|
Sepah, Jihan, Amir Ke Final Raja Lawak 3
.jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 27 FEB 2009: Kumpulan Sepah, Jihan dan Amir berjaya mara ke final Raja Lawak 3 pada 6 Mac depan apabila kumpulan LNJ (gambar atas) tewas pada peringkat separuh akhir yang ke udara secara langsung menerusi saluran Astro Prima, sebentar tadi.
Pengumuman keputusan ini dibuat oleh juri tetap, Fauziah Nawi dan Zaibo yang mengadili pertandingan itu bersama juri undangan, Radhi Khalid tanpa juri yang sinonim dengan Mantop iaitu Shamsul Ghau Ghau.
Sekali pun kecundang, LNJ tetap memberikan persembahan yang menghiburkan dan sebelum mengundur diri, Zaibo meminta semua hadirin memberikan tepukan hormat berdiri kepada kedua-dua anggota LNJ.
Minggu ini keempat-empat peserta dikehendaki membuat persembahan bertemakan Cinta selain membuat jenaka dengan sejenis benda yang diberikan kepada setiap mereka pada segmen kedua beberapa jam sebelum persembahan.
Turut hadir menyaksikan Gelanggang Raja Lawak 3 bagi minggu ke-9 tadi ialah Lisdawati, Fauzi Nawawi, Leeya AF4 bersama tunang, Fida Pantene serta penyanyi terkenal, Uji Rashid.
Pujian banyak diberikan oleh juri kepada Sepah dan Jihan manakala Amir dikritik tidak menunjukkan banyak peningkatan. Persembahan Amir juga masih tersekat-sekat dan dia diminta oleh Zaibo untuk menghargai undian SMS peminat yang masih lagi berpihak kepadanya.
Sementara itu, anda dijemput menyertai pertandingan menamakan acara karpet merah final Raja Lawak 3 yang akan berlangsung di Dewan Sivik, Petaling Jaya minggu depan. Ia anjuran murai.com.my untuk mereka yang mendaftar sebagai GengMurai. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa la yang gi vote amir tu.. lawak tah apa2... dan tak tahu dia berlawak ke atau baca skrip.. kesian L n J.. |
|
|
|
|
|
|
|
siot la amir .. please lah rakyat german.. jgn undi ikut sentimen kenegerian je ... :@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
biarkan amir jadi raja lawak kali ni. biar dia nanti keluar dapat malu. tengok setakat mana dia laku..
aku takkan puas hati selagi sepah tak jadi juara..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #501 Syd's post
siapa leeya af4?? tak kenal pun.. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #508 katana83's post
kalaupun nak undi berasaskan kenegerian, janganla sampai final.. kacau peluang n rezeki orang lain je.. tak rasa bersalah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #509 adziah\ catat
LOH.... dh mmg semangat kenegerian mereka menebal.. klu leh smpi tahap juara  |
|
|
|
|
|
|
|
setakat jam 3.25 ptg tadi, AMIR MASIH LEADING 43%  |
|
|
|
|
|
|
|
amir, satu tragedi pada industri hiburan, rancangan realiti, dan dunia lawak msia amnya |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak amir letak jawatan dan berundur dr final raja lawak....
atau....klau amir menang..aku nak raja lawak dibubarkan....wat lg skali raja lawak... |
|
|
|
|
|
|
|
buat la petisyen
 |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..nampaknya mentaliti org mengundi mengikut kenegerian masih banyak....
kalau beterusan mcm nie...alamat lingkup....mcm mana nak menzahirkan realiti TV
yg bagus?....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Amir menang, memang betul2 Raja ' Lawak ' ler  |
|
|
|
|
|
|
| |
|