|
Post Last Edit by srisaujana at 16-8-2009 20:16
Tomok dan Isma rai peminat
![](http://interaktif.mstar.com.my/getattachment/fab519a5-5d9b-4d48-89e6-b67eb8d1f67c/tom6.aspx?maxsidesize=600)
RAPAT... Perhubungan Tomok dan kakaknya, Isma memang rapat. - foto MSTAR oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://interaktif.mstar.com.my/getattachment/c099c47f-89e6-4c22-9db4-6406cc4b89a0/tom2.aspx?maxsidesize=600)
SAYANGKAN PEMINAT... Tomok dan kakaknya, Isma bergambar bersama-sama dengan para peminat. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://interaktif.mstar.com.my/getattachment/de4751d3-aac4-4bb0-af3a-45546de20916/tom1.aspx?maxsidesize=600)
MESRA... Peserta-peserta Akademi Fantasia 7 seperti Akim dan Aril beramah mesra dengan para peminat. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan Mengundi Isma
UNDI LAGU BISIKAN..GODAAN DARI ISMA
DI MUZIK-MUZIK
"type MM B420
DAN HANTARKAN KE 33399"
BEWARE!!!!
![](http://1.bp.blogspot.com/_FiJAj3RPhsE/SoYie7fFmFI/AAAAAAAAAec/SoB3tplmp9c/S526/2361560872_0b2f246d34.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
ISMA DI MUZIK-MUZIK
![](http://4.bp.blogspot.com/_FiJAj3RPhsE/SoV6Lqo696I/AAAAAAAAAeE/Gum7r7Mt-qs/s400/6295_114151203673_523983673_2224447_6291348_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 19-8-2009 13:20
17-Aug-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Artis Top Tutup Tirai Jelajah 11 Era!
![](http://i740.photobucket.com/albums/xx47/srisaujana5/isma-2.jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Bonie Shariff
Selepas berkampung kira-kira 2 hari di Melaka, Konsert Jelajah 11 ERA Bersama Perodua di Dataran Pahlawan Melaka, hujung minggu lalu telah mendapat sambutan luar biasa dengan penampilan barisan artis popular untuk menghiburkan peminat Melaka. Ia dianjurkan pada Sabtu lalu menerusi 2 sesi iaitu petang dan malam.
Permulaan gegaran konsert dimulakan dengan persembahan power dari kumpulan yang bertaraf antarabangsa iaitu Pop Shuvit. Mereka memukau penonton dengan lagu baru Oh Sizuka dan lagu dari filem Impak Maksima iaitu Marabahaya.
Kegamatan konsert diteruskan dengan kumpulan Ladylike yang tampil seksi dengan lagu Sick, Shooting Star dan Dream of The Time. Walaupun bukan Melayu, Ladylike sering mengucapkan ungkapan terima kasih Malaysia. Pun begitu, ada segelintir ahli Ladylike sering dilihat menjerit baik menyanyi atau pun bercakap. Mungkin mereka terlalu teruja.
Bagaimanapun, Ladylike begitu kreatif menarik perhatian penonton dengan merakam video persembahan mereka yang berlatar belakangkan Dataran Pahlawan secara sendiri. Mereka berjanji berjanji akan meletakkan di Youtube.
Selepas Ladylike, kumpulan yang sudah lama menyepi, Flop Poppy bangkit mendendangkan 2 lagu bertajuk Suzila dan Kasih Nafas Diri. Persembahan mereka mendapat sambutan walaupun sekarang ini agak kurang mengadakan konsert terbuka.
Sejurus lepas itu, Dina yang juga penyampai ERA FM meriuhkan pentas dengan menyanyikan lagu sendiri iaitu Satu, Laju Lampau, Satu Untuk Diriku dan sebuah lagu dari Rihanna, Please Don't Stop The Music.
Kemunculan Aliff Aziz pula menimbulkan kerisauan penganjur apabila hampir semua gadis menjerit-jerit kegembiraan bagai diserang histeria. Artis tinggi lampai ini mendendangkan lagu berhantunya, Sayang-Sayang dan lagu Stop.
Mengakhiri sesi konsert sebelah petang, Tomok bersama Newboyz menyampaikan lagu Rinduku Terhenti dan Terima Kasih.
Selepas berehat seketika, konsert sebelah malam disambung semula jam 8.45 dengan nyanyian pembukaan dari bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Isma. Isma yang sentiasa cantik menyanyikan singlenya, Bisikan... Godaan yang semakin popular di corong radio.
Isma turut menghiburkan penonton dengan medley Dan Sebenarnya, Tak Mungkin Kerna Sayang, Coba dan Kegilaan.
Ruffedge mengambil alih pentas bersama Private Whizz melalui lagu Ke Udara, Bila Rindu dan Kepong Garden Setiawangsa City.
Pentas hampir pecah apabila penyanyi dan pelakon, Adam AF muncul dipentas. Pada malam itu, Adam tampil seorang diri tanpa anak buahnya, Bad Boyz yang sering menghiasi persembahan Adam sebagai penari latar. Apapun, setiap nyanyian Adam menerusi lagu Tak Kisah, Kau dan Benar-Benar mendapat sambutan apabila ramai menyanyi bersamanya.
Kumpulan dari seberang, Alexa pula menaikkan lagi semangat penonton dengan persembahan lagu-lagu mereka iaitu Jangan Pernah Pergi, Takkan Pernah Bisa dan Jangan Kau Lepas.
Penonton tak senang duduk apabila Stacy tampil ranggi dengan menyanyikan lagu Gagap, Pakai Buang dan Aku Stacy. Rata-rata, ada peminat yang sanggup berdiri dan menari mendengar setiap persembahan energetik Stacy.
Kumpulan Coda pula meneruskan persembahan dengan lagu Hanya Aku serta medley lagu Bila Matamu Tersenyum dan Interiority Complexmu.
Dan penghibur yang begitu dinanti-nantikan, Dato' Siti Nurhaliza memulakan persembahan dengan berduet bersama Coda menerusi lagu Lucky dari Jason Mraz. Kemudian, Siti melantunkan pula lagu popularnya Ku Mahu, Aku Cinta Padamu dan Di Taman Teman. Ketika mendendangkan lagu Aku Cinta Padamu, seorang kanak-kanak perempuan dengan berani naik pentas dan turut menyanyi bersama Siti.
Bagi lagu Di Taman Teman pula, Siti diiringi dengan tarian dari Kumpulan Sepah dan Din Beramboi dalam suasana penuh lucu.
Sebaik saja Siti mengundur diri, kumpulan Jinbara muncul dengan lagu Kasihnya Laila, Farhana dan Cinta Pantai Merdeka. Kemudian, Bunkface diberi penghormatan menutup konsert dengan menyanyikan lagu Revolusi dan Situasi.
Tidak ketinggalan mendapat peerhatian adalah kesemua penyampai ERA FM yang bergilir-gilir menjadi pengacara dan mengenakan baju tradisional bersesuai tema 1Malaysia. Mereka turut menceriakan konsert dengan lawak jenaka dan nyanyian. Pada penghujung konsert semua pulang dengan wajah puas! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 19-8-2009 22:33
19-Aug-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Janganlah Panggil Kami Artis Tempelan
![](http://media.mit.net.my/photo/59/7162009_kawanhafiz%28a%29.jpg)
oleh Razif Rosdi
Foto Mazlan Yunos
Selepas album solo juara Akademi Fantasia 7 (AF7) dilancarkan, baru-baru ini, timbul desas-desus kurang enak tentang 4 lagi bintang AF7 yang turut sama terlibat dalam album tersebut iaitu iaitu Aril, Akim, Yazid dan Isma.
Gara-gara single mereka diselitkan sebagai lagu bonus, ada suara sinis mendakwa 4 bintang AF7 ini adalah artis tempelan semata-mata dalam album itu. Tidak kurang berkata ia satu strategi mengatakan ini merupakan strategi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) mempergunakan populariti mereka untuk melariskan album Hafiz itu.
Jom ikuti komen Aril, Akim, Yazid dan Isma tentang isu ini.
ISMA
![](http://media.mit.net.my/photo/59/7162009_kawanhafiz1%28a%29.jpg)
"Ini adalah penghargaan buat kami berempat. Isma bertuah sebab diundang bersama untuk memeriahkan album solo Hafiz. Isma tak rasa pun Isma sebagai artis tempelan. Bagi Isma, ini adalah bonus buat peminat. Secara logiknya, ia juga satu penjimatan harga album untuk peminat.
"Dengan erti lain, peminat tidak payah keluarkan duit banyak untuk beli single kami secara berasingan. Beli satu album Hafiz dan dapat 5 lagu bonus daripada kami. Andaikata album ini diiktiraf, Isma tak rasa pun akan timbul masalah kerana ia satu pakej album yang istimewa daripada finalis AF7.
"Bagi Isma, album memang selayaknya memberikan lebih keutamaan untuk Hafiz. Sebab itu ada 5 lagu Hafiz manakala lagu kami dijadikan sebagai bonus kerana semuanya telah didendangkan ketika final AF7. Lagu-lagu nyanyian kami ada kenangan masing-masing ketika final AF7 yang dijuarai oleh Hafiz," kata Isma |
|
|
|
|
|
|
| |
|