|
/Presidential Suite II/SHAHIR Lambert FC/most marketable-klubkidd/
[Copy link]
|
|
salam semua...
perasan tak lgu amr diab yg shahir nynyi tdi liriknya mix with hindi language
kira ...
airoda Post at 12-5-2010 22:52 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
actually lagu ni byk version..ihihih..yg shahir nyanyi tu cam campur je aku rasa.... |
|
|
|
|
|
|
|
monink....cik enot hoi...hoi..hoi...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
monink....cik enot hoi...hoi..hoi...hehehe
enot_sibudak Post at 13-5-2010 08:25 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
hoi hoiiii ..![](static/image/smiley/grapeman/22.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
adik dia tu sebenarnya yg lelaki tu hensem tu..tp besa la remaja xnmpak lg kdg2 n xserlah lagi hensem tu... |
|
|
|
|
|
|
|
apsal lah aku kalu tgk shahir dlm diari mcm org angau...bak kata incik somi mcm dismpuk penunggu busut...tesengih2 x dak motip ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ok uols...tumpukan pada shahir je...no gosip hokey...ikkikiki![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hoi..hoi..mOrning....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hi dr Shahir![](static/image/smiley/default/lol.gif)
![](http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs524.snc3/29813_395234343426_837108426_3990109_5504062_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Hi dr Shahir
seribulan Post at 13-5-2010 08:40 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
hai shahir...kikikiik![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hoi hoiiii ..
molley444 Post at 13-5-2010 08:25 AM ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
hoi2...1 keja plak aku dtg keja trus buka umah ni..dulu FB..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Aznil - Bukan Shahir Yang Patut Keluar Tapi...![](http://photo.murai.com.my/552010_aznilaf87%28a%29.jpg)
Assalamualaikum.
Terus terang Pak Nil katakan yang Pak Nil agak terperanjat denganpenyingkiran Shahir pada Debaran AF Ahad lalu. Pak Nil rasa ada lagipelajar lain yang lebih 'berhak' dikeluarkan berbanding Shahir. Pak Nilbelum puas dengan persembahan Shahir dan Pak Nil yakin masih adaharapan untuk Akademi mengorek bakat yang ada dalam diri Shahir. Pak Nil pasti Shahir masih ada menyimpan senjata dalam nyanyiannyayang masih belum dikeluarkannya atau Shahir sendiri tidak mengetahuiakan kewujudan senjata itu. Walaubagaimanapun kita kena akur denganpilihan pengundi yang Paknil lihat sebagai pilihan naik turun yangtidak boleh dijangka. Sekejap Shahir berada di atas carta dan sekejapanpula turun di tangga yang tercorot. Jika ada AF MASUK? Entahlah, mungkin berbaloi jugak kot sebab Shahir mungkin adalah pilihan paling popular.
Berbalik pada persembahan pelajar pada konsert ke tujuh Sabtu lalu,Pak Nil terkejut dengan persembahan Daus. Daus betul-betul dilihatsebagai pelajar yang menguasai dewan, pentas dan suasana. Tidak adasedikit pun masa yang Pak Nil lihat terbuang dan dipersiakan. Mungkindengan aksi tegang dan air muka yang keras selama ini ditonjolkan olehDaus kena dan bertepatan dengan lagu nyanyiannya ini. Kelemahan vokalDaus dapat ditutup dengan kehebatan aksi Daus. Tahniah buat Daus danPak Nil puas dengan persembahannya.
Adira pula masih menunjukkan persembahan yang konsisten danbermutu. Namun begitu Pak Nil rasa seperti menonton persembahan ulangantapi pada lagu yang berbeza pula. Ini adalah risikonya jika pelajardiberi genre yang sama secara berturut. Adira kelihatan sepertimempertahankan apa yang dilakukan pada minggu sudah dalampersembahannya kali ini. Walaubagaimanapun, Adira kelihatan eleganbersesuaian dengan corak persembahannya yang diiringi pemain biola yangcilik.
Pak Nil cukup tabik pada Shahir kerana menyahut cabarannyamenyanyikan lagu Tiara pula kali ini. Shahir sememangnya antara pelajaryang sering diuji dengan pelbagai genre lagu yang berbeza. Masalahdengan Shahir ini adalah dia sering memberikan persembahan yang'selamat' sahaja. Walaupun ada cubaan untuk memberanikan diri tetapimasih belum cukup untuk membuka mata. Jelas terdapat elemen 'bersih'dalam persembahannya. Maka, Shahir akhirnya tidak menterjemahkan lagu pada kadar yangdiharapkan sehingga kita yang menonton tidak memperolehi kepuasan.
Farina nampak gayanya ingin membuktikan keberaniannya menurunipentas. Jika minggu lalu dia ke meja pengkritik, tapi kali ini dia kekerusi penonton. Namun, Pak Nil tidak nampak siknifikannya. PersembahanFarina kali ini adalah biasa sahaja tetapi tidaklah mengecewakan.Kebolehannya tidak teruji dalam lagu Jika kau Ubah Fikiran ini.
Ain memulakan persembahan dengan meyakinkan apabila diamendendangkan lagu, Seindah Biasa daripada Datuk Siti Nurhaliza inikerana baris pertama sudah membuktikan dia tidak terpengaruh dengancara nyanyian Datuk Siti. Makin lama Ain menyanyikan lagu ini, Ainberjaya untuk membebaskan dirinya dari dibandingkan dengan Siti. Namunbegitu, mungkin faktor 'Wow' yang kita nantikan dalam persembahannyamasih belum kelihatan.
Ada orang menanyakan Pak Nil apa faktor wow itu. Namun Pak Nilsendiri tiada jawapannya. Mungkin Ain boleh keluarkan dalampersembahannya yang akan datang. Ambil Daus sebagai contoh yangtiba-tiba muncul minggu ini dengan 'Wow'!
Maulana sekali lagi diuji dengan lagu berirama jazz. Lagu inimemang dinyanyikan dengan baik oleh Maulana tetapi persembahannya tidaknampak besar kerana pergerakan Maulana tidak menyokong konsep theatreyang dipersembahkan.
Seharusnya Maulana melepaskan lebih lagi pergerakan dan mimik mukadalam lagu ini. Lagu ini adalah seperti bercerita dan bila pelajarmenggunakan konsep penceritaan/lakonan dalam persembahannya, banyakfaktor lain yang harus ditonjolkan.
Macam yang Pak Nil tegur dalam konsert tirai dahulu, Maulanakelihatan masih berjalan dengan cara yang tidak elegan dan posturebadannya masih membongkok. Inilah yang menyebabkan Maulana tenggelamdalam pergerakannya yang kurang meyakinkan.
Akhir sekali, Pak Nil ingin memuji persembahan Iwan yang Paknilrasa sangat sedap mata memandang dan telinga mendengar. PersembahanIwan kelihatan kemas dan teratur. Suara Iwan juga sesuai dengan laguWarisan Wanita Terakhir ini kerana sebutannya terang dan jelas.
Pak Nil pada mulanya agak runsing juga apabila Iwan terus-terusanduduk di kerusi dengan sokongan rakan sebagai penyanyi latar. Kelihatanseperti ini bukan persembahan solo tetapi berkumpulan. Namun, keresahanini menjadi lega kerana Iwan bangun dan melangkah ke depan dan baru lahdia tampak mengungguli persembahan.
Akhir sekali ketika debaran, Pak Nil ditanyakan siapakah yang PakNil rasa memenuhi piawaian Akademi. Jawapan Pak Nil adalah Shahirkerana Akademi Fantasia sebelum ini menuntut semua pelajarnya agarmenyahut cabaran menyanyikan lagu dari pelbagai genre. Dari zaman Vincesehinggalah Hafiz, mereka semua puas di uji. Dalam AF8 ini Pak Nil rasaShahirlah yang puas di uji! Dengarnya, jika Shahir masih kekal dalam AF minggu ini dia akan diuji dengan lagu Hindustan pula. Betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hoi2...1 keja plak aku dtg keja trus buka umah ni..dulu FB..hehe
enot_sibudak Post at 13-5-2010 08:46 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
sama le...hahahhaha..tapi kat fb ni dah byk sgt shahir fc..tah mana satu le aku nak tgk..![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa undiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...jgn lekaaaa ![](static/image/smiley/default/3flex.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 491# dax_wdw
hoi hoi hoi!morning sume!yang sebelah shahir tu ayah dia ker?macam sakit aje!tiba2 aku rasa syahdu tengok gambo ni!sedihnye..umah shahir yg mana weh?patotlah dia kata nak bantu family dia-dia yg sulung!shahirrrrrrrrrrrrrrrr...syahdu aku ni!!!![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
recap...
Deja - Iwan, Daus Perlu Kerja Keras!![](http://photo.murai.com.my/542010_blogdeja7thcon%28a%29.jpg)
Dalam tanpa kita semua sedari hanya tinggal lagi dua minggupelajar-pelajar ini akan menamatkan pengajian mereka di AkademiFantasia. Konsert mingguan ke-7 sudah pun berlalu. Terimalah coretanAkak untuk minggu ini.
Farina adalah pelajar yang membuat persembahan pembukaan padaminggu ini dengan lagu Jika Kau Ubah Fikiran dari bekas juara akademifantasia musim ke-5, Mila. Selain lagu yang kurang sesuai untukpertandingan, Farina perlu memperbaiki breathing technique and supportbagi membolehkan beliau menyanyikan lagu yang berentak sebegini. Farinajuga perlu mengasah lagi teknik yang dipelajari supaya transaction satuteknik ke satu teknik yang lain lebih indah didengar.
Menyusul Daus menerusi lagu New Divide nyanyian asal Linkin Park.Tahap stamina Daus persembahan dibanggakan walaupun terkucil selepaschorus. Perlu berhati-hati dengan nada rendah kerana nyanyian pada nadarendah Daus selalu kedengaran off key. Seperti pelajar lain, dictionperlu dijaga. Namun, persembahan ini cukup menghiburkan.
Ayat-Ayat Cinta dari Rossa pula menjadi taruhan Adira. Sepertibiasa, bunyi leper itu sungguh menganggu pendengaran dan vokal indah.Seperti yang pernah Akak cakap, Adira belum bersedia untuk menggunakanteknik tremolo. Namun, bingit dari luas pemukaan mulut itu berjayaditutupi dengan projection Adira yang tidak lagi menggunakan volume didalam persembahan. Seperti Farina dan Daus, Adira juga perlu menghalusiteknik-tenik yang dah dipelajari.
Seterusnya melalui lagu asal yang dinyanyikan oleh Kris iaitu Tiaraoleh Shahir. Ini adalah persembahan yang terbaik pernah Shahirpertontonkan walaupun baris terakhir itu tidak perlu. Walau mempunyaitone suara yang baik, kawalannya terlalu lemah. Terdapat volume didalampersembahan ini. Akak berharap Shahir terus mengasah tone itu selepasini, setelah berjaya mengatasi perasaan malu di atas pentas. Good luck!
Pelajar yang bijak di dalam melakukan persembahan pula hadirmenyanyikan lagu dari Sean Ghazi melalui Semalam. Jika Nad dan Shahiradalah pelajar yang diuji dengan genre yang berbeza, Maulana pulaberbeza. Oleh yang demikian, persembahan yang sama telah disajikan olehMaulana. Tiada yang baru di dalam persembahan Maulana. Perlumempelbagaikan warna pada nyanyian. Terlalu biasa. Asah dan caripersembahan yang lebih lagi.
Si cantik Ain pula mempertaruhkan Seindah Biasa dari Dato' SitiNurhaliza. Terlalu gagah kawalan vokal Ain. Mungkin minus-one ataupunca dari Ain sendiri. Pernah Akak katakan, satu baris lirikdinyanyikan dengan satu nafas supaya tempo dapat dipegang dengan kemas.Stamina dan projection suara juga perlu dipertingkatkan. Namun, ad-libyang dilakukan perlu dipuji. Benar nyanyian beliau tidak kedengaransama seperti penyanyi asal lagu ini.
Persembahan penutup pula digalas oleh Iwan menerusi lagu WarisanWanita Terakhir nyanyian asal Teacher's Pet. Melalui persembahan ini,nyata kelihatan ini adalah genre yang bersesuaian dengan Iwan. Namun,nada rendah perlu lebih diberi perhatian dan seperti Ain, Iwan jugaperlu menjaga tempo. Sekali lagi, Satu nafas satu baris lirik.Bersahaja tapi menghiburkan. Iwan sama seperti Daus juga, perlu bekerjakeras untuk menjadi bintang yang baik.
Keseluruhan, persembahan minggu ini ok. Semoga mereka lebih suksess minggu hadapan.
xoxo,
Deja M. |
|
|
|
|
|
|
|
aku cadangkan tuk konsert mggu ni, shahir turun stage then gelek dpan adlin sbb farina dpt lmpu ijau dgn cara tu jugak
pliss lah paste pic cincin shahir tu...akk berkenan betul laa![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Cairrrrr hoi hoi hoi![](static/image/smiley/grapeman/22.gif)
salam n moning sume![](static/image/smiley/grapeman/08.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Norman - Iwan, Daus, Farina Tak Konsisten![](http://photo.murai.com.my/4272010_normanblog6th%28a%29.jpg)
Assalamualaikum W.B.
Dengan penyingkiran Nad pada Ahad lalu, jumlah pelajar kini hanyatinggal 7 orang saja iaitu Iwan, Adira, Maulana, Shahir, Ain, Daus danFarina.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan prestasi Adira,Maulana, Shahir dan Ain. Mereka adalah diantara pelajar yangmenunjukkan peningkatan prestasi dari minggu ke minggu.
Sementara itu, Iwan, Daus dan Farina masih lagi tidak mempamerkanprestasi konsisten – ada kalanya membuat persembahan yang hebat dan adakalanya mengecewakan.
Perkara ini (mengenai menjadi konsisten) telah saya utarakan kepadapara pelajar dengan memberi mereka 3 formula yang mudah diingat: -
1. Tenang menghadapi tekanan
2. Tidak lalai selepas kemenangan
3. Bangun semula selepas kegagalan
Pada hujung minggu ini, kemungkinan besar AF8 akan kehilanganseorang lagi pelajar dan saya amat berharap peng"AFUNDI" semua mengundipelajar yang benar-benar layak untuk ke peringkat akhir dan menjadijuara.
Sebagai Pengetua, sesungguhnya saya tidak pernah pilih kasih cumamahukan yang terbaik bagi AF8. Kesemua 12 pelajar AF8, saya sayang samarata. Tetapi saya hanya mahukan kumpulan pelajar yang terbaik untuk keperingkat akhir AF8.
Ada kalanya saya marah para pelajar bukan bertujuan untukmenjatuhkan air muka atau semangat mereka tetapi demi kebaikan mereka.Minggu lalu saya ditegur beberapa individu kerana meng"halau" Shahirdari bilik tarian ketika pementasan kepada tenaga pengajar. Ya, mungkinitu satu tindakan keras tetapi tujuan saya adalah semata-mata untukmeningkatkan disiplin dan komitmen pelajar.
Walau bagaimanapun, selepas insiden tersebut saya bersemuka semuladengan Shahir dan menyatakan niat saya yang sebenar. Alhamdulillah, diafaham kedudukan saya dan telah menunjukkan persembahan yang baik(tetapi bukan yang terbaik) pada Konsert ke 6.
Tugasan bagi Konsert ke 7 telah saya berikan kepada para pelajardan cabarannya semakin besar. Saya sudah mengingatkan pelajar bahawaharapan penonton dan peng"AFUNDI" terhadap mereka adalah amat tinggidan saya yakin mereka mampu memberikan persembahan yang lebih hebatpada hujung minggu ini.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 13-5-2010 09:11
AFMasuk kejutan basi
![](http://www.utusan.com.my/pix/2010/0513/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.1.jpg)
SHAHIR bersemangat meneruskan perjuangan dalam AF8.
SEPERTI yang dijangka ramai, rancangan realiti popular Malaysia, Akademi Fantasia musim ke- lapan (AF8) meneruskan tradisi 'kejutan' mereka dengan mengadakan AFMasuk.
Menyelusuri perjalanan AF sebelum ini, Aril, Linda, Mawi, Marsha dan Lotter adalah antara yang telah diundi masuk semula memberi mereka peluang kedua untuk terus beraksi.
Kali ini, AF8 yang diterajui oleh Norman Abdul Halim sebagai pengetuanya menyaksikan pelajar Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi dimasukkan kembali ketika Malam Debaran AF8 minggu kelapan.
Shahor yang tersingkir pada minggu ketujuh, diberi peluang kedua oleh jari jemari rakyat Malaysia yang mengundinya sehingga 68.6 peratus bagi melayakkan dia berjuang kembali di dalam AF8.
Undian masuk ini diumumkan oleh pengacara Sarimah Ibrahim menerusi malam debaran AF yang disiarkan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Ahad lalu.
Sehari sebelum itu, ketika di penghujung konsert AF8 minggu kelapan pelajar bernama Farina atau nama sebenarnya Zafarina Jamhari, 28, terpaksa akur dengan keputusan undian SMS yang meletakkannya sebagai pelajar tercorot.
Kemudian, kejutan bermula apabila pengacara mengumumkan adanya undian masuk yang memberi peluang kedua kepada peserta-peserta yang terkeluar sebelum ini diundi oleh penonton untuk diserapkan kembali.
Mereka adalah Muhammed Shahril Mohd. Saleh Hussein (Shah), 26, Erma Suhaimi (Ema), 21, Alif Muhammad Alif Kadim (Alif), 19; Dayang Nur Anum Arjuna Aharun (Anum), 19, Nadia Emilia Roselan (Nad), 22, Shahir dan Farina.
Undian masuk mula dibuka selepas pukul 11 malam setelah berakhirnya konsert minggu ke lapan dan ditutup pada 9.20 malam Ahad.
Melihat kepada peratusan undi, ternyata Shahir adalah pelajar kegemaran ramai apabila pesaing terdekatnya, Anum hanya mendapat 18.57 peratus sahaja.
Norman ketika ditemui selepas pengumuman keputusan undian masuk kelihatan berpuas hati dengan pilihan penonton kerana memasukkan salah seorang pelajar kegemarannya kembali.
"Saya sayang semua pelajar saya sama rata cuma saya nampak Shahir mempunyai potensi yang besar dan kekuatan sendiri untuk terus berada di dalam pertandingan ini.
"Shahir mempunyai pakej jenama AF. Dia bersuara 'jantan', paras rupa yang menarik dan budi bahasanya yang tinggi, sesuatu yang pengikut AF gemari.
"Saya akui sebelum ini saya pernah mengeluarkan kenyataan yang saya tidak berapa gemar dengan idea undi masuk ini, namun saya telan kata-kata saya demi kualiti AF8 dan ia juga adalah keputusan produksi.
"Jika bertanya siapa pelajar yang saya bayangkan yang mungkin diserap kembali, saya jangkakan Shahir, Anum dan Alif berdasarkan respons peminat dan mutu persembahan mereka dan ternyata jangkaan saya betul," ujar Norman.
Mengulas bagaimana kebanyakan pelajar yang berkualiti bagi Norman tetapi terkeluar awal, Norman berkata;
"Ia adalah salah penonton di luar kerana mereka sering menghantar undian SMS bagi menyelamatkan peserta di zon bahaya sehingga lupa untuk mengundi peserta yang benar-benar layak untuk terus berada di akademi itu."
Norman mengingatkan masih terdapat satu lagi minggu untuk penyingkiran sebelum AF8 menemui lima orang peserta finalnya dan dia berharap penonton dapat mengundi sebaik mungkin.
Shahir yang tidak lekang dengan senyuman sebaik diumumkan dimasukkan kembali ke AF8 berkata, dia amat bersyukur diberi peluang kedua dan berjanji sedaya upaya memberikan yang terbaik, khas buat mereka yang mengundinya.
"Secara jujurnya, saya tidak yakin untuk diserap semula kerana masing-masing ada kekuatan dan penyokong tersendiri.
"Namun berdasarkan undian besar daripada penonton, saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk tidak menghampakan harapan mereka.
"Mungkin ada sesuatu yang mereka nampak yang saya masih belum tonjolkan membuatkan mereka memberi peluang kepada saya untuk terus berada di sini," kata Shahir yang memiliki Diploma Kejuruteraan ini.
Selain Shahir, perjuangan pelajar AF8 kini diteruskan lima lagi pelajar lain iaitu Muhd.Shahril Firdaus Eli (Daus), 22; Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), 20; Nadiawaty Ainul Basir (Ain), 24; Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), 22, dan Siti Adira Suhaimi (Adira), 19.
AF8 yang dihoskan oleh Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley menampilkan dua pengkritik tetap iaitu Aznil Nawawi dan Adlin Aman Ramlie dengan pengkritik undangan minggu kelapan, Erra Fazira. |
|
|
|
|
|
|
|
NO NAMA UNDI (%)
1 Shahir 29
2 Adira 19
3 Iwan 14
4 Daus 14
5 Ain 13
6 Maulana 11 |
|
|
|
|
|
|
| |
|