CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Sailing - Yachting

[Copy link]
 Author| Post time 16-11-2008 08:06 AM | Show all posts
Pulau Duyung penentu juara dunia


PERTARUNGAN dijangka sengit apabila juara dunia ditentukan pada
Kejohanan Piala Monsun 2008 di Pulau Duyong, Terengganu pada
3 hingga 7 Disember ini.



KEJOHANAN Piala Monsun 2008 di Pulau Duyong, Terengganu pada 3 hingga 7 Disember ini akan turut menjadi medan bagi perlumbaan pusingan akhir Jelajah Lumba Perahu Layar Dunia (WMRT) bagi menentukan juara dunia.

Juara Piala Monsun dan WMRT tahun lepas, Ian Williams yang sudah tiba di Terengganu berkata dia menaruh harapan untuk mengulangi kejayaan itu pada tahun ini.

Bagaimanapun, untuk mencapai hasrat itu ketua Team Bahrain Pindar dari Britain ini yang menduduki tangga teratas WMRT setelah mengumpul 92 mata, perlu bekerja keras bagi mengetepikan cabaran pelayar yang menduduki tangga kedua, Sebastien Col (88 mata) dan Mathiew Richards yang kini sudah meraih 77 mata.

Walaupun berdasarkan perkiraan perlumbaan ini, ia tetap akan menyaksikan persaingan sengit antara Col yang mengetuai Team Avera Challenge dan Williams, namun Richards yang mengetuai French Match Racing Team bagi menjuarai pusingan WMRT di Bermuda dan Brazil baru-baru ini, turut berpeluang meraih kemenangan.

“Persaingan merebut gelaran juara WMRT masih terbuka terutama antara dua pasukan teratas dan kami menjangka persaingan hebat akan berlaku pada kejohanan Piala Monsun kali ini,” kata juara Piala Monsun 2005 dan penasihat perlumbaan, Datuk Peter Gilmour.

Bagaimanapun, peminat sukan ini juga tidak boleh mengetepikan cabaran yang bakal diberi oleh pelayar muda yang sedang mencipta nama dalam perlumbaan berkenaan.

Mereka termasuk pelayar New Zealand, Adam Minoprio, 23, dari Black Match Racing Team yang kini menduduki tempat keempat dengan 53 mata dan Torvar Mirsky, 22, dari Austria, yang mengetuai Mirsky Racing Team dan kini menduduki tempat kelima, juga dengan 53 mata.

Perlumbaan pada tahun ini disertai 12 pasukan yang menurunkan pelayar handalan termasuk Ben Ainslie yang dinobatkan sebagai Pelayar Terbaik Rolex ISAF 2008 di Madrid, Sepanyol minggu ini.

Daripada 12 pasukan yang akan menyertai perlumbaan ini, 10 telah menempah tempat masing-masing manakala dua pasukan lagi akan dipilih daripada pusingan kelayakan Malaysia dan Asia yang akan berlangsung dari 24 hingga 29 November di tempat yang sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 03:38 PM | Show all posts


oh kuantan...........
bila lagi aku akan kesana..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2008 06:36 AM | Show all posts

- kosmo -

Nurul Ain pimpin kelayakan pertama




ANGIN yang tidak menentu membawa tuah kepada pelayar negara, Nurul Ain Mat Isa (gambar).

Semalam, dia mendahului tujuh pencabar lain yang lebih berpengalaman pada sesi kelayakan pertama kejuaraan Kapal Layar Piala Monsun Kelayakan Malaysia 2008.

Dia mengumpul tiga mata pada pusingan awal kejohanan tersebut yang diadakan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.


Nurul Ain dari Perak memenangi semua tiga saingan satu lawan satu ketika menentang Johor Team yang diketuai Abdul Rahim Mohd. Zan, Langkawi Geopark diketuai oleh Mohd. Afendy Abdullah dan KFC (Persatuan Kapal Layar Malaysia) yang diketuai M. Zaidi Md. Amin.

"Walaupun ini merupakan pengalaman pertama dalam acara ini tetapi kerjasama di kalangan krew telah banyak membantu saya untuk meraih kemenangan ini," katanya ketika ditemui semalam.

Mohd. Razali Mansor dari pasukan Navy 1 turut berkongsi mata dengan Nurul Ain selepas tamat pusingan pertama dengan mengumpul tiga mata penuh.

Dia berjaya mengalahkan tiga pencabarnya, Mohd. Masyuri Rahmah yang memimpin pasukan Navy 2, Megat Fairuz Khairuddin dari pasukan Putrajaya Sail dan David Mills dari pasukan Terengganu.

Dalam pada itu, Mohd. Masyuri Rahmah dan M. Zaidi Md. Amin masing-masingnya mengumpul dua mata manakala Muhd. Afendy Abdullah serta Megat Fairuz pula mengumpul satu mata selepas mengharungi tiga pusingan pada aksi kelayakan itu.

Semua peserta perlu melalui tujuh saingan pada pusingan awal ini sebelum layak ke peringkat separuh akhir dan akhir. Pusingan kelayakan ini akan berakhir esok.

Nurul Ain berharap agar keadaan angin tidak berubah pada saingan hari ini dalam usahanya untuk memburu tempat ke separuh akhir.


*************************************************************************************

let's hope for the best --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 09:49 PM | Show all posts

update info -

28 November, 2008

Swinton Unggul Pada Hari Kedua Kelayakan Asia

KUALA TERENGGANU, 28 Nov (Bernama) -- Pelayar Australia Keith Swinton dari pasukan Black Swan Racing menguasai hari kedua pusingan kelayakan Asia dalam Kejohanan Kapal Layar Piala apabila memenangi lima lagi perlumbaan hari Jumaat.


Kejayaan itu menjadikan Swinton satu-satunya peserta yang memenangi kesemua tujuh perlumbaan dalam pusingan awal sekaligus menempah tempat ke peringkat separuh akhir hari Sabtu.

Pada hari pertama semalam, dia memenangi dua perlumbaan yang diadakan di perairan Pulau Duyong di sini.

Tiga lagi peserta yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir ialah pelayar Jepun, Natsuki Motoyoshi dari pasukan Orbit, rakan senegaranya, Hiroshi Miura dari pasukan Extreme, dan Marty Kaye dari Hong Kong.

Motoyoshi menempah tempat dalam kelompok empat pasukan teratas itu selepas memenangi enam perlumbaan manakala Miura (lima) dan Kaye (empat).

Peserta tuan rumah, Mohamad Razali Mansor dari pasukan Navy 1 pula sekadar memperoleh dua mata untuk menduduki tempat keenam.

Seorang lagi pelayar negara, Razman Mat Ali daripada pasukan KFC-Persatuan Kapal Layar Malaysia, menduduki tempat terakhir dalam kalangan lapan peserta apabila gagal memenangi sebarang perlumbaan.


Penentuan tempat pertama dan kedua pula akan diadakan pada sebelah petang esok bagi memilih seorang wakil Asia untuk beraksi pada Piala Monsun dari 3 hingga 7 Dis ini.

Pusingan kelayakan itu disertai oleh dua pasukan dari Malaysia dan Jepun serta masing-masing satu dari Australia, Korea Selatan, Hong Kong dan Thailand.

-- BERNAMA


********************************************************************************

sebagai tuan rumah - patut malaysian team kena lebih menyerlah lagi -
apa pun.. tahniah pada razali.. dapatkan sikit mata dalam perlumbaan tu -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2008 06:24 PM | Show all posts
Matoyoshi, Keith ke separuh akhir

KUALA TERENGGANU - Pelayar Jepun, Natsuki Matoyoshi dari pasukan Orbit dan pelayar Australia, Keith Swinton menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Kelayakan Asia Kapal Layar Piala Monsun Malaysia yang diadakan di Pulau Duyong di sini, hari ini.


Keith dari pasukan South Perth Yacht Club menambah lima mata pada hari kedua pusingan awal kejohanan kelayakan tersebut yang membolehkannya mengumpul keseluruhan tujuh mata untuk muncul sebagai pelayar pertama ke pusingan separuh akhir.

Ini diikuti Natsuki yang berjaya mengumpul keseluruhan enam mata selepas memenangi empat dari lima perlumbaan pusingan awal yang diadakan di sini, semalam.

Turut ke perlumbaan separuh akhir ialah pelayar pasukan Hong Kong, Marty H. Kaye dan seorang lagi pelayar Jepun, Hiroshi Miura dari pasukan Extreme.

Keith ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati dan gembira terhadap prestasi pasukannya dalam perlumbaan dengan tiupan angin kencang antara 14 hingga 18 knot.

''Saya berharap angin akan lebih kencang dalam perlumbaan esok (hari ini) bagi membolehkan kami menunjukkan kemampuan kami," katanya.

Pelayar Australia itu memberitahu, dia ingin mencabar Kaye dalam pusingan separuh akhir kerana pasukan Hong Kong adalah pasukan paling lemah antara empat pasukan ke pusingan itu.

Natsuki pula berkata, pasukannya memberikan persembahan terbaik dalam keadaan angin kencang dan berjaya mara ke separuh akhir.

''Saya tidak merancang apa-apa strategi untuk dilakukan dalam perlumbaan separuh akhir esok (hari ini) kecuali mendapatkan tidur yang cukup kerana kami letih berentap dalam perlumbaan pusingan awal hari ini," katanya.


***********************************************************************************************

kalau idputera ada pics tentang ini - boleh tolong post kan juga ye -
thanks -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2008 06:17 AM | Show all posts

update - piala monsun -

Ainslie, Mirsky, Cian dahului hari pertama


KAPAL kendalian Nurul Ain Md. Isa (kanan) bersaing hebat
dengan mentornya, Peter Gilmour pada persaingan round
robin di Pulau Duyong, Terengganu, semalam. Bagaimanapun,
Nurul Ain gagal mengutip sebarang mata untuk persaingan hari
pertama. - Gambar FAUZI BAHARUDIN



KUALA TERENGGANU - Pasukan Origin pimpinan pelayar Britain, Ben Ainslie; pelayar Australia, Torvar Mirsky (Mirsky Racing Team) dan pasukan Shosholoza diketuai pelayar Itali, Paolo Cian, berkongsi kedudukan mendahului sembilan pelayar lain apabila masing-masing berjaya mengumpul dua mata pada hari pertama Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun Malaysia yang berlangsung di Pulau Duyong di sini semalam, lapor IRMAN HASHIM.

Mirsky berjaya mengutip mata berkenaan dalam perlumbaan satu lawan satu setelah bertemu pasukan French Racing Team pimpinan pelayar Perancis, Mathieu Richard dan pasukan Ainslie manakala Paolo pula menewaskan Mathieu dan pelayar Sweden, Magnus Holmberg yang mengemudi pasukan Victory Challenge.

Ainslie pula mengalahkan pelayar Perancis, Sebastien Col daripada pasukan K Challenge dan pasukan Berntsson yang dikemudi pelayar Sweden, Johnie Berntsson dalam tiga pusingan pertama perlumbaan saringan kejohanan berkenaan yang menjadi pentas terakhir sirkit Jelajah Match Racing Dunia (WMRT) 2007/2008.

Penyandang juara Piala Monsun Malaysia dan pendahulu WMRT, Ian Williams bersama pasukan Black Match Racing dipimpin Adam Minoprio, Sebastien, Mathieu, Magnus dan juara Piala Monsun 2005, Datuk Peter Gilmour masing-masing berjaya mengumpul satu mata pada hari pertama kejohanan itu.

Bagaimanapun, pelayar negara dan juga pelayar wanita tunggal, Nurul Ain Md. Isa; pelayar Black Swan Racing diketuai pelayar Australia, Keith Swinton dan Berntsson pula gagal mengumpul sebarang mata.

Kesemua peserta perlu melalui 12 perlumbaan dalam pusingan saringan itu sebelum layak ke pusingan separuh akhir dan akhir kejohanan tersebut yang berlangsung sehingga Ahad ini.

Ainslie ketika ditemui berkata, hari pertama kejohanan itu banyak memberi panduan bagi menghadapi pasukan lawan pada perlumbaan seterusnya dalam pusingan awal berkenaan.

''Saya dapat memahami dan membaca keadaan tiupan angin dan pergerakan ombak bagi membolehkan pasukan saya mencari peluang untuk mengalahkan pasukan lawan nanti," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-12-2008 05:39 AM | Show all posts
Piala Monsun: Pelayar Itali tempah tiket suku akhir




PELAYAR Itali, Paolo Cian yang memimpin pasukan Shosholoza muncul peserta terawal menempah tiket ke peringkat suku akhir setelah berjaya mengutip tujuh mata selepas berakhirnya saingan hari kedua Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2008 di Pulau Duyong, terengganu semalam.

Cian yang kini menduduki tangga kelapan dalam ranking World Match Race Tour (WMRT), memperoleh lima mata lagi semalam setelah mendapat dua mata pada saingan hari pertama kelmarin sekali gus melonjakkan pasukan itu untuk mendahului 11 lagi pasukan lain.

Dua lagi pasukan yang hampir menempah tempat ke suku akhir dengan memperoleh enam mata adalah pelayar New Zealand, Adam Minoprio yang mengetuai pasukan Black Match Racing dan Torvar Mirsky daripada pasukan Mirsky Racing Team (Australia).

Minoprio bagaimanapun perlu melalui empat lagi perlumbaan manakala Mirsky pula perlu menghabiskan tiga lagi perlumbaan untuk menempatkan diri antara lapan pasukan yang akan bertarung pada peringkat suku akhir esok.

Juara pertandingan ISAF WMRT 2006/2007 iaitu Ian Williams dari Team Pindar perlu berusaha keras dalam empat lagi perlumbaan hari ini jika mahu menempah tiket ke peringkat suku akhir.

Setakat ini dia hanya meraih empat mata selepas mengharungi tujuh perlumbaan.

Saingan hari kedua Piala Monsun semalam yang menjadi sirkit terakhir dalam WMRT 2007/2008 turut menyaksikan beberapa insiden pelanggaran dan mereka yang terbabit dikenakan penalti.

Antaranya kapal yang dinaiki oleh pasukan juara Piala Monsun 2005, Datuk Peter Gilmour daripada pasukan Pizza-La Sailing dengan kapal pelayar dari Britain, Ben Ainslie daripada pasukan Team Origin dan kapal Williams dengan kapal pelayar dari Sweden, Magnus Holmberg (pasukan Victory Challange).

Malah, kapal kendalian Gilmour turut bertembung dengan salah sebuah bot jawatankuasa penganjur.

Dua buah bot juga dilaporkan mengalami kerosakan akibat perlanggaran tersebut.

Pada sidang media yang diadakan selepas tamat perlumbaan semalam, Cian melahirkan rasa gembira atas kejayaan tersebut dan mahu memastikan pasukannya terus mengutip mata pada baki perlumbaan hari ini.

"Walaupun kami mendahului dalam saingan round robin ini, kami masih perlu berusaha lebih keras pada suku akhir kerana kemenangan sebelum ini tidak dikira selepas ini," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2008 08:11 AM | Show all posts

- update -

Enam pasukan rebut lima tempat


KAPAL layar yang dikemudi Williams (kanan) melepasi
saingan kelayakan Piala Monsun di Pulau Duyong semalam.



ENAM pasukan yang berkongsi mata hanya mempunyai satu peluang untuk merebut lima tempat ke suku akhir pada Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2008 yang memasuki hari keempat di Pulau Duyong, Kuala Terengganu semalam.


Pasukan tersebut ialah juara tahun lalu yang juga pendahulu World Match Racing Tour (WMRT), Bahrain Team Pindar (Britain) pimpinan Ian Williams dan pasukan K Challenge (Perancis) pimpinan Sebastien Col.

Selain itu, turut bersaing ke suku akhir ialah French Spirit (Perancis) pimpinan Mathieu Richard, Victory Challenge (Sweden) pimpinan Magnus Holmberg, Team Origin (Britain) pimpinan Ben Ainslie dan PST (Australia) pimpinan Peter Gilmour.

Semua enam pasukan itu berkongsi lima mata setelah mengharungi 16 pusingan pada cabaran hari ketiga kejohanan itu semalam.

Bagaimanapun, tiga daripada lapan slot ke suku akhir itu telah ditempah awal oleh tiga pasukan iaitu pasukan pimpinan pelayar Itali, Paolo Cian dari pasukan Shosholoza dengan kutipan sembilan mata yang juga pendahulu kejohanan.

Selain itu, pasukan pimpinan pelayar dari Australia, Torvar Mirsky (Mirsky Racing Team) mengekori dengan mengutip lapan mata dan pasukan pimpinan pelayar New Zealand Adam Minoprio (Black Match Racing) tujuh mata.

Bagaimanapun, pelayar negara, Nurul Ain terpaksa berputih mata apabila gagal mengutip sebarang mata dalam semua 16 pusingan kelayakan yang dijalankan sejak tiga hari lalu.

Sementara itu Team Pindar akan menghabiskan baki saingan hari ini biarpun sudah layak untuk ke suku akhir.

*****************************************************************************************

dengan cuaca yang mencabar kat terengganu pun.. depa still compete, eh....
event ni sampai ke europe pulak news nya pastu kawan cakap - eh  siap sampai
tunjuk banjir pulak kat KT... interesting coverage betul kat sana -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2008 10:00 PM | Show all posts
07 Disember, 2008          

Gilmour Muncul Juara Piala Monsun Kali Kedua Pada Edisi 2008

KUALA TERENGGANU, 7 Dis (Bernama) -- Datuk Peter Gilmour berjaya merangkul Piala Monsun bagi kali kedua selepas 2005 apabila dengan mudah mengatasi bintang baru New Zealand Adam Minoprio 3-1 pada perlumbaan akhir edisi 2008 di Pulau Duyong di sini hari Ahad.


Gilmour, 48, bekas juara tiga kali Jelajah Lumba Kapal Layar Dunia (WMRT) dari Australia itu, terpaksa bergantung kepada pengalamannya dan daya tenaga untuk menguasai keadaan laut begelora dan angin kencang bagi mengemudi kapal layarnya.

Pencabarnya, Minoprio, 23, dari pasukan Black Match Racing, gagal menandingi kehebatan dan ketangkasan Gilmour walaupun berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas dua perlumbaan.

Sebelum itu, Minoprio, pelayar dari New Zealand itu, berjaya melangkah ke perlumbaan akhir selepas bangkit semula untuk mengejutkan juara bertahan Ian Williams dari Britain 3-2 pada perlumbaan separuh akhir.

"Kami melalui saingan sengit sepanjang minggu khususnya di peringkat awal dan berjaya muncul pelayar kelapan dan sekali lagi menghdapai cabaran sengit pelayar Perancis Sebastien Col pada perlumbaan suku akhir.

"Tetapi semuanya berjalan lancar di peringkat separuh akhir dan akhir," kata Gilmour selepas menerima hadiah wang tunai RM250,000 dan piala dari Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Minoprio pula menerima hadiah wang tunai RM150,000 sebagai naib juara manakala pelayar Torvar Mirsky dari Australia menewaskan Williams 1-0 bagi menduduki tempat ketiga.

Dalam pada itu, Williams daripada pasukan Bahrain Pindar, berjaya mempertahankan kejuaraan WMRT bagi tahun kedua dengan mengumpul 110 mata dikuti Col dari pasukan K-Challenge (100 mata) dan Mathieu Richard dari pasukan French Spirit menduduki tangga ketiga dengan 83 mata.

Keputusan:


1. Peter Gilmour (Australia) Yanmar Racing Team

2. Adam Minoprio (New Zealand) Black Match Racing

3. Torvar Mirsky (Australia) Mirsky Racing Team

4. Ian Williams (Great Britain) Bahrain Team Pindar

5. Paolo Cian (Itali) Team Shosholoza

6. Sebastien Col (Perancis) K-Challenge

7. Magnus Holmberg (Sweden) Victory Challenge

8. Mathieu Richard (Perancis) French Spirit

9. Ben Ainslie (Great Britain) Team Origin

10. Keith Swinton (Australia) Black Swan Racing

11. Johnie Berntsson (Sweden) Berntsson Sailing Team

12. Nurul Ain Md Isa (Malaysia) Perak Sailing Team


-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 11:45 AM | Show all posts
comel dah ko ain........  lain tahun cuba lagi........



masih aktif lagi yer, itu lah lebihnya klu dkt dgn club house, hari2 bole sailing..........

'race hari tu ko ingat lagi x tip2 yg aku bagi........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2008 08:35 AM | Show all posts
10 negara sahkan penyertaan

LANGKAWI - Sebanyak 10 negara dengan lebih 250 pelayar mengesahkan penyertaan dalam Regata Perdana Langkawi 2009 yang akan diadakan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini mulai 14 hingga 18 Januari ini.


Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah (PPLK), Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata, Thailand merupakan negara luar yang menghantar ramai pelayar dengan 34 atlet, Singapura (12), India (10), Myanmar (12), Indonesia (15), Qatar (lima), Syria (tiga), United Kingdom (dua), Turki (satu) manakala selebihnya dari Malaysia.

"Penganjur masih menunggu penyertaan Hong Kong yang turut diundang memeriahkan kejohanan itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur di sini.

Abu Bakar, yang juga Anggota Parlimen Langkawi berkata, sebanyak 14 pasukan termasuk negeri-negeri dan kelab dari seluruh negara mengesahkan penyertaan.

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd. Afendy Abdullah berkata, beberapa negara yang mengambil bahagian turut menjadikan regata perdana sebagai persiapan menjelang Kejohanan IODA Optimist Asia 2009 dan Dunia 2010.

**********************************************************************************

idputera tak nak masuk ke regata langkawi ni -
tak sebut pulak apa hadiahnya..tapi mesti sponsor
yang best2 ni --
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 27-12-2008 08:35 AM

idputera tak nak masuk ke regata langkawi ni -
tak sebut pulak apa hadiahnya..tapi mesti sponsor
yang best2 ni --


...


thanks mod ingatkan regata tu, tapi bukan utk id tuu............
utk bebudak 16 tahun kebawah jer........



cam ni rupanya class yg dipertandingkan..........:victory::victory:
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 11:20 PM | Show all posts


kita nyer jenis cam ni.............:victory::victory:klu ada teringin juga..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2009 02:50 AM | Show all posts
RLIR 2009 janji saingan sengit


RLIR 2009 janji saingan sengit

SENGIT dan mencabar.
Itu yang dijanjikan peserta Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2009 yang bermula semalam hingga Sabtu ini.


Walaupun bilangan peserta berkurangan pada edisi kali ini tetapi saingan tetap menarik berikutan tiupan angin diramalkan mencapai 14 knot sejam sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Jurucakap penganjur, Mike Pryke berkata pada kejohanan tahun lepas, purata tiupan angin harian adalah antara lapan hingga sembilan knot sejam dengan yang paling tinggi mencecah 16 knot.

"Tiupan angin boleh mencapai sehingga 20 knot sejam dan ia akan menjadi menarik untuk melihat bagaimana peserta menyesuaikan diri dengan keadaan ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan-pasukan yang bertanding dalam acara kelas racing akan mendapat manfaat daripada keadaan tiupan angin kencang.

Juara tiga kali, Quantum Racing (Australia), Hi Fi (New Zealand), Jelik (Hong Kong), Yo!2 (Australia) dan Zuhrah dari Malaysia merupakan antara pasukan yang bertanding dalam kelas racing.

Sebanyak 11 kategori daripada empat kelas utama iaitu kelas racing, kelas racing (IRC) 1, kelas racing multihull dan kelas club dipertandingkan pada kejohanan tahun ini.

Zuhrah, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia, akan mengetuai cabaran negara yang mempunyai 10 wakil pada perlumbaan ini termasuk pasukan Mata Hari dan pasukan remaja Persatuan Pelayaran Malaysia. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2009 09:34 AM | Show all posts
Quantum Racing tepati ramalan juarai RLIR
Oleh Hasnira Hassan


ROBERTS (barisan depan tiga dari kiri) bersama anak kapal
meraikan kemenangan Quantum Racing menjuarai kategori
Racing RLIR 2009, semalam.



SEPERTI diramal, pasukan Quantum Racing meraih gelaran juara Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2009 buat kali keempat berturut-turut apabila menjuarai kategori Racing - sekali gus menjulang trofi Piala Cabaran Perdana Menteri selepas dua saingan terakhir, semalam.

Pasukan Australia diketuai jurumudi, Ray Roberts itu mengumpul 15 mata selepas menamatkan cabaran pusingan 9 di tempat ketiga selama 1 jam 24 minit dan 55 saat selepas menghadapi masalah kecil apabila kapalnya hampir melanggar pasukan Zuhrah dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang melintas di hadapan pada awal perlumbaan.

Namun, pasukan yang turut disertai pelayar muda negara dari Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Khairun Hanna Mohd Afendy, 12, berjaya membaiki masa lebih pantas untuk menguasai pusingan terakhir di tempat pertama dengan 1:23:34s.

Tempat kedua menjadi milik pasukan Hi Fi (New Zealand) yang dikemudi bekas juara Olimpik dan juga pemenang Regata Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) kali ketiga berturut-turut pada 2005 - Neil Pryde menerusi 21 mata. Mereka mencatat 1:14:20s,sebelum tergelincir ke tempat ketiga pada pusingan terakhir dengan catatan masa 1:16:33s.

Difahamkan, kelancaran pelayaran kapal yang naik satu tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu itu, terjejas sedikit pada pusingan ke-10 apabila tali pelampung penanda tersangkut ketika angin kencang, sebelum dipotong.

Sementara itu, Jelik (Hong Kong) diketuai jurumudi Frank Pong pula menduduki tempat ketiga dengan 23 mata, ketika mengekalkan rekod masa terpantas iaitu 1:10:20s (pusingan 9) dan 1:09:01s (pusingan 10) - empat mata - mengatasi Yo!2 (Australia) yang mencatatkan 1:25:39s dan 1:25:58s, ketika Zuhrah pula terpaksa akur di tempat kelima dengan 44 mata.

Ray yang berjanji untuk terus bertanding pada penganjuran tahun depan, menyifatkan RLIR sebagai satu daripada perlumbaan terbaik di rantau Asia Tenggara dengan cabaran yang paling sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan termasuk perubahan laluan serta keadaan angin sehingga 29 dan 30 knots.

揔ami mengharungi perlumbaan yang menakjubkan terutama mengelilingi pulau cantik serta bukit tinggi yang membayangi angin, sekaligus memberi cabaran hebat buat kami. Penduduk Langkawi seharusnya berbangga kerana mempunya pulau secantik ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2009 06:42 AM | Show all posts
Pelayar negara diuji bulan depan

LANGKAWI - Selepas mendominasi Kejohanan Regata Perdana Antarabangsa Geopark Langkawi minggu lalu, pelayar elit dan pelapis kebangsaan bakal diuji pada tiga kejohanan di luar negara bulan depan.

Ketiga-tiga kejohanan tersebut adalah Regata Antarabangsa Qatar (1-7 Februari), Kejohanan Layar Antarabangsa Auckland, New Zealand (1-8 Februari) dan Kejohanan optimist Asia di Pattaya, Thailand dari 1-7 Februari ini.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd. Afendy Abdullah berkata, kejohanan di Auckland menjadi tumpuan utama MYA kerana ia akan disertai oleh 20 buah negara.

Katanya, Malaysia bakal dibarisi oleh 10 pelayar elit dan pelapis pada kejohanan itu, termasuk anak orang asli pertama yang mewakili pasukan layar kebangsaan, Norashikin Mohd. Sayed.

Norashikin, 16, akan berganding dengan Khairunnesa Mohd. Afendy dalam kategori 420 manakala turut dibariskan adalah pelayar handalan, Mohd. Romzi Mohamad dan Khairul Nizam Mohd. Afendy dalam kategori Laser Radial.

Pada Regata Antarabangsa Qatar pula, Malaysia bakal membariskan 14 pelayar elit dan pelapis, yang mana misi mereka cuba mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada kejohanan tahun lalu, termasuk 470 dan Optimist.

Sementara Kejohanan Optimist Asia di Pattaya yang sepatutnya diadakan tahun lalu tetapi ditunda kerana situasi politik Thailand bakal menyaksikan penyertaan lima pelayar negara.

Kata Afendy, ketiga-tiga kejohanan ini bakal memberi pendedahan luas kepada pelayar dalam usaha Malaysia membentuk pasukan mantap bagi menghadapi Sukan Asia 2010 di China.

Pada Regata Perdana Antarabangsa Langkawi Geopark 2009, pelayar elit dan pelapis negara mencatat kejayaan hebat apabila menggondol 10 daripada 13 kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan yang disertai lebih 200 pelayar dari sembilan buah negara.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Abdul Rani Idris berkata, pelayar Malaysia masih memerlukan banyak pendedahan dan latihan berprestasi tinggi jika mahu memberikan cabaran ke peringkat lebih besar.


Seramai 27 pelayar kini menjalani program elit dan pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) di pusat perahu layar kebangsaan di sini sejak Jun lalu. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2009 07:41 PM | Show all posts
kena cantikkan lagik thread ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2009 09:35 AM | Show all posts
Pelayar negara cemerlang di Doha



CEMERLANG... Barisan pelayar negara meraikan kejayaan
mereka sejurus tiba di KLIA, Sepang semalam.


SKUAD perahu layar negara berjaya mencatat keputusan memberangsangkan apabila meraih dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa pada Kejohanan Regatta Antarabangsa Qatar 2009 di Doha, Qatar yang berakhir kelmarin.


Kejohanan yang berlangsung selama tujuh hari bermula 1 Februari lalu itu melibatkan penyertaan daripada 22 buah negara dan Malaysia telah menghantar seramai 14 orang pelayar.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd. Afendy Abdullah berkata, barisan pelayar negara mempamerkan aksi cemerlang dalam kelas Optimist dan International 470 apabila mereka mengungguli tiga tempat teratas kedua-dua kelas tersebut.

"Bagi kelas Optimist, emas dimenangi Ahmad Latif Khan, perak dimenangi Muhd. Farhan Hamid dan gangsa dimenangi Nur Liyana Mohd. Latif.

"Kelas International 470 pula, emas dirangkul gandingan Ku Anas Ku Zamil/Muhamad Afiq Borhanudin, perak dirangkul Nurul Elia Anuar/Siti Noorbaidura Afendy, manakala gangsa dirangkul Megat Ahmad Aslam Megat Azman/Hanafi Azzaruddin," katanya.

Afendy berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sebaik tiba dari Doha bersama skuad pelayar negara tengah hari semalam.

Jelasnya, bagi dua lagi kelas yang disertai pelayar negara, biarpun gagal meraih sebarang pingat, mereka tetap berjaya menduduki tempat terbaik.

"Bagi kelas Laser 4.7, Khairunita Afendy menduduki tempat keempat keseluruhan (tempat pertama bagi wanita) dan Nor Afiqah Mohd. Latif menduduki tempat keenam keseluruhan (tempat kedua bagi wanita).

"Kelas Laser Radial pula, Khairul Nizam Afendy menduduki tempat kesembilan dan Nuramirah Hamid menduduki tempat ke-12 (tempat kedua bagi wanita)," ujarnya.

Menurut Afendy, kejayaan cemerlang yang dicatat para pelayar muda negara itu sesuatu yang di luar dugaan lebih-lebih lagi apabila mereka terpaksa menempuh perlumbaan di dalam cuaca sejuk dan angin kuat.

"Kekuatan angin di antara 25 hingga 28 Knot pada hari pertama hingga ketiga menyukarkan pelayar kita terutama wanita untuk belayar dalam cuaca sejuk.

"Namun yang membanggakan, kejayaan kita meraih enam pingat ini telah menarik minat negara Arab seperti Iran, Sudah, Bahrain dan Qatar untuk berlatih di negara kita dan menyertai kejohanan di sini," katanya.

Skuad perahu layar negara menjalani latihan pusatnya di Pulau Langkawi, Kedah sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Asia 2010 dan Sukan Olimpik 2012.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2009 06:59 AM | Show all posts
Pelayar negara gegar Abu Dhabi



WIRA negara bergambar bersama trofi kemenangan pada majlis
menyambut kepulangan mereka di KLIA, Sepang kelmarin.


SKUAD pelayar negara mencatatkan kecemerlangan apabila merangkul tiga pingat emas dan tiga perak pada Kejohanan Perahu Layar Antara- bangsa di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang berakhir semalam.

Selepas memenangi pingat emas dalam kategori International 470 dan Optimist pada Kejohanan Perahu Layar Antarabangsa di Doha, Qatar bulan lepas, skuad negara pada terus memperlihatkan kecemerlangan di Abu Dhabi dengan membawa pulang tiga emas dalam kategori Optimist, Laser Radial dan Laser Standard.

Tiga pingat perak pula diperoleh melalui kategori Opti- mist, Laser Radial dan Laser 4.7.

Jurulatih, Abd. Rani Idris berkata, pencapaian tersebut adalah selaras dengan peranca- ngan Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) yang sedang dalam persediaan menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, China tahun depan.

"Memang banyak peningkatan yang kita boleh lihat dan pelayar negara juga semakin yakin dengan persembahan masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Bagaimanapun Abd. Rani berkata, masih terlalu awal untuk membuat penilaian memandangkan persediaan skuad pelayar negara masih berada pada fasa awal.

Pada kejohanan di Abu Dhabi itu, Mohd. Romzi Muhammad menjuarai kategori Laser Standard setelah menewaskan peserta tuan rumah, Adil Khalid Mohammad manakala Tiqa Munir Saddiq dari Pakistan menduduki tempat ketiga.

Harrithhamry Nassution Hairudin pula merangkul emas dalam kategori Laser Radial diikuti rakan senegara, Khairulnizam Mohd. Affendy yang meriah pingat perak.

Satu lagi emas Malaysia dimenangi Muhd. Farhan Hamid dalam kategori Optimist diikuti rakan senegara, Mohd. Latif Khan Ali Sobri Khan yang merangkul pingat perak.

Khairulneeta Mohd. Afendy pula mendapat pingat perak bagi kategori Laser 4.7 wanita.


***********************************************************************************

tahniah pada pasukan malaysia yang harumkan negara ni -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 02:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by karambunai at 4-8-2009 11:41

i=s] Post Last Edit by karambunai at 4-8-2009 11:37

   -edit-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.685907 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list