|
Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)
[Copy link]
|
|
Saya sama macam KK. Macam banyak sama. Introvert. Saya x suka ramai org. Meluat. Saya selalu rasa saya ni xde gangguan. To kekadang mcm ada. Pernah berubat. Tapi still sama. Ingat nak pergi DS. Tapi entahla.
Bila baca kisah KK. Rasa macam 'ada jugak orang macam aku".
Semalam aku tengok rakaman Halaqah TV9 pasal saka. Ust Hanafiah tu kata memang ada orang yang sampai jadi bipolar dan skizo sebab ada jin kat dia. Kau pegi la berubat ya. Benda ni bukan boleh hilang dengan sekali cabut je. Aku aritu nak tunggu dia react pun sampai dekat sepuluh kali pegi. Jangan kata la nak buang kan. Dan jangan sebarang2 gi berubat... doa minta Allah tunjukkan mana yang baik untuk kau ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah download. Tima kasih! 
|
|
|
|
|
|
|
|
At least itu yang jadik kat makcik aku.. masa dia tak kawin macam2 dia kena.. nampak antu la.. benda bergayut depan rumah lah.. benda busuk dlm rumah lah, etc.. berubat dah mcm2.. last2 kawin.. Alhamdulillah dah takde.
Iee seramnya. Nasib baik aku takde sampai camtu. Paling2 pun bau busuk kat umah ni sebab angin tiup bau sampah dari tong alam flora kat luar nun. Haaa kan... baru cakap dia datang dah 
InsyaAllah, kalau sampai jodoh yang sesuai, aku kawen. Tima kasih 
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang nyakitkan hati kan. Ayah aku kurang sket nak membebel depan kitorang melainkan dia dah tak tahan. Tapi masa muda memang kuat naik tangan. Ko bayang la aku bangun pepagi seblum subuh dah nampak mak kene lempang. Tak hancur mood aku satu hari tu?
Dah kenapa kita ngumpat bapak semasing kat sini... haha 
Tapi ayah aku sebenarnya penyayang sangat. Kalau time dia tak marah tu, dia sangatlah lembut, ramah dan bertolak ansur. Kalo tak, takkan kekecik dulu aku rapat ngan dia. Waktu ayah gi keje kat oversea kitorang nangis2 sampai kene selimut ngan kain pelikat dia baru bleh tido. So pada aku, ayah aku ni dah jadi bipolar. Kejap dia, kejap hantu. Huhu.....
Bila benci sangat ngan ayah, aku gi la tengok gambar2 family kitorang, tengok doll yang dia hadiahkan masa kecik, so aku akan ingat yang sebenarnya ayah sayangkan aku. Dan skarang aku dah tau kenapa dia jadi camtu.
La ni mak aku je la ikhtiar diam2 kasi ayah minum air doa. Cuba la cadangkan mak kau buat camtu jugak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tima kasih sudi folo sampai abis. Kalau rasa cam sama, cuba la cek. Jangan biar dia bahagia duduk ngan family kau.
all da best to u 2 
|
|
|
|
|
|
|
|
Yay sampai garisan penamat! 
Tima kasih sudi bertamu ke gobok buruk aku. Aku pun xtau cemana aku lalui kehidupan camtu. Allah yang tolong. Banyak situasi yang aku dah overwhelmed, rasa nak bunuh diri mahupun bunuh orang. Masa tu la Allah bawak aku keluar dari rumah, gi jenjalan sana-sini, tengok tempat baru yang aku tak pernah sampai... Alhamdulillah.
So aku paham sangat situasi orang yang bunuh keluarga sendiri ni. Syukur aku tak pernah sampai lakukannya. Alhamdulillah. So hati2 ngan syaitan ya. Moga Allah pelihara kau dan keluarga kau daripada jadi cam aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tima kasih @aerolz. Kalau aku dah tau pun, apa salahnya ko tulis kat sini untuk readers yang lain 
InsyaAllah, aku cuba kuatkan diri. Moga Allah pelihara kau dan keluarga kau juga. Amin. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya profile pic ko tu bukan animated kan? Tah apesal mata aku nampak dia gerak2... 
Aku manusia biasa cam ko jugak... buat baik dan buat salah. Ada jin ke tidak, yang pasti hubungan kita dengan Allah kene repair. Sebab nanti lepas mati jin saka sume ni takde dah... Yang ada cuma kita dengan Allah. Kot kita ada jin pun takleh la jadikan alasan jin tu buat kita malas solat, puasa, begitu-begini. Still kena lawan. Tunggang terbalik pun, kene lawan.
Soal jodoh tu serah pada Allah je. Kalau Dia takdirkan kahwin, ada jin pun kita akan kahwin. Just prepare to be a good wife, a good mom. Nak dapat orang baik, kita dulu kene baik... btol tak? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini menarik. Ko kene bukak thread baru nih. Mesti abg momod suker 
Tapi, aku dapat rasa seolah2 benda ni protect aku.. bila aku marah dan kecewa dgn sesapa, maka benda ni akan bertindak bagi pihak aku. ada beberapa insiden yg berlaku pada org lain, yg aku dapat rasa kerana aku betul2 marah dan sakit hati atau kecewa dengan individu tersebut. Tapi tak perlulah elaborate yang ni sebab aku pon tatau entah2 mainan syaitan semua ni. Dahmemang kebetulan nasib tidak menyebelahi individu itu kan nak buat camana, bukan ada kena mengena dengan aku, nanti jatuh syirik pulak.
Tet! Aku pun alami camtu jugak. Cuma aku maleh nak tulis kat sini sebab selama ni aku anggap Allah yang protect aku. Tapi, takkan la Allah tolong balas dendam kat orang yang nyakiti aku plak kan?
Yang selalu kene masa sekolah dulu, angah la sebab dia suka nyakitkan ati aku. Huhu. Tapi masa tu aku tak sedar pun. Aku sedih lagi ade bila tengok dia ditimpa musibah. Sampai aku doa kat Allah mintak lindungi angah sebab aku tak pernah niat pun nak balas dendam kat dia. Just sakit ati je. Biasa la kan adik-beradik gaduh. Pastu dia kene. Sian angah 
Latest yang berlaku kat opis ni, ada sorang ketua dept sound aku kat depan2 meeting. Kebetulan weekend tu dia eksiden dan kaki dia patah. Bertongkat pastu datang opis. Kebetulan.......................................
Aku jadi skeri sangat..... aku takut sangat kalau kemalangan tu sebab aku. Ya Allah.... aku sampai tak berani nak tegur chief dept tu bila dia masuk opis. Buat cam tak nampak jer padahal aku sian sangat ngan dia.
Bukan tu jer, benda ni pun tak suka aku rapat dan mesra ngan orang. Bila aku gelak sakan ngan memember, tetiba dalam hati aku terdetik, ''Aih.... suka sangat ni?''
Japgi siap la. Ada je isu berbangkit sampai kitorang jadi bergeser. Lastly aku jadi takut nak masuk dalam crowd. Senyum2 je dari jauh tengok diorang gelak. Gila kan mende ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus gak cadangan ko ek. mintak la sesape yang pandai buatkan air doa tok abah aku minum. kalau bukan sbb jin pun, biar tok lembutkan hati dia kan. anyway, all the best tok ko klip. moga dapat jodoh yang baik2, insyaAllah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Delores at 16-12-2015 09:57 AM
yeahh finally aku jumpa jugak org yang senasib/sealiran dengan aku hahhaa. Kalau aku cerita kat orang lain pasal insiden berkaitan 'benda tu protect aku' kau tak rasa org akan cakap aku gila? hahaha.
Kau punya cerita lebih dasat dari aku.. sampai accident yer? uikss ngeri tuuu! Aku pulak dulu penah berkahwin dengan seorang yang agak berjaya dlm bisnes/kerja dia dengan umur kami yang masih muda masa tu (kami sebaya). Famili dia pon prominent so mak Datin ni banyak nak control hidup anak sulung dia tu. Ada beberapa insiden yang menyebabkan aku makan hati dgn famili mertua aku so aku n my ex asyik gado memanjang. Sampailah ke satu tahap bila mak Datin ni ada buat mak aku kecik hati sikit masa mak abah aku visit pak mertua aku yg sakit kat spital. dipendekkan cerita aku bercerai after 2 tahun kahwin n hanya setahun tinggal sama. Memang aku geram dan meluat dengan ex aku masa tu. Natijahnya, lepas divorce aku perati tengok bisnes dia terus merudum .. dari banyak duit dia berhutang merata2 nak meneruskan hidup dia .. dari situ ada rasa 'haa rasakan' yg datang dalam diri aku. Astagfirullah. Sampai sekarang aku tengok dia masih belum stabil cuma tak seteruk masa mula2 kitaorg divorce.
Ada jugak kes aku mengamuk dengan tokey satu kedai dobi sebab baju aku koyak n lepas tu sehelai lagi baju aku hangit. Memang aku gaduh jugak dengan tokey tu and terus aku tak antar baju kat dia. tup tup tak lama lepas tu kedai dobi dia melingkup. Aku lalu depan kedai dobi tu dah tada dah. Pon sama ada kata kata 'padan muka kau' dalam diri aku.
Kes dengan sorang staff kat opis pon ada, sebab dia kurang ajar dengan aku n aku memang sakit hati last2 dia kena terminate. Ada lagi beberapa kes tapi ada yg aku dah tak ingat.
Maybe org akan kata 'ahh kebetulan jer tuuu' tapi terlampau banyak kebetulan yang berlaku dalam hidup aku n ada satu naluri yg bgtau aku mengenai benda2 mcm ni. Sebab tu aku sedaya upaya tanak benci sangat dengan orang.
KK, aku memang jenis panas baran. Sangat panas baran. Aku boleh jadi 'raksasa' kalau marahkan orang. orang2 yg dekat dengan aku mmg tahu dah benda ni.
ada yang kata aku ni ada pendamping sebab tu aku jadi mcm ni. Dulu muda2 lagilah, solat ntah ke mana peel pon macam2, lagi senang 'raksasa' aku nak muncul. Aku penah sound sorang budak pompuan di Carrefour lepas dia gelakkan aku masa aku terkedek2 angkat kotak nak naik tangga. Aku lepaskan kotak tu and aku terus tengking dia tanya 'Apa masalah kau?' and bla bla bla aku meroyan masa tu sampai budak tu terkulat2 kat situ. Terkejut kot hahahah. Now umur dah meningkat and solat pon agak terjaga .. aku punya raksasa dah mengecut sikit. Tapi still ada baran tu sebab kalau gaduh2 ker kalau tak dikontrol aku boleh jadi histeria menjerit2. Aku rasa tu jer cara aku buat aku lega n puas.
And sama macam KK and sorang forumer tadi, ABAH aku pon adalah sorang yang sgt panas baran!!! Zaman kecik2 dulu mmg penampar tu makanan mak aku. aku selalu nampak derang gaduh. Samapi satu tahap abah aku tahan marah, instead of tampar mak aku dia terus tampar muka dia sendiri. Berkali2 pulak tu. Cumanya semakin dia tua ni ada kurang lah kata mak aku.. cuma kadang2 tu ada jugak.
Jadinya apa ni? kenapa Abah aku, bapa kau, bapa forumer sorang lagi macam ni yer? ada kaitan ker? AKu ni jadi mcm ni gabungan keturunan mak aku n abah aku ker? skeri hikhik.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ala...dah tamat ke?aku lak yg rasa sedih....
bukan sedih apa...sedih sbb mambang tu ada lg menepek kat ko...
why la ust bagi penutup macam tu..huhu..
|
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah saya doakan. Ya memang kena memilih calon suami. Kerana itu kena pilih dan cari di tempat yg sesuai.
Dah usaha, ikhtiar dan tawakal kepada Allah utk tunjukkan samada sesuai atau tidak dgn awak. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Air doa tu kau @ mak buat sniri pun boleh... Bacakan al-Fatihah, surah Toha ayat 1-5 dan surah al-Hasyr ayat 21. Kalau tak, mintak la imam masjid berdekatan rumah ko ke, atau gi DS je minta tolong ust2 bacakan kat air.
@evilcooler & taiko2 share la jugak cemana nak buat air doa nih 
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabar kak... baran tu xbaik ntuk jantung kau. Hehee... 
Aku dulu baran gak. Kalau tak keluar vavi kat mulut, tak pecah barang, memang tak sejuk la. Tapi aku sedar sampai bila aku nak jadi camtu kan... sian kawan2 aku. Sian orang sekeliling. Sian aku jugak la laptop ngan tipon asyik nak ganti baru jer. 
Paling sentap bila mak pernah mengelak daripada jalan sebelah aku. Muka dia tunduk je ketakutan. Ko bayangkan kak kalau mak sniri takut ngan aku sampai camtu. Tak makan dalam ker...
Lagipun, orang yang perangai buruk ni nanti kat akhirat kita muflis. Penat je solat, puasa bebanyak tapi sudahnya orang claim pahala tu...sebab kita sakitkan ati diorang kat dunia. Huhu...
Sejak tu aku slow2 ubah sikap. Nak tahan marah tu pun sakit tau. Rasa cam nak pecah urat2 darah dalam badan ni bila aku tahan marah. Menggigil, meremang segala bulu bila marah tu tak dapat keluar. Alhamdulillah lepas aku duduk ngan kengkawan tarikat, tengok camner cantiknya pergaulan diorang ikut sunnah Rasulullah SAW, baran aku ilang sniri. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
So aku buat kesimpulan, 'komplikasi' gangguan ni boleh dirawat ngan Tasawuf. Patutlah Syaikh Hamza Yusuf cakap Tasawuf tu sains.
So... keadaan ko camne kak? Takde masalah kesihatan yang timbul ke? Ko takde cuba gi buang benda tu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak C, sbenarnya aku sniri yang tutup 'sesi' tu. Ust suh aku solat hajat je. Aku yang ambik ngan konotasi negatif. Haha. Dah 2minggu stop ni hidup aku normal balik. Maleh pulak nak berubat lagi.  |
|
|
|
|
|
|
|
Tima kasih taiko. 
Pagi ni dengan selamba+seramnya aku guna baju kebal ayah buat kain lap dapur. Tak pe kan? Harap takde apa jadi kat aku 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelipkertas replied at 17-12-2015 09:26 AM
Akak C, sbenarnya aku sniri yang tutup 'sesi' tu. Ust suh aku solat hajat je. Aku yang ambik ngan ...
Yeke..takpela ko yg mengalami,tentu ko lebih paham decision nape nak tamatkan dulu...
Hehe..aku ni kalo ustaz or setazah mmg pandangan lain sket..mcm kagum benor,so kalo dgr cite lain sikit mulala aku tak pueh hati..ntah apa kena nye pun tak tau...haha |
|
|
|
|
|
|
|
Haha sebab tu la aku keluar dari line agama ni dan jadi manusia biasa je. 
Bebaru ni gi aku gi DS minta ust bacakan air doa untuk Yun. Jumpa ust tinggi lampai tu apa tah namanya... lupa. Dia bakar2 aku suh berubat. Huhu sabo je la. Dah la aku tengah lampu merah, seminggu tak solat. Kang ada jugak tingkap berlubang kene kaki ngan 'dia' ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang aku sedar baran tu tak elok tapi kadang2 its beyond my control. hahahaha. Masalah kesihatan tu takder tapi Ahkak (tetiba ahkak kan hahahha) dah kahwin kali kedua dah 5 tahun, rezeki zuriat belum ada. Kalau ikut pakcik perawat tu, mmg disebabkan oleh benda ni lah.. Bila dah nak jadi, tetiba ada sesuatu yang 'makan', mcm tu lah perumpaan Pakcik tu bagi. Tadalah Ahkak rasa seram sejuk bila dia bagitau mcm tu sebab tada rasa apa2 kat diri kan. Bila tetiba lambat period, nanti lama-lama akan period jugak so ahkak tada la anggap bukan bukan. Ahkak ada buat fertility treatment 2-3 kali jugak tapi semua failed so kitaorg dah adopt baby boy 3 tahun lepas. :-) Dah besar dah ensem dah nak skolah dah bulan depan. Bila dah ada anak ni, dah tada stress stress lagi pasal pregnant. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau ditakdirkan untuk ahkak menjaga anak-anak orang lain, ahkak redha and memang dah ada plan nak adopt lagi sorang baby boy.
Pasal nak buang tu, memang ada niat sebab tu Aku (kejap ahkak kejap aku hahaha) selalu masuk BOD ni utk dapatkan info. Cuma kekuatan dan kesungguhan tu belum ada. Maybe esok lusa tataulah.
KK, thanks a lot for listening and sharing the experience. Lega boleh share and tukar cerita. At least .. sedikit sebanyak tanda tanya tu dapat dileraikan. KK sambung la cerita lagi yer. Seronok baca sambil kutip pengalaman hidup org lain.
OT sat, masa Ahkak abis SPM dulu and masuk program utk further studies kan, ramai jumpa student2 program persedian ke 'Uganda' tu.. hehhe. So ramai la yg menjadi kawan kawan Ahkak. Masa tu Ahkak program ke negara lain tapi disebabkan hostel kami sama.. so bercampur dan beramah mesra la kami seadanya. Tapi i bet KK muda lagi ni.. hihi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|