salam semua....hari ni hari terakhir online di K.L....
petang nanti balik ke kg....dan family akan hantar saya dari kg bagi kembara cinta mencari kasih sayang, rahmat dan pengampunan Allah ini...pada 30 Ogos. Mohon doakan perjalanan saya selamat dan dpt beribadat dengan sempurna.
Alhamdulillah dan selamat kembali. Cepat je 2 minggu berlalu. Kalau kat Makkah ...
aily Post at 26-8-2010 05:58
Walaikumsalam..
Seronok sangat dapat jumpa Kak Ros kat sana..
Tabik springlah kat Kak Ros..
Kuat semangat...semangat Ibadah..Rajin buat Umrah..selang 2 atau 3 hari sekali.
Kak Ros ada cakap kali ini macam penat sangat...
Tak taulaa..pasal cuaca ke...ramai orang ke..atau dah bertambah umur..
Azie pun rasa penat..hari tu Umrahnya malam Jumaat Ramadan..
Masyallah...
Alhamdulillah Kak Ros nampak sihta..ceriaa...
Rajin bersms dgn Azie masa kat sana..
Alhamdulillah Kak Azie & Kak Riena dah selamat pulang ke tanah air.
Saya ada sms kak azie masa ka ...
ustaz Post at 26-8-2010 10:16
Assalamualaikum Ustaz..
Ya ke Ustaz ada sms saya kat sana..?
Tak de pun terima...sms dari kawan yg lain ada..
Insyallah semua saya reply..
Agaknya salah nombor kot..
Alhamdulillah saya tak lupa doakan utk Ustaz dan keluarga juga rakan rakan yg lain masa di Mekah..
Moga akan ada pertemuan kita di Mekah nanti..Insyallah...
salam semua....hari ni hari terakhir online di K.L....
petang nanti balik ke kg....dan family akan ...
NonaNaga Post at 27-8-2010 06:02
Walaikumusalam..
Selamat Berangkat Mengerjakan Umrah..
Moga mendapat Umrah yg makbul..Aminnn...
Manfaatkan masa yg ada disana dgn beribadah sepenuhnya...
Umrah..tawaf sunat..Mengaji Quran..berzikir..solat sunat..
Dan jgn lupa niat Iktikaf setiap kali masuk ke Masjid..
Semakin ke penghujung Ramadan..orang semakin ramai..
Semangat pun bertambah...Masyallah..
Assalamualaikum..
Hari ini 29 Ogos 2010..
10 hari sudah aku meninggalkan Kota Suci Mekah...
Masih dok teringat aje..routine harian disana..tambahan bila teringatkan Kak Ros
masih ada disana..lama lagi Kak Ros kat sana..balik 15 September nanti..
Mekah makin sesak tambahan nak menghampiri 10 Ramadan terakhir..
Teringat kenangan pi Umrah 10 Ramadan Terakhir..
Seronok pakat pakat dgn kawan dok duduk kat Masjid..
Alhamdulillah Husband benarkan..
Dok teringat kat kerusi lipat ni..
Setipa kali pergi dok beli..
Bawa balik Msia dok sedekah kat orang..
Salah satunya dok sedekah dekat seorang doktor tu..
Menjadi amalan dia..akan mengambil cuti 10 terakhir Ramadan utk beriktikaf di Masjid..
Dia mengikut suami dia...
Alhamdulillah...
Cemburu pulak rasanya...
Photo kredit kat PDKM..
Husain..baru ni pi Umrah teringin juga nak jumpa CL..
2 kali berbuka kat D saji..tapi tak berapa kenal sgt kat dia..segan pulak..
Reply 528#aziefa
hehe..saya jumpa cl dua kali last year...sekali kt restaurant safwah royale orchid dgn uncle shahrir
second time dijemput makan kt bilik uncle shahrir dgn cl....siap baring lagi tgk race....thanks for their kind invitation for lunch..kenyang haritue hehe
a video share by ustaz zahazan ...
HUSSAINTAHIR Post at 29-8-2010 23:35
Walaikumsalam...
Memang sebak..
Mengenang Rasulullah sudah cukup..
Masa Mak cik pi ke Perkuburan Baqi baru ni..
Dari kejauhan Mak cik melihat seluas mata memandang...Allayarham kakak..Adik Ipar dan Mak Usu..
Masyallah beruntungnya mereka dapat bangkit sekali bersama rasulullah...
Menitis airmata Mak cik...
Insan Insan teroilih...Masyallah...
Assalamualaikum..
Hari ini 30 Ogos 2010 bersamaan 20 Ramadan 1431
Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan
Saturday, 28 August 2010 12:14 | Written by ibnuatiq |
Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)
Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”
Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.
Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.
Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.
Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.
Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi’iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.
Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata, maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu.”
Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan: “Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.” Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”
Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”
Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.
Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”
Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”
MAKKAH: Jabatan pertahanan awam di Makkah sudah bersiap sedia menangani sebarang kecemasan ketika jemaah umrah dan pengunjung ke Masjidil Haram kian bertambah ketika Ramadan sampai ke kemuncaknya.
Dilengkapkan dengan kemudahan dan peralatan canggih, jabatan pertahanan awam Makkah memantau setiap pergerakan jemaah, terutama di dalam kawasan Masjidil Haram, kata pengarah operasi pasukan itu, Kapten Waleed Abu Shanab.
Beliau memberitahu laman berita Arabnews.com, bilik operasi jabatan itu menerima 21,500 panggilan dalam tempoh 10 hari pertama Ramadan.
“Jabatan kami sudah memasang 1,700 kamera di setiap pintu masuk dan keluar Masjidil Haram dan di sekitarnya.
“Kamera ini membantu kami memantau sebarang kecemasan yang mungkin tercetus dan pasukan kami akan dikerah untuk menanganinya segera,” katanya.
Shanab berkata, pihaknya mengerahkan unit rondaan yang dilengkapi peralatan perhubungan yang canggih.
“Pasukan ini boleh bergegas ke lokasi insiden dengan segera menaiki motosikal,” katanya.
Jika perlu unit rondaan ini mampu dengan segera mendapatkan sokongan teknikal seperti penyediaan kemudahan berat untuk memadam api atau melakukan operasi menyelamat.
Jabatan pertahanan awam juga mempunyai unit khas yang bertanggung jawab menyelaras operasi menyelamat selepas menerima maklumat daripada unit peronda.
Selain itu, Shanab berkata pihaknya mempunyai pasukan dan kemudahan simpanan di Shumaisi jika diperlukan.
Beliau berkata bilik operasi jabatan itu mempunyai kemudahan canggih untuk mengenal pasti kesahihan panggilan kecemasan sebelum ia mengerah pasukan.
“Kami sudah banyak menerima panggilan palsu dan terpaksa memastikan kesahihan setiap panggilan sebelum bertindak,” katanya.
Jabatan pertahanan awam Makkah turut bersiap sedia dengan kemungkinan bencana seperti banjir dan ribut pasir.
“Jika kami menerima maklumat mengenai hujan lebat, ribut pasir atau keadaan lain, kami akan mengambil langkah perlu untuk menyelaraskan tindakan dengan jabatan lain,” kata Shanab. – Agensi
Salam Husain...
Mak cik kat sini asyik dok teringat kenangan Umrah 10 Ramadan Terakhir..
Juga dok asyik teringatkan Kak Ros..Ibu..
Kat sana sibuk dgn ibadah je...
Berbuka Puasa..Solat Maghrib..
Balik Hotel sambung berbuka..
Bersiap nak pi Solat Isyak dan terawih..hingga pukul 11.30 malam..
Balik Hotel...
12.30 pi Masjid semula..
Qiamulail berjemaah start pukul 1 pagi sampai pukul 3 rasanya..tak ingat..
Balik bersahur..pi semula Masjid Solat Subuh..
Duduk kat Masjid sampai syuruk..
Balik Hotel barulah nak basuh kain ke..or terus tidur..
Pukul 10 pagi.bangun...itu routine Mak cik...
Kalau kat sini...sibuk lain dok melayan kerenah anak nak baju Rayalaa..kuih Rayalaa..
Rasa banyak sangat yg tertinggal..
Astaghfirullahalanzim..
Salam..
Sekejap tadi..Ada terima sms dari Kak Ros..
Pagi tadi bermulanya Qiamulail Berjemaah...
Semalam Kak Ros berbuka di Hotel aje..
Lepas berbuka baru pergi masjid..
Solat Isyak Terawih dan terus Qiamulail...
Masyallah..
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia 9 Okt.
29/08/2010 6:58pm
KOTA BHARU 29 Ogos - Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan rukun Islam kelima bagi tahun ini ialah pada 9 Okt. depan, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) Tan Sri Abi Musa As’ari Mohamed Nor.
Katanya, mereka adalah sebahagian daripada 26,000 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan mengikut kuota yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi pada musim haji tahun ini.
Beliau berkata, Tabung Haji juga akan menghantar dua kumpulan rombongan kebajikan dan kesihatan bagi mengendalikan jemaah Malaysia ketika berada di Tanah Suci.
"Penghantaran kedua-dua rombongan itu penting bagi memastikan mutu perkhidmatan Tabung Haji dapat dipertingkatkan setiap tahun bagi menjaga kepentingan dan kebajikan jemaah,” katanya. - Bernama
Sekejapnya masa berlalu dah nak masuk Musim haji 2010.. Pada yg akan menunaikan Haji Tahun ni Selamat Mengerjakan Rukun Islam yang ke 5.. Rasanya mas916 pi tahun ni kan..Alhamdulillah..
Assalamualaikum Kak Aina...
Amin....Amin Ya Rabalalamin...
Saya doakan Kak Aina akan sampai ...
aziefa Post at 25-8-2010 19:17
Alhamduliah Azie....memang berhajat sangat nak pegi feb atau mac tahun depan,,,,bertekad...sebab banyak hal dah selesai....
niat dalam hati...apa cara antara 2 bulan ni mesti pegi..tak tahan tengok kawan2 pegi balik ...pegi balik....tup2....aritu ada pulak
kawan nak belanja ke sana....hadiah.....Alhamdulillah....memang betul orang cakap....kalau berniat sangat2 memang Allah permudahkan semuanya.
Semalam kami adik beradik berkumpul...tup2...adik pulak nak belanja gi Disember ni.....
dis nak pegi, feb nak pegi....mungkin akak pilih salah satu je...sebab jarak terlalu dekat,,,,
takut cuti tak lepas.
Seronok akak baca posting kawan2 di sini....Azifah tolong le doa2kan akak jangan le ada benda2 yang menghalang niat akak ni.
teringin yang amat sangat dah.....
Allah SWT telah maqbulkn doa kami- hari ini (24Ramadhan1431H), telah mendapat surat dr TH menyatakn kami suami isteri telah terpilih utk menunaikn haji bagi tahun ini- ALHAMDULILLAH.