CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lonely_surina

Simpanan Wang

 Close [Copy link]
pearl_eye This user has been deleted
Post time 13-12-2005 12:39 PM | Show all posts
soalan yg utk saya pon mrcom dah jawabkan
ye saya buat potongan gaji dr majikan..tpt saya tak payah borang..antar email je pd org finance yg uruskan gaji..n tulis bape ringgit nak potong tiap bulan..so dia potong dr gaji terus masuk ke ASB..tp lambat la sket masuknye tiap bulan..lambat dlm seminggu 2 lepas dpt gaji. pastu nnt dlm slip gaji ade la tulis potongan ASB..sama column dgn socso n epf.

tanye dulu procedure company camne..kalau dia suh amik borang..gi amik kat bank n antar kat finance company. senang sikit kalau buat potongan gaji ni..tiap bulan takpayah nak pk pegi bank amik duit pastu masuk kat asb..lgpon PNB skang dah tak bukak ari sabtu..jadi susah nak masukkan duit. lagi satu..bile dapat2 je gaji n terus potong..takde la tgn ni gatal nak belanja...kira ape yg dpt dlm tgn tiap bulan dah tinggal sikit cukup2 je utk hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2005 11:45 PM | Show all posts
for your information, ASW pun boleh buat potongan gaji. just bagi jer account no kat gaji department.
Reply

Use magic Report

pearl_eye This user has been deleted
Post time 14-12-2005 09:18 AM | Show all posts
baru baca paper arini..ASB bayar 7.25sen per unit utk simpanan kita..yeay! n for long term unit holders..dpt bonus payment 1.75sen per unit. camne dia kira long term tu eh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 09:28 AM | Show all posts

PNB umum dividen, bonus ASB 2005 9 sen seunit

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pembayaran dividen dan bonus sebanyak sembilan sen seunit untuk skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan 2005, merosot sebanyak 0.25 sen seunit berbanding tahun 2003 dan 2004.

Jumlah dividen yang diberikan ialah sebanyak 7.25 sen seunit, kadar yang sama bagi tahun ketiga berturut-turut tetapi nilai bonus sebanyak 1.75 sen seunit adalah lebih rendah berbanding dua sen seunit sebelum ini.

Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, perbadanan itu mengagihkan pendapatan sebanyak RM3.07 bilion untuk pembayaran dividen dan RM528.89 juta untuk bonus pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhannya RM3.60 bilion berbanding RM3.25 bilion tahun lalu.

``Pembayaran pengagihan dividen berdasarkan baki purata minimum bulanan bagi pelaburan sepanjang tahun kewangan 2005 dan bonus pula mengikut baki pegangan minimum bulanan untuk 10 tahun daripada tahun 1996 hingga 2005,'' katanya ketika mengumum agihan ASB di ibu pejabat PNB di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Ketika ditanya mengapa kadar pembayaran tersebut kurang berbanding dua tahun lalu walaupun ASB mendapat keuntungan yang lebih, Hamad Kama Piah berkata, pihaknya perlu menyimpan sedikit pendapatan untuk dilaburkan pada tahun hadapan.

``PNB bukan mengekalkan jumlah dividen sebanyak 7.25 sen seunit seperti yang diberi dua tahun lalu tetapi kita memberinya berdasarkan keadaan pasaran.

``Sebenarnya pulangan yang diberikan oleh ASB adalah kompetitif jika dibandingkan dengan instrumen-instrumen pelaburan lain yang mempunyai ciri-ciri hampir serupa dengan dana tersebut,'' katanya.

Ahmad Sarji berkata, pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini dijangka sebanyak RM3.43 bilion berbanding RM3.03 bilion bagi tahun 2004.

Beliau berkata, peningkatan pendapatan itu adalah daripada portfolio kewangan yang merangkumi 44.73 peratus pelaburan keseluruhannya diikuti perkhidmatan (21.22 peratus) dan perladangan (16.7 peratus) yang membentuk 82.66 peratus jumlah pendapatan kasar dana ASB.

Ahmad Sarji berkata, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelabur dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) atau ejen ASNB mulai 3 Januari ini.

Jelasnya, penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan pula akan dihantar pada hujung bulan Februari.

``Bagi memastikan penerimaan dokumen-dokumen tersebut, para pemegang unit dinasihatkan supaya menyemak dan mengemaskini alamat masing-masing di pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB yang berhampiran,'' ujarnya.

Pada tahun lalu, terdapat kira-kira 5.78 juta pelabur yang melanggan lebih 38.88 bilion unit ASB. PNB bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pelabur ASB bagi tahun ini.

Katanya, semua urus niaga ASB akan digantung mulai 17 Disember hingga 2 Januari bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2005 03:05 AM | Show all posts
hip hip hooray... good job PNB
so apa lagi kengkawan bumi this is the time ....kemudahan dah diberi , apa lagi tungggu ...kasi up sama dia la    :hmm:
Reply

Use magic Report

pearl_eye This user has been deleted
Post time 15-12-2005 08:58 AM | Show all posts
Account akan tutup 17 Dec kan..jadi kalau masuk duit arini n esok diorang akan kira sekali utk dividen taun ni ke tak?
saya buat potong gaji dr company ni kekadang dia masuk lambat sket..kalau lum masuk lg rugi la 7.25% dr rm 500 saya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2005 11:02 AM | Show all posts

Pearl Eye

``Pembayaran pengagihan dividen berdasarkan baki purata minimum bulanan bagi pelaburan sepanjang tahun kewangan 2005 dan bonus pula mengikut baki pegangan minimum bulanan untuk 10 tahun daripada tahun 1996 hingga 2005,'' katanya ketika mengumum agihan ASB di ibu pejabat PNB di sini hari ini.' '


Tak kira sebab dia ambil baki minimum bulanan. Lagi satu yg 7.25% tu annual dividend. Kalau monthly ada la dalam 0.60%. So daripada RM500 tu, you hanya dapat dalam RM3.02 dividen sebulan :gila:
Reply

Use magic Report

pearl_eye This user has been deleted
Post time 15-12-2005 03:29 PM | Show all posts
Alahai..masih tak paham cara pnb kira dividen ni..saya budak baru belajar
kalau saya bagi satu cth simpanan..agak2 MACD bole tlg kira tak..kalau ckp baki purata minimum bulanan tu saya still konfius..skang ni nak tau yg utk dividen 7.25% tu je taknak tau yg bonus tu (sbb tak layak dpt pon )

ok la..say sorang tu simpan start dr bulan 6 2005 (contoh sahaje)

Bulan               Duit Masuk               Duit Keluar                Baki
6                      200                          0                               200
7                      200                          0                               400
8                      400                          0                               800
9                      200                          0                               1000
11                        0                          200                           800
12                        0                          0                               800

so mcm mana diorang kira kalau simpanan org tu mcm ni..   
nak tau gak camne diorang kira.
tolong ye mmg nak tau nih

thanks in advance
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2005 02:26 PM | Show all posts
mengikut pendapat dan analisis para forumer sekalian, rerasenye pada tahun akan datang dividen asb akan statik, meningkat atau menurun?

Adakah peningkatan BLR akan meningkatkan jugak dividen atau sebaliknya?

benda ni sangatla penting terutamanya pada sesiapa yang buat ASB Loan.
Ada sesiapa yang buat ASB Loan terpikir nak jual balik tak sebab BLR naik ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 10:08 AM | Show all posts
taraaaa
hari ni dah pun 3hb so sesapa yang dah update buku...cam ne? puas hati? so far aku tak penah dapat dividen +asb lebih dari seratus..hahaha..dah simpanan sket...asyik kuar masuk jer..tapi azam aku 2006 aku nak menyimpan semaksimum yang boleh..insyaallah
Reply

Use magic Report

pearl_eye This user has been deleted
Post time 3-1-2006 11:39 AM | Show all posts
blum update lg...kalau sempat, lunch time ni..kalau tak kena pass kat somebody suh updatekan esok..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 12:33 PM | Show all posts
sekarang jugak aku pi update.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 02:47 PM | Show all posts
aku g update tadik kat BCB s.alam......ramai giloss..siap ada kaunter khas utk update ASB. selama ni aku x penah amik pusing pun nak update buku secepat mungkin lepas close utk kira dividen.(ni hasil penangan buku azizi ali ngan thread ni la nih)
aku nyer dividen + bonus...emm bleh la... 3 ratus lebih..alhamdulullah..padan le kot ngan saving aku (ciput)..muahahaha..ni kira catat sejarah la ni nilai tertinggi setakat ni..muahahaha..(org lain lagik byk dari aku....)
aku update la skali ASB utk member aku.. terkezut gak aku..duit dia dlm RM61.. dividen + bonus dapat la dalam 29+.++... cam ne aa dia kira..aku klau simpan byk tu dulu dlm 20 hinggit je kot dividen yg aku dapat..fenin2..tak pe la wlau cam na pun PNB kira....janji ujung tahun dapat bonus..hehehe...syukur...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by kembara at 3-1-2006 02:47 PM
aku g update tadik kat BCB s.alam......ramai giloss..siap ada kaunter khas utk update ASB. selama ni aku x penah amik pusing pun nak update buku secepat mungkin lepas close utk kira dividen.(ni has ...


maknanya dlm akaun ASB u dah ada lebih kurang rm4000 plus plus. bayangkan kalau u ada rm40,000. meaning every January tiap2 tahun dpt dekat rm3000. tiap2 tahun boleh gi makan angin oversea.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 08:43 AM | Show all posts
amboi shah..siap kira lagik tuh..hehehe ada la sket2..sebelum2 ni asyik masuk kuar jer..tak penahnya melekat duit dlm tuh..besar dugaan tuh..hehehehe

shah, i nak tanya u..mesti u tau serba sedikit pasal ASB loan. kata la i nak pinjam 10K.. nilai ni tercatit dlm buku ASB i ke? bank terus masukkan dlm akaun kita ke?klau kita tiba2 stop cam ne ya? maksud i tanpa memberitahu bank. coz member i penah wat loan ASB..dia bayar dua tiga kali lepas tu tetiba dia kena berhenti kejer...terus dia stop cam tu jer... bank amik balik ke duit dlm akaun kita tu?
mmg i x tahu langsung bab2 ASB loan nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 09:04 AM | Show all posts
kembara,
meh i tolon jawabkan bagi pihak shah

ASB loan - pakai sijil bukan cash
kalo u amek 10K , takkan tercatat nye kat buku ASB u amount tu.
sijil tu masih lagi pnb pegang tapi atas nama kita
let say, u withdraw - diorang tak rugi ape pong

yang hanya akan tercatat ialah dividennya saja.
hanya setelah selesai pembayaran - u boleh dapatkan sijil asb tu daripada pihak bank
untuk ditukarkan kepada tunai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2006 10:08 AM | Show all posts
thanks yays...

oo cam tu yer... ada kemungkinan x kwn i tuh dia dapat dividen dari pinjaman 10K yang tuh walaupun dia dah stop byr kat bank sebelum tempoh matang(sebelum tempoh sepatutnya) coz tengok dividen dia cam x logik ja ... byk sgt berbanding baki buku ..dia pun cam pelik..tapi dah rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 10:38 AM | Show all posts
Pengiraan ASB ni memang pelik sikit.... dia ada ambil kira simpanan kita yang dahulu3 sekali.... setelah saya keluarkan almost all my money kat dlm asb atas alasan "kebersihannya".. dan tinggalkan abt rm 1.00, every year masuk about 150.00...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 10:45 AM | Show all posts
rasanya dividen asb bukan ke atas baki akhir sahaja........dividen turut diberikan pada duit yg kita keluar masuk sepanjang tahun........
flower sendiri bila hujung tahun duit ada sket je.... tgk dividen dpt byk gak.......tapi masa tgh tahun flower ada simpan lebih sket........
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 01:32 PM | Show all posts
ooo cam tu ye andak? naper u buat 'pembersihan'?sorry sekdar bertanya.ada yang meragukan ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051313 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list