|
Originally posted by ayahjoe at 5-2-2009 04:50 PM
Alhamdulillah....rasernya ibu rosputih penah bagi komen kata depa ok. Kakak salah seorang user kat sini chah_61 pon penah pakai depa..komen dia ok. Ha Sin...satu lagi calon utk kita punyer ga ...
1. hussain
2.ayahjoe
3. ustaz..
4....??
belum ada calon lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mimi_19 at 6-2-2009 08:58 AM
assalamualaikum...salam jumaat semua
semoga kita sama2 mendapat keberkatan hari ini dan hari2 akan datang..amin..insyaallah...
harini dah start matta fair umrah kat shah alam, so kalau ...
wsalam
amin..
bukak kul 10 pg..hari nie memang tak smpt kot..tgklah ptg nie..kalau2 kaki tergerak nak pegi heheehe |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by HUSSAINTAHIR at 6-2-2009 08:59 AM
1. hussain
2.ayahjoe
3. ustaz..
4. mimi - insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayahjoe at 5-2-2009 04:32 PM
Yup, agensi nih based kat Klang. Ibu rosputih penah pegi dgn depa ambik pakej sebulan ramadhan. Cuba mimi col Hj Kadir 013-3428701.
Assalamualaikum ayahjoe dan semua,
ayahjoe dan mimi,
Sebenarnya ibu belum berpengalaman dengan pakej Al-Hajar ni sebab tahun lepas bila ibu nak pergi untuk sebulan pakejnya dah penuh. Tapi banyak kali juga berberhubung dan bertanyakan pelbagai hal dengannya.
Yang ibu pergi sebulan tu dengan Tiram. Baru bercadang nak pergi dengan Al-Hajar tahun ni.
Mimi,
Ibu rasa pakej hj, kadir ini pun o.k juga. tambahan harganya yang terendah, kalau tak silap ada ziarah Kaherah,
Kalau ibu tak plan pergi jepun pada mac ni iaitu pada tarikh yang sama memang ibu akan pergi dengan Al-Hajar untuk pakej bulan Mac ni |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5065 Rosputih\ catat
Nak ikut Kak Ros pi Jepun... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayahjoe at 6-2-2009 08:42 AM
Uih betoi ker Hajjah Bay....hmmm...sabar2......peminat Noritake nih.....cuma takat minat jer lah...nak borong belom mampu
Ajak Ustaz main kutu...kutu Haji ada..
Kutu Tupperware ade...kutu Noritake pun ada ke ???
Sorry ye ayahjoe...gurau Hari Jumaat... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 6-2-2009 09:40 AM
Sorry...
Orak ngerti kuey ngomong opo..
Ontah lah hai....wakden pon indak ghoti apo yg wakden tulih tu haaa..umang aih. |
|
|
|
|
|
|
|
UTM kaji paras air dalam bumi di Masjid Nabawi
JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Taibah, Madinah akan bekerjasama dalam menjalankan penyelidikan bagi mengatasi masalah peningkatan paras air dalam bumi di Masjid Nabawi, Madinah.
Program penyelidikan yang akan mengambil masa tiga tahun dengan kos RM4 juta itu turut membabitkan kerjasama Institut Penyelidikan Mineral dan Petroleum, Universiti King Abdul Aziz yang akan mengumpul dan menganalisis data mengenai permukaan bumi di kawasan terbabit.
Naib Canselor UTM, Datuk Prof Dr Zaini Ujang, berkata masalah peningkatan paras air dalam bumi itu akan bertambah buruk jika ia tidak diatasi segera, sekali gus memberi kesan terhadap lebuh raya, kemudahan pelancongan dan kediaman, serta akan mengancam pembangunan di kota itu.
Beliau berkata, pihaknya akan membangunkan model simulasi bagi mengukur dan meramal sumber yang dipercayai menyumbang kepada peningkatan paras air bawah tanah seperti kebocoran paip bawah tanah, tangki septik, sistem perparitan yang tidak sempurna dan aktiviti pertanian.
"Peningkatan paras air bawah tanah ancaman serius kepada keadaan semasa dan pembangunan masa depan terutama di bahagian tengah kota Madinah dan beberapa bahagian lain bandar suci itu yang dibimbangi boleh menjejaskan struktur Masjid Nabawi yang menjadi tumpuan utama umat Islam.
"Masalah ini akan bertambah buruk berikutan penggunaan air yang meningkat akibat jumlah penduduk yang semakin ramai dan pembukaan lebih banyak kawasan perdagangan dan kediaman baru di Madinah," katanya pada sidang media di sini semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5076 HUSSAINTAHIR\ catat
Ada tengok Berita di TV malam tadi pasal ni..
Waa..kira hebat Malaysia ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana pulak pi Husain ..ayahjoe..mimi..
Pi Shah Alam ke???
Kalau pi Shah Alam...balik nanti cerita ceritalah..
Ada promosi menarik tak..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa rasanya kat mana agaknya pernah nampak lampu gantung ni ?? |
|
|
|
|
|
|
|
?v=0
Lampu ni menunggu kedatangan orang baru..ayahjoe.
Husain...Ustaz dia dah kenal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|