CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 21-7-2008 11:35 AM | Show all posts
Azizulhasni dihantui kecederaan lutut


KUALA LUMPUR - Masalah yang paling dibimbangi akhirnya menjelma jua tanpa dapat dielak apabila pelumba Olimpik harapan negara, Azizulhasni Awang ditimpa kecederaan pertama ketika menjalani latihan di Valencia, Sepanyol.

Perkembangan terbaru yang pastinya meresahkan kem Olimpik negara itu hadir ketika tinggal 18 hari sahaja lagi temasya yang bakal berlangsung di Beijing tersebut bermula.

Pengurus pasukan basikal ke Olimpik, Abu Samah Wahab berkata, Azizulhasni menghadapi masalah kecederaan lutut yang kerap mengganggu kayuhannya sejak kebelakangan ini.

"Saya difahamkan oleh jurulatih, John Beasley bahawa Azizulhasni ditimpa kecederaan itu bukan kerana terjatuh atau terlibat dalam kemalangan.

"Sebaliknya lututnya cedera kerana menjalani latihan membina dan menguatkan otot. Saya tidak dimaklumkan serius mana kecederaan itu lagi.

"Tetapi John memberitahu ia sedikit menjejaskan kekuatan kayuhan dan henjutan Azizulhasni," katanya, semalam.

Berikutan kecederaan yang dialami itu kata Abu Samah, Azizulhasni hanya mampu menduduki tempat ketujuh dalam acara 200 meter pecut dalam satu kejohanan di Jerman, kelmarin.

Bagaimanapun ketika bergandingan dengan Josiah Ng dan Mohd. Rizal Tisin dalam acara pecut berpasukan, trio negara itu masih mampu menduduki tempat ketiga.

Paling memberangsangkan ialah keputusan yang dicatat Josiah apabila pelumba itu menjuarai acara keirin lelaki.

Manakala pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa turut menjuarai acara keirin wanita.

Kejohanan sehari di Jerman itu turut disertai pelumba-pelumba dari seluruh Eropah yang bakal beraksi di Beijing nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 11:40 AM | Show all posts

Reply #481 dill9642's post

semoga si azizul ni cepat sembuh..agar impian untuk menggapai pingat olimpik tercapai..InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 11:42 AM | Show all posts
Mehdi juara Piala Gabenor Melaka

KUALA LUMPUR - Pelumba Iran, Mehdi Sohrabi menjuarai perlumbaan basikal lebuh raya Piala Gabenor Melaka yang berakhir, semalam.

Kejayaan mendominasi perlumbaan dua peringkat itu turut dibantu oleh kejayaannya mengungguli peringkat pertama kelmarin.

Mehdi mencatat masa keseluruhan 6 jam 35 minit 57 saat untuk meninggalkan lima saat di depan pelumba Doha, Chitoui Rafal di tempat kedua dan pelumba Mess Kerman Iran, Kohpaye Hossein ketiga (ketinggalan hampir lima minit).

Pelumba Malaysia yang menduduki tempat terbaik keseluruhan adalah Mohd. Nor Riduan Zainal dari Angkatan Tentera Malaysia yang berada di tempat kelima.

Dengan kemenangan itu, Mehdi membawa pulang hadiah wang tunai RM2,600 selaku juara.

Walaupun pada peringkat kedua semalam dikuasai pelumba Malaysia tetapi kelebihan lima minit yang dimiliki Mehdi menyaksikan dia terlalu sukar untuk digugat.

Pelumba Letua, Anuar Manan menjuarai peringkat kedua dan terakhir semalam dengan catatan masa 2.50:05s

Rakan sepasukan, Ahmad Haidar Anuar menduduki tempat kedua diikuti pelumba Uzbekistan, Mukhamedov Temur ketiga.

Kesemua pelumba dalam dan luar negara selepas ini akan menyertai pula Jelajah Negeri Sembilan (23-25 Julai) dan Cabaran Pilah (26-27 Julai).
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 11:47 AM | Show all posts

Reply #478 chempaka_ku's post

aduss...sayang tul..baru nama nak naik...dah kantoiiii............hai Si Cobra..tak dapek pokcik nok nolong..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 12:10 PM | Show all posts
Jelajah Negeri Sembilan 2008 lebih mencabar

LIMA pelumba kebangsaan antara 132 termasuk dari luar negara bakal memperagakan kayuhan masing-masing pada Kejohanan Jelajah Negeri Sembilan 2008 yang akan bermula Rabu ini, sekali gus menjadikan saingan edisi keempat lebih mencabar.

Mereka ialah Anuar Manan, Mohd Haidar Anuawar, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (gambar), Suhardi Hassan, Zamri Salleh dan Md Rauf Nur Misbah.

Naib Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS), Yunus Ibrahim, berkata pelumba luar negara pula membabitkan dari Indonesia, Thailand, Qatar, Australia, Hong Kong, Jepun, Switzerland, Iran, Urbezkistan, Kazakhstan, Korea dan Singapura.

揔ita menjangkakan perlumbaan kali ini adalah sengit kerana pelumba dari luar negara yang hadir adalah dari kalangan mereka yang berpengalaman dan pernah beraksi di pentas antarabangsa, namun kita berharap pelumba tempatan dapat mendominasi pentas saingan kerana laluan yang bakal ditempuh bukan asing bagi mereka.

揑ni kerana pelumba kebangsaan diyakini lebih arif dengan laluan berkenaan kerana pernah menjalani latihan di negeri ini dan kita mengharapkan mereka dapat menyaingi kehebatan pelumba luar negara demi mempertahankan reputasi pasukan,
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 08:48 AM | Show all posts
Kekalahan Evans buka persaingan

CUNEO: Dengan tiga pelumba teratas dipisahkan hanya lapan saat, pertarungan Tour de France lebih sukar daripada dijangkakan ketika saingan berbaki tidak sampai seminggu sebelum pelumba mencecah garis penamat di Paris.

Pelumba Australia, Cadel Evans, yang menyarung jersi kuning dengan hanya kelebihan satu saat sewaktu saingan memasuki Alps, kelmarin, goyah pada ujian pertama selepas menerima asakan daripada setiap penjuru terutamanya daripada pendahulu baru jelajah dari pasukan CSC, Frank Schleck.

Apapun, penunggang Australia itu yang menduduki tangga teratas jelajah selepas pelumba yang menang tahun lalu bersama pasukan Astana dari Sepanyol, Alberto Contador tidak dibenarkan memulakan perlumbaan, kekal yakin selepas berakhir 15 peringkat.
.

揂nda dapat lihat perlumbaan yang indah ini. Ia lebih sengit berbanding sebelum ini dan tiada apa yang sudah berakhir,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2008 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by van_allen at 16-7-2008 10:55 PM
dasyat tol..dah 10 speed igtkan mtb baru 9 speed..xmau jual ka?


Bro..MTB 10 speed tu kat singapore je ada laa...kat Malaysia lom ada..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 10:17 PM | Show all posts

Reply #487 Azhargoth's post

oo...ya ka..igtkn mtb br 9 speed yg 10 pon dah ada..tertinggal bas rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2008 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by van_allen at 23-7-2008 10:17 PM
oo...ya ka..igtkn mtb br 9 speed yg 10 pon dah ada..tertinggal bas rupanya


aiseh beroo mana ko da tertinggal bas...currently MTB still 9x3 gearing eq. to 27 speed..the cogset for 10speed on MTB still under R and D...chain kena buat lagi narrow (slimmer) .nak narrow mcm mana..MTB mau2 putus senang2..the 10x2 ada gak yang triple chainring (dulu2) cogset eq to 20speed hanya pada road bike setakat nih..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 11:51 AM | Show all posts
Pelumba negara beri saingan sengit

PERLUMBAAN hari pertama Jelajah Negeri Sembilan 2008 semalam menyaksikan saingan sengit apabila pelumba kebangsaan diberikan cabaran pelumba luar negara yang dilihat berjaya mendominasi untuk berada dalam kelompok pertama.

Jaguh kebangsaan Anuar Manan gagal menyaingi kehebatan pelumba luar negara, namun harus dibanggakan ialah pencapaian Mohd Faris Abdul Radzak yang berada di tempat kelapan dan Mohd Rauf Nur Misbah, kesembilan, selepas masing-masing mencatat 3 jam, 57 minit dan 15 saat.

Begitupun pada saingan dari Seremban-Gadong Rembau sejauh 150 kilometer itu, pelumba Uzbekistan, Shaekhov Vadim nyata lebih mantap apabila dinobatkan juara peringkat pertama manakala wakil Waplan B, Australia, Ben Cing, kedua, 3:55.3s.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing menjadi milik Mehdi Sohradi dari Iran dan Hasanin Omar (Qatar) dengan 3:55.56s.

Naib Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS), Yunus Ibrahim, berkata pelumba terpaksa mengharungi tidak kurang tiga laluan berbukit yang memberikan cabaran paling sengit, namun nyata pelumba luar negara lebih menyerlah untuk menamatkan saingan dengan cemerlang.

揝emua pelumba memberikan saingan antara satu sama lain terutama dari luar negara apabila sebahagian besar daripada mereka berada dalam kelompok pertama di hadapan namun kita tetap berbangga kerana pelumba tempatan berjaya memberikan cabaran.

揂pa yang membanggakan ialah prestasi Mohd Faris dan Mohd Rauf apabila mereka mempamerkan kayuhan mantap untuk berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik sekali gus dapat mempertahankan kedudukan baik buat pasukan negara,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 01:28 PM | Show all posts
who will win TdF'08..??
sastre, schleck, kohl, evans or menchov..??

aku rasa evans.......tapi i really hope sastre (or even schleck..!) will win..
imho, CSC really deserve to win..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 12:34 AM | Show all posts
25 Julai, 2008
Ahmad Haidar Juara Peringkat Akhir Jelajah Negeri Sembilan 2008

SEREMBAN, 25 Julai (Bernama) -- Pelumba kebangsaan Ahmad Haidar Anuawar menceriakan skuad lumba basikal negara apabila berjaya muncul juara pada saingan peringkat akhir Jelajah Negeri Sembilan 2008 yang membabitkan acara kriterium petang Jumaat.


Beliau menewaskan 92 peserta lain termasuk dari luar negara, yang sebelum ini mendominasi perlumbaan peringkat pertama (Seremban-Rembau) dan kedua (Nilai-Gemas).

Mohd Haidar yang mewakili LeTua meraih 10 mata menerusi catatan masa 1:35:10s, meninggalkan Sohrabi Mehdi dari Iran di tempat kedua dengan sembilan mata dan Abdelbaset Hannachi dari Doha di tempat ketiga dengan lima mata.

Tempat keempat menjadi milik Mostafa Seyed dari Iran dengan tiga mata manakala seorang lagi pelumba tempatan dari pasukan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Amir Mustafa Rusli meraih tempat kelima dengan dua mata.

Tempat keenam hingga kesepuluh masing-masing menjadi milik Karimov Ruslan dari Uzbekistan diikuti Turaev Azamat (Uzbekistan), Omar Hasanin (Doha), Hari Fitrianto (Polygon Swictzerland) dan Shaekhov Vadim (Uzbekistan), namun begitu Vadim kekal jaguh kejohanan apabila jersi kuning menjadi miliknya.

Sementara itu, Ahmad Haidar berkata beliau berpuas hati dengan pencapaiannya itu dan berbangga kerana berjaya meletakkan nama pasukan negara di hadapan.

"Saya bersyukur dan amat puas hati terhadap pencapaian hari ini," katanya.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden MNCF, Manickam Maniam.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 07:05 AM | Show all posts

Reply #491 sukanduniaaku's post

it's over dah barring an accident siapa yang dapat yellow jersey....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 10:49 PM | Show all posts

Balas #493 chempaka_ku\ catat

ya..
still..excellent TT by sastre..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 11:02 AM | Show all posts
Peluang Azizulhasni menang pingat cerah  

KUALA LUMPUR - Penilaian prestasi semasa yang dibuat Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menunjukkan Azizulhasni Awang berada pada kedudukan paling baik untuk menyumbang pingat buat kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Beijing.

Hasil pemerhatian jurulatih sepanjang lebih sebulan berlatih di Valencia, Sepanyol itu, pelumba berusia 20 tahun dari Terengganu itu menduduki tempat teratas dari segi kayuhan dan kepantasan berbanding tiga pelumba lagi, Josiah Ng, Mohd. Rizal Tisin dan Mohd. Ederus Yunus.

Pengurus pasukan berbasikal Olimpik negara, Abu Samah Wahab berkata, berdasarkan prestasi terbaru itu, Azizulhasni memiliki peluang lebih cerah menang pingat walaupun masih cetek dari segi pengalaman.

"Kita telah menilai bahawa Azizulhasni berada pada tahap paling baik ketika ini untuk menang pingat menerusi acara keirin.

"Tetapi secara keseluruhan, keempat-empat pelumba kita sudah mencapai standard dunia dan hanya dipisahkan beberapa saat sahaja berbanding jaguh-jaguh trek dunia yang ada ketika ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, menjadi harapan PKBM agar Azizulhasni mendapat sokongan kuat daripada tiga pelumba lagi untuk merealisasikan impian itu.

Menurutnya, Josiah yang lebih berpengalaman pun tidak dapat mengatasi keupayaan Azizulhasni ketika ini.

"Malah dengan prestasi yang sedang memuncak itu, Azizulhasni sudah tidak sabar-sabar untuk turun beraksi.

"Dia juga kata pada saya dua hari lalu dia sudah cukup bersedia untuk berlumba di Beijing. Kita harap dia mampu melakukannya," ujar Abu Samah.

Selain menyertai acara keirin bersama Josiah, Azizulhasni juga akan beraksi dalam acara 200 meter pecut berseorangan dan berganding dengan Josiah dan Rizal dalam acara pecut berpasukan.

Sukan basikal trek akan bermula dengan acara pecut berpasukan pada
(16 Ogos) dan 200 meter pecut (18 dan 19 Ogos).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 09:37 AM | Show all posts
sape mau beli mtb polygon limited edition or scott 40..PM aku...spec and price (nego) nanti aku email, siap pic skali....murah da ni...1st come 1st serve..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2008 12:20 PM | Show all posts
Pakej Azizul

JOSIAH NG memang gemarkan perhatian diberikan terhadapnya setiap kali beraksi
di kejohanan utama, tapi mengakui kali ini rakan sepasukan, Muhd Azizulhasni Awang lebih berhak mencuri tumpuan itu daripadanya.

Sambil menyifatkan Azizul lebih berpeluang memenangi pingat daripadanya, pelumba yang sudah dua kali beraksi di temasya Olimpik selepas Athens empat tahun lalu itu, menghamburkan pujian terhadap pesaingnya yang jauh lebih muda.

揢ntuk mengatakan yang Azizul luar biasa bukan gambaran tepat. Luar biasa itu mungkin untuk tahun lalu. Tahun ini, dia menunjukkan pakej lengkap dengan peningkatan menyeluruh,
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 03:42 PM | Show all posts
sejam lagi team basikal malaysia mula berkayuh... isk.. good luck..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 06:23 PM | Show all posts
jap lagi lwn france.. isk td qualifying france no.2 malaysia no.7...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 06:32 PM | Show all posts
  aisehhh kalah lak tak dpt masuk final..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.521209 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list