CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: din_hbl

Weight Loss Challenge 2.0; Closed

  [Copy link]
Post time 22-12-2011 09:40 AM | Show all posts
nak join the club..

kena update every week ka? or bi-weekly?
tapi nak join jnuary lah senang nak ...
baby_pingu Post at 21-12-2011 21:27


jom la..syik masuk utk bulan januari nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 09:44 AM | Show all posts
Reply 481# Syik_Gojet


    orite...iols nak join in january..

rasa cam dah gemok terlampau
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:48 AM | Show all posts
stress bile berat x turun2 nih haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:52 AM | Show all posts
Reply  Syik_Gojet


    orite...iols nak join in january..  

rasa cam dah gemok t ...
baby_pingu Post at 22-12-2011 09:44



   ekeke..iols lak obesiti..
bulan lepas dah masuk dah.tapi bulan nie iols tak masuk sebab kaki terseliuh agak teruk..

hope next month kaki dah ok boleh mula balik rutin bersenam..

kita buat beramai2 baru la semangat..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 01:18 PM | Show all posts
Reply 479# Syik_Gojet


ya betul yang amat...sokong 200%...
den sekarang ni sejak balik dari kampung kembali mengalami situasi yang serupa ni...kena paksa diri sendiri kalau nak g jogging dan senam tu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 01:21 PM | Show all posts
tapi bila dah abis jogging dan senam memang tersangatlah gembira dan puas teramat...
kerana berjaya cairkan lemak degil yang ada ditubuh....

p/s: memang kena berjuang abis-abisan ngan sikap malas kita sendiri dan nafsu makan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2011 01:27 PM | Show all posts
Reply  Syik_Gojet


ya betul yang amat...sokong 200%...
den sekarang ni sejak balik dari k ...
matakucing Post at 22-12-2011 13:18



   memang kena paksa...
kalau kita tak buat katakan disebabkan malas mesti kita akan rasa bersalah..
bila dah rasa bersalah jd lagi tensen..peh tu jadi lagi rasa nak mkn comfort food.. makanan y tak bape nak sihat tu..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 01:32 PM | Show all posts
Reply 487# Syik_Gojet


betul tu....macam tau2 jer kan...almaklumlah kita yang join kelab ni memang alami keadaan yang sama kan...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 01:55 PM | Show all posts
Reply  Syik_Gojet


betul tu....macam tau2 jer kan...almaklumlah kita yang join kelab ni memang  ...
matakucing Post at 22-12-2011 13:32



hehehe.. ye la... kita ni rata2 jenis emotional eater....
kita telan perasaan kita melalui makanan..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 10:36 PM | Show all posts
utk syik & matakucing.. ini i repost pic ni utk u both.. lepas ni kalau malas2 nak senam, just remember itu lemak2 dalam body u yg pengaruh tuannya supaya terus malas.. kalau tak mo dibuli lemak2 tu, kena senam supaya kita buli diorg balik..

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:26 AM | Show all posts
utk syik & matakucing.. ini i repost pic ni utk u both.. lepas ni kalau malas2 nak senam, just remem ...
din_hbl Post at 22-12-2011 22:36



   sukanya....!!
SWEAT IS A FAT CRYING...

hehe...


semalam memang syik mkn secara extream...tak tau la camne leh mkn camtu...
hari y penuh dgn pisang dan coklat tamtam ( abg baru beli dari australia..sedap gila)

pagi: 1 pisang +  1 coklat tamtam

lunch: 1 pisang + milo + kismis 1 gengam..

mlm : 2 coklat tamtam + 1 keping chees + 1 telur goreng + 5 ketul cokodok...

pagi tadi timbang..tudia..berat turun terus ke 80kg dari 80.6kg... cam tak caya jer...

tapi itu adalah cara pemakanan y sgt tak sihattt....!!!

tak mo buat mcm tu lagi..kang kecut otot2 syik nie..hahaha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 02:48 PM | Show all posts
Rasa Jatuh Semangat?

Untuk menurunkan berat badan, kita kena berubah. Kita kena berkorban dari mengambil makanan yg biasa kita ambil seperti makanan bergoreng, tinggi gula, fast food dan lain-lain. Juga kita kena amal rutin sihat yg baru seperti minum air masak yg cukup, rajin bersenam dan lain-lain. Ketika mengharungi misi perubahan ini, kita akan tempuhi banyak dugaan yg akan membuatkan kita jatuh semangat. Contohnya seperti halangan keluarga, sindiran rakan, dateline kerja etc. Jom naikkan kembali semangat kita dgn tips-tips berikut:

Berkawanlah dengan orang yg positif.
Jika anda tiada kawan atau kawan yg ada asyik negatif saja, jgn risau. Anda boleh jumpa kawan-kawan baru di luar sana. Pergilah ke gym dan tegurlah mereka yg selalu bersenam di sana. Di taman rekreasi ada kumpulan yg selalu membuat senaman tai chi atau buat senamrobik, boleh sertai mereka. Juga kenalpasti mereka yg selalu berjogging atau bersenam, boleh juga tegur dan meminta tips atau nasihat dari mereka. Di Youtube pun banyak video motivasi, boleh download dan simpan di telefon, boleh dengar semasa ke kerja atau di masa lapang.

Buat baik kepada orang lain
Bukan bermaksud selama ni anda tak baik, namun jika kita lebih positif, orang di sekeliling kita juga akan jadi positif. Contohnya ibu yg positif akan maafkan anaknya yg tumpahkan air. Tapi ibu yg negatif akan marah-marah dan mungkin akan bad mood hingga ke pejabat. Mulakan hari kita dgn senyuman, tegur orang lain dan beri salam dengan ikhlas. Jika kita memberi salam dan jika ada orang lain tak jawab dan muncung sedepa, jangan kecil hati kerana ia bukan berpunca dari anda. Semua orang ada masalah peribadi masing-masing, apa yg ada dalam hati mereka Tuhan saja yg tau.

Pastikan sekeliling kita bersih
Hati yg gembira juga dipengaruhi oleh persekitaran kita. Bersihkan rumah/pejabat/bilik kita supaya kita jadi lebih tenang. Mata yg serabut, otak pun akan serabut. Rasa baru jatuh semangat? Mulakan dengan bersihkan persekitaran kita. Jika satu rumah berterabur, mulakan dengan bilik yg anda selalu gunakan.

Hargai kehidupan
Dengar lagu yg anda suka. Baca buku yg boleh meningkatkan inspirasi kita. Jalan di taman dan tengok pokok menghijau dan burung yg berkicauan. Haiwan perliharaan pun boleh menenangkan jiwa, kucing, anjing (non muslim), arnab, ikan etc. Melawat rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kurang upaya pun boleh meningkatkan semangat kita disamping boleh membuat amal.

Senyumlah selalu
Ini mungkin nampak kecil, tapi jika kita banyak senyum walaupun berseorangan, kita akan jadi lebih positif. Bila masak, kita senyum. Bila memandu, kita senyum. Bila di bilik air, senyum juga. Bila kita berfikir untuk membuat sesuatu, badan kita akan bergerak. Fikiran dan perbuatan ni perkara yg seiring. Jadi bila kita senyum, walaupun dibuat-buat, lama kelamaan otak kita pun akan fikir positif.

Selalu bila rasa sedih dan jatuh semangat, ingatlah bahawa anda tak bersendirian. Situasi kita boleh berubah, kita cuma perlu harungi waktu dan saat itu. Buatlah satu langkah demi satu langkah, lama kelamaan keadaan akan berubah dan kita akan capai gol yg kita impikan ;)

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 04:02 PM | Show all posts
Reply 492# din_hbl

tq for the info...last update utk disember bila?selasa depan or ikut 31 hb hehehh
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 05:35 PM | Show all posts
nak joinnn...
tp segannnn!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 07:32 PM | Show all posts
Reply 490# din_hbl

tq..tq cikgu...

buat penawar dan penambah semangat yang kembali kuncup nak bersenam ni....huhu...


den dah target semula, hari ni last den malas bersenam dan melantak makan serba serbi sampai terbabas diet....kiranya hari ni den makan apa saja yang den inginkan....


mulai esok den akan mula bersenam macam dulu semula...1 hari sejam utk kuarkan peluh tak kira sama ada berjogging, bersenam, menari ataupun kemas rumah..janji den akan pastikan satu hari satu jam...pasti.


Ini janji den pada diri sendiri. Sebabnya bila den kembali melantak segala mak nenek ni dan mula malas bersenam , tubuh ni rasa berat dan tak cergas....nak bangun pagi pun malas dan liat jer...


dulu time rajin bersenam dan makan ikut hadnya...waktu bangun pagi tu syok jer dan rasa ringan dan cergas jer badan...kul 5.20 pagi dah bangun. Siap memasak lagi sambil tunggu solat subuh....best tul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 10:26 AM | Show all posts
Reply 493# melati_kesuma


mcm biasa mel dear, selasa & rabu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2011 10:27 AM | Show all posts
Reply 494# seroja23

klu nk turunkan berat badan, kena berkorban & berani berubah seroja
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 03:35 PM | Show all posts
Reply  din_hbl

tq..tq cikgu...

buat penawar dan penambah semangat yang kembali kuncup nak ber ...
matakucing Post at 23-12-2011 19:32



   pergh...sempat lagi memasak sementara subuh....
bagus la azam matakucing nie....takpe kami sama2 sokong....

dlm seminggu tu jadikan 1 hari sebagai cheat day.. boleh mkn apa sahaja...

supaya kita tak jadi terlalu tensen nak ikut rutin diet nie... bila dah jd terlalu tensen, kita mudah utk kembali ke old habit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2011 09:49 AM | Show all posts
reminder: esok last update utk WLC disember.. hari ni minum air masak byk sikit ek.. cuba try 3L, insyallah esok

ni gambar cat santa utk grab attention huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 02:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by sixret at 26-12-2011 14:38
ada 4 orang yg turun 1kg n more minggu ni:

- amoyfazna
- sixret
- babygiggly
- iamalady

sharing2 le macamana u oll dpt turun 1kg tolong abgi tips n inspirasi kat kawan2 lain...
din_hbl Post at 21-12-2011 22:04



    Berat saya 95 kilogram ketika pertengahan Disember 2010.

Sebelum itu, saya sentiasa ingat berat saya berat ideal kerana jika dilihat dari segi fizikal, walaupun berat saya 95kg, saya masih tidak dikategorikan sebagai gemuk atau obes oleh orang-orang sekeliling kerana ketinggian saya. saya sendiri take for granted dan tidak pernah menimbang berat saya walhal ada je alat penimbang tanita di bawah almari sampai berhabuk.

yang membuatkan saya seakan sedar dengan perubahan berat badan adalah kerana saya mudah sakit dada apabila baring telentang dan saya cepat mengah apabila berjalan. ini sesuatu yang tidak normal kepada saya kerana sebelum ini, saya tidak pernah sakit dada jika baring terlentang dan saya jenis wanita yang berjalan laju.

akhirnya, pada pertengahan disember 2010, saya timbang berat saya dan alangkah terkejutnya saya berat saya 95kg!!!

there and then terus decide nak diet. tanpa kompromi.

pada mulanya, AMAT SUSAH nak diet. yelah kita biasa makan 4 kali sehari. setiap kali makan, saya akan makan apa sahaja tanpa kontrol. kadang2 waktu malam lepas pukul 10 malam pun saya akan makan.

saya masih ingat lagi pada awal-awal diet, saya mengikuti diet sup. iaitu saya hanya akan makan sup sahaja. sup sayur-apa-apa jenis sayur(paling kerap), sup ikan, sup ayam, sup daging. tanpa nasi. kerana rasa sup tu seolah-olah rasa makanan yang biasa kita makan, so tak terasa tertekan sangat.

mind you, it was very difficult back then untuk hanya makan sup sahaja. especially in the beginning. saya hanya makan sup dalam pukul 6 petang sahaja(cik din mesti marah)

pada waktu pagi, saya makan buah limau dua biji. kandungan asid dalam limau itu mampu memecahkan lemak2 degil dalam badan.

dan air suam(lebih baik daripada air sejuk) kerana air suam dapat menghangatkan badan dan secara tidak langsung mengeluarkan peluh. saya minum air suam berliter-liter. saya dan keluarga saya sejak kecil memang dah diajar supaya minum air suam banyak-banyak. zaman belajar dulu, saya jelah budak melayu yang bawak botol mineral 2liter berisi air kosong ke mana-mana.

selepas bebeapa bulan, saya sangat jemu dengan sup. saya tukar kepada diet meratah lauk.

seperti biasa, saya hanya makan dalam pukul 6 petang sahaja. tiada makan tengah hari, makan pagi hanyalah segelas milo atau susu.

hanya sekali seminggu je saya makan nasi.

sepanjang waktu itu, tiada snek yang saya kunyah. tiada nasi, tiada mi,tiada bihun(kecuali sekali seminggu-itu pun sikit je). sumber karbohidrat saya ambil dengan memakan buah.

saya minum nescafe setiap hari. saya tidak pernah tinggalkan nescafe.

banyakkan berpuasa sunat.

saya juga akan park kereta jauh sikit, dan berjalan jauh sikit. saya akan gunakan tangga untuk ke tingkat2 yang lain.walaupun 7 tingkat atas ofis saya. saya banyak berjalan(tanpa memandu). saya berjalan waktu malam hampir setiap hari pada ketika itu.

saya very determined ketika itu.

ya, sekali-sekala datang rasa nak give up. tapi sy dapat balik semangat sy dengan fikirkan apa consequence dengan berbadan gemuk.

sy sentiasa lihat supermodels(website) untuk memberi inspirasi. banyak membaca tentang isu diet,obes dan sebagainya.

sy tiada masalah daging terlbih,kulit menggelebeh. jadi sy tidak buat senaman untuk ketatkan kulit.

kecuali di bahagian perut. sy amalkan sit up setiap kali bangun tidur. sy buat atas katil je.tak sakit badan.

sy perasan ketika berat sy dalam lingkungan 70-80kg, walaupun dah "nampak" kurus tapi bahagian perut seolah-olah buncit. sy buat sit up dan exercise tahan nafas, masukkan perut ke dalam banyak2 kali.

ketika berat sy dalam lingkungan 60kg, baru buncit itu hilang, ya langsung tiada.alhamdulillah.

jadi siapa yg nampak perut buncit tu, mungkin turunkan berat lagi 5-10kg untuk ilangkan kebuncian itu dan amalkan sit up dn tahan nafas tu. Insya Allah.

sekarang,setahun saya sudah berdiet.

sekarang saya amalkan diet susu,ratah lauk.dan sekali sekala makan nasi. dah tak strict macam dulu. maksudnya, bila sy rasa nak makan nasi, sy akan makan. tapi alah bisa tegal biasa, apabila dah lama tak makan nasi, keinginan tu otomatik berkurangan.

cheat day sehari dalam seminggu juga penting suapaya kita tak kebosanan. walaupun cheat day, jgn makan ikut nafsu. makan apa yg korang nak makan selama seminggu tu. mungkin 3-4 potong pizza dan sepotong kek? tapi janganlah 3-4 potong pizza,sepotong kek,3 ketul ayam kfc,2 burger,nasi lemak. sume tu korang makan dalam sehari. itu memang melantak day bukan cheat day lagi.

sekarang diet sy agak longgar berbanding dahulu. sy berjaya mendapat berat 63.8kg (today). daripada 95kg kepada 63.8kg pengurangan sebanyak 31kg.

sy juga antara orang yg sejak azali(keturunan) yang amat mudah berpeluh. banyak. ketika remaja dan awal 20an. ketika pemeriksaan biasa, doktor kata sy mempunyai kadar metabolisme yg tinggi. cuma ketika memasuki usia 30-an, dgn hanya duduk di kerusi empuk dan tidak seaktif ketika remaja all the lemak2 crept into my body.

air suam kena minum byk2.
puasa sunat
kekalkan momentum
banyakkan membaca ttg diet,obes dan pengalaman orang lain.
berdoa.
exercise.
semangat yg tinggi boleh diperoleh dengan membaca, melihat kejayaan orang lain dan fokus apa yg korang hendak.
masuklah bersama komuniti orang2 yg mempunyai matlamat yg sama dengan kita i.e seperti challenge ni.
dan ingatkan orang2 di sekeliling kita yg kita tgh diet supaya dorang faham.

selamat berjaya kawan-kawan, jangan putus asa dan sentiasa kekal fokus. oh ya. berdoa banyak2.

wallahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.326041 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list