Kini Ramadan berlalu pergi,
Renong sejenak kenang kembali.
Sebulan sudah puasa dilalui,
Semoga usaha telah diberkati.
Letihnya badan bakar bahulu,
Bahulu gula untuk tetamu,
Cinta Ramadhan lekat di kalbu,
semoga tahun depan akan ketemu
Syaitan durjana sudah dilepas,
Goda manusia setiap nafas,
Nafsu membara kembali mengganas,
Jangan terlena nanti kau tertewas,
****************************************************
|