|
Post Last Edit by srisaujana at 27-9-2009 14:43
21-Sep-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Jumpa Lagi Yok Sahur Tahun Depan!
![](http://media.mit.net.my/photo/59/9182009_yokberaya(a).jpg)
![](http://media.mit.net.my/photo/59/9182009_yokberaya11(a).jpg)
![](http://media.mit.net.my/photo/59/9182009_yokberaya12(a).jpg)
![](http://media.mit.net.my/photo/59/9182009_yokberaya5(a).jpg)
![](http://media.mit.net.my/photo/59/9182009_yokberaya3(a).jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos
KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2009: Acara penutup program Yok Sahur 2 yang diadakan di Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah (RACTAR), di USJ, Selangor, baru-baru ini membuatkan selebriti yang terlibat seolah-olah tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kepada penghuni di situ.
Bagi menambahkan kemeriahan, program itu telah bertukar nama menjadi Yok Beraya sempena tayangan Aidilfitri hari ini di Gala TV Astro Awani.
Ia dimeriahkan dengan kehadiran artis popular seperti Lisa Surihani, Hafiz AF7, Qhaud, Tomok, Isma, Nadia AF, Hafiz Hamidun, In-Heart, Khairul Mentor, Alyah dan Kamal Adli.
Berucap pada awal pagi itu, Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil, berkata atas sambutan hangat dari penaja, selebriti dan GengMurai program Yok Sahur akan diterbitkan lagi pada Ramadan tahun depan.
"Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat dari lokasi pertama hinggalah ke lokasi yang terakhir ini. Sekalung terima kasih buat penaja dan artis yang tak putus-putus memberikan sokongan kepada program amal ini. Di harapkan sokongan sebegini diteruskan lagi tidak kira masa," ujar Roslen yang turut berbaju Melayu berona fuschia yakni warna rasmi portal ini.
Sama seperti di lokasi sebelum ini, setiap artis akan mengejutkan adik-adik bangun bersahur terlebih dulu. Bagaimanapun, disebabkan konsep pada malam itu berubah menjadi konsep malam raya, penghuni di sini lebih ditekankan kepada persiapan malam raya.
Perbezaan berlaku apabila hanya artis wanita saja yang dibenarkan mengejutkan penghuni RACTAR disebabkan semua anak-anak yatim di situ adalah perempuan berusia dari 4 hingga 18 tahun.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Roslen, diikuti Pengetua RACTAR iaitu En Dzulkarnain Mansor. Sebelum menjamu hidangan, Qhaud yang menyertai Yok Sahur dari lokasi pertama hingga akhir, mengetuai bacaan doa pada pagi itu.
Yok Beraya tambah meriah dengan permainan Botol Jangan Lari! dan Twister yang memerlukan artis bermain bersama anak yatim dan GengMurai. Kecoh sungguh suasana pada pagi itu ibarat keluarga berkumpul di hari raya.
Majlis meriah ini turut dihadiri Timbalan Pengarah JKKN iaitu En Amran Nasaruddin yang telah menaja sistem bunyi dan Pengurus Besar BHR Bina Resources, Badrul Hisham Abd Rahim yang sudi menaja juadah hari raya pada semua sesi Yok Beraya dengan resipi Ooh Cha Thai Restaurant, KL.
Tidak lupa juga buat penaja seperti Astro Awani, Astro Ceria, Suria Records, AESB, Sony Music serta orang-orang persendirian menghulurkan bantuan duit raya termasuk Naizle, Syazliana, Lisa Surihani dan GengMurai iaitu Salizawaty.
Sementara itu, bagi orang ramai yang ingin menghulurkan sebarang bantuan kepada RACTAR boleh hubungi En Dzulkarnain di talian 03-5631 2664. Manakala Rumah Baitul Hidayah, Puchong, sila hubungi Ustaz Yaacob (012-5567413), Pusat Perlindungan Rahoma Darul Fakir, Taman Melati (Noor Roszita/ 016-3111569) dan Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang (Hj Othman/ 03-87396994).
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada team murai.com.my untuk anda semua! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 27-9-2009 15:50
20-Sep-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Jangan Lepaskan Reunion AF7 Hari Ini!
![](http://media.mit.net.my/photo/59/9172009_reunionaftujuh(a).jpg)
![](http://media.mit.net.my/photo/59/9172009_reunionaftujuh9(a).jpg)
![](http://media.mit.net.my/photo/59/9172009_reunionaftujuh7(a).jpg)
Gah bagaikan festival! Itulah komen majoriti penonton yang menyaksikan Konsert Reunion Akademi Fantasia 7 (AF7) yang buat julung kalinya diadakan di Kuching, Sarawak, sebelum Ramadan lalu dan rakamannya akan ke udara pada hari raya pertama.
Penerbit dan Pengarah terbabit, Jay Seelan Raj, berkata keistimewaan konsert kali ini terletak pada tempat itu sendiri di mana Astro tidak pernah menganjurkan konsert di kampung halaman juara AF.
"Penganjuran kali ini seperti sebuah festival di Sarawak. Kami mendapat sokongan dari Kerajaan Sarawak sendiri. Konsert Reunion ini yang bakal di tayangkan di Astro Ria pada raya pertama nanti ditukar namanya menjadi Fantasia Aidilfitri. Ia ditayangkan selama 2 setengah jam bermula 12 tengah hari hingga 2.30 petang
"Penerbitan Fantasia Aidilfitri juga hasil kerjasama Astro bersama Enfiniti Productions milik Principal Tiara J. Lebih 10,000 penonton hadir menyaksikan konsert kali ini. Kami juga bertuah di mana Ketua Menteri Sarawak turut meluangkan masa menonton dari mula konsert hingga akhir," jelas Jay.
Jay berkata keistimewaan persembahan pula terletak pada persembahan yang mempunyai jalan cerita yang berlaku sepanjang program AF7.
"Untuk konsert kali ini, AC Mizal dan Sarimah Ibrahim berpadu tenaga menjadi hos. Sarimah dipertanggungjawabkan untuk menemubual persembahan di bawah pentas. Selain menjadi hos, AC turut berduet dengan Isma menerusi lagu Kesempatan.
“Kami juga menampilkan segmen istimewa buat Michael Jackson di mana semua bintang AF7 menyanyikan lagu Heel The World," katanya.
Hafiz pengsan di belakang pentas, Isma menangis!
Ada beberapa cerita menarik terjadi di balik tabir konsert Fantasia Aidilfitri.
• Walaupun kurang sihat, persembahan Hafiz memang dinanti-nanti orang Sarawak sehingga cetus gelombang Hafiz.
• Disebabkan kepenatan, Hafiz pengsan di belakang pentas selepas mengadakan persembahan.
• Sewaktu tarian Menuju Puncak, Isma dan Aishah menitiskan air mata. Mereka terkenangkan suka-duka dalam AF.
• Ini adalah konsert pertama AF di Sarawak selepas 13 tahun Astro beroperasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 4-10-2009 22:30
ISMA DORONG ZUL BUAT COMEBACK
![](http://4.bp.blogspot.com/_FiJAj3RPhsE/SrQFZAYF_II/AAAAAAAAAn8/8JDe2gelGwQ/s400/9172009_zulismaraya(a).jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos
Ketika Isma masih menjadi peserta Akademi Fantasia 7 (AF7), suaminya, Zul 2 By 2, ada mendedahkan bahawa lagu Kau Mawarku yang dinyanyikan 2 By 2 bersama Dato' Siti Nurhaliza dulu adalah lagu yang menjadi titik permulaan cinta mereka berdua hingga ke jenjang pelamin.
Kini, Zul yang bertugas sebagai Pengurus A & R Suria Records (SRC) sudah bersedia untuk buat comeback bersama Isma dan ia menerusi single duet terbaru yang menarik berjudul Andai Bisa.
Sewaktu dihubungi, Zul berkata selepas Isma tamat dari pengajian AF7, dia merasakan ini masa yang sesuai untuknya memulakan semula karier sebagai penyanyi. Kebetulan pula, ramai menyokong dan meminta agar mereka tampil dengan lagu duet baru.
Jangan Tak Lihat
"Selepas buat 5 album dengan Siti, kami berehat dan Zul sibuk sebagai orang belakang tabir dengan menjadi komposer dan A & R di SRC. Jadi, komitmen Zul untuk buat lagu untuk diri sendiri dan Isma memang tak ada. Bagaimanapun, planning tu memang ada tapi waktu itu belum sampai seru.
"Pun begitu, memandangkan penyertaan Isma dalam AF dapat sambutan, barulah Zul terfikir apa salahnya untuk buat lagu. Itu pun selepas berbincang dan mendapat sokongan dari teman terdekat. Kebetulan pula sekarang ini tak ada lagu duet dari pasangan suami isteri.
"Perancangan asal sebenarnya nak buat album penuh tapi Zul nak test market dulu. Kalau dapat sambutan, Insya-Allah kami akan buat ikut perancangan," jelasnya.
Zul turut menjelaskan ini merupakan comeback beliau selepas lama berehat. Bagaimanapun, Zul juga ada perancangan untuk mengajak anggota 2 By 2 yang lain untuk menyertainya.
"Mula-mula Zul akan buat comeback secara solo dulu disebabkan ini adalah projek istimewa Zul dan Isma. Kalau ada rezeki mungkin 2 By 2 akan bersama dengan kami. Single ini adalah projek Zul sepenuhnya. Ia tidak di bawah mana-mana label. Bila dah main di radio nanti barulah kami akan fikirkan untuk muat turun lagu," ujarnya.
Bercerita mengenai sambutan raya tahun ini, Zul akui masih lagi sama cuma tahun ini lebih berbeza kerana sebelum ini hanya dia saja bergelar artis.
"Sekarang dah berubah. Isma pun dah jadi artis rakaman. Sambutan pun tak boleh nak ala kadar sangat. Insya-Allah, kami akan buat rumah terbuka secara besar-besaran. Ikut perancangan, kami akan buat open house dengan Tomok sekali," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
IWK Raya Open House 2009
Credit 2 Alicia
![](http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs254.snc1/10120_1133976711910_1302068969_30374451_1452688_n.jpg)
![](http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs274.snc1/10120_1133996592407_1302068969_30374544_7002759_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 14-10-2009 00:51
13-Oct-2009 | Oleh: Thani Hasbullah
Inilah Wajah Peserta Sehati Berdansa 3
![](http://media.mit.net.my/photo/59/10132009_sb3titlenews(a).jpg)
PETALING JAYA, 13 OKTOBER 2009: Segala teka-teki telah berakhir apabila 9 pasangan selebriti kan berentap dalam program realiti tarian popular, Sehati Berdansa 3 (SB3) yang akan memulakan siarannya mulai 17 Oktober ini.
Mereka yang terpilih adalah Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail; Isma & Zul; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana; serta Didie & Isham Ismail.
Pengumuman senarai peserta telah diadakah sebentar tadi di Hotel Sunway Resorts, dengan dihadiri oleh semua pasangan terbabit.
Program popular siaran Astro Ria ini akan kembali menemui peminat bermula 17 Oktober ini, jam 9 malam menerusi program pengenalan iaitu Kenali Pasangan Sehati Berdansa 3.
Sekali lagi murai.com.my dipilih sebagai portal hiburan rasmi program itu. Inilah masanya peminat dapat mengikuti perkembangan mutakhir tentang pertandingan itu terutama paparan berita dan gosip.
Anda boleh mendapatkan liputan eksklusif menerusi laman mikro khas iaitu Sehati [email protected]. Turut dimuatkan paparan video sebalik tabir, foto serta latar belakang peserta musim ini.
Sebelum ini pihak Astro telah membuat pengumuman bahawa hos utama adalah Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad yang mana mereka akan mengendalikan Malam Sehati Berdansa 3 serta Kenali Sehati Berdansa 3. Scha yang juga pelakon Awan Dania telah dipilih menggantikan tempat Linda Onn sebagai hos baru SB3
Manakala Awal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Shaari akan mengendalikan 4 program iaitu Debaran Sehati Berdansa 3, Detik Sehati Berdansa 3, Di Sebalik Sehati Berdansa 3 dan Memori Sehati Berdansa 3.
Berikut adalah senarai program SB3:
Kenali Sehati Berdansa 3
17 & 18 Oktober, Sabtu & Ahad, 9 Malam
Detik Sehati Berdansa 3
Bermula 19 Oktober, Setiap Isnin – khamis, 9 - 9.05 Malam
Di Sebalik Sehati Berdansa 3
Bermula 23 Oktober, Setiap Jumaat, 9 Malam
Malam Sehati Berdansa 3
Bermula 24 Oktober, Setiap Sabtu, 9 Malam
Debaran Sehati Berdansa 3
Bermula 25 Oktober, Setiap Ahad, 9 Malam
[Klik di sini untuk ke laman Sehati Berdansa 3 serta mengenali peserta] |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 17-10-2009 14:21
Rabu Oktober 14, 2009 mStar Online
9 pasangan selebriti bakal gamatkan pentas Sehati Berdansa 3
![](http://mstar.com.my/archives/2009/10/14/mstar_hiburan/dansa22.jpg)
Enot mempamerkan tariannya pada sesi pengenalan barisan pasangan selebriti yang menyertai Sehati Berdansa musim ketiga -
SEMBILAN pasangan selebriti tanahair bakal beraksi untuk merebut gelaran juara Sehati Berdansa musim ketiga tidak lama lagi, setelah pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak serta Lisdawati dan Fauzi Nawawi masing-masing dinobatkan juara bagi musim pertama dan kedua.
Setelah proses pencarian dan penelitian dibuat oleh pihak Astro sejak bulan April lalu, sembilan pasangan suami isteri ini akhirnya dipilih untuk menyertai musim baru program realiti berbentuk tarian ini dan mereka adalah pelakon Anita Baharom dan suaminya, Mohamad Ismadi; pelakon Didie Alias dan Nor Isham; pelakon Dira Abu Zahar dan Ash; pelakon Enot dan Zainul Abidin; penyanyi Isma AF dan Zulkefli Majid; bekas pemain hoki kebangsaan Mirnawan Nawawi dan Noorah Mokhsin; penyanyi kumpulan Lips, Oshin dan Mohd Firdaus; pengacara dan pelakon, Sazzy Falak dan Nazril Idrus; serta penyanyi Syed Hussein (Sein Ruffedge) dan Noor Diyana.
Kesemua pasangan selebriti ini akan dibimbing oleh koreografer masing-masing yang terpilih pada musim ini iaitu Bayu yang akan membentuk persembahan untuk pasangan Sein, Emma (Anita), BB (Didie), Ezrey (Dira), Anuar (Enot), Markyong (Isma), Dayana (Mirnawan), Lilly (Oshin) dan Papa J (Sazzy).
Sembilan pasangan selebriti ini telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan persembahan terbaik pada setiap minggu di atas nama badan-badan kebajikan yang terpilih.
Pasangan yang tersingkir pada setiap minggu akan menyumbangkan wang tunai terkumpul kepada badan-badan kebajikan masing-masing yang mereka wakili. Jumlah wang akan meningkat selagi pasangan itu masih kekal di dalam pertandingan tersebut.
Badan-badan kebajikan yang terlibat bagi musim ini ialah Persatuan SLE Malaysia (Anita), Persatuan Epilepsi Malaysia (Didie), Persatuan Thalassemia Malaysia (Dira), Yayasan Paru-Paru Malaysia (Enot), Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (Isma), Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan (Mirnawan), Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (Oshin), Persatuan Parkinson Malaysia (Sazzy) dan Persatuan Albinisma Kuala Lumpur dan Selangor (Sein).
Mengulas mengenai pemilihan sembilan pasangan selebriti ini, kata Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, dia akui ramai selebriti lain pernah menyuarakan hasrat untuk menyertai program popular ini.
Namun, kata Khairul, pihak penerbitan perlu meneliti banyak perkara sebelum memilih peserta-peserta yang akan menyerikan Sehati Berdansa musim terbaru ini.
![](http://mstar.com.my/archives/2009/10/14/mstar_hiburan/013852128.jpg)
Awal, Scha dan Fahrin Ahmad akan menerajui program popular ini sebagai hos
"Banyak perkara yang perlu kami ambil kira antaranya tujuan mereka ingin menyertai program ini, sama ada ikhlas atau tidak.
"Dan yang paling penting ialah komitmen mereka terhadap program ini kelak kerana mereka perlu mengorbankan kerja mereka untuk berlatih menari dan melawat rumah kebajikan yang mereka wakili.
"Lebih kurang 30 pasangan selebriti telah kami letak dalam senarai pendek dan akhirnya kami memutuskan untuk ambil sembilan pasangan saja. Setiap tahun, kami tidak pernah meletakkan bilangan tertentu berapa peserta yang akan diambil.
"Kali ini, setelah mengadakan perbincangan dengan pihak produksi, kami merasakan nombor sembilan adalah bagus dan disebabkan itu kami memilih sembilan peserta berbanding musim-musim terdahulu yang lebih ramai," kata Khairul.
Menurutnya lagi, semua pasangan selebriti itu telah mula memberikan komitmen terhadap Sehati Berdansa sebelum bulan Ramadan lalu yang mana mereka telah terlibat dengan penghasilan promo program ini.
Ditanya sama ada populariti turut menjadi elemen penting di dalam pemilihan peserta bagi program ini, ujar Khairul, dia tidak menafikan faktor tersebut turut menjadi kriteria penting selain komitmen yang akan diberikan.
"Memang populariti mengikut bidang masing-masing adalah penting. Tetapi apapun, komitmen adalah elemen paling penting. Sebenarnya, kami juga ada bertanya pada Datuk Siti Nurhaliza sama ada dia berminat untuk sertai, tetapi dia tidak ada masa.
"Begitu juga dengan beberapa nama-nama besar lain," kata Khairul yang menambah, pihak Astro masih belum memutuskan tentang hadiah yang bakal diterima oleh juara kelak.
Seperti musim-musim terdahulu, persembahan setiap pasangan selebriti ini akan diadili dengan sistem pemarkahan sebanyak 50 peratus oleh juri-juri profesional dan 50 peratus lagi menerusi undian penonton.Pasangan yang menerima markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan.
![](http://mstar.com.my/archives/2009/10/14/mstar_hiburan/013852112.jpg)
Didie Alias dan suami Nor Isham bersama koreografer mereka (kanan), BB
Episod pengenalan iaitu Kenali Sehati Berdansa akan bersiaran pada 17 dan 18 Oktober ini, disusuli dengan program mingguan Detik Sehati Berdansa bermula 19 Oktober pada setiap Isnin hingga Khamis yang mana ia akan memaparkan sorotan penting harian pasangan selebriti.
Sesi latihan dan rakaman di sebalik tabir pula akan dipaparkan menerusi Di Sebalik Sehati Berdansa yang akan disiarkan setiap Jumaat bermula 23 Oktober ini manakala Malam Sehati Berdansa yang akan menyaksikan pasangan selebriti beraksi setiap minggu pula akan mula ditayangkan pada 24 Oktober, setiap Sabtu.
Keputusan penyingkiran akan menyusul pada keesokan harinya pada setiap minggu untuk mengetahui pasangan mana yang bakal tersingkir.
Musim ini menyaksikan gandingan Fahrin Ahmad dan Scha yang menggantikan tempat Linda Onn, sebagai pengacara ntuk Malam Sehati Berdansa manakala Awal Ashaari pula akan mengendalikan Debaran Sehati Berdansa, Di Sebalik Sehati Berdansa, Detik Sehati Berdansa dan Kenali Sehati Berdansa.
KOMEN PESERTA:
Isma AF:
"Ketika di Akademi Fantasia dulu, saya hanya belajar asas-asas tarian saja, tetapi sedikit-sebanyak saya rasa ia mampu membantu saya dalam program ini. Apa yang saya lihat, Sehati Berdansa ini amat bagus kerana dapat meluangkan masa yang lebih dengan pasangan masing-masing." |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 17-10-2009 14:22
Lantai Tari Bergegar Lagi
Taken from mangga Online Jumaat, 16 Oktober 2009
![](http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/images/stories/maj_dansa00017.jpg)
Selepas kejayaan Sehati Berdansa musim pertama dan kedua yang menyaksikan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak dan Lisdawati dan Fauzi menjadi juara, musim ketiga kini kembali dengan menampilkan pasangan selebriti yang tidak kurang hebatnya memperlihatkan bakat dalam arena seni tarian.
Musim ini akan membawakan sembilan pasangan baru yang bakal berentap iaitu Anita Baharom dan Ismadi (Persatuan SLE Malaysia), Didie Alias dan Nor Isham (Persatuan Epilepsi Malaysia), Dira dan Ash (Persatuan Thalassemia Malaysia), Enot dan Zainul (Yayasan Paru-Paru Malaysia), Isma dan Zul (Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia), Mirnawan dan Norah (Persatuan Kanak-Kanak Spastik), Oshin dan Firdaus (Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia), Sazzy dan Nazril (Persatuan Parkinson Malaysia) dan Sein dan Nana (Persatuan Albinisma).
Bagi Anita Baharom, beliau berminat menyertai program ini setelah menyaksikan musim yang lepas.
"Saya berbincang dengan suami dan kami berpakat menyertainya setelah ditawarkan Astro untuk musim ketiga. Sekarang kami akan berlatih di rumah untuk memperbaiki skill yang ada," katanya.
Menurut Didie Alias yang baru melangsungkan rumahtangga pada 8 Mei lalu bersama Nor Isham Ismail, mereka akan terus fokus kepada tarian yang akan dipelajari sepanjang minggu bersama.
"Suami saya tiada background tarian, dia akan ikut saya menari. Saya pun selalu buat persembahan tarian dulu tapi sewaktu darjah lima lah," gurau Didie.
Pelakon Enot pula berani menyahut cabaran untuk turut berentap bersama pasangan lain untuk musim terbaru.
"Jika nak dilihat, saya antara yang paling comel di sini, namun saya akan cuba yang terbaik untuk menyumbang kepada badan amal yang diwakili. Dan satu bonus bila dapat luangkan masa dengan suami kerana kami masing-masing sibuk bekerja," ujarnya yang meminati Beyonce dan Lady Gaga.
dan 18 Oktober ini pada jam 9.00 malam.
Pasangan yang datang daripada berlainan bidang ini bakal berentap atas tiket amal terhadap badan-badan kebajikan bermula 17 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104) dan dicetuskan oleh Celcom (Malaysia) Berhad selaku penaja utama dan Modenas selaku penaja bersama. Seperti yang diketahui umum Fahrin Ahmad, Scha Al Yahya dan Awal Ashari akan menggalas tanggungjawab selaku pengacara Sehati Berdansa musim ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|