CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Edisi...PANASSS] Bade Tidak Muncul Sebutan Cerai, Erma Fatima Beri Notis Amaran

[Copy link]
Post time 15-6-2015 08:47 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 13-6-2015 07:58 PM
Gitulah fikiran sesetengah pompuan..dia rasa dia boleh beranak so dia lebih hebat...

kan.. eksennnnn nak mampsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2015 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
put3reen replied at 15-6-2015 08:47 PM
kan.. eksennnnn nak mampsss

Semua tu pinjaman..bila2 ja Allah nak tarik sekelip mata jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 07:21 AM | Show all posts
Umie Aida Mahu Erma Fatima & Bade Pertahankan Rumah Tangga

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 5:30 AM
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]



Umie Aida bakal muncul dengan koleksi hijab dengan kerjasama Jovian.

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Seri Umie Aida berharap kakaknya, Erma Fatima dapat mempertahankan rumah tangganya bersama pengarah, Bade Azmi dan menyelesaikan kemelut di antara mereka dengan baik.

Umie atau nama sebenarnya Umie Aida Rahmad, 42, berkata, sebagai adik dia sentiasa memberikan kata-kata positif kepada Erma setiap kali dia  meluahkan perasaan berhubung masalah yang sedang dihadapinya.

"Erma dan Bade sudah berkahwin selama 25 tahun dan saya sentiasa beritahu kakak saya supaya pertahankan rumah tangganya.

"Dia ada memberitahu masalahnya kepada saya tetapi tidak pernah sekali pun saya memberikan kata-kata negatif sebaliknya yakin ada jalan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka," katanya kepada mStar Online.


Bade dan Erma Fatima

Umie ditemui pada majlis pelancaran koleksi tudung J Hijab by Umie Aida di butik Jovian, Bangsar di sini, Isnin.

Terdahulu, Erma, 47, memfailkan permohonan bercerai secara baik terhadap suaminya bulan lalu di Mahkamah Rendah Gombak Timur dekat sini dan kes berkenaan telah pun disebut buat kali pertama pada 11 Jun lalu.

Kes berkenaan bagaimanapun ditangguhkan pada 10 Ogos depan untuk sebutan semula selepas Bade, 51, tidak menghadirkan diri pada prosidin berkenaan.

Bade dalam kenyataannya di sebuah akhbar mingguan Ahad lalu berkata dia berkahwin dengan Erma dan seorang lagi wanita iaitu Aida Abdul bukan untuk bercerai.

Dalam pada itu, Umie berkata, dia yakin Erma membuat keputusan tersebut selepas berfikir semasak-masaknya dan ia bukan tindakan mudah.

Ini kerana katanya, hanya Erma yang mengetahui kesakitan yang ditanggung dan sebagai adik akan menyokong apa juga keputusan dibuat itu.

"Mengenali Erma sebagai kakak dia bukan seorang yang mudah buat keputusan dan akan mengambil masa berfikir sebelum menyatakan sesuatu.

"Saya yakin tindakannya memfailkan permohonan cerai itu bukan sesuatu yang mudah buatnya dan pasti dia ada sebab tersendiri," katanya.

Tambah Umie, dia berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepada Erma dan Bade dalam mengharungi masa sukar tersebut dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Saya sendiri ada cuba membuat panggilan dan mesej tetapi tidak  dijawab tetapi saya faham Erma perlukan ruang untuk dirinya," ujar Umie.


Jovian (tiga dari kiri) bersama para artis dan model yang memperagakan koleksi tudung J Hijab by Umie Aida.

Dalam pada itu bercakap mengenai koleksi tudung J Hijab by Umie Aida, pelakon itu berkata, pengalaman cetek dalam bidang fesyen telah membuatkan dia tertarik untuk berkolaborasi dengan Jovian Mandagie menerusi enam koleksi buat permulaan.

Jelas Umie, dia dan Jovian sama-sama memberikan buah idea untuk koleksi berkenaan termasuk pemilihan fabrik, rekaan dan warna kerana ingin memastikan pembeli berpuas hati dan selesa ketika mengayakan tudung rekaan mereka.

"Saya hendak buat sendiri tidak ada pengalaman dan saya fikir kolaborasi ini adalah paling baik. Dari situ juga saya dapat belajar tentang pelbagai perkara.

"Saya kagum dengan Jovian kerana dalam masa kurang sebulan selepas perbincangan menerusi voice note di WhatsaApp akhirnya impian itu terlaksana dengan jayanya," ujar Umie.

Tambahnya lagi, selain ia selesa dan mudah digayakan, J Hijab by Umie Aida juga direka dengan kepanjangan agar ia menutupi bahagian dada sebagaimana di syariatkan dalam Islam.

"Saya memang minta Jovian untuk memanjangkan tudung berkenaan agar ia dapat menutupi dada tetapi pada masa sama masih moden dan bergaya," jelasnya.

Malah kata Umie, projek tersebut bukan sahaja khusus untuk musim perayaan malah dia dan Jovian sudah merancang untuk mengeluarkan koleksi seterusnya dalam masa beberapa bulan lagi.

Enam koleksi J Hijab by Umie Aida dijual pada harga di antara RM100 hingga RM450 eksklusif di semua butik Jovian Store.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 09:52 AM | Show all posts
pasuoren replied at 12-6-2015 04:10 PM
dapat madu yang gedik ekspose nak memunyakan laki ni sememangnya sangat menyakitkan hati..

maca ...

Hah! Diyana pregnant? Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 09:58 AM | Show all posts
lovechaser replied at 16-6-2015 09:52 AM
Hah! Diyana pregnant? Alhamdulillah...

cantik kan lukisan diyana?



takde plak dia merempan2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 10:03 AM | Show all posts
lovechaser replied at 16-6-2015 09:52 AM
Hah! Diyana pregnant? Alhamdulillah...

gussipnya macam tu la..
tapi belum ada pengakuan dari dayana...

apa pun..
tuk orang yang redha macam dayana ni..
kita doa kan yang baik-baik aje..

tuk orang yang kuat kokok..
kita peratikan aje..
bleh..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2015 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
seattle replied at 15-6-2015 11:12 AM
aku doakan dua dua berdamai dan Bade jangan ceraikan dua dua.

blh ke,
memaafkn tu mudah
tp melupakan tu payah
baik takyah nmpk langsung tak jumpa terus
takut memula je ok ala2 dah move on
pastu tup ade yg mncucuk bagai
dah byk dah terjadi n berulang2 kot kes dah move on kendian gaduh blk.
tgk je bini2 serap muslim tu
nmpk mcm ok
tp kt laman sosial duk sindir2
blh ke nk bertahan hidup gini
kalo iols tak koser lah
sapa je nk menderita susah hati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 10:19 AM | Show all posts
apa2 pun yg berlaku..semuanya dah Allah tentukan..tidak ada yang kebetulan..
Jika sesimpel ini pemikiran kita...nak bahagia nak derita kita yg tentukan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2015 10:21 AM | Show all posts
Duta lover replied at 15-6-2015 04:53 PM
Aku kesian kat anak2 erma n bade yg 5 org tu

YEEE

bukan katanya ada sorang anak angkat dia baik gila ke ngan bini baru...  setiap gambo komen...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 10:36 AM | Show all posts
cam mana bade tak tahu pasal permohonan tu. tak communicate (phone or berjumpa dia rumah) ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 10:47 AM | Show all posts
Erma tak redho lah tu
Kalau redho, dia terima aje walau apa jua cabaran yg datang
memang tak senang nak redho ni sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
erma minat kt suami org???siapakahhhh???
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 11:39 AM | Show all posts
kisah poligami2 camni la yg dok menakut baik bini 1st or bini 2d

personal opinion aku si Bade la yg x reti didik bini.  nak2 bini muda dia tu mmg BBNU sgt dah jdk bini no2 wat lek2 dah le nak conquer sorang2. Si Bade ni pun kalo x obvious sgt terlebih attention kt bini bbnu dia tu xkan la si erma ni nak terasa jauh hati sgt. dah sah2 bini no 2 tu tergedik skit Bade ni cover2 la skit. bwk la erma tu jalan2 spent time sama2..  aku sedih plak rase si Erma ni syg lg kt Bade ni tp x sanggup nak tahan perangai si Aida bbnu tu. sabar la erma oiiii.. Allah dah tetapkan perjalanan jodoh kte kalo masih ada harapan lg sabar la skit sian anak2 angkat korang tu

to Aida i know u read this ( aku sure bdk  tu mesti baca nye forum cari ni kalo x kan la beriya nak block org. siap stalk lg sape yg follow Erma )
Tolong la dik.. husband & anak tu bkn hak milik kte tau bile2 Allah leh tarik.. belajar la jaga hati org lain. kalo dah tau nak bermadu tolong la respek bini 1st. insyallah kalo Bade kawen no 3 nanti bini 3 plak respek ko. EHHHH???
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 11:41 AM | Show all posts
Suchi replied at 16-6-2015 10:05 AM
blh ke,
memaafkn tu mudah
tp melupakan tu payah

memang susahlah..... tapi bercerai pun bukan senang...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 12:10 PM | Show all posts
akhirnya..
mesti da x boleh nak handle hati & perasaan lg tu..
bukan senang..
biasanya prempuan ni terlalu byk main perasaan sendiri..
dr hidup tk tenang baik berpisah cara baik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 12:17 PM | Show all posts
yg sebenornye bukan mudah utk berkongsi batang nan satu..mesti nak bolot sorg2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2015 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 16-6-2015 09:58 AM
cantik kan lukisan diyana?



ape ig dia ye?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Meroyan lar kak aida.. padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 01:47 PM | Show all posts
sekali kepercayaan& kesetiaan di khianati... just can talk can forgive and too much to forget. mistake done and just leave space to regain the confidence level.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 03:20 PM | Show all posts

blh x aku nak henyak2 pompuan ni....ko tu dah la perampas...buat perangai jilake....eh naik lak darah aku ptg2 ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.152104 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list