|
Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]
[Copy link]
|
|
431# salikin
kalau dah semua namanya ASWJ , maka cukuplah satu jalannnya....sedangkan tarikat itu perintis kepelbagaian....?
apa pendapt saudara?
ussopp Post at 5-12-2009 03:59
Beginilah Tuan.....
KIta sambung bab Akal....ckit jer... bg lagi terang
Tanda orang yang berakal ada 14
1. Meninggalkan Kemulian
2. Meninggalkan Takbur
3. Sangat gemor melakukan Ibadah
4. Sangat gemor melakukan kebaikan
5. Amat bencikan kejahatan
6. Amat kasih akan orang yang berilmu dan mempunyai adap yang baik...
7. Membalas jasa org lain keatasnya
8. Segera membayar hutang jika yang memberi hutang itu masih ada
9. Meninggalkan kemarahan
10 Murah Tangan bersedekah, manis mulut ketika bercakap
11 Amat sayang kepada kaum kerabat
12 Jaga makanan dari yang haram maupun shubahat
13 Mahu terkena tidak mau mengena, Sangat segera meminta maap jika bersalah....sangat segera memaafkan org.
14 Amat keras kepada orang Kapir, zalim, zindik, munafik dan fasik....
sekurang-kurang akal manusia itu meninggalkan kemulian Dunia(Worldliness)....
Syiekh....Mazhab (Religious sect ) ASWJ yang besor ada 4.... tapi dari segi Pahaman Aqidah, Syariat dan Akhlaq Sama huraian cikit beza jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 5-12-2009 03:48
424# baghal
cuba pi bukak tauhid wahabi....sama mcm tuan tulis.....saya dah agak saudra hampir2 tak tauw apa2 tentnag wahabie.
ussopp Post at 5-12-2009 03:33
Begini Tuan cuba Tuan cite pada kami Iktiqad Mazhab Wahabi....Biar jelas...kalau kami cite Tuan tentu tak setuju kan?
Insya Allah kami dh masuk byk Taman/kampong Mazhab n tarikat....Abuya yang depa sebut2kan tu pun kenal sangat kami ni
tapi kami bukan org taman/kampong tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by izzansdy at 5-12-2009 11:37
Post Last Edit by ussopp at 5-12-2009 02:58
394# salikin
saudara kata ----->tak sampai sembah berhala.....???
ya, itulah yg sy rasakan dan fikirkan ketika sy mula2 lawan wahabie(samikna waa ...
ussopp Post at 5-12-2009 02:47
Salam sejahtera..
Menarik betul nukilan anda.... ada sami budda, atheist , sufi ....dll
Anda tau mengapa org belajar tasauwuf? kalo betul2 nak ikut cara org sufi ( saya tak mampu)
Cuba kita renungkan boleh ke kita kenal tuhan tanpa kenal diri kita..?
Yg mana satu diri kita nie....? Yg dipertanggung jawabkan hanya jiwa.....
Tak mungkin sesiapa yg dah sampai ke alam malakut dikira sudah kenal tuhan???
Kita ini umat2 muhammad.... Sami budda tak solat saudara...
Tolong jng salah fahamkan kedudukan sami budda dng kedudukan rasul yg terdahulu
sebelum adanya ISLAM.RASUL yg terdahulu arif ttg tuhan.... sami budda tak kenal TUHAN... itu bezanya.
AKIDAH mereka berbeza....bagai langit dng bumi...
Jng bila kita dngr guru itu dah sampai alam malakut dan banyak magic2nya .... dianggap guru tadi kenal
tuhan..
Namun sikap saudara mengunakan akal dahulu sebelum menerima sesuatu kebenaran itu sangatlah
baik..... Tapi .... ( ADAKAH ITU SUDAH CUKUP UTK SAUDARA ????)
Mengambil jln yg selamat itu pun baik...... PASTI KAH SAUDARA TIADA JLN YG LEBIH SELAMAT???( dari segi AKIDAH)
Rasul telah meninggalkan kita..... dan kita semua belajar dari 'pewaris ilmunya'
Jika fahaman saudara itu sudah cukup...... cuba saudara terangkan bagaimana menyukuri bala???(AKIDAH)
Penting tak nie? Ada bnyk lagi masaalah yg menyentuh soal AKIDAH TAUHID nie...
Mulanya saya dulu pun menetang pemahaman org tasauwuf....
Soal aturcara guru berzikir memang berlainan.... TAPI DISEGI PEMAHAMAN AKIDAH TAUHID .... SAMA..TIADA CELA
Dah betul AKIDAH TAUHID..... barulah samiqna waatoqna / lillahitaallah itu semakin bererti....bukan setakat kata2, bukan mengharap pahala tapi pd yg memberi pahala..
nasihat saya... jika tak tau..... carilah guru yg dapat menerangkan hal ini....
Perlu kita ingat rasul mengajar AKIDAH pd sahabat sebelum adanya hukum solat pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
405,406,407# baghal
Jadi mcmana kita nak amalkan " tiada dayaupaya melainkan daya upaya Allah"..merdekakah kita?
Dan adakah makhluk ni ada upayanya sendiri?
Apa beza kehendak Allah dgn keizinan Allah?
Ar-Ra'd : 8
......segala sesuatu disisi Allah adalah dengan ketentuan takdir.
Allah mengatur segala sesuatu yang ada didalam kerajaanNya itu dengan kebijaksanaan dan kehendakNya sendiri. Apa sahaja yang terjadi dialam semesta ini, semuanya berjalan sesuai dengan kehendak yang telah direncanakan sejak semula dan juga mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam alam yang maujud ini.
Adakah makhluk ada upayanya sendiri..?
tak silap aku ada syeikh disini yang dah berikan Hadith ini
"Pada akhir zaman nanti akan ada suatu golongan yang berbuat kemaksiatan, kemudian mereka berkata: "Allah menakdirkan perbuatan itu kita lakukan (bukan upaya kita)". Orang yang menentang pendapat mereka (yang salah) pada zaman itu adalah bagaikan orang yang menghunus pedangnya fi sabilillah".
Firman Allah; " Dan tiadalah kamu berkehendak, kecuali apa yg di kehendaki Allah, Tuhan yg mengatur seisi alam"
(At-Takwir : 29)
" Dan tiada kamu mengkehendaki kecuali apa yg dikehendaki oleh Allah. Sungguh Allah Maha Mengetahui
lagi Bijaksana. (Al Insaan :30)
Upaya makhluk diterangkan diayat sebelum At Takwir : 29
28 Iaitu bagi sesiapa yang MAHU tetap teguh diatas jalan (Islam) yang betul.
dan sebelum ayat Al Insaan:30
29 Sesungguhnya ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang MAHUKAN (kebaikan dirinya) BOLEHLAH ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredhaan Allah (dengan Iman dan taat)
keredhaan Allah menjadi puncak jalan yang dipilih dari kebebasan yang diberikan, sepertimana quote saudara...
Firman Allah; " Katakanlah: Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allahlah kamu boleh bergembira, dan itulah yg lebih baik ( berguna) bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri." ( Yunus: 58) |
|
|
|
|
|
|
|
405,406,407# baghal
Ar-Ra'd : 8
......segala sesuatu disisi Allah adalah dengan ketentuan takdir.
Allah mengatur segala sesuatu yang ada didalam kerajaanNya itu dengankebijaksanaan dan kehendakNya sendiri. Apa sahaja yang terjadi dialamsemesta ini, semuanya berjalan sesuai dengan kehendak yang telahdirencanakan sejak semula dan juga mengikuti peraturan-peraturan yangtelah ditetapkan dalam alam yang maujud ini.
Adakah makhluk ada upayanya sendiri..?
tak silap aku ada syeikh disini yang dah berikan Hadith ini
"Pada akhir zaman nanti akan ada suatu golongan yang berbuatkemaksiatan, kemudian mereka berkata: "Allah menakdirkan perbuatan itukita lakukan (bukan upaya kita)". Orang yang menentang pendapat mereka(yang salah) pada zaman itu adalah bagaikan orang yang menghunuspedangnya fi sabilillah".
Nazrulism Post at 5-12-2009 11:40
Pada perenggan pertama, maksud tuan semuanya ketentuan Allah swt dan perenggan kedua, makhluk ada upaya membuat pilihan..mcm bertentangan je ayat2 tu..apa pendirian tuan? |
|
|
|
|
|
|
|
431# salikin
kekadang sy heran, apabila tarikat2 dan ahlul sunnah wal jammaah adalah sama, kenapa perlu ada jalan lain.....
kenapa perlu nama2 tertentu.....
kalau dah semua namanya ASWJ , mak ...
ussopp Post at 5-12-2009 03:59
Siapa yg xmahu tgk semua umat, malahan seluruh makhluk bersatu padu dlm ubudiyyah kpd Allah swt..tetapi, pencemaran dlm akidah, syariat dan akhlak telah merosakan kesucian dan kebenaran Islam.
Sebab tu Rasulullah dah bgtau yg umatnya akan berpecah kpd 73 puak yg sesat dlm akidah. Semuanya mempunyai matlamat yg sama iaitu mengabdikan diri kpd Allah swt tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam 73 puak itu knp rasulullah xselamatkan semuanya, cuma satu puak saja yg selamat iaitu ASWJ..dan semuanya pasti akan mengaku ASWJ yg mengikut Al-Quran dan Hadis.
Untuk menjadi 1 puak yg selamat, mestilah mempunyai ilmu untuk memilih dan menilai dgn penuh keyakinan. Dan ilmu itu mestilah di cedok dr GURU yg ARIF, yg MURSYID iaitu guru yg mempunyai sanad perguruannya sampai kpd Rasulullah. sesuai dgn hadis Baginda 'ulama adalah pewaris Nabi'. Setiap pewaris mestilah mempunyai sanadnya.
Kalau cuma kita nilai Guru Mursyid itu Guru yg mengamalkan dan mengajar dgn Al-Quran, Ayahpin dan Rasul Melayu Kahar Ahmad juga mengaku mrk guru mursyid..mrk juga punya hujah mrk sendiri..
Saya sgt yakin dlm bab Guru Mursyid ini krn saya menerima dr Guru yg sanadnya melalui Tok Kenali Al-Kelantani yg menerima drpd Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain Al-Fathani hingga kpd Saidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani hingga kpd Rasulullah saw. Kalau Sultan Wali Saidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani juga mengambil dr Guru Mursyid, siapa kita untuk mempertikai perkara ini?
Banyak jurang perbezaan di antara kita, kita harus rapatkan jurang itu untuk kita bersatu..di ulang, atas dasar kasih sayang lah saya penat lelah berhujah untuk merapatkan jurang antara kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Begini Tuan cuba Tuan cite pada kami Iktiqad Mazhab Wahabi....Biar jelas...kalau kami cite Tuan tentu tak setuju kan?
Insya Allah kami dh masuk byk Taman/kampong Mazhab n tarikat....Abuya yang dep ...
salikin Post at 5-12-2009 07:32
Betui..betui..betui..apa iktiqad wahabi? Mungkin ada yg kami xtau dan asyik buruk sangka ngan wahbie ni..cuba tuan crita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada perenggan pertama, maksud tuan semuanya ketentuan Allah swt dan perenggan kedua, makhluk ada upaya membuat pilihan..mcm bertentangan je ayat2 tu..apa pendirian tuan?
baghal Post at 5-12-2009 16:49
Di perenggan pertama ada diterangkan ketentuan Allah sejak semula mengikut peraturan2 (sebab dan akibat).
di perenggan yang kedua dinyatakan pilihan manusia (menjadi sebab) kepada hasil pilihan itu (menjadi akibat).
Apapun pilihan manusia.. semuanya hanya boleh terlaksana dengan izin Allah s.w.t.
...umpama penyataan "Api (penyebab) itu panas dan membakar(akibat)" Tanpa izinNya, Api tidak panas dan tidak membakar Nabi Ibrahim a.s.
Kerana itu manusia akan ditanya apakah perbuatan mereka!
An-Nahl :93
Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.
Petunjuk atau hidayah adalah hasil dari amal perbuatan yang baik dan solih dari aqidah yang benar.
Kesesatan atau dhalallah adalah hasil dari amal yang buruk, terpesong atau menyeleweng.
|
|
|
|
|
|
|
|
409# salikin
Tuan tlg cite bila ayat nie turun dan sejarah wahyu nie turun.........jgn main bubuh jer.......dan tlg huraikan cikit serta mengilhamkannya....??
"Allah yang menciptakan aku dan memberi petunjuk kepada aku,DIA pula yang memberi aku makan dan minum kepada aku, Bila aku sakitDIA yang menyembuhkan aku, DIA yang mematikan aku dan kemudianmenghidukan aku, DIA pula yang aku harap memberi ampunan kepada akuhingga hari pembalasan" Asy Syu'ara...78-82
Telah dinyatakan.. Aku bukan pentafsir Al-quran, 'mengilhamkannya' (untuk mengenal).....' dapat difahami sebagai jiwa yang mempunyai fungsi dapat menerima kebenaran dan kesalahan dan persediaan untuk menjadi baik atau buruk.
Dan manusia juga dibekali dengan akal fikiran yang dapat membezakan antara yang benar dan salah perihal Aqidah dan kepercayaan, juga dapat membezakan baik buruk dalam perbuatan serta dapat membezakan antara dusta dan benar dalam ucapan.
Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan Firman Tuhan (Asy-Syu'ara:78-82) yang menceritakan ucapan Nabi Ibrahim a.s kepada kaum penyembah berhala. Memang semuanya dibawah kekuasaan Allah s.w.t.
Nabi Ibrahim diberi petunjuk... kerana Aqidah yang betul dan berkata tentang Kekuasaan Allah untuk membezakan dengan aqidah penyembah berhala dan menyangkal apa yang boleh diharapkan dari berhala sembahan mereka itu.
Kerana itu di Ayat 75 Asy-Syu'ara
Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu?.
Ayat-ayat berkenaan tiada kaitan dengan 'Jabariah' kerana Nabi ibrahim tidak berserah kepada 'takdir fahaman anda' malah berusaha mengajak kejalan benar dan menyeru memilih jalan yang diredhai serta berusaha mendapatkan petunjuk;
Asy-Syu'ara : 83
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang salih. |
|
|
|
|
|
|
|
431# salikin
Tapi saya nk membela dengan hujah tentang kebenaran Iktiqad ASWJ yang telah disalah paham oleh byk puak2 tarikat itu sendiri, puak2 wahabi maap sekali lagi.
Inilah yang ditunggu-tunggu dari Tuan Syeikh..
Hujah
1)Kebenaran Iktiqat ASWJ.
2)Salah faham banyak puak-puak tarikat juga wahabi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikhlas itu ada 3 macam;
1. Ikhlas org mubtadi (org yg baru belajar)
a.Suci drpd riyak dan sum'ah
b.Krn berharap akan mendapat pahala masuk syurga
c.Krn takut akan azab masuk neraka
Hukumnya syirik semata2 ; 1. Krn mengatakan amalannya itu dr dirinya sendiri
2. Krn meminta balasan amalannya
2. Ikhlas org mutawasid (org yg sedang belajar)
a. Maha suci drpd riyak dan sum'ah, hanya melakukannya semata2 krn Allah
b. Hanya melaksanakannya apa yg diperintah oleh Allah dan meninggalkan
apa yg dilarang
c. Bukan krn hendakkan pahala masuk syurga dan bukan krn takut akan azab
masuk neraka
Hukumnya juga syirik tetapi syiriknya halus drpd amalan org mubtadi krn ada kewujudan
dirinya. Sebagaimana sabda Nabi saw;
"Wujud anda itu satu dosa, tidak boleh diqiaskan baginya kpd yg lain."
3. Ikhlas orang muntaha iala;
Tidak melihat dirinya yg melakukan amalan, hanya yg dipandang ialah perbuatan dan kelakuan Allah Taala yg melakukan terhadap dirinya.
Hanya ikhlas ini yg di tuntut, yg terlepas dr syirik halus..
Usaha pada hamba ialah Allah Taala menzahirkan perbuatanNya pd hamba itu.
Dan sebab dan akibat itu adalah kerana setiap usaha yg terbit itu, faedahnya akan dirasai oleh hamba itu juga.
Dengan iktiqad dan syuhud begini, barulah kita terlepas dari berkongsi kuasa ngan Allah swt..barulah Allah swt itu dikatakan Berkuasa Mutlak..dan kita tiada daya upaya seperti yg kita selalu lafazkan "tiada daya upaya aku melainkan daya upaya Allah"..
Akal dan nafsu juga adalah dibawah takluk Allah yg terbit pada kita.
Berjalanlah kita diatas muka bumi ini melaksanakan tuntutan yg diwajibkan keatas diri kita dengan langkah Allah, melihat dengan penglihatan Allah, berkata dengan Kalam Allah, itulah maksud Bismillah yg selalu kita ucapkan..
tak gitu syeikh Salikin?? |
|
|
|
|
|
|
|
409# salikin
Telah dinyatakan.. Aku bukan pentafsir Al-quran, 'mengilhamkannya' (untuk mengenal).....' dapat difahami sebagai jiwa yang mempunyai fungsi dapat menerima kebenaran dan kesala ...
Nazrulism Post at 5-12-2009 21:21
Kalau Tuan tak tahu nak tafsir, cmne aku nak cite......belajor lg.........jgn merepek2
cr kwn lain plak yang bole hujah....... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Tuan tak tahu nak tafsir, cmne aku nak cite......belajor lg.........jgn merepek2
cr kwn lain plak yang bole hujah.......
salikin Post at 5-12-2009 23:13
Jika syeikh dah rasa bijak mentafsir dan dah habis belajor... silalah beri penerangan/ hujah, tapi kalau setakat salin dari kitab... tak payahlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
431# salikin
Inilah yang ditunggu-tunggu dari Tuan Syeikh..
Hujah
1)Kebenaran Iktiqat ASWJ.
2)Salah faham banyak puak-puak tarikat juga wahabi.
Nazrulism Post at 5-12-2009 21:29
Rasulullah S.A.W. bersabda:-
"Bahawasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah danakan berfirqah umatku kepada 73 firqah, semuanya dimasukkan ke dalamneraka kecuali satu"
Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah?"
Jawab (baginda) : Yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri’tiqad)sebagaimanaku (i'tiqadku) dan pegangan sahabat-sahabatku" Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi. Sanad Shahih
Rasulullah SAW bersabda:-
"Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tanganNya, akan berfirqahumatku kepada 73 firqah, yang satu dimasukkan ke dalam syurga dan yanglainnya dimasukkan ke dalam neraka"Bertanya para sahabat : "Siapakah firqah itu wahai Rasulullah?"
Jawab (baginda) : "Ahlussunnah wal Jama’ah" Diriwayatkan oleh Imam Thabrani
73 firqah/millah berkenaan ialah :-
Syiah (termasuk Bahai’ah dan *Ahmadiyyah Qadiani) - 22 Aliran
Khawarij - 20 Aliran
Muktazilah (Termasuk Qadariah) - 20 Aliran
Murji’ah - 5 Aliran
Najariah - 3 Aliran
Jabariah - 1 Aliran
Musyabihah (termasuklah Wahabi) - 1 Aliran
Ahlussunnah Wal Jama’ah - 1 Aliran
JUMLAH 73 FIRQAH
* Ini bukannya Tariqat Ahmadiyyah Al-Allamah Syaikh Ahmad Idris – peng.
Terbahagi kepada 4 Mazhab Utama dalam Ahlussunnah wal Jama’ah iaitu:-
Mazhab Hanafi
Mazhab Shafi’I
Mazhab Maliki
Mazhab Hambali
Ringkasan I’tiqad Ahlussunnah wal Jama’ah
Iman ialah mengikrarkan secara lisan dan membenarkan dengan hati. Disempurnakan pula dengan mengerjakannya dengan anggota.
Tuhan itu ada, namaNya Allah SWT dan mempunyai 99 Asma-Ul-Husna.
Tuhan mempunyai sifat banyak sekali. Dibahagikan kepada 3 bahagian –Sifat Jalal (Kebesaran), Jamal (Keindahan) dan Kamal (Kesempurnaan)
Sifat yang wajib diketahui ialah oleh sekelian mukmin yang balighberakal ialah 20 sifat yang wajib. Manakala 1 adalah harus iaitu BolehMemperbuat.
Wajib dipercayai Malaikat itu ada dan dalam jumlah yang banyak. Tetapi yang wajib diketahui hanyalah 10 jumlahnya.
Wajib dipercayai adanya kitab-kitab suci yang diturunkan Allah SWTkepada Rasul-RasulNya untuk disampaikan kepada kaum/umatnya ketika itu.Kitab-kitab suci ini banyak namun yang wajib dipercayai hanyalah 4 buah.
Mempercayai semua Rasul-Rasul yang diutuskan Allah SWT kepada manusia.Rasul-Rasul ini ramai bilangannya tetapi yang wajib dipercayai hanyalah25 orang.
Wajib mempercayai hari akhirat - kematian, azab kubur, kiamat,kebangkitan di Padang Mahsyar, hisab – perhitungan dosa dan pahala,timbangan dosa dan pahala, titian Shirathal Mustaqim, Telaga Kautsar,balasan Syurga dan Neraka dan melihat Allah SWT di Syurga - dengan matadan kepala, cara mana kita tidak tahu, kita hanya disuruh meyakininyadan jangan pula beranggapan bahawa Allah SWT itu ada di dalam Syurgatetapi kita pasti akan melihatNya.
Mempercayai Qadha dan Qadar sebagai Takdir Illahi sebagaimana berikut:-
Segala yang terjadi di dunia ini sudah ada Qadha Allah SWT iaitu hukum Allah SWT sejak azali, bahawa hal itu akan terjadi.
Segala yang terjadi di dunia ini – buruk dan baik pada hakikatnyadijadikan Allah SWT dan manusia hanya menjalani takdir. Yang ada padamanusia hanyalah kasab, ikhtiar dan usaha.
Pahala anugerah Allah SWT adalah kerana kurniaNya dan hukuman yang diberikan Allah SWT adalah kerana keadilanNya.
Allah bersama AsmaNya dan SifatNya, semuanya qadim dan berdiri di atas Zat yang qadim.
Al-Qur’anul Karim adalah Kalamullah yang qadim bukannya hadits atau makhluk.
Rezeki manusia telah ditakdirkan sejak azali – tidak berkurang dantidak bertambah. Manusia disuruh mencari rezeki, berusaha dan tidakboleh menunggu sahaja. Walaupun begitu, adalah tidak mustahil bagiAllah SWT untuk mengurniakan rezeki kepada manusia tanpa sebarang usaha.
Bahawa tawakkal, usaha, berdoa, harap, takut, syukur dan redha adalah suatu maksud yang bersatu dan tidak bercerai berai.
Ajal setiap manusia sudah ada di dalam ketetapan Allah SWT – tidakdidahulukan dan tidak pula dikemudiankan walaupun sedetik. Tetapimanusia diperintahkah Allah SWT supaya berubat jika sakit dan tidakboleh menunggu ajal sahaja.
Doa orang mukmin akan memanfaatkan dirinya dan bagi yang didoakan olehnya.
Pahala sedekah, wakaf dan pahala bacaan tahlil/selawat/Al-Qur’an bolehdihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia dan akan sampaikepada mereka yang meninggal jika dimohon kepada Allah SWT untukmenyampaikannya.
Ziarah maqam/kubur samada Rasulullah SAW, ibubapa, ulama’, aulia’,syuhada’, para sahabat Baginda SAW dan lain-lain yang berkaitan adalahsunat hukumnya.
sambung... |
|
|
|
|
|
|
|
Berdoa kepada Allah SWT secara langsung atau bertawassul menggunakan nama Rasul-Rasul, Anbia’, Aulia’, Sholihin dan lain-lain yang berkaitan dengannya adalah sunat hukumnya.
Masjid di seluruh dunia adalah sama darjatnya kecuali 3 buah iaitu Masjid Makkatul Mukarramah, Madinah Munawarah dan Baitul-Muqaddis. Bersolat di masjid-masjid ini adalah ibadat dan pahala diberikan.
Seluruh manusia adalah keturunan daripada Nabi Adam AS yang berasal daripada tanah. Jin, Iblis dan Syaitan dijadikan Allah SWT daripada api/cahaya dan dasar api yang sangat panas. Para Malaikat dijadikan daripada Nur.
Mempercayai kewujudan bumi dan langit.
Asma Allah SWT tidak boleh direka-reka kecuali yang telah termaktub dalam Al-Qur’an dan Al-Hadis.
Sekiranya terdapat ayat-ayat Al-Qur’an yang seolah-olah menyatakan bahawa Tuhan itu bertubuh, bertangan, berupa, duduk dan turun seumpama manusia, maka Ulama’ Ahlussunnah wal Jama’ah mentakwil/tafsirkan ayat-ayat ini secara majazi bukan mengikut asal pengertian dari perkataan-perkataan itu. Kemudiannya mereka menyerahkan maksud sebenarnya kepada Allah SWT semata-mata yang Maha Mengetahui yang sirr.
Kebangkitan sesudah mati hanyalah sekali. Manusia yang asalnya tiada, kemudian dilahirkan ke dunia, sesudah itu mati dan akhirnya bangkit untuk dibicarakan. Manusia tidak mungkin hidup kembali atau dilahirkan semula dalam bentuk yang lain atau masuk ke dalam tubuh manusia/tanasukh arwah (kecuali perbuatan bida’ah sihir dan jin/iblis/syaitan) dsb.
Anugerah pahala dan dosa termasuk mengutus para Rasul adalah kurnia dan keadilanNya dan bukanlah Allah SWT dipaksa, terpaksa atau menjadi suatu kewajiban. Maha Suci Allah SWT daripada segala kekurangan.
Wajib diketahui dan diyakini oleh seluruh umat Islam bahawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW diputerakan di Makkatul-Mukarramah. Baginda diangkat menjadi Rasul semasa berumur 40 tahun dan diturunkan ayat-ayat Al-Qur’an berturut-turut/berperingkat selama 23 tahun. Selepas 13 tahun menjadi Rasul, baginda berhijrah, menetap dan wafat di Madinah.
Rasulullah SAW adalah manusia seperti kita dan bukannya seorang malaikat. Baginda makan, minum, tidur, berkahwin dan berkeluarga. Namun begitu, kemanusiaan baginda adalah luar biasa dan kuat– rohani dan jasmaninya kerana kepada baginda diturunkan wahyu Illahi yang sekiranya diturunkan kepada bukit nescaya hancur-leburlah bukit berkenaan. Baginda adalah Saidul Khalaik iaitu makhluk Allah SWt yang termulia, diikuti oleh para Rasul dan Nabi dll.
Silsilah Rasulullah SAW ialah : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Marrah bin Ka’ab bin Luai bin Galib bin Fihir bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Ma’ad bin Adnan. Dari pihak bondanya Aminah pula ialah Muhamamad bin Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab dan seterusnya sebagaimana sebelah Ayahandanya, Abdullah.
Isteri-isteri Rasulullah SAW dari bermula perkahwinannya sehingga wafat adalah :- Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid, ‘Aisyah binti Abu Bakar, Hafshah binti Umar, Ummul Salamah binti Abi Umaiyah, Ummu Habibah binti Abu Sufyan, Sauda binti Zam’ah, Zainab binti Khuzaimah, Maimunah binti Harith, Juwairiyah binti Harith dan Safiyah binti Hay RADIALLAHU ANHUNNA.
Anakanda-anakanda Rasulullah SAW ialah Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Siti Fatimah, Qasim, Abdullah dan Ibrahim (kesemua anakanda lelaki diwafatkan Allah SWT semasa kecil mereka) RADIYALLAHU ANHUM.
Rasulullah SAW diutuskan Allah SWT kepada seluruh manusia, tidak kira bangsa, keturunan, negeri, agama, etnik, warna kulit dsb.
Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit dengan ruh dan jasadnya menerusi Baitul-Muqaddis pada 27 Rejab dan baginda kembali pada malam yang sama untuk membawa perintah solat 5 waktu sehari semalam.
Rasulullah SAW adalah yang mula-mula diangkat menjadi Nabi & Rasul sebelum Nabi Adam AS di mana Nabi Adam AS telah terlihat, menghafal dan membacakan nama Rasulullah SAW tertera di tiang Arash. Dan baginda juga merupakan Nabi & Rasul yang terakhir dilahirkan ke dunia.
Rasulullah SAW memberikan syafa’at di akhirat kepada seluruh manusia setelah manusia mendesak hisab disegerakan di Padang Mahsyar.
Sesudah kewafatan Rasulullah SAW, maka penggantinya (bukan sebagai Nabi atau Rasul) adalah Khulafa Ar-Rasyidin iaitu Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Usman dan Sayyidina Ali RADIYALLAHU ANHUM.
Wajib diyakini bahawa kesemua sahabat Rasulullah SAW seperti Khulafa Ar Rashidin, Talhah Ibnu Ubaidillah, Zubir Ibnu Awam, Abdul Rahman bin Auf, Sa’ad Ibnu Abi Waqash, Said Ibnu Zaid, Abu Ubaidah, Amir Ibnu Jarrah, Zaid Ibnu Tsabit, Ahli Perang Badar dan Uhud, Ahli Baitul Ridhwan dan lain-lain sahabat baginda telah dijamin Syurga.
Dalam soal pertikaian dan peperangan yang terjadi antara para sahabat Rasulullah SAW seumpama Peperangan Jamal antara Siti Aisyah dan Sayyidina Ali, Peperangan Siffin antara Sayyidina Ali dan Mu’awiyah tidak boleh dibahaskan atau disokong mana-mana pihak. Tanggapan yang paling tepat ialah peperangan berkenaan adalah menurut ijtihad masing-masing di mana yang benar mendapat dua pahala dan yang salah mendapat satu pahala sahaja.
Perlu diyakini bahawa sekelian keluarga baginda SAW khususnya Siti Aisyah Ummul Mukminin yang tertuduh melakukan kesalahan adalah suci bersih dari sebarang noda di mana fitnah ini telah dilancarkan ke atas keluarga Rasulullah SAW adalah direka-reka semata-mata.
Darjat Kerasulan adalah kurniaan Allah SWT dan tidak boleh diusaha-usahakan menerusi khilwah, tahannus, suluk, belajar pondok dsb.
Rasul-Rasul Allah SWT dianugerahkan Mukjizat yang luarbiasa, ganjil dan mencarik adat kemanusiaan biasa.
Meyakini adalah Karomah iaitu perkara-perkara mencarik adat berlaku di kalangan Aulia Allah SWT termasuk para Solihin. Menolak sekeras-kerasnya istidra’ yang berasal daripada sihir atau amalan yang sengaja ditunjuk-tunjukkan, permainan halus/jin/iblis/syaitan dan yang seumpamanya.
Wajib dipercayai adanya Arash iaitu ciptaan Allah SWT dari Nur, berada di tempat yang tinggi dan mulia, yang tidak diketahui hakikat dan kebesarannya kecuali Allah SWT sendiri yang Maha Mengetahuinya. Begitu juga dengan Kursi yang bertalian dengan Arash – juga tidak diketahui hakikat kedudukannya.
Wajib dipercaya adanya Kalam, ciptaan Allah SWT untuk menuliskan sesuatu yang akan terjadi di dalam Luh Mahfuz.
Syurga dan Neraka bersama penduduknya akan kekal selama-lamanya.
Terdapat dosa besar dan dosa kecil. Dosa kecil diampunkan selagi tidak dikerjakan dosa besar dan dosa besar hanya dapat diampuni menerusi taubat kepada Allah SWT.
Menerima Al-Qur’an dan Al-Hadis serta merujuk kepada ijmak ulama dan kias tanpa sebarang keraguan lagi.
Nak lg........ |
|
|
|
|
|
|
|
Jika syeikh dah rasa bijak mentafsir dan dah habis belajor... silalah beri penerangan/ hujah, tapi kalau setakat salin dari kitab... tak payahlah..
Nazrulism Post at 5-12-2009 23:34
Yop, nie bkn copy paste dr internet mcm mike selalu buat,. kami mengaji, mai jumpe kalo nk lebih tau.....ada berani??? |
|
|
|
|
|
|
|
Jika syeikh dah rasa bijak mentafsir dan dah habis belajor... silalah beri penerangan/ hujah, tapi kalau setakat salin dari kitab... tak payahlah..
Nazrulism Post at 5-12-2009 23:34
Kalu tuan pandai sangat, apa nama opah nabi?
Kalu opah nabi pun xtau, mcmana nak kenai Tuhan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|