ni ke negara yg bercita2 tinggi nk jd tuan rumah world cup????aku rs kalo bnda ni tersebar 1 dunia even bkn bola sepak, org akan pakat2 xkan vote dia dm apa shaja nomination utk jd host country dlm apa sahaja sukan..
n mayb gak ntah biler la indon dpt jd tuan rumah..mungkin 20 tahun akan dtg..atau laie teruk kalo dorg anjurkan sea game ni pn mungkin rmi akan boikot kot..
tgk astroa arena, ex editor berita harian ckp, dia ingatkan sea game indon 1997 plg teruk, tp kalo ni laie 10 kali ganda teruk..
ATLIT basikal Malaysia, Hafiz Sofian (kiri) dan Ahmad Fakhrullah Alias masing-masing memenangi pingat emas dan pingat gangsa dalam acara omnium lelaki akhir Sukan Sea Indonesia 2011 di Velodrom Rawamangun, di Jakarta, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Sukan SEA: Muhamad Hafiz sumbang emas keempat berbasikal
2011/11/21
JAKARTA: Muhamad Hafiz Mohd Sufian menyumbangkan emas keempat negara daripada acara berbasikal trek Sukan SEA di sini yang berlangsung di Velodrom Rawamangun dekat sini hari ini.
Pelumba berasal dari Selangor itu memenangi tiga daripada lima disiplin yang dipertandingkan dalam acara Omnium untuk menjadi juara.
Beliau meraih tempat pertama dalam disiplin Flying Lap, Elimination dan Scratch serta tempat ketiga dan keempat masing-masingnya dalam disiplin 4000m kejar mengejar dan mengutip mata (points).
Rakan sepasukan, Ahmad Fakhrullah Alias, pula membawa pulang pingat gangsa manakala pelumba tuan rumah, Fatahillah Abdullah, mendapat perak.
"Kemenangan ini mungkin rezeki isteri dan bakal anak sulung saya yang dijangka lahir sekitar awal Januari nanti," katanya kepada pemberita selepas tamat pelumbaan itu.
Muhamad Hafiz berkata, beliau tidak menjangka penampilan pertamanya dalam acara Omnium di Sukan SEA ini akan meraih kejayaan kerana beliau sebelum ini menyertai berbasikal trek acara sprint, 1km dan keirin.
"Dua kemenangan dalam empat disiplin ini membakar semangat saya untuk menang perlumbaan disiplin terakhir dan juga mahu lagu Negaraku bekumandang di sini," kata pelumba yang mempunyai pengalaman menyertai Sukan Asia 2010 Guangzhou.
Pelumba wanita negara, Ju Pha Som Net terlepas peluang menyumbang pingat gangsa dalam acara scratch setelah dipintas peserta Filipina, Apryl Eppinger, untuk tempat ketiga.
Pingat emas diraih atlet tuan rumah, Uyun Muzizah, manakala pelumba Thailand, Jutatip Maneephan meraih perak.
Seorang lagi peserta negara, Fatehah Mustapha, hanya mampu menduduki tempat keenam. - BERNAMA