|
KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN
ABPBH2006: Rantai RM200,000 buat juara
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Habib Jewels tambah nilai barang kemas untuk Bintang Paling Popular 2006
MILIK SIAPA: Dari kiri, Betty Benafe, Farid Kamil,
Sharifah Shahirah, Fara Fauzana, Raja Azura, Ogy, Akbar,
Jaclyn Victor dan Noryn bersama rantai yang akan
dimiliki oleh Artis Paling Popular ABPBH 2006.
KUALA LUMPUR: Rantai leher bernilai lebih RM200,000 akan menjadi milik Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2006) yang bakal berlangsung pada 4 Februari ini di Arena of Stars, Genting Highlands.
Penaja utama ABPBH 2006, Habib Jewels Sdn Bhd yang sebelum ini menjanjikan barang kemas Habib bernilai RM150,000 berbesar hati menaja lebih daripada nilai asal selepas melihat komitmen baik yang diberikan Berita Harian.
Perkara itu dinyatakan Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Meer Habib, pada majlis pengumuman hadiah utama ABPBH 2006 di ibu pejabat syarikat itu di sini, semalam.
Beliau berkata, rekaan glamor yang dihasilkan untuk hadiah utama terbabit sesuai dengan usia penganjuran ke-20 anugerah berprestij itu.
揔ami berbesar hati kerana Berita Harian memberikan kerjasama yang baik kepada Habib Jewels, |
|