CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Isu Lynas-Loji Lynas sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu- MCA Bantah Kilan

  [Copy link]
Post time 3-3-2012 10:24 AM | Show all posts
aku nak berkongsi maklumat sedikit...sepanjang hampir 3 minggu (atau lebih) diadakan dedahan dokumen yang berkaitan Lynas (dokumen setinggi lebih daripada separuh manusia dewasa) di 4-5 tempat di seluruh Malaysia..hanya ada 330 (lebih kurang) kunjungan orang awam yang buat..daripada seramai itu (kebanyakan orang yang sama datang berulang) , 1123 komen/ulasan telah mereka itu semua buat..kebanyakan komen tersebut bersifat emosi dan hanya 2-3, diulang hanya 2-3 sahaja ulasan yang dibuat merujuk kepada dokumen tersebut..so boleh nilai sendiri lah..taklimat awam dibuat setiap minggu tetapi berapa kerap sahaja yang datang pun..muka melayu boleh dikira dengan sebelah tangan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2012 03:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 03:57 PM | Show all posts
aku nak berkongsi maklumat sedikit...sepanjang hampir 3 minggu (atau lebih) diadakan dedahan dokumen ...
cyclotron Post at 3-3-2012 10:24



    Kat pahang,ada lagi tak?nak g baca jap
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 07:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 08:54 PM | Show all posts
Reply 444# Muntz


   harap ada la balachi baca
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 08:55 PM | Show all posts
sesungguhnya aku x caya dgn janji sisa buangan dihntr tmpt xde org..
tapak pembuangan sampah pon masih bw mslh..
inikan pula sisa kimia..

apsal org aussie x buat kt tpt mereka sendrik? tanah depa luas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2012 08:57 PM | Show all posts
ada possibility kita makan ikan mutant tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2012 11:06 PM | Show all posts


Himpunan Hijau 3.0 jika sisa tidak dibawa keluar


4:00PM Mac 3, 2012


Desakan menuntut supaya bahan sisa radioaktif  dari kilang memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan semakin lantang apabila pelbagai pihak, termasuk NGO dan parti politik mahu ia di bawa keluar dari negara ini.

"Jika tuntutan ini tidak diharaukan, kita tidak menolak Himpunan Hijau 3.0 dianjurkan," kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefli Mohd Omar yang dipetik Harakahdaily.

Semalam, selepas desakan orang ramai, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa sisa buangan kilang itu akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Katanya, tindakan itu bertujuan untuk menghilangkan kerisauan penduduk tempatan walaupun pihak kerajaan yakin ia selamat. Namun lokasi itu tidak dinyatakan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam komennya mencadangkan kepada Najib agar mengumumkan saja tempat baru sisa itu adalah di kawasan parlimennya iaitu Pekan.

Hujah Najib, kononnya sisa ini tidak bahaya tetapi keputusan kerajaan itu diambil setelah mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi juga ditolak oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam kenyataan medianya berkata berdasarkan apa yang berlaku kepada kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, yang beroperasi sekitar tahun 1980-an, perlu dijadikan iktibar.

Katanya, kerajaan terpaksa membuang semua tanah seluruh tapak kilang dan kawasan sekitarnya di  Bukit Merah dan disimpan dalam tong dan seterusnya dimasukkan ke dalam sebuah bukit di Perak.

"Membenarkan Lynas membuang sisa kilang ini di Malaysia adalah satu subsidi besar buat syarikat Australia itu.

“Jangkaan pendapatan yang mungkin diperolehi dari kilang ini adalah sebanyak RM30 juta untuk lima tahun.

"Namun,  kesan kepada ekonomi, sosial, alam sekitar dan kos kesihatan kepada pekerja, masyarakat sekitar, tanah, air, lautan dan generasi akan datang dijangka berjumlah sehingga RM150 juta," kata SM Mohamad.

Selain itu, katanya timbul kebimbangan sampai berapa lama bahan radioaktif dalam takungan berkenaan akan selamat dan tidak bocor atau tercemar akibat perubahan cuaca dan jenis tanah di kawasan itu.

“Sedangkan, separuh hayat kepada bahan radioaktif yang dihasilkan dari thorium itu akan berumur ribuan tahun kalau tidak jutaan tahun pun.”

Australia sebelum ini dilaporkan telah membuat keputusan tidak akan menerima sisa yang diproses dari kilangnya di Gebeng untuk dibawa pulang ke negara itu semula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2012 08:46 AM | Show all posts
aku nak berkongsi maklumat sedikit...sepanjang hampir 3 minggu (atau lebih) diadakan dedahan dokumen ...
cyclotron Post at 3-3-2012 10:24
Ummat Melayu paling malas membaca. Dah la bahasa cina tak faham, inggeris terketar-ketar so tak boleh la bagi pendapat selain menyokong membuta tuli.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 12:25 PM | Show all posts
...

kalau sisa buangan tu boleh buat baja, tentu australia akan terima...

tapi pasti sisa tu berbahaya, sebab tu diorang x nak terima (diorang  pandai)...

... yg nak terima hanya malaysian aje (najib).... asik kena bodoh dgn mat saleh je...

...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 01:17 PM | Show all posts
Ummat Melayu paling malas membaca. Dah la bahasa cina tak faham, inggeris terketar-ketar so tak bole ...
kluangman Post at 4-3-2012 08:46


tak tahu kalu, boleh sahaja bertanya pada yang ahlinya..bukan bila tak tahu, ikut je dengar momokan daripada orang yang berkepentingan politik...orang demo, dia pun nak demo..tapi bila tanya apa itu radiasi, apa itu sinaran mengion, benda asas macam itu pun tak boleh jawab..nak demo apanya...demo tentang radiasi katakan, tidak sokong langsung pasal radiasi katanya..padahal ada beribu syarikat/kilang di malaysia yang guna teknologi radiasi di malaysia sekarang ini..yang guna bahan radioktif dengan berjuta-juta kali ganda kekuatan/aktivitinya pun berlambak di Malaysia ini..gi la tentang yang itu dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 01:20 PM | Show all posts
Dalam TV berdegar2 Najib dok kata selami masalah rakyat, dekati rakyat, rasai nadi rakyat.. Bila masok tang Lynas, apa yg diselami? Apa yg didekati? Apa yg dirasai? RAKYAT DIDAHULUKAN LAH SGT!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 10:05 PM | Show all posts
tak tahu kalu, boleh sahaja bertanya pada yang ahlinya..bukan bila tak tahu, ikut je dengar momo ...
cyclotron Post at 4-3-2012 13:17

Maybe diorang tak 100 peratus tahu atau faham tentang radioaktif tetapi mereka cuma bimbang kesan yang berlaku di Bukit Merah dan di China berlaku di sini.

Di atas kertas kilang Lynas boleh dikatakan selamat.  Cuma persoalannya dimanakah hendak dibuang sisa-sisa radioaktif tersebut?


Tax exemption sepatutnya hanya diberi untuk menarik industri yang kebanyakan negara melobi untuk mereka membina kilang di negara mereka seperti kilang semikonduktor, makmal penyelidikan, pembangunan perisian dsb.


Tetapi untuk kilang rare earth yang mana China dan Afrika pun tak mahu lagi kilang tersebut adalah teramat rugi diberi pengecualian cukai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 08:09 AM | Show all posts

Isu Lynas - Kabinet setuju pulang sisa nadir bumi ke Australia, Najib akan pasti


yccheok Post at 3-3-2012 07:48

betul ke akzonobel tak jadik supply resin sebab bangunan lynas ada prob? Sebagai vendor sepatutnyr dia pedulik hape janji duit masyukkkk..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 04:11 PM | Show all posts


PAS: Najib akui sisa Lynas adalah bahaya


Aidila Razak
1:50PM Mac 5, 2012



Pengumuman kerajaan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk adalah bukti bahawa kerajaan sebenarnya menyedari sisa berkenaan adalah berbahaya.

Menurut Ketua Biro Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohamad Omar, ini adalah di sebalik dakwaan perdana menteri bahawa keputusan untuk memindahkan sisa berkenaan tidak ada kena-mengena dengan tahap kebahayaan.

"Jika sisa ini tidak berbahaya, maka tidak ada keperluan untuk memindahkan lokasinya ke tapak lain. Kenyataan (perdana menteri) ini menunjukkan bahawa kerajaan memang menyedari akibat ketoksikan sisa Lamps.

"PAS percaya kenyataan PM hanya retorik politik untuk menyembunyikan salah guna kuasa dalam membuat keputusan terburu-buru yang membahayakan keselamatan rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, jika sebegitu selamat seperti yang didakwa, lokasi terbaik bagi membuang sisa toksid itu adalah di padang pasir Australia yang luas dan tidak berpenghuni.

"Hakikat bahawa pihak berkuasa Australia sendiri  tidak mahu menerima sisa toksik ... mengesahkan bahawa ia adalah sangat bahaya," katanya.

Beliau menambah bahawa cadangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya sisa berkenaan dihantar semula ke Australia juga menimbulkan beberapa soalan.

"Kenapa tidak beliau mempersoalkan pengurusan sisa dan pelupusan toksid awal? Mengapa timbulkan perkara ini selepas lesen operasi sementara diberikan?" soalnya.

Menurut Zulkefly, PAS dan NGO alam sekitar akan menunggu maklum balas kerajaan mengenai perkara itu, atau tidak mereka akan menganjurkan Himpunan Hijau 3.0".

"Kami juga akan mendedahkan siapa di belakang (keputusan membenarkan Lynas untuk beroperasi di Malaysia)," katanya.

Selepas perhimpunan anti-Lynas Himpunan Hijau 2.0 yang dihadiri kira-kira 15,000 orang di Kuantan, Najib memberi alasan keputusan pemindahan itu setelah mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:48 PM | Show all posts
isu tempat pembuangan sampah di malaysia pun kerajaan hura-hara nak selesaikan, inikan pula sisa radioaktif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 06:12 PM | Show all posts
najib dok sebok 1 mesia sana 1 mesia sini.....hakikatnyer dia lah PM paling teruk berbanding sebelumnya..harga barang naik,satu persatu kroni2 die dah ditelanjangkan...tambah plak bini yg spesis kaduk naik junjung..perabih duit rakyat jek yg die tau...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 06:20 PM | Show all posts
najib dok sebok 1 mesia sana 1 mesia sini.....hakikatnyer dia lah PM paling teruk berbanding sebelum ...
sriwanis Post at 5-3-2012 18:12

first lady diutamakan rakyat disampahkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 08:51 PM | Show all posts


Mustapa: Sisa kilang Lynas dihantar ke luar negara


7:33PM Mac 6, 2012


Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju untuk menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu yang terletak di Gebeng dekat Kuantan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.

"Walaupun kerajaan berpuashati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka, sebagai langkah tambahan setelah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kerajaan mengarahkan Lynas memberikan jaminan dan merancang untuk menyedia kemudahan pelupusan tetap (PDF), jauh dari penempatan awam.

"Sekiranya syarikat gagal mendapatkan lokasi kemudahan pelupusan tetap tersebut, residue yang dihasilkan akan dibawa keluar dari Malaysia," katanya ketika membaca kenyataan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di Kuantan hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa Lynas akan memindahkan sisa buangan ke kawasan yang jauh dari penempatan penduduk.

Ini katanya bagi mengambil kira soal kelegaan masyarakat setempat daripada segi emosi dan psikologi walaupun saintis telah membuktikan sisa itu selamat dan mengandungi tahap radiasi yang sangat lemah.

Mustapa berkata Lynas belum memulakan operasinya dan kerajaan belum melantik mana-mana badan bebas pakar bagi menganalisis bacaan radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan.

"Pada masa ini AELB memantau bacaan radiasi semula jadi di lebih 30 tapak di sekitar projek yang mana bacaan-bacaan tersebut dimuat turun ke laman web AELB dari semasa ke semasa.

"AELB juga sedang dalam proses melantik pihak penilai ketiga yang dijangka dibuat menjelang akhir bulan ini," katanya.

Mengenai maklumat balas daripada masyarakat setempat mengenai isu melibatkan kilang itu, Mustapa berkata pihaknya serta agensi-agensi teknikal terlibat seperti AELB dan Jabatan Alam Sekitar telah berjumpa dengan wakil-wakil pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), dewan-dewan perniagaan dan wakil-wakil pelajar bagi menerangkan isu berkenaan.

"Daripada pertemuan tersebut, didapati rakyat semakin memahami mengenai projek berkenaan dan ia selamat berdasarkan fakta saintifik dan teknikal, tetapi ia telah dimanipulasi oleh beberapa pihak yang berkepentingan.

"Mereka juga telah dimaklumkan mengenai kenyataan daripada Menteri Sumber
Australia Barat, Norman Moore pada 29 Feb yang mengesahkan bahawa nadir bumi tersebut terlalu kecil paras radiasinya," katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 09:03 PM | Show all posts


Gambar lucah anti Lynas berangkan MCA


Lee Long Hui
2:12PM Mac 6, 2012



MCA berang gambar anti-Lynas yang memaparkan gambar presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam keadaan bertelanjang diedarkan melalui Facebook.

Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki dengan kepala Chua memegang sebilah parang dalam keadaan bertelanjang bulat dengan tertera perkataan: "Jika Lynas beracun, saya akan potong" yang menutup bahagian kemaluan pada gambar itu.

Perkataan "saya akan potong" atau "wo qie diao" dalam bahasa Mandarin adalah istilah yang digunakan oleh masyarakat Cina untuk mengambarkan sesuatu yang sukar dipercayai.

Pada sidang media hari ini, timbalan pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Frankie Gan Joon Zin berkata gambar palsu yang diubahsuai itu adalah sesuatu yang melampau.


Katanya, empat menteri MCA yang menganggotai kabinet telah bekerja keras untuk memastikan bahawa loji Lynas tidak akan mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

"Saya ingin bertanya kepada pelukis (ilustrasi): Adakah anda sebegitu benci terhadap MCA?

"Jika loji Lynas benar-benar berbahaya, adakah anda fikir MCA akan menerimanya?" soal Gan.

Dakwanya, warga maya sedang dikelirukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sehingga mencetuskan mereka membuat gambar palsu itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.055633 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list