|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Edited by elia201 at 6-2-2015 01:34 AM
Rayyan tergamam melihat bayang Jie tiada disitu. Mesej terakhir dari Jie mengatakan gadis singgah minum di restoran bersebelahan butik sementara menanti kedatangannya. Kesesakan lalu lintas menyebabkan Rayyan lambat sampai. Dia sempat terima missed call dari Jie 15 minit lalu namun bila dicuba menghubungi Jie semula nombor tidak aktif. Rayyan buntu mencari. Nombor telefon Jie didail lagi. Masih tidak aktif. Mata Rayyan terpandang satu objek dibawah meja. Segera tunduk mengutip.
Note 4 putih ! Rayyan yakin ianya milik Jie. Telefon bimbit terpadam. Button on ditekan. Gambar Jie dan dirinya muncul diskrin sebagai display picture. Sah telefon milik Jie.Patutlah Jie tidak dapat dihubungi. Bimbang ada sesuatu terjadi pada tunangnya. Rayyan terus bertanyakan pelayan yang kebetulan ada disitu. Gambar Jie dalam telefon bimbit ditunjuk. Pelayan itu cuma mengatakan Jie sudah pergi bersama seorang lelaki menaiki kereta Megane RS berwarna kuning. Pelayan gagal mengingati nombor plat kereta yang dinaiki Jie.
Hati Rayyan mula digayut kebimbangan. Tambahan pula bila pelayan restoran mengatakan tunangnya dan lelaki itu dilihat bertekak sebelum Jie mengikutnya pergi. Rayyan buntu. Berharap agar Jie berada dalam keadaan selamat. Rayyan teringatkan seseorang. Pantas jari mencari nombor telefon yang dikehendaki lalu mendail. Tak sabar menunggu panggilan berangkat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2015 01:06 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zack hilang konsentrasi kerja. Panggilan dari Rayyan betul betul membuatnya risau. Najiha hilang ! Hendak buat laporan polis kehilangan tak sampai 24 jam. Otak buntu. Jam tangannya dibelek. Tepat pukul 4.30 petang. Ada lagi setengah jam sebelum waktu pejabat berakhir. Zack sekadar merenung kosong ke arah laptop. Fokus hilang. Coding komputer yang selama ini menjadi 'permainannya' tampak membosankan.
Lantaran tak tahan lagi menunggu Zack segera mengemas. Laptop dishut down. Dia terus keluar untuk bertemu Rayyan. Hatinya tak tenang selagi tidak mengetahui keadaan Jie. Sempat berdoa dalam hati semoga Jie selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka sgt satu cte.yg aku tak boleh agak. Emang, perhubungan dulu takleh agak MELAINKAN ada hint.(rasanya takde hint Kuiz somi Najiha atau aku terlepas?HOHO.)
Aku suka feel kaget. Aku suka. Aku nk beritahu ni..haha..
Sebenarnya, aku ada baca satu article saiko kat forum. Ia ada plot twist. Aku ingt lgi. bukan artikel eh story hahaha
Ia pasal granpa yg mati then lepas dia lawat,granpa dia takde(mayatlah). Aku yg naif ni tertanya2 lahkan, rupanya watak dia saiko! Aku mcm love the KEGILAAAN yang menjadi plot twistnya!Hahaha
So, aku tengok takde cerpen melayu yg KEGILAAAn tu jadi plot twist, so aku cuba. Sebab tu aku suka wat cter saiko.HAHA.
So yeah. I love the KEGILAAAN. Campur dengan semua lain. Mainan minda-mimpi-fantasi-
Sakit gila yg menarik hati aku ialah
Split personality.
Aku suka watak tu mula2 nmpk baik then reader caya but akhirnya? GILA! Hahaha.
Mcm cter ni, penulis buat Ku iz seorang jahat padahal Najiha tu hilang ingatan(atau plan ku iz?Huhu)
Aku suka penulis yang memainkan MINDA reader. Titew ingt camtu, tapi camni.Plot twist yg bijak. Kisah cinta misteri tu seimbang. Cinta tak lelebih.
Aku paling benci, novel yg misteri tapi PERMAINAN PENULIS MEMAINKAN MINDA tak berapa menjadi macam novel yang aku beli(bukan bod sini. Jangan perasan.) YA,aku sesal gilER beli!
Apala, awal2 cter dah cerita sapa orangnya. Kalo nk buat plot twist ni, kena pandai mainkan minda reader. Kita ambik yang reader expect tu then kita turn into something else.(even tak logik, klo reader fikir mengarut, its just a story!Banyak lagi bende mengarut dlm dunia weiii!)
Padan muka reader tu sebab pandai expect sgt.KAHKAH.
Aku rasa aku terkena.
abg empat mata titew boleh jadi novelis. I love your idea.. |
|
|
|
|
|
|
|
makin menarik citer nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba rasa nak jadikan Ku Iz suami Jie
Haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Yup. Aku phm rasa itu. Sebab tu Adrene tiba2 pndai martial arts. Jenuh aku cari alasannya. Sib baik tak cter a lot background dia.
Wawawa. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi Ku Iz ni ada alasan yang logik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Yup. jadi sambunglah. jgn tk hbis satu scene. Buat sakit hati je.Hoho |
|
|
|
|
|
|
|
Zack terus mendapatkan Rayyan. Rayyan tampak serabut. Sesekali lelaki itu kelihatan sibuk bercakap di telefon. Langkah Zack dipercepatkan. Tak sabar mendengar sendiri cerita disebalik kehilangan Najiha.
"Rayyan macam mana boleh jadi macam ini? Terus I tak ada mood nak buat kerja." Zack mengambil tempat berhadapan Rayyan. Wajah kusut Rayyan ditenung.
" Entahlah Zack. I dah buntu ! Kalau I tak lambat confirm Jie tak hilang." Rayyan menyesal kerana membiarkan Jie keluar berseorangan. Kalaulah dia menjemput tunangnya dirumah tadi pasti semua ini takkan terjadi. Rayyan kesal.
" Sabar. You pun tak tahu benda nak jadi. " Zack cuba menenangkan Rayyan walau hatinya sendiri gundah memikirkan nasib Jie. Mata menghala ke arah telefon bimbit di tangan Rayyan. " Ini bukan 'handphone' Najiha ke ?" Wajah kusut Rayyan ditenung inginkan jawapan.
Rayyan angguk. " I jumpa dekat bawah meja ini. Mungkin Jie tercicir kot." Pandangan dihala ke arah meja.
Zack bangun meninjau sekeliling restoran. Butik pengantin disebelah diamati. Pantas Rayyan di cuit supaya menuruti langkahnya. Rayyan akur. Mereka menuju ke butik pengantin.
"Selamat datang Encik ! Ada apa yang boleh saya bantu?" Seorang wanita menyambut mesra kedatangan Rayyan dan Zack. Senyuman manis mekar dibibir.
Zack membalas senyuman wanita dihadapannya. " I nak tanya. CCTV surveillance depan butik you ni dummy ke real?"
Penyambut tetamu keberatan untuk menjawab. Wajah Zack direnung curiga. Takut Zack berniat tidak baik. " Kenapa Encik tanya macam tu?"
" Tunang kawan I sepatutnya datang butik ini. Tapi sekarang dia dah hilang. Besar kemungkinan kena culik. So kalau CCTV kedai you function I nak minta tolong benarkan kami tengok recording. Manalah tahu ada record ke.." Zack menerangkan maksud disebalik pertanyaannya tadi.
"Siapa nama tunang kawan you tu? Dia ada buat appointment ke?" Nampaknya wanita itu masih lagi tidak berpuas hati dengan penerangan Zack.
" Nama dia Nur Najiha.. " Pandangan Zack beralih ke arah Rayyan yang hanya berdiam dari masuk ke butik tadi. "You dengan Najiha ada buat appointment ke dengan butik ini?"
Rayyan yang sedang mengelamun tersentak. " Erm appointment? Ada.. Sepatutnya dalam pukul 4.00 petang." Jawabnya endah tak endah. Otaknya lebih memikir keselamatan Jie. Takut sesuatu berlaku ke atas gadis itu. Rayyan tak dapat bayangkan hidup tanpa Jie disisi.
Penyambut tetamu yang memperkenalkan diri sebagai Nadia mengarahkan Zack dan Rayyan untuk masuk ke dalam sebuah bilik. Komputer yang mengawal selia sistem pengawasan kamera di butik ditunjuk kepada Zack. Nadia membenarkan Zack menyentuh komputer untuk melihat rakaman kamera.
Zack segera meneliti rakaman satu jam sebelumnya. Tiada bayang Jie kelihatan. Dia menekan butang forward. Wajah Jie mengikuti seorang lelaki terakam di skrin. Butang pause ditekan untuk memberhentikan rakaman. Segera Rayyan dipanggil untuk melihat.
" Iz?" Rayyan tidak percaya sepupunya terlibat dalam kehilangan Jie. Kaget seketika.
"You kenal dia ke?" Zack mula hairan. Tertanya bagaimana Rayyan mengenali Ku Iz.
"Dia cousin I. Confirmlah I kenal. Tapi kenapa Jie ikut dia?" Rayyan buntu.
"Cousin you?" Zack terasa kecilnya dunia apabila mengetahui Tengku Hafiz yang memusuhinya adalah sepupu Rayyan. Dialah Tengku Hafiz punca I tinggalkan Najiha dulu. Dia pernah ugut I nak bunuh Najiha !" Zack buntu. Bermakna keselamatan Jie terancam ! Imej yang terakam di CCTV direnung.
" I rasa Najiha kena ugut. Sebab tu Najiha terpaksa ikut. You nampak tak tangan Ku Iz macam acu something dekat Najiha?" Cursor digerakkan ke arah tangan Ku Iz yang mengenggam sesuatu dibelakang Jie." Nampak macam pisau." Zack membuat kesimpulan berdasarkan imej yang terdapat samar dalam rakaman.
" I rasa kita kena serahkan tape ini dekat polis." Rayyan memberikan cadangan. "Biar mereka bertindak. Jie memang diculik."
Zack cuma angguk setuju dengan pendapat Rayyan. Najiha berada dalam keadaan bahaya sekiranya mereka bertangguh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 22-1-2015 01:51 AM
BAB 35
Jie terpaksa menurut kehendak Ku Iz yang inginkan dia masuk ke dalam rumah. Kalau ikutkan hati Jie dia ingin lari sejauh mungkin. Bimbang Ku Iz berbuat sesuatu ke atas dirinya . Renungan mata Ku Iz saja cukup membuatkan Jie gerun. Buat sementara waktu ini Jie hanya berdiam diri. Menunggu masa yang sesuai untuk melawan sekiranya lelaki itu bertindak keterlaluan.
"Duduklah. Ini pun rumah 'kita' dulu." Ku Iz mempelawa ramah. Jie cuma akur walau hatinya pelik dengan perubahan tingkahlaku Ku Iz . Kejap Ku Iz akan melayaninya lembut dan sebentar nanti berubah kasar.
" Sorry Jiha ! I tak berniat nak cederakan you dengan pisau ini . I dah tak tahu cara macam mana nak buat you ikut cakap I. You tak pernah bagi I peluang dekat dengan you." Jari jemarinya mengusap lembut rambut Jie. Wajah yang selama ini diimpikan ditenung.
Jie menepis kasar. Benci diperlakukan seperti tadi. Wajah dipaling ke arah bertentangan. Menyampah dengan lelaki bernama Tengku Hafiz itu.
Ku Iz senyum. "Betul you tak ingat siapa I dalam hidup you?"Masih lagi tidak putus asa mencuba membuat Jie untuk mempercayai hakikat bahawa Jie adalah isterinya.
" I ingat Ku Iz ! You lah lelaki yang merosakkan hubungan I dengan Zack. You juga burukkan I depan Rayyan sepupu you sendiri. Serius I tak tahu you manusia jenis apa sanggup buat macam itu." Jie kesal melihat sikap lelaki dihadapannya. Hubungan dengan Zack terlerai kerana Ku Iz malah hampir saja pertunangan bersama Rayyan terputus gara gara fitnah Ku Iz.
"Jiha... I terpaksa buat macam tu ! Hubungan you dengan Zack even pertunangan you sekarang dengan Rayyan takkan ke mana ! I suami you dan I masih hidup ! You bagitahu I mazhab mana benarkan perempuan kahwin lebih dari satu?" Ku Iz tahu Jie sedang keliru. Silapnya kerana tak berterus terang dari awal. Sangkanya ingatan Jie akan pulih dan mula mengenalinya. Sayang, sehingga kini Jie meneruskan hidup tanpa ada secebis ingatan berkenaan dirinya.
"Please la Ku Iz ! I tak tahu kenapa you insist I ini isteri you sedangkan kita tak pernah berkahwin. Apa you nak sebenarnya?!" Jie mula hilang sabar dengan Ku Iz. Otak buntu memikirkan bila dan bagaimana mereka pernah berkahwin seperti yang didakwa.
" You bacalah ini." Satu dokumen dihulur ke arah Jie. Jie teragak agak menyambut. " You baca dulu. Nanti I ceritakan semua dekat you." Mau tak mau Jie mengambil kertas yang dihulur Ku Iz. Mata terpaku membaca.
Marriage Certificate
In the name Of God, The Beneficent , The Merciful
And among His Signs is this, that he created for you, mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquilly with them, and He has put love and mercy between your (hearts) verily in that are signs for those who reflects (Quran 30:21).
THIS IS TO CERTIFY
That in the city of Columbus , State of Ohio , Sheikh Houcine Hout , Imam of Masjid Al Madina of Springfield by virtue of the power vested in me on 10 March 2013
UNITE IN MARRIAGE
Mr. Tengku Hafiz born on 22 April 1987 of Malaysia Citizenship , of 2686 Mellow Broke Street , Columbus, OH, 43232 son of Tengku Azhan.
Ms. Nur Najiha born on 1 December 1990 of Malaysia Citizenship, of 3140 Fountain Road , Columbus, OH, 43232 daughter of Hanafi.
Jie tak dapat meneruskan pembacaan. Pandangannya kabur. Mustahil !Pantas sijil dicampak. Dia terasa ingin menembak kepalanya sendiri saat ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Asal shera tak beritahu awe awe dulu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-1-2015 08:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 22-1-2015 07:41 AM
Asal shera tak beritahu awe awe dulu?
Mcm mana nak bgtau kalu shera pun x tau |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke sijil tue original... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 7-2-2015 01:14 PM
" Sorry tapi I tetap tak percaya ! Kalau betul I isteri you, kenapa baru sekarang you mengaku? Kenapa tak dari dulu?!" Semua ini tak masuk akal bagi Jie.
"Jiha, please.. Hakikat tetap takkan berubah. You ingat I jenis yang mempermainkan urusan nikah kahwin ke?" Wajah mula berubah tegang. Nampaknya susah untuk menyakinkan gadis ini.
Jie hanya diam. Otak berserabut. Air mata berjuraian dipipi. Ku Iz yang bersimpati cuba untuk menenangkan walau ditolak mentah mentah oleh Jie.
"Please Najiha ! You tanya I kenapa I tak berterus terang dari dulu, kan? Cuba you tengok sendiri keadaan you sekarang bila you tahu kebenarannya. You menafikan ! You ingat I suka macam ni?! Tak mudah bagi I juga ! Hati I sakit ! I kena kawal cemburu I bila tengok you dengan lelaki lain terutama sekali bila you dengan Rayyan sepupu I sendiri ! I suami you tapi I tak boleh dekat dengan you apa lagi nak sentuh you." Nasihat dari doktor yang merawat Jie sewaktu kemalangan, jangan paksakan Jie untuk mengingati peristiwa yang sukar diingatinya kerana boleh menyebabkan komplikasi teruk. Ku Iz terpaksa mengambil jalan selamat. Melihat Jie dari jauh. Itu sahaja yang mampu dilakukannya. Jie didiagnose mengalami traumatic amnesia kesan dari hentakan kuat di kepala semasa kemalangan berlaku.
" Kenapa I tak ingat you langsung?" Soalan sama diulang. " Bila masa I pernah hilang ingatan?" Jie ligat memikir. Rasanya semua memori sejak kecil masih tersimpan kemas di ingatan. Kenapa dia gagal ingat pasal Tengku Hafiz?
Ku Iz menarik nafas panjang. " You hilang ingatan ! Berapa kali I nak repeat !" Bengang dengan sikap Jie yang dari tadi asyik bertanya.
" Macam mana I boleh kahwin dengan you?" Jie masih lagi tak puas hati.
" Kita kenal dari zaman sekolah lagi. I senior you Jiha ! Bila I tahu you further study dekat OSU, I terpaksa ikut you sebab I tak nak you jauh dari I. I tinggalkan kerjaya I untuk you. Come to situation I tahu Zack ada hati dekat you, I ajak you kahwin. I tak nak you jatuh ke tangan dia. At first you teragak agak sebab takut Daddy you tak bagi. Tapi I dapat rasa you terpesona dengan Zack ! Then I convince you dan kita decide untuk kahwin secara rahsia dekat US. Tak ada siapa yang tahu . Lepas tu,you accident. Sejak itu you mula tak ingat I ! You bercinta dengan Zack. I terpaksa jadi kawan rapat Zack untuk dekat dengan you. You tak layan I langsung ! Sebab tu you cuma ingat I sebagai kawan Zack sampai sekarang. " Panjang lebar penerangan diberikan. Harap Jie memahami keadaan sebenar.
Jie masih lagi memikir rasional disebalik penerangan Ku Iz. " Tapi kenapa baru sekarang you berterus terang?" Jie mula tenang.
" Sebab you nak kahwin dengan Rayyan. I tak boleh rahsiakan lagi. You masih lagi isteri I !" Tak sanggup rasa melihat Jie hidup bersama lelaki lain. Cukuplah sekian lama Ku Iz memendam rasa.
" Apa bukti you suami I?" Jie tetap ragu.
" I boleh tunjuk you gambar gambar lama kita dan juga gambar kahwin kita." Ku Iz sangat berharap Jie mempercayainya.
Jie angguk. Ku Iz berlalu sambil datang semula membawa sebuah album gambar lalu diserahkan kepada Jie. Jie membelek setiap gambar. Ku Iz tidak menipu. Gambar gambar mereka waktu berpakaian sekolah ! Bermakna memang dia mengenali lelaki itu sebelum menyambung pelajaran ke Ohio. Gambar dirinya berbaju kurung dan bertudung putih disamping Ku Iz yang segak berbaju melayu ditenung.
"Inilah gambar masa kita nikah dulu." Ku Iz sekadar memberitahu. Satu demi satu gambar dihulur kepada Jie.
Jie makin keliru. Cuba mengingati setiap inci perkara yang dikatakan Ku Iz namum hampa. Pening mula dirasakan.
" You percaya kan I tak sekarang?" Wajah Jie direnung, mengharap gadis itu berkata 'ya'.
"I tak tahu." Jie menjawab lemah. Wajah Rayyan bermain dimata. Tak dapat bayangkan nasib perhubungan mereka kelak.
Ku Iz teringat sesuatu. " Betul tak you ada tanda lahir dekat dada kiri you?"
Jie tersentak. Macam mana Ku Iz tahu? Setahu Jie dia tak pernah bercerita pada sesiapapun.
Ku Iz senyum. " You terkejut kan? Sebab you isteri I lah I tahu setiap inci tubuh you! Lainlah kalau you memang jenis yang tidur dengan sebarangan lelaki." Bahu Jie disentuh. " I tahu you bukan jenis yang macam itu. Then you fikirlah sendiri macam mana I boleh tahu.." Ku Iz sengaja membiarkan Jie memikir kembali kata katanya. Sekilas wajah cantik yang tampak keliru ditenung. Cuba menyelami isi hati gadis itu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku terkena dgn ko bro. Aku expect ending kawen. padan muka aku.rupanya jie DA KAWEN. Acaner nk ending kawen...
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak complicated sikit jie punya kisah ni... Betul ke dia hilang inhatan? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-1-2015 10:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 17-3-2015 11:03 PM
" I nak balik !" Jie bingkas bangun. Jie cuma ingin tidur dan berharap semua ini hanya mimpi. Bila bangun semua ini akan berlalu.Tak pernah terlintas untuk menjadi isteri kepada lelaki bernama Tengku Hafiz.
Ku Iz segera menghalang. " Please Jiha ! Bagi I peluang untuk berdua dengan you kejap. I janji I hantar you balik dengan selamat." Dia cuma ingin meluangkan masa bersama. "At least dinner dengan I?" Pintanya berharap.
" I takut Rayyan risaukan I."Memang dari tadi hati asyik memikir Rayyan. Jie tak tahu apa reaksi Rayyan bila mengetahui status dirinya yang sebenar. Walau Jie masih lagi ragu mendengar pengakuan Ku Iz, namun Jie tiada pilhan lain. Bukti semua menunjukkan lelaki itu adalah 'suaminya'.
" You call dia cakap you ada hal kejap. Nah you pakai phone I." Iphone 6 plus dihulurkan. "Handphone you nanti kita beli yang baru. Sorry sebab I ikut hati I yang panas tadi." Ku Iz kesal bertindak kasar tadi.
" It's ok ! I tak nak Rayyan tahu I ada dengan you." Jie menolak. Pasti banyak soalan ditanyakan Rayyan jika dia menggunakan telefon Ku Iz.
" Dia takkan tahu you dengan I. I register handphone number I under private number. So dia takkan tahu nombor apa you guna. Pakailah." Ku Iz mengerti kebimbangan Jie.
Jie terus mencapai. Nombor telefon Rayyan didial. Hati berdebar menunggu panggilan berjawab. Lidah rasa kelu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-1-2015 11:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 22-1-2015 11:30 PM
"Siapa call you tadi?" Zack pelik melihat perubahan muka Rayyan setelah menerima panggilan tadi.
" Jie ! Dia kata dia ada hal. Tak jadi jumpa I." Rayyan lega sekurang kurangnya Jie selamat.
Zack bertambah pelik. " You sure ke Najiha ok? You tak tanya dia kat mana sekarang , dengan siapa?" Walau hati Zack lega Jie tidak diculik namun rakaman video yang dilihat tadi menimbulkan pertanyaan dalam hatinya.
" Zack, betulkan perempuan dalam CCTV tadi Jie? Lelaki itu Tengku Hafiz , kan?" Zack dilihat cuma angguk. " Tapi kenapa Jie tipu I? Bila I tanya dia dekat mana, dengan siapa, dia tak nak jawab." Rayyan rasa tak sedap hati.
" You ajak Najiha jumpa you. Then you tanya dia kenapa. Sebelum you jump to conclusion, better you dengar explanation dari dia. Zack sekadar memberi nasihat.
"So tak jadi pergi report polis lah ni?" Rayyan meminta kepastian.
"La , dah Najiha cakap dia ok. Tak payahlah. Cuma nanti kita tanyalah dia pasal rakaman CCTV tu. Betul ke Ku Iz tu ugut dia. Sekarang ini , you teman I makan lagi bagus. I pun lapar ni." Perut Zack berkeroncong. Kesibukan kerja menyebabkan Zack lupa untuk makan.
Rayyan cuma menurut. Sedari pagi tadi tiada satu pun makanan sempat dijamah.Perut rasa tak selesa. Masuk angin barangkali.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|