|
aku rasa artis mmg xde masa nak layan ni semua..tp kalau jue aziz confirm kan akan layan s ...
vee_168 Post at 6-12-2010 05:23 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
yup.... mmg artis x de masa nak layan semua nie tp bila jue yg sanggup nak register & join kite kat sini.... appreciate sgt2
dan lagi pun dah tentu2 la jue dah tahu & masuk sini..... jadi tak kan ada org berani nak menyamar sume tu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by vee_168 at 6-12-2010 13:04
mmg bukan rezeki nak ter'jumpa'dgn jue kat cni
xsabarlah nak tgk LBS ep17 esok..tp usually aku akan dpt tgk lusa tp xpe xlama lagi aku dah nak balik so aku akan dpt tgk on tuesday kat astro..yahhoooooooo!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 368# Ayu@Emy
will alwiz support u....
luv u la ) |
|
|
|
|
|
|
|
myb mlm ni jue masuk cni..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
yup2 dah abis dah..alhamdulillah..nnt mesti dpt tgk tp teringin sgt nak tgk awl ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
hint hint kat missgirl hrp missgirl dpt record..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
episod hari nie best gak..... aku rasa aku prefer camner part katerina kenal gan kasyah & kemudian tersuka gan kasyah dipersembahkan dlm LBS the series compare LBS the movie & lakonan melissa maureen sebagai katerina pun best gak![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
watak ayu/emilia masih byk jugak la utk episod 17 tp aku tetap rasa x puas.... nak kena tgk lagi baru boleh ulas...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
yup2..missgirl, aku pon sukaaaa tgk ayu/emilia masa scene kat meja makan tu..cara dia xpedulikan kasyah psl dia xingat..
part katerina dlm novel mmg aku xsuka tp bila melissa dah bawa watak tu, aku jd tersuka plak..tp still aku kalau blh xnak ayu mati tp dah ceta LBS ni based on novel, hmmm..haruslah pasrahhh..![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ANDA SEMUA DIJEMPUT MENYERTAI KUIZ ANJURAN BOD TV:MALAYSIA INI
SEMPENA ANUGERAH SKRIN AKAN DTG
UNTUK INFO SELANJUTNYA, SILA MASUK SINI
TERIMA KASIH |
|
|
|
|
|
|
|
up sket..... artikel ttg jue tp coz die pelakon LBS.... boleh la tepek kat sini kan
Jue Aziz akui sudah bosan menjalin hubungan istimewa bersama artis
UMPAMA menyelak helaian demi helaian catatan peribadinya, pelakon sensasi, Jue Aziz membentangkan satu persatu episod hidupnya dengan terbuka tanpa secalit rasa gentar. Tiada apa yang cuba dirahsiakan, malah setiap soalan akan dijawab Jue atau nama lengkapnya, Zuliana Abdul Aziz, 29, dengan rela hati. Keterbukaan yang barangkali akan memerangkap dirinya jika tidak hati-hati ditangani tetapi Jue tidak sesekali takut berdepan dengan realiti.
Jue cuma mahu menjadi jujur kepada dirinya sendiri, selebihnya terpulang kepada masyarakat bagaimana mereka mahu menilai siapa dia yang sebenar.
Persepsi masyarakat kata Jue tidak pernah menjadi persoalan besar kepadanya kerana dia lebih mengenali siapa dirinya yang sejati.
Boleh saja dia memilih untuk berpura-pura dan memberikan jawapan yang memuaskan hati semua pihak, tetapi di mana kesudahannya?
Jue tidak mahu sekadar memuaskan hati orang lain tetapi apabila pulang ke rumah, dia berperang dengan dirinya sendiri kerana terpaksa bersikap hipokrit.
“Saya selalu diingatkan supaya sentiasa bersedia dan kuatkan semangat jika mahu bertahan lama dalam bidang seni. Itu yang saya praktikkan setiap kali diheret dalam isu kontroversi,” katanya memulakan bicara pada pertemuan penuh santai bersama B*POP.
Menyambung perbualan, Jue mengakui, ketika mengambil keputusan menjadi anak seni empat tahun lalu dia terlalu naif dalam memahami tuntutan industri hiburan.
Ketika belajar untuk memahaminya, dia juga tidak terlepas daripada berbuat silap. Semua itu akui Jue, dilaluinya tanpa sedikit pun berbekas rasa kesal di hati kerana setiap kekhilafan membentuk siapa dirinya hari ini.
“Saya tidak salahkan sesiapa pun jika fokus pihak media lebih kepada cerita peribadi, berbanding karier saya. Saya akan cuba menjawab seikhlas mungkin. Untuk apa mengelak jika permintaan saya itu cuma mengeruhkan hubungan baik yang sedia terjalin. Semua itu terpulang kepada diri artis itu sendiri.
“Seandainya bijak mengimbangi, saya percaya lambat laun masyarakat akan melihat kerja keras seseorang artis itu. Terserah bagaimana kita mahu mencorakkan perbualan itu,” kata pemilik figura yang mampu menggoncang iman lelaki itu matang.
Dalam keterbukaan Jue berkongsi segala cerita, dia kini memohon pengertian pihak media untuk memberikan sedikit ruang privasi kepada dirinya sendiri. Jue akur, tidak mudah memuaskan hati semua pihak malah keterbukaannya dulu pernah disalahertikan hingga menyinggung perasaan segelintir peminat.
Ekoran peristiwa itu, Jue memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu terlalu menggembar-gemburkan cerita peribadi jika ia cuma menimbulkan jelak kepada penggemarnya.
“Saya sudah penat bercinta. Bayangkan dulu hanya cerita itu yang menjadi fokus. Jadi sekarang saya mahu simpan cerita itu kepada diri sendiri. Mungkin ia tidak menjadi masalah besar ketika ini kerana saya masih solo. Saya bahagia sendiri dan untuk hilangkan rasa sunyi, saya sibukkan diri dengan karier,” katanya.
Pernah dua kali putus cinta dengan artis, Jue berdoa, jika nanti hatinya terbuka untuk kembali berpasangan, dia tidak lagi dipertemukan dengan teman sealiran. Bercinta sesama artis kata Jue, cuma menyumbang kepada lebih banyak masalah bahkan membuatkan fikirannya serabut dan tidak tenteram.
“Ia tidak mudah seperti yang disangkakan. Mungkin kerana masing-masing mempunyai nama, jadi ego menjadi tebal dan kepercayaan yang menjadi teras dalam perhubungan perlahan-lahan pergi.
“Saya serik bercinta dengan artis. Malah kegagalan dua cinta lalu membuat saya masih takut untuk kembali bercinta,” katanya.
Tidak menafikan sesekali kesunyian menghimpit jiwanya tetapi bintang drama bersiri, Legenda Budak Setan siaran Astro Prima itu enggan terlalu mendesak.
Kesibukan dengan karier kata Jue, membataskan ruang untuk dia keluar bersosial. Ketika ini sebahagian besar masanya diperuntukkan kepada dunia lakonan.
“Saya tiada masa untuk keluar bersosial. Jika tidak bekerja, saya selesa memerap di rumah tetapi tidaklah sehingga memencilkan diri.
Saya akan pastikan ada teman yang dapat menghiburkan diri. Saya pernah lalui zaman indah percintaan, bahkan saya sendiri anak manja dalam keluarga.
“Jadi bila sendirian semua kenangan lalu akan kembali mengimbas. Untuk menghapuskan kesepian itu, saya sibukkan diri dengan menerima tawaran yang menguji kekuatan bakat,” katanya.
Banyak terlepas peluang ke filem
LANTARAN terikat dengan komitmen drama bersiri, Jue Aziz mengakui dia sering terlepas banyak kesempatan dan tawaran untuk mencabar lagi bakat dan kemampuannya di layar perak. Pernah beraksi dalam filem Anak Mami The Movie dan Tipah Tertipu, Jue akur, sesekali terdetik kerisauan di hatinya jika tidak lagi diberikan peluang beraksi di skrin lebar.
Jue bagaimanapun, tidak mahu bersikap tamak kerana setiap tawaran diterima menuntut komitmen tinggi daripadanya.
Tetapi apa yang menggembirakan Jue, biarpun lebih popular di layar kaca dia menerima kepercayaan pengarah untuk mempelbagaikan watak.
“Kebelakangan ini saya banyak diberikan watak komedi, sedangkan dulu lebih kerap diserahkan watak antagonis dan lasak.
Alhamdulillah, kepelbagaian peranan berjaya membebaskan saya daripada dilabel stereotaip. Apa yang mengejutkan, saya sendiri tidak sangka akan diberikan watak budak sekolah menerusi Legenda Budak Setan,” katanya.
Akui Jue yang bakal muncul dengan filem Abuya dan Hantu Bonceng, dia hampir menarik diri daripada membintangi drama bersiri itu kerana tuntutan watak Ayu yang kuat.
Jue agak tertekan untuk melunaskan watak yang sudah sinonim dengan mereka yang membesar bersama novel karya Ahadiat Akashah itu.
“Saya rasakan diri ini masih baru dan belum layak untuk menggalas tanggungjawab besar itu. Apatah lagi, ia terlebih dulu diangkat ke filem sebelum dipindahkan menjadi drama bersiri.
“Memikirkan risiko yang bakal dihadapi, saya berhasrat mahu menarik diri. Namun, pengarah Along Kamaluddin banyak memberikan dorongan dan perlahan-lahan kepercayaan itu datang.
“Syukur kerana kini bakat saya mula dipandang ramai. Itu sudah cukup melegakan, malah membebaskan saya daripada segala isu remeh yang selama ini dikaitkan dengan Jue Aziz,” katanya yang mengharap keajaiban fajar 2011.
Kredit : Berita Harian http://www.bharian.com.my/bharia ... osan_/Article/index |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tunggu episod 18![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|