|
YDP Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar : update: selamat dimakamkan
[Copy link]
|
|
Reply #432 NoraHay_08's post
Melonjak kegembiraan teramat sgt kalinye dlm hati Mufti tu smp tertepuk tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdullilah.. moga n9 makmur di bawah pemerintahan Tuanku Muhriz  |
|
|
|
|
|
|
|
korang perasan tak semalam TM ni tertidur sampai tersengguk. kendian dia terjaga. time tu pulak kamera memang fokus kat dia ye lah.... lama sangat upacaranya. kalau orang biasa, derang kambus je tanah dalam liang. disebabkan kerabat, derang masukkan tanah sebekas-sebekas. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya sikit... masa upacara pemakaman, sebelum dimasukkan tanah... mereka ada letak benda bulat-bulat macam tempurung kelapa... yang bulat-bulat tu apa ye?
sorry, aku memang tak pernah tengok orang kebumi. aku memang tak tahu menahu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #445 CARI^sesuatu's post
tu ..tanah liat di kepal2 jadikan bulat .....letak kat sebelah mayat (kalau tak silap lah) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kimmy at 30-12-2008 11:19 AM 
tu ..tanah liat di kepal2 jadikan bulat .....letak kat sebelah mayat (kalau tak silap lah)
tanah liat rupanya. terima kasih atas penjelasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambo tak ada ker? kalau ada wartawan pat sini yang pegi menziarah & take pic tolong lah paste.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenazah Tuanku Ja'afar disemadi
Oleh Zainab Mohd Yatim, Hussain Said dan Norliza Wasilan
Makam bersebelahan Masjid Tuanku Munawir
KUALA PILAH: Jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman yang mangkat Sabtu lalu selamat disemadikan di Makam Diraja Seri Menanti, bersebelahan Masjid Tuanku Munawir, di sini, tepat jam 5.30 petang, semalam.
Suasana sayu jelas kelihatan pada air muka mereka yang mengiringi perjalanan terakhir Almarhum dari Istana Besar Seri Menanti dengan menaiki pedati dinamakan 'Maharaja Diraja' yang ditarik secara perlahan-lahan sejauh 400 meter oleh 48 anggota Rejimen 24 Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Rasah.
Mengiringi pedati 'Maharaja Diraja' adalah Datuk Kanda Maharaja, Datuk Mangku, Datuk Panglima Gagah dan Datuk Menteri Hakim serta kira-kira 3,000 rakyat jelata.
Bersama-sama mengiringi jenazah Almarhum adalah Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir; tiga putera Almarhum, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar dan Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar, puteri serta kerabat Diraja Negeri Sembilan.
Turut sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim; wakil kedutaan dan pemimpin.
Pemergian baginda juga diiringi tembakan meriam 86 das oleh anggota 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja, Kem Sungai Buloh sebagai menghormati kemangkatan baginda yang memerintah negeri ini selama 41 tahun.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad memimpin bacaan talkin yang dibacakan jam 6.05 petang, sebelum selesai majlis setengah jam kemudian.
Sebelum dimakamkan, jenazah Almarhum disemayamkan di atas Takhta Ratna setinggi 10 tingkat di ruang hadapan Istana Besar Seri Menanti di antara jam 11 pagi hingga 2 petang untuk memberi kesempatan kepada pemimpin dan rakyat jelata memberikan penghormatan terakhir.
Antara kenamaan yang hadir memberikan penghormatan ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah; Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar; Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Tengku Muda Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Almarhum Tuanku Ja'afar, 86, mangkat kerana serangan angin ahmar pada jam 11.45 pagi, Sabtu lalu di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by CARI^sesuatu at 30-12-2008 11:15 AM 
nak tanya sikit... masa upacara pemakaman, sebelum dimasukkan tanah... mereka ada letak benda bulat-bulat macam tempurung kelapa... yang bulat-bulat tu apa ye?
sorry, aku memang tak pernah ten ...
mmg style org negori camtu....mayat akan diiring mengadap kiblat dan kepal2 bulat tanah liat tu utk support bawah jenazah untuk mengiring mengadap kiblat...dan muka kain kapan jenazah akan dibuka cium dinding liang lahat...itu style negeri sembilan kot...psl kg aku buat camtu... aku pernah experience msuk liang lahad sambut jenazah dan buat camtu... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #452 ekod79\ catat
spjg yg aku tgk..mmg tu laa cara jenazah org islam di kebumikan.. x kira kat mana2 negeri pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemakaman Almarhum Tuanku Ja’afar dalam suasana sayu

| AL-FATIHAH... Tuanku Ampuan Najihah menyiram air mawar ke pusara Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman di Makam Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam.
|
KUALA PILAH 29 Dis. – Suasana sayu menyelubungi Istiadat Pemakaman Diraja bermula sebaik sahaja jenazah Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, 86 dibawa keluar dari Istana Besar Seri Menanti di sini petang ini.
Perjalanan terakhir Almarhum dengan menaiki pedati dinamakan ‘Maharaja Diraja’ ditarik secara perlahan-lahan sejauh 400 meter oleh 52 anggota dari 24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Rasah ke Makam Diraja.
Pada masa yang sama, pemergian baginda diiringi 86 das tembakan meriam oleh anggota 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja, Kem Sungai Buloh sebagai menghormati kemangkatan baginda yang telah memerintah negeri ini selama 41 tahun.
Jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar selamat disemadikan pada pukul 5.30 petang di Makam Diraja Seri Menanti bersebelahan Masjid Tuanku Munawir, di sini.
Turut mengiringi pedati Maharaja Diraja ialah Datuk Kanda Maharaja, Datuk Mangku, Datuk Panglima Gagah dan Datuk Menteri Hakim.
Sebelum dimakamkan, jenazah Almarhum disemayamkan di atas Takhta Ratna setinggi 10 anak tangga di Istana Besar Seri Menanti dari pukul 11 pagi hingga 2 petang untuk memberi kesempatan kepada pemimpin dan rakyat jelata memberikan penghormatan terakhir.
Antara kenamaan yang hadir memberikan penghormatan hari ini ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah; Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak; Menteri Besar Negeri Sembilan; Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; wakil kedutaan dan para pemimpin.
Bersama-sama mengiringi jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar ialah Tuanku Ampuan Najihah; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, tiga putera Almarhum, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin, Tunku Muda Serting Tunku Imran dan Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin, puteri serta kerabat diraja Negeri Sembilan.
Almarhum Tuanku Ja’afar mangkat pada pukul 11.45 pagi, Sabtu lalu di Hospital Tuanku Ja’afar setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengadu sakit kepala dan rasa tidak selesa.
Jenazah Almarhum disembahyangkan di Istana Besar Seri Menanti dengan diimamkan oleh Mufti negeri, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad diikuti lebih 1,000 jemaah yang terdiri daripada kerabat, pembesar negeri, orang kenamaan dan ketua jabatan pada pukul 4.30 petang ini.
Sementara itu di Makam Diraja, jenazah Almarhum diturunkan ke liang lahad pada pukul 5.30 petang diikuti bacaan talkin oleh Murtadza sebelum Tuanku Ampuan Najihah menyiram air mawar disusuli oleh Tuanku Muhriz, kerabat diraja dan pemimpin negara.
Pada sebelah malamnya, diadakan bacaan tahlil di Masjid Tuanku Munawir serta seluruh masjid dan surau di negeri ini.
aku rasa masa bini tuanku mukhriz tak siram air tu.. hormatkan soltan brunei ... lagi pun aku rasa.. tak yah yg pompuan buat masa acara rasmi camni.... wokeyyyy kalu tak siram... banyak hari lain lagi nak siram pun...  |
|
|
|
|
|
|
|
wa smlm terkujat tgk bekas tuanku ampuan wa berlaga2 pipi ngan soltan brunei da...
dah la wa tgk soltan brunei cam teragak2 jugak...
hadoiii...malu org kampong tgk...mana leh laga2 pipi....ngan bini2 raja leh laaaa .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #457 JunkMail's post
bukan sultan brunei je sultan kedah pun sama teragak je...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|