Maybe, just maybe, baby step, ejaan perlu diperbaiki. Or susunan ayat, kosa kata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2016 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
pjade replied at 23-6-2016 10:20 AM
JC ensem,

Dude, I really like cara penulisan ko ni. Seram, tapi ada humour. Tu your kelainan and  ...

Adult humour, interesting, adult humour aku agak dark.

My jokes is like food, not all people get it.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks jc. Xsabar nk baca kisah baru pula..

So far aku ok je dgn perencah2 tu.. Cuma mean girls yg rasa mcm draggy sikit.. Tp maybe sbb lama sgt tggu update aritu.

Papepun kipidap.
Mungkin bila dh update tt letak tarikh update dekat tajuk. Senang org nk tahu. Sbb aku ada follow tp xkluar notice pn kt i follow tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ai suke penulisan yg jc yg skrg,xbosan,seram pon smpai

chaiyok2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2016 11:22 AM | Show all posts
thorbaek JC!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2016 01:34 AM | Show all posts
Edited by JokesCop at 12-7-2016 04:58 PM

TITLE: The Apprentice
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Baru nak start hidup, which aku learn, lagi susah dari nak start motor pakai injap kaki..

[Pilot]

Kerja, or dalam lagu Rihanna perkataan yg telah ditekankan sebanyak 81 kali dan khalifah hanya berjaya menyebutnya sebanyak 11 kali. Perbezaan dia adalah sebanyak 70 kali.. Tapi, cerita kali ni bukanlah berkisar mengenai Rihanna ataupun Khalifah atau matematik sekali pun, kisah kali ni aim dia kerja.. So, less meroyan and aim for straight to the point story, aku mulakan cerita kali ni..

Aku start pickup kerja circa tahun 2008 literally 2 hari lepas habis final exam aku pergi interview and xtahu mcm mana 15 minutes in interview, Boss yg pakai pagoda + tali leher + rokok masih menyala lagi dekat asbak aku MBLBNS-kan En. Kardashian or Mr.K terus cakap "OK, JC, paling cepat bila boleh start?".. Since this is my 2nd interview (note: 1st interview GLC company before final which aku x dapat jawapan lagi), aku yg terkejut and nervous pun cakap, "next 2 week boleh? Saya nak balik kampung rehat2 kejap..".. Mr. K tepuk meja dgn 2 tangan terus cakap "OK!!".. Aku x sure mana kesalahan aku kat sini, percaya dgn Boss yg pakai pagoda interview aku or mintak just 2 weeks nak rehat kat rumah and that the most/last rest yg aku dapat lepas almost 8 years aku menceburi bidang perkerjaan.. Amma Ba'du (read: berehat kejap between sentence, in which 1 minggu jugak aku berhenti menulis lepas sentence ni)..

Masuk office, aku terus diarah ke Kedah selama 1 bulan.. Duduk rumah sewa seramai 3 orang, aku and this one guy yg senior dari aku 1 tahun yg lagaknye mcm dah masuk bidang ni 30 tahun yg aku bernama Waris (read: MBLBNS) and 1 lagi bertukar2 selama seminggu, kadang2 Mr.K, boss yg lagi 1, or kadang2 junior yg lain.. Ada 3 lagi senior lelaki yg mati2 xnak balik Kedah buat project ni.. Sampai sekarang aku x pasti kenapa, ada 3 sebab yg aku rasa..

[Reasons]

Sebab Pertama : Project yg aku dapat ni lost cause, banyak sangat tangan pegang, sampai development jadi carca marba.. Sistem jalan tapi masalah banyak sangat sampai dalam satu minggu mesti ada satu hari Sistem kene tarik balik and revert pada old sistem.. Oh yeah, aku dalam bidang IT, and aku start dengan the most glorious pencacai title one can wish, which is Application Developer.. Worst title, worst client (note: tukar2 requirement), worst environment (note: site office aku punya la kecik, 2 orang je boleh ada dalam office dalam satu masa, kalau ada 3 orang, lagi sorang pergi berehat2 sambil tunggu keje siap).. And tiap2 kali sistem down, mesti kami kene sembur dgn pakcik kat bilik meeting sambil ugut2 nak tarik balik project.. Aku yg level pencacai mestilah xambik port.. So experience yg aku dapat masa ni adalah tahan kene maki..

Sebab Kedua : Waris ni jenis, yes boss, ok boss, I jilat you boss, you dont need to jilat me back, I don't mind at all, or sometimes I don't have mind at all.. Aku xdelah benci sangat perangai dia, sebab title aku pun masa ni pencacai, so aku pedulik apa, lain orang lain working etique.. Plus, satu lagi perangai dia, dia ni super obsess pasal benda2 ghaibyun, kadang2 cerita dia aku x percaya lansung, kadang2 benda tu jadik, tapi aku malas nak ambik port sebab kecik sangat..

Contohnya, benda ni jadik circa pukul 11 malam, aku dgn Waris baru closing kerja and ready nak balik.. Masing2 dah penat and hari last kerja sebelum weekend (read: Khamis kalau kat Kedah), Junior kitorang tunggu dalam kereta tidur, x tahan penat.. Nak keluar tu kitorang kene lalu bilik server, bagi yg xtau, bilik server ni adalah satu peti ais yg dicipta utk memastikan CPU (read: computer) dalam bilik ni berhibenasi dgn baik mcm beruang kutub.. Setiap kali balik, kitorang kene pastikan air-cond bilik ni berfungsi and pintu tertutup.. Ada satu hari, aku xsure malaun jintat mana pergi tutup aircond dengan suis computer dalam bilik ni kunun2 nak jimat elektrik.. Pukul 2 pagi aku dgn Waris kene patah balik office semata2 nak on benda ni.. Dah la Aloq Staq ni x mcm bandar lain, 9 malam dah mcm pukul 3 pagi, lengang, yg ada pun mat rempit main sepak terajang kat main road.. So berbalik pada bilik server, 2-3 langkat nak sampai tombol pintu bilik server turun naik turun naik, mcm ada orang cuba bukak dari dalam.. Aku and Waris berenti kejong tgk fenomena tu, dalam kepala otak aku pikir ada orang sangkut dalam tu, minus degree tu.. Waris start gelabah, dalam kepala otak dia terus tangkap ada jin mana tgh nak keluar..

Waris: JC, den ghaso baik kita blah je..

Maybe sebab penant sangat, aku terus bukak pintu tu dgn semangat, well, aku terlalu tua untuk malaun jintat.. Mcm biasa, sepi and neglegted yer kawan2.. Aku imbas sekali dalam bilik tu, lampu2 semua hidup, aircond berasa, aku cepat2 tutup suis lampu (read: suis lampu boleh tutup baideway) and keluar.. Pintu bilik server ni jenis yg pintu rintangan api, jenis yg bila tutup x payah tolak ke tarik, dia akan tutup sendiri slow2.. Even kalau cuba nak hempas pun x boleh, dia akan slow mo tutup.. Setapak je aku gerak kebelakang dari pintu, terus pintu terhempas mcm ada orang tarik dari dalam, in this case mcm ada orang yg bertenaga sekuat beruang kutub tarik.. Waris dengan gelabah x ingat terus lari keluar dari building menjerit2.. Aku just lantakkan je peristiwa tu dgn berjalan sehabis cool keluar.. Well, bila baru habis keje programming, saraf otak dia terputus dibeberapa bahagian sikit.. Dalam pemikiran aku, selain jin dan syaitan nirojim, beruang kutub juga mungkin menjadi faktor kekacauan kali ni.. Ekceli aku pun mencicit keluar jugak dari tempat puaka ni..


[Furious 3]

Masuk kereta, even dalam state yg xsesuai nak drive, Waris terus drive kelam kabut.. Jr kitorang yg tido kat belakang bangun and pegang rangka seat sekuat hati (note: tingkap terbukak masa ni)..

Jr: Waris, kenape weyh ?
JC: Woi, relax la woi, ko mcm nak bunuh orang je ni..

Tiba2 Waris naik angin and menjerit2..

Waris: TU LA KORANG!! AKU DAH CAKAP, JANGAN BUAT BUKAN2!!

Aku and Jr tercengang..

JC: Bukan2 tu ape ?
Waris: Mana den tau!! Korang ade buat bende xsenonoh ni!! Sebab tu kita kene kacau!!

Aku yg biasa take bende mistik as lawak x dapat hadam situasi yg berlainan approach dari biasa..

JC: Ape benda yg x senonoh tu Waris oii?
Waris: Benda xsenonoh la!! Ko tu JC, hari2 bergayut kat phone sampai lewat malam!! Jr, ko buat ape kunci2 pintu dalam bilik? Bawak pompuan ke??

Aku dah start malas nak layan, ape kene mengene beb, kalau aku nak gayut phone ke, si Jr. ni nak tido bogel ke ape ke, apa hal kitorang kene kacau kat office, mesti benda tu kacau kat rumah.. Plus, aku pun dah agak penat hari tu, aku terus nyalakan rokok and nak hisap.. Terus Waris sound..

Waris: Woi!! Ko tau x asap ni makanan sape? Buatnye dia ikut kite balik mcm mane?

Aku dengan hanginnya terus sound balik..

JC: Demmit la Waris, ko bawak kete mcm syaitan ni ko tau x makanan sape?
Waris: Sape?
JC: Makanan pengali kubur ko tau x? Dia ada job kejap lagi, dapat makan lah dia!!

Waris nampak mcm bertenang sikit dgn slo sikit and tapi still membebel2 salahkan kitorang sebab buat benda bukan2 sebab tu kene kacau.. Sampai je simpang rumah yg ada bendang sikit tiba2 Waris break emergency sampai tersenget tayar.. Aku yg dah sedia mengucap 2 kalimah syahadah since ofis dah prepare impact bendang ke divider ke tembok rumah orang ke.. Nasib kitorang baik, kereta kat tengah2 jalan.. Aku masa ni dah x boleh nak kawal ablasa dalam badan..

JC: WOI!! Ko dah kenapa??

Waris start berbuih2 sebelah aku.. Haram jadah, penyakit kusta jenis ape yg dah jadik plak?

Waris: JC, den x boleh la, den x boleh la!! Hijab den dah terbukak dah..

Terkebelakang sikit aku dengan benda tu, Jr dah start keluar dari kereta sambil urut2 dada kat tepi jalan.. Celaka, hijab ape plak terbukak tengah2 malam ni tanye aku dalam hati..

JC: Dah la, biar aku drive la Waris oii..

Aku keluar je dari kete, cepat2 Waris tukar tempat duduk dari driver ke shotgun ikut jalan dalam, mengelupur2 aku tgk budak tu dalam kete.. Aku suruh Jr. masuk and terus drive, Waris punye nafas dah turun naik turun naik.. Jauh sikit dari bendang aku start tanye Waris..

JC: Ko dah kenape weyh?
Waris: Ko x nampak kat bendang tadi? Ada benda putih terbang lintas..

Adeii, penyakit budak ni dah datang.. Aku tgk Jr., cepat2 Jr. geleng kepala.. Aku tgk Waris balik yg sekejap mencangkung, sekejap tutup muka kat lutut..

JC: Aku x nampak ape2 pun..
Waris: Tu den cakap, hijab den dah terbukak.. Ni semua sebab korang la ni..

Kalaulah ade pertandingan roll eyes, aku lah champion masa tu.. Aku terus masuk parking rumah and bukak pintu.. Waris still lagi kat dalam kereta sambil sembunyik muka kat lutut..

JC: Turunlah weyh, pi mandi ke ape ke, nanti ok baliklah tu..

Dekat sejam jugaklah Waris duduk dalam kereta, then slow2 dia turun.. Aku dgn Jr. dah berdekah2 dalam rumah makan meggi sambil tgk movie..

Waris: Aku rasa nak demamlah, aku tidur dulu la..

Malam tu, 30 minit sekali jugaklah Waris menjerit2 mengigau.. Memula aku dgn Jr. concern jugaklah ape jadi dekat budak ni, tapi lepas 3 kali benda sama jadik, aku angkat tilam tidur sekali dengan Jr. je.. Ko nak jerit ke, terjun tingkap ke, lantak ko lah Waris.. End game kejadian ni, kami kene marah jugak bila esoknya bila pak guard telepon bos cakap pintu office x tutup, semua main balik je..

So, berbalik kepada sebab terakhir kenape Senior2 aku xnak pergi ke Kedah ternampak di hujung bulan..

Sebab Ketiga: Gaji kami x masuk.. Murung aku dengan Waris dekat kedai nasi lemak 5kupang..

JC: Waris, bila lah nak dapat gaji ni, dah 7 haribulan ni..
Waris: (sambil melantak) Entah la JC, masuk ni dah 3 bulan aku tunggu, x masuk2 lagi..

Aku terus termenung sambil terkuis2 nasik lemak dgn isi ayam yg besar kelingking aku..

Waris: Apsal JC? Mcm down je..
JC: Mcm ni punya kes Waris, hijab aku bakal terbukak sat lagi ni..
Waris: Hijab ape plak JC?
JC: Hijapan padu kat muka Mr. K bakal menyusul ni kejap lagi ni.

So, sementara nak tunggu gaji aku masuk..


TU BI KON TI NUW~~


[Aftermath]
No Aftermath 1st episode.. Until next post, stay classy SMTBL's Reader..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2016 06:17 AM | Show all posts
wei...aloq staq area mna???
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 08:27 AM | Show all posts
JokesCop replied at 23-6-2016 02:04 AM
TITLE: GROW UP 2!! [F]
TEMPAT: Varsity Life, P.D
LAIN2: Cons from GROW UP2 !! [8]

maintain je macam skrg cara penulisan tu
aku minat sebab gaya penceritaan ko
cerita ko tu
jalan cerita biasa je citer seram...cuma impak dia besar sebab cara ko story mory

so....maintain je
JC for putrajaya!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 10:02 AM | Show all posts
citer sblm ni mmg dh abis eh JC. mcm tergantung jek.

Bila JC xmeroyan.. jadi pendek lak citer.  JC keep on meroyan plsss
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
yeay ade update, tq jc
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 11:36 AM | Show all posts
Hi JC...

Aku budak baru kat sini...

Tapi aku dah baca semua cerita2 ko... aku follow cerita ko semua senyap2 je..

Aku suka style penulisan ko

Tergelak2 aku baca kat ofis ni ha

TQ JC
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2016 07:56 PM | Show all posts
leenaz replied at 28-6-2016 08:27 AM
maintain je macam skrg cara penulisan tu
aku minat sebab gaya penceritaan ko
cerita ko tu

YES!!! JC FOR PUTRAJAYA!!!
Jap, aku cari kemenyan nak menyurup meroyan, sabaq na~~
Hang pi mana, hang pi mana, hang pi mana, hang pi mana!!!


Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 08:55 PM | Show all posts
JC!! Welkam bek!!

Ok serius discussion, gaya penulisan, sense of humor, cite sambung tahun depan tu treadmark ko, tak perlu ubah apa2 sebab penunggu benang ni dah hadam peel ko

Cuma yg patut diperbaiki sambungan cite sampai tahun depan tu lah, utk mengelakkan rusuhan dan benang ko terpelusuk ke belakang lalu sendu.

Selebihnya, stay as you are. Gaya penulisan ko tu lah uniknya ko dari benang2 lain kat mps ni.

Vote utk tak berubah!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 28-6-2016 01:34 AM
TITLE: The Apprentice
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Baru nak start hidup, which aku learn, lagi su ...

Yeahhhh aku seru mentera pusaka rajin jc di purnama ini, fuhhhhhhh fuhhhhhh fuyoooooooo


The apprentice 2 soon  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 01:48 PM | Show all posts
punye lama ko hilang... mean girls ni dah abes citer ke? punye dragging jalan citer. serius citer ko sume best tp mean girl memang agak membosankan. ke sebab ko amek masa terlalu lama update ha?

baideway ko masih writer feveret aku. cuma aku akan tunggu  ko dah abes update baru aku baca. tak sanggup aku hidup diselebungi misteri "di mana update JC" lagi. hah!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 01:53 PM | Show all posts
Takyah la ubah gaya penceritaan JC.. iols boleh hadap baca cerita seram ialah because of your style yang buat kadar ketakutan tu rendah sket. haha.

vote #remain hiks
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah jc...sy Sr JC jer..so..jc dah ade ebook ye...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yay dh ada citer baru. Xsabar nk dpt update hihi

Walaupun byk lawak tp ttp seram gila juga. Rasa mcm ada kat situ.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.112872 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list