|
IFC dan Sambut hari jadi boboy
![](http://1.bp.blogspot.com/_FiJAj3RPhsE/So5s2sUCh4I/AAAAAAAAAfU/d6Q1l8I-Vgs/s400/6295_118768008673_523983673_2285279_3017820_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 24-8-2009 21:03
24-Sep-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Gala TV Penyiar Rasmi Yok Sahur 2
![](http://i740.photobucket.com/albums/xx47/srisaujana5/murai.jpg)
Taken from murai.com.my
KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2009: Bermula Jumaat ini, 28 Ogos 2009, program Yok Sahur 2 anjuran murai.com.my bakal memulakan singgahan pertamanya di Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang.
Paling istimewa, program yang menampilkan ramai selebriti popular ini bakal ke disiarkan di Astro Awani, Saluran 501 melalui slot Gala TV di mana segmen istimewa diterbitkan iaitu Gala TV@Yok Sahur Murai.
Melalui segmen ini, penonton boleh menyaksikan sendiri bagaimana aksi artis melayan adik-adik yang menghuni rumah kebajikan berkenan ketika waktu sahur. Ia bakal disiarkan setiap Isnin, jam 10.30 bermula 31 Ogos ini iaitu pada hari ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-52.
Ketua editor murai.com.my, Roslen Fadzil, berkata inilah peluang terbaik buat peminat yang bertuah beramal bersama-sama dengan artis kesayangan mereka. Malah, ia juga sebagai platform kepada kalangan artis untuk beramal di bulan yang mulia ini.
"Selain bersahur bersama, pelbagai aktiviti yang sudah dirancang untuk dikongsikan bersama penonton Gala TV. Jadi, jangan lepaskan peluang menonton aksi artis bersama mereka yang kurang bernasib baik dihoskan oleh Ajieb," ujar Roslen.
Tips selebriti dari artis popular
Selain menonton Yok Sahur 2 di kaca TV, program itu juga menyediakan ruangan istimewa iaitu Tips Bersahur Selebriti. Melalui slot tersebut, GengMurai boleh membaca tips bersahur dari selebriti popular yang diamalkan mereka sendiri.
"Setiap peminat mesti tertanya-tanya apakah amalan yang selalu dilakukan artis kita sewaktu bersahur. Jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, kami telah menyediakan ruangan istimewa di mana peminat boleh membaca sendiri tips tersebut. Yang penting, tips berkenaan adalah 100 peratus dari artis itu sendiri," ujar Roslen lagi.
Selepas membaca tips berkenaan, anda juga boleh berkongsi tips tersebut kepada rakan anda dengan menghantar e-mel.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Yok Sahur 2, anda masih lagi berpeluang mengikutinya dengan menghantar foto dan slogan menarik dengan sesi pilihan sendiri.
Selain menyertainya di murai.com.my, saluran interaktif popular di Astro @15 juga menganjurkan peraduan istimewa di mana hadiahnya sama seperti penyertaan di murai.com.my. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 29-8-2009 10:15
BUKA PUASA BERSAMA ISMA
![](http://4.bp.blogspot.com/_FiJAj3RPhsE/Spf021OzowI/AAAAAAAAAgY/9Lcnfchnyh8/S526/kadraya.jpg)
Jom Buka Puasa dengan Isma dan IFC...
Nak bukak puasa ngan Isma dan IFC???
Tarikh: 11 sept 2009
Masa: Waktu berbuka
Tempat: PNB Darby Park KL
Bayaran: RM 55 nett
14330006028055 zoulisma production
untuk maklumat lanjut sila hubungi -:
0173131242 (LIANA)
0122649554 (AZIAN) |
|
|
|
|
|
|
|
hai semua, selamat tengah hari. diharap semua sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
hai semua, selamat tengah hari. diharap semua sihat.
Liana Post at 30-8-2009 12:37 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
hello Liana![](static/image/smiley/grapeman/12.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum... mari2 jemput2.. (^_^)v
Tempat : Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong
Tarikh : 13 September 2009
Masa : 5.00 pm
Bayaran : RM20 sahaja
Sumbangan : Wang Ringgit | Pakaian | Barang makanan keperluan harian
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila bank in ke acc no. 1601001 1012525 (CIMB-Nurfazlyna). Bagi yang ingin menyumbang dalam bentuk barang-barang mahupun pakaian sila hubungi 019 3285 071(Lyn)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara objektif program ini ialah :
Melancarkan kutipan derma atau sumbangan dalam usaha memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Mewujudkan konsep masyarakat yang penyayang. Merapatkan hubungan silaturahim antara Badan Korporat, Fan Club & Anak-anak Yatim
w w w . r u m a h a m a l l i m p a h a n k a s i h . c o m
anjuran: Atz Engineering, Global Cool Enterprise, TKB fotopages dengan kerjasama Shawal FC
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
maklumat lanjut : agogo-trek.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 5-9-2009 12:38
10-Oct-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Ketahui Tips Sahur Selebriti Popular
![](http://i740.photobucket.com/albums/xx47/srisaujana5/isma-4.jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER 2009: Pernahkah anda tahu amalan yang biasa dilakukan selebriti popular ketika melaksanakan amalan bersahur? Inilah yang ingin dikongsi oleh murai.com.my bersama anda pada sambutan Ramadan tahun ini.
Antara artis yang sudi berkongsi tips bersahur itu ialah Aizat, Dafi, Shila OIAM, Alyah, Farah AF2, Irma Hasmie, Hafiz Hamidun, Aliff Satar, Zainal Alam Kadir dan Isma AF7.
Paling istimewa, anda bukan sekadar dapat membaca tips berkenaan. Malah, anda boleh berkongsi dengan rakan anda dengan menghantar tips tersebut melalui e-mel atau laman komuniti yang disediakan.
"Ruangan tips bersahur selebriti diwujudkan bagi memeriahkan lagi program Yok Sahur 2. Mungkin ada yang sesuai diamalkan mengikut kemampuan masing-masing," kata Roslen Fadzil selaku Ketua Editor murai.com.my.
Apapun, murai.com.my berharap anda semua selamat menjalani waktu bersahur dan berbuka dengan sempurna.
|
|
|
|
|
|
|
|
MANGGA OKTOBER 2009
![](http://i660.photobucket.com/albums/uu325/srisaujana3/IMG_0001-5.jpg)
![](http://i660.photobucket.com/albums/uu325/srisaujana3/IMG_0007-8.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 17-9-2009 12:17
Jelajah Yok Sahur 2 Semakin Meriah!
15-Sep-2009 Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos
![](http://media.mit.net.my/photo/59/9142009_sahurpuchong(a).jpg)
KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER 2009: Makin lama makin seronok! Itulah penangan program Yok Sahur 2 anjuran portal hiburan murai.com.my bagi minggu ke-3 yang telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah di Kg. Baru Sri Puchong, dari lewat tengah Jumaat hingga awal lagi Sabtu lepas.
Walaupun ada tetamu yang awalnya tersesat mencari rumah kebajikan itu, kunjungan masing-masing ke situ telah berakhir dengan sebuah acara yang meriah.
Apa yang menarik, hampir 20 artis solo dan berkumpulan telah meluangkan masa untuk mendekati lebih 20 kanak-kanak di rumah anak yatim itu. Mereka adalah Faizal Tahir, Dr Fazley, Isma AF7, Zul 2 By 2, In Heart, Rini, Qhaud, Aishah AF7, Riz, Chaq Mentor, Khairul Mentor, Naizle, Saida, Ahli Fiqir, Adila AF7, Dafi, Boy, Syazliana dan Nubhan dan produser Raja Azmi Raja Sulaiman
Seperti 2 rumah kebajikan sebelumnya, semua artis yang sampai telah mengejutkan adik-adik dari tidur agar bangun bersahur. Selepas semua berkumpul, barulah bacaan doa disampaikan oleh Qhaud diikuti ucapan ringkas dari Ketua Editor murai.com.my dan Pengetua Rumah Baitul Hidayah sendiri, Puan Raba'ah.
Selepas menikmati juadah enak yang disediakan oleh Ooh Cha Thai Restaurant tajaan BHR Bina Resources, barulah hos program itu, Ajieb, menjalankan aktiviti permainan bersama kanak-kanak dan artis terbabit. Kemudian, Kumpulan Generasi Harapan dari rumah berkenaan tampil mempersembahkan lagu-lagu nasyid manakala Isma dan Saida berduet dalam sebuah lagu raya.
Sebelum majlis itu selesai kira-kira jam 3 pagi, acara paling-paling ditunggu iaitu penyerahan duit raya dan hadiah telah diadakan. Ia sumbangan Raja Azmi, Dato' Siti Nurhaliza (SNP), Naizle serta pelbagai pihak.
Sementara itu, Roslen ketika berucap berkata, tujuan Yok Sahur 2 adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat, artis, GengMurai serta kakitangan murai.com.my sendiri.
"Saya amat terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua artis dan pihak penaja bagi melaksanakan niat kita untuk membantu penghuni di rumah kebajikan musim ini. Saya juga berterima kasih kepada Gala TV- Astro Awani (Saluran 501) yang sudi menyediakan segmen khas untuk menyiarkan rakaman Yok Sahur 2 pada setiap Isnin, jam 10.30 malam," kata Roslen.
Turut hadir, Ketua Bahagian Produk, Kandungan Hiburan & Gaya Hidup Digital Five Sdn Bhd, Puan D. Kavitha serta Pengurus Besar BHR Bina Resources, En. Badrul Hisham Abd Rahim.
Pada minggu pertama lalu, Yok Sahur 2 telah berkujung ke Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang dan seterusnya Rumah Rahoma Darul Fakir, Taman Melati, Kuala Lumpur, minggu lepas. Yok Sahur 2 adalah satu program yang diterbitkan dalam ruangan khas Ramadan & Raya (R&R) di murai.com.my.
Idea asal untuk melahirkan acara ini berputik daripada program Yok Sahur tahun lalu selepas petugas murai.com.my singgah di Rumah Nur Salam, Chow Kit. Rumah kebajikan terakhir lain akan singgah pada minggu ini adalah Rumah Amal Cahaya, Tunku Ampuan Rahimah, Subang, Selangor dengan tema hari raya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|