CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: periwinkle..

MERGED : All About Terengganu [Syd]

[Copy link]
Post time 31-1-2008 12:46 PM | Show all posts
Terengganu senarai acara hiburan dalam TMT 2008


KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri tetap menyenaraikan konsep pelancongan hiburan dalam kalender pelancongan bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2008.

Pelancongan hiburan, termasuk persembahan pentas disenaraikan dalam 57 acara, termasuk 25 acara bertaraf antarabangsa dan kebangsaan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri, berkata pelancong tempatan dan asing tetap mahu hiburan diselitkan dalam acara pelancongan.



Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan memastikan setiap persembahan melalui konsep pelancongan hiburan memenuhi etika ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Pemilihan lagu dan gaya persembahan, termasuk pakaian tetap diberi keutamaan kerajaan walaupun hiburan diperlukan bagi memeriahkan sesuatu program pelancongan," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Roadshow Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH07), di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Sekretariat TMT, Tengku Mohd Arifin Tengku Abdul Rahman; Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan negeri, Ahmad Fathil Abdul Ghani; Pegawai Tourism Malaysia negeri, Ahmad Zulfa Shafie dan Pengarah Projek Khas Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Muhamad Mizal Hasbullah.

Roadshow ABPBH07 anjuran Berita Harian dan kerajaan negeri akan diadakan di Dataran Shahbandar, pada 15 dan 16 Februari ini.

Sempena program itu, perlawanan bola sepak dan bola jaring bagi merebut piala pusingan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan antara pasukan Berita Harian diketuai Pengarang Kumpulan BHSB, Datuk Manja Ismail dan pasukan Menteri Besar diketuai Datuk Seri Idris Jusoh akan diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, mulai jam 8.45 malam.

Mohd Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, berkata pada program Roadshow tahun lalu, jumlah pengunjung yang menyaksikan pelbagai acara, termasuk persembahan artis dianggarkan 15,000 orang.

Katanya, jika seorang pengunjung hadir untuk menyaksikan program itu membelanjakan RM30, pendapatan diperoleh secara terus oleh peniaga ialah sebanyak RM450,000.

"Sebab itulah kerajaan memutuskan turut mengadakan konsep hiburan pelancongan melalui pelbagai program pelancongan di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata, kerajaan negeri sedang berusaha menawarkan pakej lawatan sesuai bagi meningkatkan jumlah pelancong Thailand ke negeri ini sempena TMT.

Katanya, jumlah kedatangan pelancong Thailand ke negeri ini agak rendah jika dibandingkan pelancong daripada negara lain.

"Kita berpendapat perlu adakan pakej lawatan khusus bagi menarik pelancong Thailand untuk melancong ke negeri ini.

"Sebagai langkah awal, misi promosi kerajaan bersama dengan Tourism Malaysia turut menyertai dalam program Forum Pelancongan Asean di Bangkok yang diadakan selama sembilan hari berakhir Jumaat lalu," katanya.

Mohd Nasir berkata, kerajaan menghantar wakil diketuai Pengerusi ECER Terengganu, Datuk Wan Muhamad Mokhtar Mohd Noor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2008 01:47 PM | Show all posts
Nasi Ayam yunan batu buruk best...asben aku kata paing best dia pernah rasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 10:38 AM | Show all posts

Reply #482 Tputri's post

nasi ayam yunan ni kat ane pulak? kat gerai2 berderet kat batu buruk tu ker?

hmm ker dah lain skrg... lama dah tak pegi nih.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 10:40 AM | Show all posts

kereta sewa

saper pernah sewa kereta kat kt nih, rate berapa?

sokmo balik kg naik bas jer, dok rok la nok drive.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 01:45 PM | Show all posts
60 ke 70 ghial kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 02:39 PM | Show all posts

Reply #485 halimunSER's post

bijok gok. tp ambe dok tau nok cari maner... tmpg tnya, ada contact number dok?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2008 03:29 PM | Show all posts
cuti CNY baru ni gi tganu, dok kat awana then pusing2 la kat area kt, kemaman..
mase kat KT tu hari khamis, ingat nak gi perkampungan hadhari kat pulau wan man tu.. tapi tgk orang beratur n bertolak2 nak naik bot tu terus kensel nak gi.. tgk masjid kristal tu dr tebing sungai aje laa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 09:51 PM | Show all posts
Tension tul balik trg...kalah kl jammed. Kat jambatan sultan mahmud jammed, pasar payang jammed. Org nega atas pasar pun dah ckp kl...org kl ckp trg..hehehh..tergelak aku rasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 08:19 AM | Show all posts

Reply #488 Tputri's post

aah, gitu ker?? kiut nyer
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by Tputri at 11-2-2008 09:51 PM
Tension tul balik trg...kalah kl jammed. Kat jambatan sultan mahmud jammed, pasar payang jammed. Org nega atas pasar pun dah ckp kl...org kl ckp trg..hehehh..tergelak aku rasa..



putri

masa aku on de way dr KB nak ke KT aku kena jam teruk kat jambatan tuh...
asben aku siap mengamuk2 dlm keta...kat situ jer trapped lebih sejam...  

gi pasar payang hari ahad lak...ya rabbi...jam x hengat...sumer keta plet
luar...meriah sungguh sbb ader konvoi besar2an lak tuh kat situ....byk tul keta kancil dari kedah nak
promote cuti2 kedah 2008 larr tuh (sbb nampak sticker kat pintu keta diaorg)...  






kat depan pasar payang


bila pasar payang baru nih nak bukak to public erk?


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:41 AM | Show all posts
marissa, ahad tu jln depan pasar tu cam dah ok skit...khamis - sabtu tak boleh masuk langsung. Nasib baik putri dok seb takir..boleh naik bot penambang jer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:45 AM | Show all posts

Reply #491 Tputri's post

putri...maknanya sblm nih lagi teruk larr...dasat tul...
marisa ingat nak larr soping sikit kat PY tuh nak beli ole2 bawak balik KL...
emm parking haram memang x der nyer...sedih gak sbb x dpt nak singgah kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 11:47 AM | Show all posts
mula sedih gak tak jadi ke KT tu....last minit anak tak sihat....

ni lepas baca ni....

alhamduillah.....nasib baik tak ke sana...kalau tak....jam teruk mau mengamuk ank2 i tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 11:48 AM | Show all posts
hari Ahad nak balik kl  member putri singgah kat keropok losong. Hampir 2 jam dia beratur kat kak yah. Kat adik beradik habis. Kul 8 lebih dia dah gerak dari tempat penginapan tertai tenang tuh. Kul 10 kat keropok losong lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 11:56 AM | Show all posts

Reply #494 Tputri's post

masa on de way dr KT ke KB...lalu kat depan kedai kopok
lekor Sukaramai tuh....ramai tul owang...ingat nak ler singgah
jap...  marisa kalo dah lalu situ mesti singgah beli kopok lekor dia...
leh tahan larr sedap...  rasa byk ikan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 02:04 PM | Show all posts
aku baru balik cuti2 malaysia kat Trg minggu lepas..

Kalau on d way lalu kat kemaman tu singgah ler makan Mee Kari kat Warung Sata Kak Nab..lokasinya dekat Geliga, kemaman..Masuk simpang sebelah Masjid Geliga tu..kira2 200m je dari Jalan Besar..

Kalau pegi petang2 sikit memang ramai singgah situ..antara makanan2 dia yang special mee kari, sata, kuih chakoi, abc, air jagung ..nanti esok lusa aku post gambor..

Pastu dah abih makan..leh singgah beli kopok lekor geliga..ada lebih kurang 10 kedai gak laa jual kopok lekor sepanjang jalan tuh...ekceli keropok sini pun sedap gak even mybe lebih sedap dari kopok lekor 007...tak payah beratur panjang2..then..dah abih beli kopok tuh..singgah lee Pantai Mak Nik...depan INTAN Timur...menyedut udara nyaman tepi pantai sambil makan keropok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 10:21 PM | Show all posts
Lain kali nak maghi KT kaborr aaa.. bleh tolong oder kepok siap siap.. hehehe.. dekat umah jer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 06:35 PM | Show all posts


macam pengkalan perahu tambang pendekar masdor daaa
aku dgr cerita sampai ada orang terjatuh2 dlm air berebut2 nak naik bot penambang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 06:36 PM | Show all posts


diambil dr fotopages. credit buat fotographer

[ Last edited by  Leonarzi at 15-2-2008 08:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 06:37 PM | Show all posts




kalau nak tgk lebih dekat, cuti2 malaysia lah ke Terengganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.509338 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list