CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - SEASON 10

 Close [Copy link]
Post time 18-5-2013 11:51 PM | Show all posts
haiku posted on 15-5-2013 09:36 PM
Source : The Star (13th May 2013)

Second title for Ramdan in Europe

Good job ramdan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2013 11:54 PM | Show all posts
wawaKKK posted on 16-5-2013 08:30 AM
mulai smlm players dah start training kat stadium... pic credit to coach rosman...

Gambar yg ke-2 tu cam ala2 stalker punye gambar je .....
Lama tak pegi fb coach rosman ....
Thanks wawa
Wawa tukar avatar  .... bye bye sir alex ..... byebye beckham gak ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 12:03 AM | Show all posts
wawaKKK posted on 16-5-2013 08:20 AM
tak pegi... terpaksa outstation next week...

Jom kita tgk kat tv jelah ....
Kali ni astro tak buat channel khas ....

Esok malaysia lawan taiwan
Rasanye to be on the safe side malaysia patut turunkan chongwei ....
Walaupub sonia pernah kalahkan tai tzuying 2 kali tapi still kena berhati2 ....
WD bahaya
MD unpredictable tapi patut boleh menang
XD patut takde masalah kalau peng soon dah ok ....

Good luck
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 07:20 PM | Show all posts
dh kna 2-0... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 08:28 PM | Show all posts
Kkk/tbh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts

1 - 3

Dah kalah hahahahahaha
Setakat ni 1-3 .... munkin gak akan jadi 1-4

Syabas KOO KIEN KEAT/TAN BOON HEONG!
You guys are awesome ......
ngape la aku menaruh harapan kat MD  .... .... wawa dah ckp  abe dia tu boleh kalah ngan sesape pun ....

Tahniah taiwan .... sape sangka taiwan boleh jadi top of the group C
Come on germany! Last edited by kayla on 19-5-2013 09:08 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2013 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku gi baca2 kat bcdf .....
Dorang dok ngutuk kkk pemalas n tbh pun dah ikut jejak kkk .....
Yg buat aku gelak tak ingat bila dorang tulis even WD china wang xioli/yu yang pun boleh kalahkan kkk/tbh
Tapi pikir2 balik mungkin betul kan .....

So apa tan kim her akan buat lwn german nanti?
Kita baca kat paper esok .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 08:27 AM | Show all posts
kayla posted on 19-5-2013 09:07 PM
Dah kalah hahahahahaha
Setakat ni 1-3 .... munkin gak akan jadi 1-4

aku dah cakap dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2013 08:28 AM | Show all posts
kayla posted on 19-5-2013 10:31 PM
Aku gi baca2 kat bcdf .....
Dorang dok ngutuk kkk pemalas n tbh pun dah ikut jejak kkk .....
Yg bu ...

wahahahahaha... kalau boleh kalah dgn pair pompuan, mmg dah wajib gantung raket la gamaknye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 08:30 AM | Show all posts
dato bawak kingston pegi stadium laa...











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 08:31 AM | Show all posts
khas buat @ambok my pren...











Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 09:59 AM | Show all posts
Kalah la pulak dengan Taiwan
Wajib menang lawan dengan Germany
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 10:01 AM | Show all posts
Ramdan juara Terbuka Hellas

Kuala Lumpur: Juara Grand Prix Kebangsaan, Misbun Ramdan Misbun meraih gelaran ketiga daripada lima kejohanan yang disertainya dalam siri Jelajah Eropah bersama bapanya, Datuk Misbun Sidek, semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu mengatasi Jan Frohlitch dari Republik Czech 21-14, 21-13, 31 untuk menjuarai Terbuka Hellas di Greece.

Kemenangan itu gelaran ketiga Ramdan daripada lima kejohanan di Eropah selepas menjuarai Terbuka Portugal dan Slovenia.

Di Terbuka Belanda, anak legenda badminton negara itu mara ke separuh akhir manakala di Denmark, dia sekadar melangkah ke suku akhir, kedua-duanya tewas kepada pemain remaja Denmark, Viktor Axelsen.

Selepas ini, Ramdan akan menyertai Terbuka Sepanyol dan yang pasti, kemenangan amat ditagih daripada pemain Nusa Mahsuri ini demi masa depan badminton negara, selepas pemain sensasi remaja Zulfadli Zulkifli menunjukkan kemerosotan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/19
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 10:02 AM | Show all posts

Piala Sudirman: Rashid kecewa aksi buruk pemain





JURULATIH
perseorangan negara, Rashid Sidek sukar untuk menerima kekalahan skuad Piala Sudirman negara selepas tewas mengejut 2-3 kepada Taiwan pada saingan pembukaan kumpulan C Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Stadium Putra, Bukit Jalil hari ini.

Gagal menyembunyikan perasaan kecewanya dengan persembahan buruk keseluruhan skuad Piala Sudirman negara itu, Rashid berkata, beliau sendiri tidak menjangka pasukan Malaysia akan mencatat kekalahan seteruk itu.

Menurut Rashid, meskipun barisan skuad Piala Sudirman sudah bersedia sepenuhnya tetapi pihak lawan nyata bermain dengan lebih baik.

"Kami sudah menampilkan barisan terbaik dalam kejohanan ini, namun perancangan kami untuk mengumpul mata tidak berjalan dengan lancar seperti yang dibincangkan sebelum perlawanan bermula.

"Sejujurnya saya kecewa dan tidak dapat menerima keputusan teruk ini. Kita juga yang mengharapkan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menghadiahkan mata pertama tetapi permainannya agak tersekat.

"Dia perlu menang permainan tadi tetapi apa yang kita rancang tidak menjadi. Kekalahan itu jelas melemahkan semangat pemain lain untuk beraksi," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir.

Sementara itu, jurulatih beregu negara, Tam Kim Her turut senada dengan pandangan Rashid apabila beliau menyifatkan pemain negara tidak menunjukkan standard dan mutu permainan sebenar.

Kecewa dengan aksi hambar beregu negara, Koo dan Tan, Kim Her turut menyalahkan beregu itu yang hilang fokus kerana terganggu dengan kebangkitan mendadak pihak lawan pada set kedua.

"Pada mulanya rentak permainan mereka pada set pertama bagus dan nampak keserasian antara mereka.

"Namun memasuki babak kedua, pemain nyata hilang fokus dan banyak melakukan kesilapan yang mudah sehingga memmberikan kelebihan kepada pihak lawan untuk mencatat kemenangan.

"Mungkin pemain mengalami sedikit tekanan kerana perlawanan pertama, sehubungan itu kami akan berbincang sebelum turun beraksi perlawanan kedua," kata Kim Her.

Tambah Kim Her, meskipun tumbang dalam perlawanan pertama, beliau sebagai jurulatih tetap percaya pasukan negara mampu mara lebih jauh kejohanan tersebut.

"Kecewa memang kecewa, apa yang penting sekarang kita harus berbincang dengan kesemua pemain dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi setiap kelemahan.

"Kita juga harus percaya yang skuad negara boleh mengatasi Jerman selasa ini dan mara ke suku akhir," jelasnya yang akan mengadakan perbincangan dengan jurulatih lain sama ada untuk mengekalkan Koo dan Tan selaku taruhan terbaik negara ketika aksi kedua Kumpulan C menentang juara Eropah, Jerman Selasa ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 12:20 PM | Show all posts
kol bape vs germany?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 12:42 PM | Show all posts
hmm..dah takde pasangan beregu lain ker lam Malaysia asyik KKK-TBH...aku dah naik muak dah...kalau join 5 kejohanan menang 3 kalah 2 takpe lah gak...lima5 bungkus masih nak letak harapan lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 09:37 PM | Show all posts
wawaKKK posted on 20-5-2013 08:31 AM
khas buat @ambok my pren...

tq wawa ...tq
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 10:31 PM | Show all posts
wawaKKK posted on 20-5-2013 08:28 AM
wahahahahaha... kalau boleh kalah dgn pair pompuan, mmg dah wajib gantung raket la gamaknye... {:l ...

Kalau dorang tak berjaya ke final world champs nanti, ko rasa abe ko akan gantung raket?
Atau dia akan heret tbh kuar bam n jadi pemain pro?
Sayang lak .... rasanye tbh boleh main a few more years kalau jumpa partner sesuai ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 10:33 PM | Show all posts
wawaKKK posted on 20-5-2013 08:30 AM
dato bawak kingston pegi stadium laa...

Montelnye kingston ....

Thanks wawa
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 10:35 PM | Show all posts
haiku posted on 20-5-2013 10:01 AM
Ramdan juara Terbuka Hellas

Kuala Lumpur: Juara Grand Prix Kebangsaan, Misbun Ramdan Misbun merai ...

Congrats ramdan .....

Mungkin bapak ramdan dan bapak zulfadli boleh joint force .... training sesama ke ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.129648 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list