tiewa posted on 26-9-2013 02:17 PM
sampe ni?penyanyi baru ke?
nah bc ni...pnjg nak se explen ponnnn psl kump nomad nih...
yg bideo AZ dtg konti terjah FF....iols dah save kt tab kemas2...
yg jerit2222 wakakakakkaaaa
Nomad bukan muka baru 0 0 Google +0 0 0
Saat lagu Tetap Menantimu berkumandang di radio dan mendapat perhatian, ramai tertanya-tanya siapa gerangan penyanyinya yang dikenali sebagai Nomad?
Siapakah Nomad? Dari mana datangnya penyanyi baru itu sehinggakan dalam sekelip mata berjaya mencuri hati pendengar dengan suara serak dan merdu? Hakikatnya, Nomad bukan orang baru dalam industri muzik tempatan. Pembabitannya bermula seawal usia 18 tahun dan pernah muncul bersama kumpulan Cherita sekitar 2008.
Ditemui dalam sesi fotografi khas baru-baru ini, Nomad menjelaskan, dia bersyukur apabila percubaan solo berjaya dan single pertamanya Tetap Menantimu mendapat perhatian peminat.
Nomad yang turut bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Hainan Engineering Sdn Bhd, syarikat milik bapa saudaranya, menjelaskan, perjalanannya dalam dunia muzik tidak mudah.
“Banyak pahit getir terpaksa saya lalui dan pengalaman paling tragis apabila persembahan dibayar dengan pisang. Begitupun, minat dan keterujaan setiap kali menyanyi di pentas membuatkan saya meneruskan usaha untuk bergelar penyanyi. “Saya mula berjinak-jinak dengan dunia muzik sewaktu menuntut di Kolej Islam Antarabangsa dengan menyertai kumpulan nasyid sebagai pemain gitar.
“Sejak itu, saya berminat untuk lebih serius menceburi bidang muzik walaupun pada waktu sama ibu bapa menghalang. Selepas tamat pengajian, saya terus menyanyi bersama kumpulan ditubuhkan.
“Kami bergerak secara sendirian dan waktu itu saya merasai kepayahan apabila ada penganjur persembahan menipu dengan hanya menjamu kami dengan pisang selepas mengadakan persembahan dan terus lari,” katanya.
Kejayaan awal diraih menerusi lagu Tetap Menantimu membuatkan Nomad menghargai kepayahan dan tunjuk ajar daripada teman dalam industri seperti komposer Azmi Abdul Manaf (Daknie) dan Alfa Booty.
Katanya, mereka juga bertanggungjawab memberikannya ilmu secara profesional mengenai muzik pada peringkat awal.
“Waktu itulah saya bertemu Eddy dan Mell lalu menubuhkan Cherita dan menghasilkan album. Begitupun, percubaan kami kurang menjadi, menyebabkan kami mengambil keputusan berehat seketika di samping mendalami bidang muzik,” katanya.
Nomad menyertai program Keynote yang mencungkil bakat penciptaan lagu dan nyanyian, tetapi ia tidak memberi impak terhadap kerjaya seni. Bagaimanapun, Nomad tetap melihat penyertaannya ada kelebihannya
“Orang luar mungkin berpandangan sedemikian tetapi tidak bagi saya kerana apabila menyertai Keynote, banyak ilmu saya timba, terutama daripada Ajai yang bertindak sebagai penasihat.
“Dia yang mengajar saya cara buat lagu yang orang nak dengar dan orang tak nak dengar,” katanya.
Jelas Nomad, bergerak secara solo membuatkan dia sedikit kekok. Katanya, ketika menjayakan Muzik-Muzik 28 bagi pencalonan Tetap Menantimu ciptaan Akid dan lirik oleh Poji, dia berasa menyanyi untuk masa depan sungguh susah dan mengakui persembahannya pada hari itu paling teruk.
“Ia pelajaran pertama apabila hendak masuk industri. Maklumlah, lagu Tetap Menantimu bertanding dalam rancangan itu ibarat penentu kepada masa depan kerjaya saya dalam industri muzik. Pendek kata, kerjaya menyanyi dan menghiburkan orang bukan senang,” katanya.
Berdepan situasi itu, jelas Nomad, ia tidak dianggap penghalang. Disebabkan minat, apa juga yang berlaku sekarang akan terus ditempuh. baginya, jika dulu banyak perkara dilalui, mengapa sekarang dia perlu takut dan berhenti.
“Memang sekarang saya ada kerjaya tetap yang lebih meyakinkan tetapi disebabkan minat, saya terus juga mahu menyanyi.
“Mujur bekerja dengan syarikat bapa saudara, jadi urusan membabitkan kerjaya nyanyian menjadi mudah. Apatah lagi mereka juga banyak menyokong saya.
“Yang penting, bagaimana saya membahagikan masa antara dua kerjaya ini. Selalunya jika ada urusan, saya beritahu majikan lebih awal. Lagipun, sekarang ini tidak banyak persembahan, dan tumpuan lebih kepada kerja-kerja promosi single.
“Saya tidak melihat kerjaya nyanyian tidak meyakinkan dan kerja tetap sebagai pengurus mampu membuatkan saya hidup senang. Sebenarnya ia bergantung penuh kepada rezeki.
“Kalau kata rezeki saya sebagai pengurus tidak panjang atau tidak berkembang, ia sama juga dengan bidang nyanyian yang pada tanggapan orang tidak punya masa depan.
“Namun, kalau kita lihat berapa ramai penyanyi yang berjaya dan mampu membina hidup dengan lebih baik hasil menyanyi.
“Lagipun, impian saya bukan setakat menyanyi tetapi mahu bergelar komposer disegani satu hari nanti. Bagaimanapun, saya masih dalam proses belajar,” katanya.
Mengenai kumpulan Cherita, jelas Nomad, dia tetap akan bersama kumpulan itu, malah mereka tidak pernah memutuskan mahu berpecah. Cuma sekarang dia sibuk melakukan projek solo dengan bantuan ahli keluarganya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/17
Last edited by Honeyda on 26-9-2013 02:29 PM
|