Post Last Edit by cinta_ungu at 12-1-2011 22:01
![](http://dl3.glitter-graphics.net/pub/667/667553eq2o2ncy5l.gif)
![](http://farm6.static.flickr.com/5043/5345086581_d1c6aaab0b.jpg)
![](http://th38.photobucket.com/albums/e138/sweetkattya/cute%20cartoon/th_ka165.gif)
Assalamualaikum wbt.
Ke hadapan Siti Nurhaliza yang ku sayangi,
Semoga Siti sentiasa sihat di samping keluarga dan teman-teman tersayang. Siti, tujuan warkah ini ditaip ditulis adalah untuk mengeratkan hubungan yang terjalin di antara Fan + idol kita. Almaklumlah, isihati yang diluah di bibir tak sama dengan yang tercoret di posting forum sekeping kertas. Kita tak bisa mengungkapkan sesuatu dengan seluruh hati bila berucap tetapi kita mampu membicarakan seluruh yang terpendam hanya dengan menekan kekunci keyboard sebatang pena. *Motipp macam tetiap ari jumpa...padahal baru je dapat jumpa CT 2 kali*
Siti, sebenarnya mukadimah saja yang panjang lebar tetapi isinya seciput je. Saya yang bernama cinta ungu ini ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-32 kepada Siti. Kejap je Siti dah besar kan. Teringat dulu masa Siti kecik-kecik duk jual kuih dari satu blok ke satu blok. Dah besar nie duk jual macam-macam produk pulak. Bertuah sungguh! Itulah sebabnya orang tua zaman dulu kala mencipta peribahasa "Practice makes perfect" dan ternyata latihan Siti menjerit terlolong sambil menjual kuih itu telah membuahkan hasil. Two in one gitteww. Menyanyi perfect, berniaga pun perfect.
I loikkeee!
Siti, saya dah sakit kepala taktau nak tulis ape lagik. Dah laa membaca twitter Siti tue pun dah mendidih kepala otak dibuatnya. Saya doakan semoga Siti berjaya dalam apa jua lapangan yang Siti ceburi. Nanti, sila buat konsert di Istana Budaya lagi ye sebab kalau Siti buat kat tempat lain saya tak dapat join. Siti, kalau jumpa nanti saya nak ambil gambar sama-sama lagi eh. Bawak sekali brother bodyguard yang baik hati kat konsert SATU hari tue. Gigih betul dia amikkan gambar saya dengan Siti. Suka sangat.
Saya tau Siti pun dah pening. Saya lagi double pening. Oleh itu, saya tamatkan saja peperangan saraf ini. Akhir kalam, percayalah Siti kasih sayang yang kita pupuk dari hari ke hari ini akan saya semai dan jaga dengan baik agar ianya dapat bercambah dengan segar dan sihat di ruangan hati kita. Semoga Siti berbahagia di hari istimewa ini dan juga hari-hari seterusnya. Semoga satu hari nanti Siti masuk Cari Forum nie dan bersembang dengan kami semua. Mesti dup dap dup dap jantung kami menanti debaran reply posting daripada Siti..huhu
![](http://dl7.glitter-graphics.net/pub/68/68547cwg98wmzcn.gif)
-Additional wish- Saya doakan semoga Siti dikurniakan cahaya mata ![](http://dl10.glitter-graphics.net/pub/705/705190mbhcoc7b0b.gif)
comel, cerdik, sempurna & sihat walafiat. Amin ya rabbal alamin
Kalau perempuan, sila namakan sempena nama saya.
Kalau lelaki, jangan namakan sempena nama saya. Tak sesuai hokeh.
Selamat Hari Lahir CT...
I Love U and I know U Love Me too..ahaKs !
|