|
Dugaan itu memeritkan
![](http://www.utusan.com.my/pix/2010/0627/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_08.1.jpg)
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto SHEFRY MONIZ
Mekap TIAR ZAINAL 013-6284835 (menggunakan produk kosmetik Shu Uemura)
Busana JEFFRIEY RAFFIEY (017-6816131)
Tiz Zaqyah
--------------------------------------------------------------------------------
TIZ tidak peduli kalau orang mengatakan Tiz berada diambang kejatuhan populariti. Biarlah orang bercakap apa sahaja. Tiz tidak kisah tetapi percayalah, dalam kamus hidup Tiz tidak pernah wujud istilah popular. Apatah lagi untuk berbangga dengan kejayaan ‘ciput’ yang diraih hari ini,’’ tutur awal Tiz Zaqyah memulakan bicara dalam temu bual itu.
Reaksi pertama heroin drama rantaian paling berpengaruh, Nur Kasih mengundang seribu satu persoalan. Adakah dia dalam keadaan kecewa, hampa atau kesal dengan kontroversi terkini mengaitkan namanya itu?
Sesungguhnya, Tiz tidak kisah dan punya formula sendiri untuk menghapuskan tanggapan buruk tentang dirinya itu.
Sebab itu, Tiz tidak ambil endah sekiranya orang menyifatkan dia berada dihujung tembok kejatuhan kariernya sedangkan hakikat sebenar, dia baru hendak memulakan langkah memasuki dunia hiburan tanah air.
Pelakon berbintang Scorpio menyedari hanya satu drama yang dibintangi, namanya meniti di bibir ramai pada tahun lalu, ketika drama lain seperti Korban Kasih Marisa dan Spa Qistina, kurang menyerlahkan bakat lakonannya.
“Jadi, tidak wajar untuk meletakkan diri saya sebagai artis yang sudah cukup popular,” dakwanya.
Lantas, Tiz mengambil pendekatan mudah. Dia terima kenyataan sekiranya satu hari nanti, dia terpaksa bersara dari dunia lakonan kerana latar belakang dirinya yang dikatakan liar itu.
‘‘Beginilah, orang tidak boleh menghukum Tiz disebabkan cerita-cerita Tiz yang tidak tahu asal usul itu. Apa bukti mereka kata benda-benda tak baik itu? Terus terang, niat asal Tiz ke masuk ke dunia hiburan ini untuk menunjukkan bakat lakonan Tiz. Itu sahaja.
‘‘Janganlah sebab Tiz cepat dikenali, ada pihak yang kurang senang dan menyebar cerita yang bukan-bukan. Sebab Tiz tidak terdaya untuk menghalang orang daripada bercakap perkara yang buruk tentang Tiz. Sememangnya ia berada di luar bidang kuasa Tiz sendiri,’’ ujarnya.
Banyak sebab yang mendorong masyarakat memberi perhatian kepada cerita berkaitan Tiz. Semuanya bertitik tolak dari penyebaran gambarnya ketika bersosial di sebuah kelab malam bersama rakan-rakan. Kemudian berantai dengan gosip mengatakan Tiz merokok dan minum arak sebelum ini.
Semuanya Tiz nafikan sehingga ada pihak yang jelak dengan sikap ‘tunjuk baik’ Tiz setiap kali dikaitkan dengan kontroversi. Ada juga yang mengatakan dia sebenarnya seorang yang hipokrit dan berselindung di sebalik perwatakan baik dan suci itu.
‘‘Tiz bukan manusia maksum dan tidak terlepas dari melakukan sebarang kesalahan. Sudah pasti ada disana sini kekurangannya. Apa yang orang luar nampak dalam Nur Kasih itu bukan Tiz yang sebenar. Perkara ini yang Tiz tekankan setiap hari kepada semua.
‘‘Kalau hendak diikutkan, sampai bila Tiz nak mengikut telunjuk orang untuk menentukan arah kehidupan Tiz sendiri. Tiz pun ada kehidupan dan impian sendiri. Berilah sedikit ruang kepada Tiz,’’ pinta gadis berkulit putih ini.
Tiz memberitahu yang dia agak runsing pada mula apabila orang bercerita tentang dirinya dan mengaitkan kariernya akan tenggelam selepas kontroversi itu tersebar.
Getus Tiz, tidak terfikirkah di minda sang penyebar cerita di luar sana kesan selepas penyebaran fitnah itu? Apa motif mengadakan gosip sebegitu? Kalau betul lainlah cerita tetapi hikayat rekaan itu dusta semata-mata.
Pelakon ketinggian 5 kaki 3 inci ini juga tidak menolak kemungkinan apa sahaja kontroversi yang melanda dicetuskan oleh pihak yang mencemburui kejayaannya.
Berkemungkinan pakej berharga yang ada pada dirinya dinilai tinggi oleh sesetengah pihak yang menghargai bakat semulajadinya itu. Bagaimanapun, sekali lagi, hati Tiz berdesis, tak mengapalah. Hati manusia memang sukar untuk diduga.
Teraniaya
Paling terbaru, kontroversi melibatkan anak jati Kuala Lumpur ini yang dikatakan mengganggu kekasih dua aktres tempatan iaitu Almy Nadia dan Fasha Sandha. Satu negara sudah tahu tahu tentang cerita itu dan menimbulkan rasa ingin tahu.
Peminat lagu genre jazz ini dikatakan telah merentakkan gendang pertelingkahan dengan mengajak teman lelaki Fasha yang mesra dipanggil Jejai, berjumpa kira-kira pukul 4 pagi pada pertengahan Mac lalu. Lelaki itu sendiri sebelum ini mengaku kepada media bahawa Tizz memang ada menghubunginya dan ini telah menimbulkan kemarahan Fasha memandangkan dia pernah menjadi kawan baik kepada Tiz Zaqyah.
Bercakap tentang cerita yang semakin hangat dibincangkan peminat itu, Tiz memberitahu dia sebenarnya terlalu ‘letih’ hendak bercerita tentang perkara ini.
“Kalau cakap nanti orang salah ertikan dan ia akan memburukkan lagi keadaan, lambat laun orang akan tahu juga siapa yang benar, siapa yang salah.
“Tidak perlulah kalau dipanjangkan lagi kerana sekali kenyataan dari mulut Tiz keluar, pasti ada pihak yang tidah berpuas hati dan berterusan bercerita, salahkan Tiz,’’ katanya sambil menarik nafas panjang.
Katanya, jika terus dia membuka mulut untuk bercerita hal berkenaan, risau andai ia terus berlarutan.
Ketik |
|
|
|
|
|
|
|
Adam kalu b'gmbr susah nk senyum..kalu senyum mcm kelat gitu..
Meow xciter ape2 kat kli ...
mia1234 Post at 27-6-2010 06:49 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
FuhhhHH....memang "sesuatu".... ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dugaan itu memeritkan
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto SHEFRY MONIZ
Mekap TIAR ZAINAL 013-6284835 ...
supbunjut Post at 27-6-2010 10:33 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Tiz bukan manusia maksum dan tidak terlepas dari melakukan sebarang kesalahan. Sudah pasti ada disana sini kekurangannya. Apa yang orang luar nampak dalam Nur Kasih itu bukan Tiz yang sebenar. Perkara ini yang Tiz tekankan setiap hari kepada semua.
meoww suker statement nie jer.
|
|
|
|
|
|
|
|
FuhhhHH....memang "sesuatu"....
csuraya Post at 27-6-2010 10:56 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Meoww..suspen ni..pLeazz..ape yg 'sesuatu'.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 446# csuraya
Gimik aje.. .....Arrghhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
kat melodi br td pun ada cite psl tiz.. again psl gossip gak ![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
takde pun interview psl NKTM.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply csuraya
Adam & Nur bertolak ke Jordan semalam....honeymoon kot :p...... ...
csuraya Post at 27-6-2010 00:59 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
haha.. i like! |
|
|
|
|
|
|
|
letak tempe.
kuikuikui.
hijau88 Post at 27-6-2010 01:55 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
weh.. sedapnya tempe
dah la tgh lapar ni
sabo je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by supbunjut at 28-6-2010 09:26
Jordan pilihan Nur Kasih
Oleh Rozdan Mazalan
[email protected]
2010/06/28
![](http://www.bharian.com.my/articles/JordanpilihanNurKasih/pix_gal0)
KABIR (kanan) bersama barisan pelakon Nur Kasih The Movie.Lokasi percutian Nur Amina dan Adam
RAMAI sedia maklum, sentuhan sutradara Khabir Bhatia begitu kuat dengan permainan emosinya dan menarik minat penonton melalui jalan cerita drama dan filem yang dihasilkannya. Tidak lupa juga Khabir begitu kreatif dalam aspek permainan senimatografi yang cukup mempesonakan. Sesekali melihat hasil kreativitinya mempunyai persamaan dengan filem luar negara. Terbaru filem Nur Kasih yang kini sudah menjalani penggambaran bermula minggu lalu sudah tentu dinantikan peminat, terutama penggemar siri drama bersiri Nur Kasih.
Ini lebih-lebih untuk melihat kesudahan kisah pengorbanan, cinta dan air mata watak utamanya, Adam dan Nur Amina. Dan, untuk menguatkan latar tempat dalam Nur Kasih versi filem ini, 30 peratus daripada lokasi penggambarannya dilakukan di Jordan.
Kabir berkata, penggambaran di Jordan selama 10 hari bermula Jumaat lalu kerana ia lokasi berbukit bukau dan padang pasir yang pasti mempesonakan.
“Kami memilih Jordan kerana lokasi itu menarik. Lagipun, banyak filem Hollywood sering menggunakan lokasi itu seperti filem Transformers dan beberapa filem lagi.
“Penggambaran itu dilakukan untuk babak Adam dan Nur Amina yang bercuti bersama di negeri timur tengah itu. Selebihnya akan diketahui sebaik filem ini berada di pawagam yang dijangka penghujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.
Kabir juga mengumumkan Ummi Nazeera yang turut menjadi tonggak penting dalam drama Nur Kasih tetapi terpaksa digugurkan untuk versi filem. Bagaimanapun, tanpa pelakon muda itu, elemen emosi dalam Nur Kasih The Movie tidak akan terjejas.
“Kami terpaksa menggugurkan namanya disebabkan dia masih menuntut di Australia. Dia tidak akan muncul dalam filem ini. Watak dia pun kita tidak akan digantikan dengan pelakon lain. Ummi mempunyai komitmen lain jadi kita terpaksa hormat keputusannya.
“Pelakon utama lain masih dikekalkan. Mereka masih dengan watak yang sama tetapi memang ada beberapa penambahan pelakon dengan karakter baru,” katanya pada sidang media dan majlis doa selamat penggambaran filem itu baru-baru ini.
Tanpa Ummi, pelakon asal yang masih kekal dalam Nur Kasih the Movie nanti ialah Remy Ishak, Tizz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Ayu Raudah.
Sementara itu, penulis skripnya Mira Mustafa menjelaskan, memang agak sukar untuk memuaskan hati penonton dan berharap orang ramai, terutama peminat Nur Kasih boleh menerimanya apabila ia diangkat dalam bentuk layar lebar.
Katanya, cabaran dalam Nur Kasih the Movie ialah merombak semula skrip asal dan ia mengambil masa agak lama untuk disiapkan.
“Saya sudah menghasilkan lima kali draf yang terpaksa dirombak. Semuanya dilakukan bagi memastikan penonton puas selepas menonton kerana ini adalah kesudahan cerita yang tidak akan ada sekuel selepas ini.
“Saya juga mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan skrip ini termasuk plot yang akan mengembangkan jalan penceritaannya. Apa yang pasti kejutan bukan saja pada penghujung cerita ini tetapi di awal, pertengahan dan penutupnya.
[b]“Saya tidak boleh menceritakan lebih lanjut jalan cerita ini, apa yang pasti ada watak penting di dalamnya akan dimatikan,” ![](static/image/smiley/default/mad.gif) ![](static/image/smiley/default/cry.gif) ![](static/image/smiley/default/3bruce.gif)
katanya yang agak tertekan untuk menghasilkan skrip filem ini kerana perlu seimbangkan aspek cinta dan agama.
eeee..aper arrr...xde idea lain ke..balik2 matikan watak...hrrrrmmm...try to be more creative laaa...just look at Sex And the City..the producer take advantage of the hit drama by making 2 sequel muvi...sbb depa tau leh box office and dpt byk duuiittt...filmscape x padai buat duuitt arrr....![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
naik sket.
wakkakakaka.
hijau88 Post at 28-6-2010 00:35 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
pebende yg naik ni????
tetibe aku jadi blurrrr........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 453# supbunjut
..sape yg mati??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply supbunjut
..sape yg mati???
adifrs Post at 28-6-2010 10:08 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku rasa nur amina kot ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ur
Post Last Edit by irsuzie at 28-6-2010 10:37
tu ler...speku Nur mati! |
|
|
|
|
|
|
|
Adam yg mati kot................ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 459# irsuzie
I dengar-dengar Adam yang mati..coz dah ada yg dah tau skrip kat umah sebelah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|