|
Saham KL mendatar
KUALA LUMPUR 25 April - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka terus bergerak mendatar minggu depan kerana pelabur-pelabur masih berwaspada terhadap faktor-faktor luaran yang negatif meskipun muncul berita-berita korporat yang positif, kata para peniaga.
Mereka berkata, pelabur pasaran menunggu hasil perdebatan tentang reformasi kewangan AS.
Seorang peniaga berkata, tuduhan menipu ke atas Goldman Sach memperkukuh kewajaran bagi reformasi kewangan.
Bagaimanapun, dengan ketegangan politik yang semakin meningkat di Bangkok, Malaysia berkemungkinan menjadi destinasi pelaburan dalam pertimbangan pelabur, katanya.
"Beberapa pengurus dana mungkin memandang ke arah Malaysia untuk memindahkan kepentingan mereka dari Thailand berikutan beberapa siri serangan bom ke atas pusat kewangan utama Bangkok pada Khamis lalu.
"Dengan ketegangan politik semakin memuncak di Bangkok, ada kemungkinan berlaku pengaliran keluar dana dari Thailand.
"Sesetengah dana serantau mengkaji untuk mengurangkan risiko negara dengan memindahkan sebahagian daripada pelaburan mereka ke negara-negara jiran seperti Malaysia," tegasnya.
Bursa tempatan menyaksikan dagangan berjajaran sempit minggu ini meskipun terdapat berita-berita positif daripada Tenaga Nasional dan Bursa Malaysia.
Indeks Harga Pengguna bagi Mac naik 1.3 peratus kepada 113.2 daripada 111.7 pada bulan yang sama tahun lepas.
Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI naik 4.01 mata kepada 1,336.78 daripada 1,332.77 Jumaat lepas.
Indeks FBM Emas meningkat 23.87 mata kepada 9,074.47. Indeks FBM Top100, bagaimanapun, turun 175.06 mata kepada 8,805.06 dan Indeks FBM ACE susut 32.97 mata kepada 4,174.35.
Indeks Kewangan mengukuh 58.24 mata kepada 12,026.07 dan Indeks Perusahaan meningkat 31.03 mata kepada 2,785.38.
Bagaimanapun, Indeks Perladangan jatuh 15.9 mata kepada 6,501.52.
Jumlah dagangan minggu ini mengecil kepada 4.137 bilion saham bernilai RM5.854 bilion daripada 4.812 bilion saham bernilai RM7.279 bilion Jumaat lepas.
Pasaran Utama mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 3.337 bilion unit bernilai RM5.633 bilion daripada 4.063 bilion unit bernilai RM4.084 bilion sebelumnya.
Dalam pasaran ACE, jumlah dagangan bertambah kepada 367.571 juta saham bernilai RM58.353 juta daripada 273.698 juta saham bernilai RM49.172 juta Jumaat lalu.
Waran opsyen belian berkurangan jumlahnya kepada 338.27 juta unit bernilai RM79.61 juta daripada 387.359 juta bernilai RM96.85 juta sebelumnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kirawang at 28-4-2010 09:43
|
|
|
|
|
|
|
|
D jones drop ..2 percent ...
Facts ColumnMarket Summary
USEuropeAsiaDow 10,991.99 -213.04 -1.90%
lambat lagi gamaknya 1400 point...... |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak lepak kat sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak lepak kat sini....
mahar88 Post at 30-4-2010 14:08
iye lah mahar...tahu lah makin beauty dan gorgeous....dan gelogoh..(refer kay siggy.. ) |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai sedar pelan persaraan tetapi tidak bertindak - Citibank
KUALA LUMPUR 2 Mei - Kajian terbaru Ciitibank Bhd. (Citibank) mendedahkan ramai yang tidak memiliki pelan persaraan meskipun mereka menyedari penting untuk memilikinya.
Citibank ketika mendedahkan kajian tabiat pengurusan kewangan terbaru, Citi Fin-Q 2009 yang dijalankan tahun lalu, mendapati hanya 27 peratus daripada 500 responden mempunyai pelan berkenaan.
Ketua Perniagaan Pelaburannya, Jeremy Ho berkata, meskipun wujud kesedaran yang tinggi, tindakan selanjutnya adalah bergantung kepada keputusan individu.
Beliau berkata, seseorang itu tidak perlu menjadi kaya terlebih dahulu untuk mempunyai pelan persaraan rasmi, tetapi sebaliknya mengambil langkah pelaburan yang bijak.
Katanya, mana-mana individu boleh mendapatkan khidmat rundingan dengan institusi kewangan bergantung kepada kestabilan kewangan masing-masing.
''Citibank juga mempunyai perkhidmatan rundingan mengenai pelbagai aspek pelaburan termasuk persaraan. Ia memberi pilihan kepada pelanggan untuk membuat pelaburan bijak masing-masing,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.
Mengulas lanjut tentang kajian Citi Fin-Q 2009, beliau berkata, kajian itu merupakan kali ketiga dilaksanakan oleh Citibank di seluruh Malaysia membabitkan 500 responden yang dipilih secara rawak menerusi laman webnya sekitar Oktober tahun lalu.
Ho berkata, kajian itu menunjukan 42 peratus juga amat mengetahui apa yang ingin dilakukan dengan wang gaji masing-masing dalam tempoh enam bulan tersebut manakala 51 peratus pula mempunyai idea yang baik tentang melaburkannya.
Beliau menambah, kajian itu turut melaporkan sebanyak 74 peratus responden mengetahui tentang kepentingan persaraan dan menyedari mereka akan menuju ke arah tersebut.
"Apabila seseorang berada di tahap usia masih muda, mereka belum memikirkan untuk memiliki sebarang pelan persaraan sebaliknya memberi tumpuan kepada mengumpul harta dan kekayaan,'' katanya.
Ketika ditanya sama ada kajian itu menunjukkan terdapat perubahan dalam aliran pelaburan di kalangan responden, Ho menambah, ia menunjukkan peningkatan dalam pengurusan kewangan.
Katanya, sebanyak 53 peratus responden berkata, mereka mahu membuat pelaburan dalam saham dan unit amanah manakala 48 peratus lagi pula melabur di dalam simpanan tetap.
"Setelah kegawatan ekonomi memberi kesan pada separuh kedua 2008 dan separuh pertama 2009, rakyat didapati semakin berhati-hati dalam pelaburan masing-masing dan memilih untuk melabur dalam simpanan tetap.
"Namun, sekarang, kami meramalkan aliran itu akan berubah iaitu semakin ramai yang akan membuat pelaburan dalam saham dan unit amanah sejajar dengan pemulihan ekonomi,'' tambah beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
something to share..
if u don hv something good to say/write..
better do nothing..
Be careful when you send e-mails, you can get into trouble
Monday Starters - By Soo Ewe Jin
HAVE you ever written an e-mail about someone and sent it to the same person when your intention was to send it to somebody else?
Have you written an angry e-mail and decided that it would be better not to send it, and then accidentally press the “Send” button anyway?
Are you still naive enough to think that anything inappropriate you send out will not come back to haunt you one of these days?
Goldman Sach’s bond trader Fabrice Tourre, who calls himself Fabulous Fab, has learnt the hard way that there are no secrets when it comes to e-mail.
His most famous e-mail that is now broadcast to the whole world went like this: “More and more leverage in the system. The whole building is about to collapse anytime now … Only potential survivor, the Fabulous Fab … standing in the middle of all these complex, highly leveraged exotic trades he created without necessarily understanding all of the implications of those monstrosities!!!”
And if that is not enough, even his amorous e-mail exchange with “a gorgeous and super-smart French girl” is now a matter of public record.
For Tourre and other Goldman Sachs executives questioned by the Senate’s Permanent Subcommittee on Investigations last week, their e-mail trail going back to 2007 has provided much of the ammunition for the senators to grill them with.
Whether e-mail or SMS, the reality is that anything we put in writing is potentially a disaster waiting to happen.
If you don’t believe me, you should buy the book Great Email Disasters by Chas Newkey-Burden.
His book, published in 2007, is still selling well.
Asked by a Reuters reporter about Tourre’s e-mail indiscretions, he said, “People have always been indiscreet. We just have more power to mess up at our finger tips.”
According to the author, e-mail is convenient but highly dangerous. With an ill-considered click of the mouse, you can humiliate yourself in front of millions, lose your job or even end up in court.
Let’s get real. All of us commonly use office e-mail for private purposes. Although we are advised to keep our office and private e-mail separate, they often gel into one.
When we give out our name cards, our friends and contacts will often use our office e-mail to communicate with us, even on non-official matters.
Sometimes, we get unsolicited e-mail that may be deemed highly inappropriate from our company’s point of view but they still get through despite the various filters the IT department has put in.
I guess some will say this is an occupational hazard and part of the harsh reality of life in such an interconnected world. But we should never underestimate the power of the e-mail, and its potential of making us from a nobody to an instant celebrity.
Deputy executive editor Soo Ewe Jin was inspired to write this week’s column after watching “My Best Friend’s Wedding” on DVD where the character played by Julia Roberts wrote a fictitious e-mail to wreck her best friend’s wedding. And the Goldman Sachs proceedings too, of course. |
|
|
|
|
|
|
|
Juga article untuk dishare,,abg lat..
Orang ramai digesa hindari skim cepat kaya
KUALA LUMPUR: Sebanyak 150,000 pelabur menanggung kerugian lebih RM300 juta kerana sikap tamak mereka untuk mendapat 'wang besar' dengan menyertai skim cepat kaya atau skim pelaburan haram di seluruh negara sejak tahun lalu. Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata sejak Januari tahun lalu hingga kini, lapan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Beliau berkata, dalam tempoh sama, empat syarikat dan mereka yang disyaki mengendalikan aktiviti skim cepat kaya dihadapkan ke mahkamah.
Syarikat berkenaan adalah Gemilang Mirza Sdn Bhd, Noradz Travel & Services Sdn Bhd, Buluhmas Enterprise Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd.
Mengenai sebahagian besar mangsa penipuan yang masih berharap mendapat semula wang mereka, Abu Hassan menegaskan, ia sukar dan bergantung kepada keputusan mahkamah pada akhir perbicaraan.
“Berdasarkan rekod siasatan, lazimnya baki yang tinggal dalam akaun bank milik pengendali skim cepat kaya itu adalah kecil dan jumlah itulah yang dibekukan agensi penguatkuasaan.
“Sebahagian besar wang pelabur sama ada sudah habis dibelanjakan atau dipindahkan ke luar negara untuk kepentingan peribadi pengendali skim itu,” katanya kepada Berita Harian.
Untuk mendapat balik wang pelaburan, Abu Hassan menyarankan mangsa menyaman individu atau syarikat berkenaan menerusi proses undang-undang sivil, tetapi proses perbicaraan kes penipuan kewangan selalunya mengambil masa agak lama.
“Ia perlukan siasatan rapi membabitkan pengumpulan dan penganalisaan bahan bukti, rakaman penyataan pelabur dan suspek serta bantuan agensi berkaitan yang kadangkala mengambil masa lama,” katanya.
Abu Hassan berkata, dalam proses siasatan, semua pihak berkuasa seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan tanggungjawab selaras peruntukan undang-undang sedia ada.
“Oleh kerana tempoh penyelesaian panjang dan tiada jaminan mangsa mendapat semua modal, orang ramai disaran menghindari daripada terbabit dalam skim pelaburan meragukan, iaitu yang menjanjikan pulangan tinggi di luar jangkaan,” katanya.
Sebelum melabur, mereka dinasihatkan menyemak latar belakang syarikat atau membuat pertanyaan dengan menghubungi Bank Negara sama ada menerusi pusat perkhidmatan pelanggan, iaitu BNMLINK atau BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.
Sementara itu, bagi maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai dinasihatkan melawat laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my. |
|
|
|
|
|
|
|
something to share..
if u don hv something good to say/write..
better do nothing..
Be careful ...
cmf_LAT Post at 3-5-2010 11:17
nah abg lat..boleh pakai keta lagi mewah dari sekarang...
untuk mamat yg suka naik moto kapcai honda pon, boleh pakai moto dan keta mewah sekaligus..
MITI kaji kurangkan harga alat ganti kereta mewah
KUALA LUMPUR 4 Mei - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang mengkaji kemungkinan mengurangkan harga alat ganti kereta mewah bagi menjadikan pasaran kenderaan itu lebih menarik di negara ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, buat masa ini, perbincangan sedang dilakukan di peringkat kementerian.
''Pasaran kereta mewah masih lagi bukan menjadi keutamaan buat masa sekarang. Kementerian hanya melihat kepada pasaran besar yang lebih diutamakan.
''Tetapi kami tidak menolak kemungkinan menurunkan harga alat ganti kereta mewah itu, terutama ketika negara sedang memasuki Rancangan Malaysia Ke-10,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis memeterai perjanjian antara Kumpulan Naza dan Piaggio Group di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.
Tambah Mukhriz, sekiranya langkah pengurangan harga itu berada di luar bidang kuasa kementeriannya, pihaknya akan memberikan sokongan terhadapnya apabila ia dihantar ke kementerian yang berkaitan.
Sementara itu, dalam ucapannya di majlis tersebut, Mukhriz berharap Kumpulan Naza meneroka kemungkinan untuk memasang motosikal keluaran Piaggio dari Itali di negara ini.
''Ini bukan bukan sahaja dapat mengembangkan perniagaan Kumpulan Naza dalam segmen motosikal tetapi menggalakkan dan mempromosi pembangunan alat ganti motosikal tempatan dan komponen pembuatan tempatan serta meningkatkan keupayaan untuk mengeluarkan jenama kelas dunia seperti Aprilia dan Vespa,'' katanya.
Mukhriz berkata, di pihak kerajaan pula, pelbagai insentif cukai dan bukan cukai diberikan untuk memastikan pembangunan industri automotif dan Kumpulan Naza boleh menerima manfaat daripadanya.
''Ia juga sejajar dengan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk mempromosi pembangunan dan menggalakkan industri tempatan untuk menyertai aktiviti memberi nilai tinggi termasuk industri automotif,'' jelasnya.
Selain itu, Mukhriz berkata, pasaran motosikal masih lagi menjadi antara pengangkutan terpenting di Malaysia terutama bagi rakyat berpendapatan rendah.
Katanya, pasaran itu menyumbang lebih daripada 83 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV).
Bagi segmen motosikal berkuasa melebihi 600 cc, pasarannya adalah kecil tetapi pada tahun lalu ia menunjukkan peningkatan sebanyak 39 peratus kepada 2,500 buah berbanding tahun sebelumnya.
Namun bagi segmen 150 cc ke atas, berlaku pengurangan pengeluarannya pada tahun lalu kepada hanya 942 buah daripada jumlah pengeluaran motosikal keseluruhannya sebanyak 436,430 buah.
Ia menunjukkan pengurangan sebanyak 43.7 peratus berbanding tahun sebelumnya |
|
|
|
|
|
|
|
adakah anda salah seorang dari mereka...?
Ramai jadi usahawan selepas krisis ekonomi global
2010/05/06
KELEMBAPAN ekonomi yang melanda Malaysia susulan krisis ekonomi global baru-baru ini melahirkan generasi baru usahawan tempatan apabila ramai memilih untuk bekerja sendiri.
Mengikut kaji selidik terbaru firma penyelesaian tenaga kerja global, Kelly Services, seorang daripada enam responden kaji selidik itu menganggap diri mereka sebagai ‘bekerja sendiri’. Lebih separuh daripada baki responden itu pula menyatakan keinginan untuk bekerja secara lebih bebas. Penemuan itu adalah sebahagian daripada Indeks Tenaga Kerja Global Kelly yang mengumpulkan pandangan 134,000 responden, termasuk 2,000 di Malaysia.
Firma itu berkata, hampir separuh responden mahu memulakan perniagaan sendiri, iaitu bagi mereka berumur antara 18-29 tahun lebih berminat memulakan perniagaan komersial berbanding yang berusia antara 30 hingga 47 tahun dan antara 48 hingga 65 tahun.
Keputusan kaji selidik itu menunjukkan 17 peratus daripada responden kini bekerja sendiri terdiri daripada 23 peratus yang berusia 48 hingga 65 tahun, 18 peratus (18 hingga 29 tahun) dan 13 peratus (30 hingga 47 tahun).
Faktor utama dinyatakan sebagai sebab beralih kepada bekerja sendiri ialah ketidakpastian mengenai pendapatan, risiko kegagalan dan ketiadaan sokongan.
Kelly Services dalam kenyataannya menambah, daripada 47 peratus responden yang mahu memulakan perniagaan, 50 peratus adalah yang berusia 18 dan 29 tahun, 40 peratus (30 dan 47 tahun) dan 31 peratus (48 dan 65 tahun).
"Ramai antara mereka yang kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi global kini menjadi kontraktor bebas, pekerja bebas dan perunding," kata Pengarah Urusan Kelly Services Malaysia, Melissa Norman dalam kenyataan itu.
Beliau berkata, lebih ramai orang menganggap berkerja sendiri sebagai satu cara untuk mencapai kejayaan peribadi dan profesional.
Kenyataan firma itu itu berkata, minat kepada bekerja sendiri adalah seiring dengan arah aliran penggunaan sumber luar bagi menjalankan fungsi bukan teras syarikat.
Langkah itu, sekali gus mewujudkan banyak peluang bagi kontraktor bebas. |
|
|
|
|
|
|
|
Reader's Digest: Maybank raih anugerah berganda
KUALA LUMPUR 5 Mei - Malayan Banking Bhd. (Maybank) berjaya meraih dua anugerah untuk sektor kewangan dan pengeluar utama kad kredit di negara ini dalam Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader's Digest 2010.
Anugerah itu yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi berdasarkan kaji selidik majalah antarabangsa itu yang menilai kecenderungan jenama dalam kategori produk dan perkhidmatan.
Selain Maybank, Public Bank turut menerima anugerah bank paling dipercayai serta Citibank turut mendapat anugerah pengeluar utama kad kredit.
Bank Islam juga memenangi satu-satunya anugerah di dalam kategori perkhidmatan kewangan Islam.
Sementara itu, Public Mutual menjadi pilihan utama pengguna bagi kategori syarikat pelaburan, manakala AIA, Great Eastern dan Prudential pula merupakan pemenang dalam kategori insurans.
Maxis memenangi anugerah paling dipercayai untuk penyedia perkhidmatan telefon dan Streamyx dianugerahkan penyedia perkhidmatan internet.
Syarikat penerbangan tempatan, Malaysian Airlines pula menjadi pilihan pengguna dan Genting Highlands serta Langkawi menduduki tempat teratas untuk tarikan pelancongan keluarga.
Bagi kategori atas jalan pula, Honda, Proton dan Toyota menjadi pilihan pengguna yang mana mereka memilih untuk memasang kereta mereka menggunakan tayar berjenama Dunlop, Goodyear dan Michelin dan pilihan utama petrol ialah Petronas dan Shell.
Kategori perkhidmatan kurier pula, jenama DHL, FedEx dan PosLaju masing-masing mendapat tempat di kalangan pengguna tempatan.
Sime Darby Property menjadi satu-satunya jenama tunggal untuk pemaju hartanah berkompetitif tinggi.
Reader's Digest juga menganugerahkan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia sebagai pilihan teratas bagi kategori universiti tempatan.
Manakala bagi agensi /jabatan kerajaan yang paling dipercayai pula dianugerahkan kepada Jabatan Imigresen dan Hospital Kuala Lumpur dinamakan hospital terbaik.
Bagi kategori makanan pula, KFC. McDonald's dan Pizza Hut menjadi pilihan utama di kalangan penggemar makanan.
Untuk kategori dekorasi ICI Dulux dan Nippon Paint dipilih sebagai terunggul untuk kategori cat manakala untuk seramik lantai dan dinding diberi kepada jenama White Horse.
Jenama Dreamland dan Dunlopillo dipilih sebagai jenama dipercayai untuk tilam dan Panasonic serta York dipilih untuk kategori pendingin hawa.
Reader's Digests turut memilih jenama Canon, Nikon dan Sony untuk kategori kamera dan Panasonic, Samsung serta Sony bagi kategori televisyen skrin rata.
Jenama-jenama lain yang turut menjadi pilihan ramai berdasarkan kategori masing-masing ialah Acer, Dell, HP, Senheng, Kilometrico, Parker, Pilot, Kikilala dan Kiko.
Hampir 25 jenama produk buatan Malaysia berjaya memenangi anugerah Jenama Yang Dipercayai berdasarkan kajian yang dibuat oleh Reader's Digest. |
|
|
|
|
|
|
|
More than 10% economic expansion in first quarter for the first time in 10 years
By WONG SAI WAN
[email protected]
KUALA LUMPUR: The country’s economy is likely to register growth of more than 10% in the first three months of the year – an achievement not seen in the last 10 years.
The latest economic indicators show a positive trend. Exports in March grew by 36.4% beating the market forecast of 22.4%. Imports rose by 45.3% (forecasts were around 30%).
The London-based Financial Times says: “Given Malaysia’s high exposure to trade, the numbers bode well for first quarter gross domestic product growth”.
Analysts from major banks, local and international, put the first three months’ growth at between 9.8% and 12% and they expect the trend to continue for the second quarter making it a “very good first half of the year for Malaysia.”
As a result, the analysts are also revising upwards their estimates for Malaysia’s GDP growth forecast for the year. Banks are now forecasting the annual GDP to grow by between 8% and 11% as compared to Bank Negara’s earlier estimate of between 4.5% and 5%.
“Given the recent developments in both domestic and external conditions, we are confident our 2010 forecast of 8% should be achievable,” said Ambank group chief economist Manokaran Mottain in his Economic update released here yesterday.
He also noted that besides the surge in exports, there was a marked improvement in private sector spending, especially by households. Big ticket items such as cars have seen increased sales.
According to the Malaysian Automotive Association, auto sales surged 25% year-on-year in March to 56,139 units, up from 44,896 in the same month last year.
HSBC Global Research economist Robert Prior-Wandesforde in his report entitled “From bust to boom - double-digit GDP growth in Singapore and Malaysia?” noted that the recovery of the economy came three months faster than expected.
While the Financial Times said, “Malaysia is roaring out of recession even faster than expected”.
The country’s key economic indicators including the export figures were released on Tuesday.
Malaysia’s exports recorded a new high for the month of March, amounting to RM59.44bil, registering a significant growth of 36.4% year-on-year. This was also the highest post-crisis monthly exports recorded since September 2008. Imports rose 45.3% to RM45.09bil.
The increase in exports was largely contributed by increases in exports of electrical and electronic (E&E) products, which surged 31.8%; chemicals and chemical products, (+60.8%); palm oil, (+49.3%); transport equipment, (+188.4%); as well as crude petroleum (+55.8%). |
|
|
|
|
|
|
|
M'sians must learn from Greek crisis, excessive loans no good
Making a Point - By Jagdev Singh Sidhu
EXCESSIVE debt build-up is something most people, companies and countries would prefer to avoid if possible. Unsustainable debt levels have broken homes, bankrupted companies and crippled a number of countries worldwide and the latest proof of this is the crisis in Greece where the debt build-up has impacted the economy of the country.
Continued debt build-up without finding a solution to minimise and eventually reverse the piling up of debt, no matter for what reason, will extract a high price in the future.
For Malaysia, while the condition is still way off from what is happening to Greece, it is nonetheless a lesson for the Government to deal with before things get out of hand.
Slashing the budget deficit, though, is not an easy task to accomplish. Cut too much too soon and the economy will take a dip as the reduction in consumption and investment by the Government will eventually be mirrored by that of the private sector.
But the situation needs to be addressed because continuing on the path we are on will spell trouble at a later date.
Public debt as a percentage of GDP is now 54%, which is much higher than Indonesia’s 28% but still off the level seen in the Philippines which is at 62%. But keep spending about RM74bil a year on subsidies - or RM2,610 per person - and the indebtedness level of the Philippines will be in our country’s rear view mirror in a matter of time.
It’s therefore not a surprise to have seen over the past months initiatives taken not only to increase the efficiency in tax collection through a goods and services tax but also through ways to minimise the massive subsidy bill that is incurred by the Government on a yearly basis.
That subsidy bill is broken down into three main categories — energy, food and social services — and the largest of which is on social services at about RM43bil.
While cutting back on social and essential services, such as healthcare and education, will be the least palatable to Malaysians from all walks of life, dealing with payments, too, has to be addressed.
Take healthcare for instance. The charge of RM1 for outpatient care was introduced in 1982 and I think a small increase in such a payment, which is less than the cost of a roti canai, is due.
The subsidy on food is around RM3bil a year and is mainly spent to keep the price of flour, sugar and cooking oil down. Here, there are ways to cushion the removal or reduction of such subsidies for the poor but it will not be a stretch for middle-income households to start paying unsubsidised prices for such goods as these items will not constitute a large chuck of their monthly income on such goods.
The real area which needs to be tackled is energy cost. The Government subsidy bill to keep the price of fuel, electricity, LPG and natural gas low, based on where the global prices of energy, is slightly below RM25bil a year.
That is a huge sum and the removal of such subsidies will have a huge impact on every strata of society.
With 40% of Malaysian wage earners having an income of less than RM1,500 a month, higher energy costs, whether at the pump or in the form of a hike in monthly electricity bills, will evoke the most volatile reaction.
But presenting a case why that has to be done needs to be made.
Sure, the poor and needy will get the most protection against any reduction in subsidies but the Government, too, has to be mindful of the middle class in the country which will be most affected by an increase in energy costs.
It’s the middle class that is the foundation to consumer demand and striking a balance between reducing such subsidies and keeping people happy will be a tricky task.
Appealing to people’s season of reason and articulating the consequences of not doing so may work.
People have to know that the precious resource the country is blessed with should not be frittered away. And while conservation and efficient use of energy resources will help reduce wastage and help the environment, people also need to be shown that their efforts are helping to build something worthy for the future.
Any programme of reducing energy subsidies should be met with a similar programme that will improve the economic welfare of the people. I have said this countless times, and it bears repeating once again.
Having a world-class public transportation system will give people a viable alternative to cope with higher fuel costs. Also, the money the country makes after the price of crude oil is past a certain level should be saved in a fund for future generations.
Deputy news editor Jagdev Singh Sidhu is watching closely the developments of his favourite football team, hoping the club’s rich history does not end up being just that. |
|
|
|
|
|
|
|
nah abg lat..boleh pakai keta lagi mewah dari sekarang...
untuk mamat yg suka naik moto k ...
kirawang Post at 5-5-2010 08:50
lo ni kawe target s40 atau v50 jee..
tapi bukan takat yg paki moto je..
yg pakai keto 2nd hanggg tu pong patut tukar laa.. he he ..
especially yg kaler hitammm tuu... hu hu
rama pun dah tukar E class baru dahhh
tgh sibuk nak jual c klass dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
lo ni kawe target s40 atau v50 jee..
tapi bukan takat yg paki moto je..
yg pakai keto 2n ...
cmf_LAT Post at 6-5-2010 12:47
yang pakai keta WRT hitam, katanya nak tukar dah...
mamat mana tah, langgar kat buntut dia...
sekarang atas jalan dah senget menget..... |
|
|
|
|
|
|
|
yeehaa..DJ jatuh merudum 3 percent...
KLCI hari ni, sure merah.....
hangseng jangan ceritalah...hari2 merah...
|
|
|
|
|
|
|
|
1465 ......? ok lah tu.....
sapa invest hari ini, boleh lah untung 8-12 percent..
..........................
Indeks disasar 1,465 mata akhir tahun ini
KUALA LUMPUR 6 Mei - Sektor perbankan, penjagaan kesihatan dan pengguna sebagai pilihan utama pelabur dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang. Ketua Penyelidikan OSK Research Sdn. Bhd., Chris Eng berkata, pemilihan dibuat berdasarkan sentimen ekonomi global dan tempatan yang semakin pulih meskipun wujudnya ketidaktentuan pasaran dalam jangka pendek.
Beliau menjangkakan sektor perniagaan akan beroperasi seperti biasa menjelang suku ketiga tahun ini.
"Bagi tempoh jangka pendek iaitu dalam masa tiga bulan, para pelabur disarankan supaya meninjau sektor perbankan, pembinaan dan saham berkaitan dengan Sarawak.
"Saham syarikat automotif serta minyak dan gas (O&G) dilihat berpotensi bagi separuh kedua tahun ini berikutan sentimen pengguna yang kian pulih dan kemungkinan penyenaraian anak syarikat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas)," katanya selepas melancarkan buku bertajuk 50 Jewels (Edisi 2010) Syarikat Bermodal Kecil Malaysia Teratas, di sini hari ini.
Eng berkata, pasaran saham bagi separuh pertama tahun depan dijangka baik berikutan pilihan raya negeri Sarawak dan penyenaraian Petronas dilihat merangsangkan minat O&G semula selain didorong oleh keadaan ekonomi global.
"Kami menjangka Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) berada pada paras 1,465 mata pada akhir tahun ini walaupun nilai yang munasabah yang ditetapkan sebelum ini adalah 1,345 mata,'' kata beliau sambil menambah nilai munasabah OSK Research pada tahun depan ialah 1,580.
Ditanya kesan pengukuhan nilai mata wang Ringgit terhadap pasaran saham, Eng berkata, pasaran saham agak seimbang dengan wajaran saham mewah dan kecairan dilihat positif.
"Ia memberi kelebihan untuk pihak yang terlibat dalam kegiatan pengimportan dan memberi kesan negatif terhadap pengeksport," tambah beliau.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan, Timbalan Ketua Penyelidikan, Jeffrey Tan berkata, sebanyak 19 syarikat baru merentasi pelbagai industri dan sektor telah dipilih untuk penyertaan dalam buku tersebut.
Katanya, dua kategori baru juga ditambahkan iaitu perkhidmatan kewangan dan konglomerat.
"Syarikat-syarikat ini dipilih berikutan faktor mangkin harga saham positif bergerak ke depan, penilaian yang tiada permintaan dan asas yang kukuh dan meningkat," ujarnya.
Tan menjelaskan, buku tersebut menampilkan 50 syarikat tetapi berbanding edisi sebelumnya, nilai permodalan pasaran telah ditingkatkan kepada RM1.5 bilion dari RM1 bilion.
"Ini adalah untuk mengekalkan liputan mendalam dan meluas serta memastikan syarikat bermodal kecil yang lebih baik diwakili.
"Kesemua 50 syarikat tersebut mempunyai potensi peningkatan antara lima hingga 15 peratus," kata beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
yang pakai keta WRT hitam, katanya nak tukar dah...
mamat mana tah, langgar kat buntut dia...
...
kirawang Post at 7-5-2010 08:20
wrt tu sekali beli dua terusss..sempena hari ibu..
memang anak mithali..
kawe cerito hok wmq hitam tuuu...
bilo nok tukor..
wmq tu seat dah kerass dahh
sakit buntut duduk.. |
|
|
|
|
|
|
|
everybody is a leader, at least leader dalam family..
A leader's job is to look into the future and see the organization, not as it is, but as it should be.
~ Jack Welch |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|