[color=#9900 !important]
Bertemakan Black & Gold, Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang baru saja melabuhkan tirai sebentar tadi menampilkan banyak kejutan yang tidak disangka-sangka.
Untuk pengetahuan semua, drama yang pernah menjadi trending nombor satu di laman sosial twitter, Love You Mr. Arrogant berjaya menggondol anugerah utama DFKL iaitu Anugerah Drama Pilihan.
Namun, pasti ramai yang terkejut apabila pelakon utamanya Zara Zya tewas kepada Nur Fathia menerusi anugerah Pelakon Wanita Pilihan.
[color=#9900 !important]
Nur Fathia tampil bersama Aiman Hakim Ridza di Karpet Merah DFKL
Fathia merangkul anugerah tersebut menerusi lakonannya dalam drama Diandra yang turut menampilkan Aiman Hakim Ridza sebagai hero.
Walaubagaimanapun, Zara Zya turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Pasangan Hero & Heroin Pilihan bersama pasangannya dalam Love You Mr. Arrogant, Azlee Khairi.
Kalau nak tahu, acara gilang gemilang tersebut turut dihadiri barisan penghibur ternama tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Awie dan ramai lagi.
Anugerah berprestij yang pertama kali diadakan itu, bertujuan memartabatkan industri drama tanah air sekaligus mengeratkan jalinan barisan penggiat dalam industri kreatif dari amatur hingga profesional.
Apa-apa pun, jom kita lihat dulu senarai penuh pemenang DFKL ini.
Senarai Penuh Pemenang Drama Festival Kuala Lumpur
1. Drama Pilihan – Love You Mr. Arrogant
2. Pasangan Hero & Heroin Pilihan - Zara Zya & Azlee Khairi (Love You Mr. Arrogant)
3. Barisan Pelakon Pilihan – Sebenarnya Saya Isteri Dia
4. Penulis Skrip Drama Pilihan – Mufid Suhaimi (Dalam Setiap Sujud)
5. Drama Pendek Pilihan – Singh Susu
6. Pengarah Drama Pilihan – Raja Ahmad Alauddin (Sebenarnya Saya Isteri Dia)
7. Pelakon Wanita Pilihan – Nur Fathia (Diandra)
8. Pelakon Lelaki Pilihan – Azlee Khairi ( Love You Mr. Arrogant)