Ni Shah komen pasal watak Khursyi & Kamil (Credit to Gua.com.my)
Menyentuh mengenai wataknya dalam ‘3 Janji’, Shahz memberitahu, “Saya memegang watak sebagai Khursyi, seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab. Kursyi bercinta dengan Dalia namun Kursyi mati dalam satu kemalangan. Selepas lima tahun, Dalia terjumpa dengan Kamil, yang mempunyai rupa seiras dengan Kursyi. Kamil sangat negatif terhadap perempuan sebab dia mempunyai pengalaman buruk melibatkan ibu dan kakak iparnya,” ujar Shahz yang sudah bekerja di bawah arahan Heykal Hanifah sebanyak empat kali.
“Heykal adalah pengarah kegemaran saya. Sebelum ini saya pernah berlakon drama ‘Asmara’, ‘Asmara 2’ dan ‘Jiwa dan Lara’ di bawah Heykal. Saya senang untuk bekerja dengan dia. Semua yang dia cakap saya mudah faham.”
Bagi episod pertama malam tadi mmg best...cerita start jer terus fokus kepada persahabatan yg sangat mesra antara khursyi dan dalia...tak payah nak flashback sampai 5-6 episod dr zaman kanak-kanak pun kita dah boleh faham yg dorang mmg sgt rapat.
Selain daripada fokus persahabatan khursyi dan dalia ..episod malam tadi juga dah mula perkenalkan watak watak tambahan lain yg akan jadi punca konflik .....tak boring langsung!! sbb watak pakcik gengster dan psiko si Elyas mmg jadi tak berlebih lebih pun.
Soundtrack pun segar ..jer selain dari lagu Aizat Mana Oh Mana ..dgr juga lagu romantik daripada Keroz nazri Suatu Hari Nanti. Matching jgn jiwa muda dan remaja ...watak utama.
Lakonan pun sgt sgt sgt natural dari semua pelakon terutama Liyana Jasmay. Shahz pun bagus jugak laa ...ni antara percubaan Shahz utk bwak watak cute cute ..sbb sblum ni dia byk bawak watak yg lebih dewasa dan serius ....so kali ni nampak segar dan baru dan muda!!!
Editing pun best ...tak la melompat lompat dan tak ler lemau sgt ...hampir perfect utk pilot episod...
So happy tgk 3 janji malam tadi ..harap episod seterusnya kekalkan momentum yg baik ini..smp tak sedar masa berlalu satu jam menontonnya.