no prob sis..senang sangat..dulu2 akak suka request mak masakkan...last2 mak akak boring..dah kertu pon dok suruh dia lagi..terus dia paksa akak masak depan dia..lepas tu akak tak suruh dah...buat sendiri je
simple jer buatnya..hihi...tumbuk ikan bilis,bwg merah,bwg putih, ciliapi, belacan(optional-kalu rasa takmo bubuh, i tak bubuh )...takyah lumat sangat...pastu tumis garing sikit..masukkan air sikit(biasa i masukkan suku cawan je),garam,gula,asam keping...asam keping ni pon optional gak, tak bubuh pun takpe..cuma i suka bubuh bila terasa nak mkn masam2 sikit...pastu kacau 2,3 minit..tutup api..leh makan..kalu ada lebih, leh juga buat nasi goreng...panaskan sambal bilis hijau tu, pastu masuk nasi... ...
i buaat sendiri semua tu....mahal la kalo beli dah siap.....semalam buat stgah kilo tepung hasilnya 55 biji karipap...guna kentang 5 biji je....bwg satu ulas...bilis seraup...kari babas yg 80 sen tu...
tak sempatlah beliyau berpuasa bersama kita sis? mungkin lepas raya baru boleh bersama....
bolehlah sis nyanyi lagu raya aishah "Pulanglah" buat stinger_attack
LAKSAM VERSI UTARA
Malam tadi makan laksam abang lah....dia berniaga depan kedai perabot One Stop Bangi, Seksyen 5, dekat trafiic light nak masuk Taman Tenaga tu...
Seronok borak dgn Abang Lah ni....dia mai dari Aloq Setaq....dia ckp laksam ni resepi emak dia...dia ckp dia cuma pandai buat laksam style emak dia buat...
korang yg duduk area Kajang dan Bangi boleh la try....satu lagi dia ada jual apam gula hangus...memang sedap apam dia....bulan puasa nanti dia jual laksam kat PARAM seksyen 9, Bandar Baru Bangi....
Laksam Versi Utara
Isi laksam
* 2 cawan tepung beras
* 2 cawan air
Caranya:
1. Satukan kedua-dua. Kacau sampai tidak berketul
2. Panaskan pengukus dan panaskan tudung periuk
3. Tuang agak-agak. Tak nak tebal dan tak nak nipis sangat. Tunggu sampai naik melembong.
4. Apabila sudah melembung, angkat dan gulung.
5. Sapukan minyak selepas gulung. Tunggu sehingga suhu gulungan tadi sejuk dan gunting bulat-bulat.
Kuah laksam
Isi ikan secukupnya - asingkan isi dan tulang. Kisar. Blender.
Santan - kalau ikan 10 ekor, santan RM3
*1 biji bawang besar
*4 biji bawang merah
*2 sudu lada hitam
*1 cm halia
Blender semua bertanda*
5-10 keping asam
Daun kesom
Gula dan garam secukup rasa..
Cara-cara:
Satukan semua bahan di atas. Masak hingga mendidih. Pastikan jangan lama sangat. Nanti pecah minyak santan tu sudah tidak sedap.
Sambal
-cili kering buang biji & rebus dan sejatkan
-secubit belacan
-garam n gula
Persatukan semua. Campur sedikit air suam.
Blender sampai hancur. Siap laaa.
Ulam:
Kacang panjang, timun, taugeh, bawang besar, daun kesom, bunga kantan.
potong ikut cita rasa.
kalau isi laksam tu bt guna tepung beras semata2 dgn air .. alamantnya becak le ketiak ko nk melayan adunan tu. nk gulung je retak... last2 2 btg je yg jadi.. balance masuk tong sampah sbb asyik berkecai
xtau la xpnh cuba..tepung sagu pon iols xknl.. tp iols penah try mcm2 resepi.. semua kelaut. paling gagal kalau gn tepung beras semata2.. asyik patah n melekat. Kalau sesape blm berjaya buat isi laksam yg elok iols memang rekomen resepi azie ni. perap pon xpayah lama. sebaiknya guna tepung beras yg gajah dia ade ramai tu
edisi iols buat kuih raya tahun ni sendu gamaknya. semalam berkobar2 semangat kluar tuk beli bahan2 buat kuih. kebanyakan kuih iols mmg simple2 je. tapi mostly ada guna badam. either badam whole, badam slicen badam bilah atau badan kecik2 tu. sekali tengok harga badam semalam .. mak aiiii. ranap terus semangat iols. tahun lepas whole badam harga dia dalam RM25/kg. tahun ni .. nah hambik ... RM52/kg hokeh!!! belum lagi harga badam2 yang lain. ni macam mana peniaga nak niaga biskut almond london, florentine semua tu ek?
meh uols .. share la resepi biskut2 tepung je. sob sob. kena buat tart, makmur dgn dahlia je la ni.
aku dah start projek frozenkan segala mak nenek lauk yang boleh frozen. kari frozen, asam pedas frozen, kuah taucu frozen, lemak cili api frozen. selagi boleh frozen aku frozenkan. pasal aku puasa jenis lembik. memang takde la aku nak berkuntau sangat kat dapur petang2. nak gi param lagi la malasnyaaa...