CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 18-3-2011 11:19 AM | Show all posts
bertuahnya jas..
untung dpt mak angkat camtu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2011 02:30 PM | Show all posts
takdir penentu segala ......................

fizz sambung lagi ek .........
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 04:14 PM | Show all posts
penat ye jasmen
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 04:19 PM | Show all posts
x ade lagi kerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 04:53 PM | Show all posts
salam....
hi fizzi.. hunnie suka citer fizzi.. makin hari makin bagus... thumbs up utk fizzi.
truskan usaha anda... kami nie setia membacanya....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 04:54 PM | Show all posts
Reply 520# cmf_blingblings


    hmm.. bling.. kita nie sentiasa x cukup kan.... next pls...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2011 06:14 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


    hmm.. bling.. kita nie sentiasa x cukup kan.... next pls...
hunniebee Post at 18-3-2011 16:54
kalau tak dapat sambungan macam tertekan aja
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 06:26 PM | Show all posts
kalau tak dapat sambungan macam tertekan aja
cmf_blingblings Post at 18-3-2011 18:14


wow look who's talking
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2011 06:29 PM | Show all posts
Reply 527# cmf_blingblings


    agree with bling..streessss sesgt..nak lagiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 07:41 PM | Show all posts
untungnya jasmin... dapat jadi anak angkat dah best
kalau dapat jadi menantu lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 10:22 PM | Show all posts
untungnya jasmin... dapat jadi anak angkat dah best
kalau dapat jadi menantu lagi best
sang_arjuna Post at 18-3-2011 19:41
reality mmg susahlah org-org gini nak terima dengan senang anak-anak dara terbuang ni jd anak angkat, bagus juga kalau ramai yg baik hatinya macam datuk dan datin ni...alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 11:32 PM | Show all posts
fizziiiii...
n3 utk mlm ni xde ke...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 09:56 AM | Show all posts
kalau tak dapat sambungan macam tertekan aja
cmf_blingblings Post at 18-3-2011 18:14



   suka sgt2 dengan statement bling ni    

nmpak sangat bling memahami   

so bling sayang paham2 kan la ekk kalau kitorang smua
btandang kat umah bling yang kat sinun tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 02:56 PM | Show all posts
suka sgt2 dengan statement bling ni   

nmpak sangat bling memahami   

so  ...
juliet80 Post at 19-3-2011 09:56
haip!!!kita cakap pasai cerita Ariff dgn Jas...memandai ja hang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 03:28 PM | Show all posts
selalu lupa kat mana nak sambung......{:1_126:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 03:29 PM | Show all posts
Hari Ahad. Awal2 lagi, pintu bilik Jasmin sudah dikuak oleh Datin Zaharah. Jasmin yang baru lepas mandi, sedang menyikat rambutnya yang panjang.

“Haa..dah bangun? Boleh tolong mama masak..” kata Datin Zaharah sambil berlenggang masuk ke bilik Jasmin. Pandangan dilontarkan kea rah katil besar dan tinggi bercirikan Eropah. Selonnggok barang2 yang dibeli di Mid Valley tempohari masih terkumpul di atas katil seolah2 tidak langsung diusik.

“ Kat mana Min tidur kalau katil penuh macam ni?” soal Datin Zaharah sambil mencekak pinggangnya. Jasmin terkial2 mencari  jawapan. Berus rambut diletak dimeja soleknya yang kosong. Wajah Datin Zaharah dipandang.

“Err..Jas bentang comforter kat lantai. Lagipun karpet ni pun dah tebal..” Jasmin tergaru2 kepalanya. Tidak menyangka juga Datin Zaharah akan membuat spot-check ke biliknya pagi itu. Yang aku pun satu, kenapa tak kunci pintu dari awal…

Datin Zaharah menggeleng. Akan dipanggilnya Mak Esah untuk membantu Jasmin berkemas barang2 ini nanti.

“Dah. Jom kita turun masak. Hari ni mama nak masak special. Papa dan abang Arif cuti hari ni…” kata Datin Zaharah. Jasmin segera mengikat rambutnya tinggi2. Cepat2 dia bangun mengekori langkah Datin Zaharah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2011 03:31 PM | Show all posts
Arif bangun sebaik hari sudah meninggi.  Selepas solat Subuh tadi, dia tidur semula. Sudahnya, hampir jam 11.30 pagi, barulah dia terjaga dari tidur. Usai bersiap, terus Arif turun ke tingkat bawah. Bau masakan yang enak menusuk ke hidungnya. Langkahnya ke ruang tamu ditukar kea rah dapur pula.

“Morning..” sapanya sebaik memasuki ruang dapur. 3 pasang mata milik Datin Zaharah, Jasmin dan Mak Esah segera menoleh.

“Dah nak tengahari ni….” Sampuk Datin Zaharah.

“Mama masak ke? Wow…” Arif tersenyum2 melihat mamanya yang memakai apron dengan senduk di tangan. Datin Zaharah dihampiri. Arif menjenguk kea rah isi periuk di dapur.

“Nasi Bukhara?” soal Arif sebaik melihat nasi berwarna warni yang dicampur dengan daging  kambing berempah di dalam periuk. Datin Zaharah mengangguk.  Arif  memandang Jasmin yang berdiri di sebelah Datin Zaharah.

“Ni…budak ni buat apa kat sini? “ usiknya sambil tersenyum. Jasmin tidak menunjukkan sebarang riak muka. Kenal benar dia dengan perangai Arif yang suka mengusik kadang2.

“Dia tolong mama masakla..” ujar Datin Zaharah membela Jasmin. Bibir Jasmin mengukir senyum. Puas bila dirinya dipertahankan oleh Datin Zaharah.

“Pandai masak ke? Ke pandai tengok saja?” giat Arif lagi. Dia sudah beralih tempat, duduk di kerusi makan bersama Mak Esah.

“Pandai tengok..” balas Jasmin pendek. Datin Zaharah disisi dipandang sambil mereka berbalas senyum.

“Arif….sudah2lah tu…” tegur Datin Zaharah sambil tersenyum lagi. Jasmin senyum puas. Rasa hendak menari pun ada bila Datin Zaharah asyik membelanya.

“Oooo..kasih mama sudah beralih arah rupanya ya. Arif nak mengadu dengan papa..” kata Arif sambil tersenyum sumbing. Jasmin di sebelah mamanya masih tekun mengacau nasi. Langsung tidak memandangnya.

“Pergilah..” kata Datin Zaharah pula. Arif tarik muka. Mak Esah disebelah menepuk  bahunya sambil ketawa. Lucu benar dia melihat gelagat Arif yang merajuk. Jasmin menoleh memandang Arif dibelakangnya. Tahu merajuk rupanya lelaki ni….

Arif menjelirkan lidahnya kearah Jasmin secara sembunyi. Berkerut dahi Jasmin melihat. Perlahan2, mukanya dipandang kea rah Datin Zaharah yang sibuk memasak dalca. Jasmin menoleh ke belakang lagi. Arif dilihat masih memandangnya sambil mengunyah hirisan timun.

Secepat kilat, Jasmin menjelirkan lidahnya kembali lalu cepat2 dia memalingkan wajah ke depan. Memandang periuk nasi di atas dapur. Arif yang melihat terpana. Timun dibibir, tidak jadi hendak ditelan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 03:33 PM | Show all posts
Mereka mengaminkan doa makan yang dibaca oleh Datuk Muhaiyeen. Deretan hidangan ala Timur Tengah  memenuhi meja makan mewah yang diimport dari Sepanyol. Semua ahli keluarga berkumpul. Datuk Muhaiyeen duduk di kerusi utama. Datin Zaharah pula duduk di kerusi sisi bersama Jasmin dan Arif. . Mak Esah dan Pak Kadir duduk di meja sisi kanan atas jemputan Datuk Muhaiyeen untuk menyertai mereka makan tengahari.

“Jadi, sebelum makan, ni, papa nak cakap sikit…” Datuk MUhaiyeen memandang seluruh ahli keluarganya. Hatinya senang melihat wajah2 kesayangannya berada bersamanya.

“Kami, dari keluarga ni, nak meraikan kedatangan ahli baru keluarga ini, iaitu Jasmin…” Datuk Muhaiyeen memandang tepat ke wajah Jasmin. Jasmin terkedu, lalu memandang semua mata yang memandangnya.

“Papa harap, Jasmin dapat menjadi sebahagian dari keluarga ni. Jangan rasa segan. Jangan rasa rendah diri. Kami sekeluarga memang mengalu2kan kedatangan Jasmin. Terutama mama..” Datin Zaharah di sebelahnya dipandang. Datin Zaharah senyum mengangguk.

“Kami tak kisah apa latar belakang Jasmin sebelum ni. Apa yang lepas, biar lepas. Hidup mesti terus pandang ke depan. Anggaplah, apa yang berlaku pada hari ini, adalah ketentuan Tuhan yang kita sebagai hambanya ni, takkan pernah tahu bila jatuh naik hidup kita. Jadi, papa harap, Jasmin gembira di sini,” kata Datuk Muhaiyeen lagi.

Semua mata merenung Jasmin. Hati Jasmin begitu tersayat mendengar kata2 Datuk Muhaiyeen. Bibirnya bergetar menahan rasa. Semua wajah keluarga itu dipandang satu persatu. Suasana dimeja makan menjadi hening seketika.

Jasmin mengetap bibirnya, menahan sebak yang mula menyelinap ke tubir mata. Dia tidak pernah ada ayah. Dia tidak pernah ada ibu. Dia tidak pernah ada abang. Tiba2, hari ini, Tuhan memberinya semua itu.

“Ada apa2 yang Jas nak cakap?” soal Arif tiba2 di sebelahnya. Jasmin duduk di tengah2 di antara  Arif dan Datin Zaharah. Jasmin menoleh, memandang Arif disisinya. Arif senyum. Pandangan matanya seolah2 berkata, ‘luahkan saja apa yang Jas nak cakap!’ Jasmin senyum perit, kemudian memandang semua orang yang masih memandangnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 03:34 PM | Show all posts
“ Jas cuma nak cakap,  Jas betul2 terhutang budi dengan keluarga ni. Jas berterima kasih pada Tuhan kerana telah menjadikan Jas orang paling bertuah di dunia dengan mengenali keluarga ni.  Sekali lagi, terima kasih….” Jasmin sungguh2 menuturkan ucapan terima kasihnya. Lantas dia tunduk. Rasa malu menyelinap ruang hatinya bila melihat semua orang asyik tersenyum simpul kearahnya.

Datuk Muhaiyeen ketawa kecil. Begitu juga Datin Zaharah.

“Haa..jemput makan. Jas..makan! Jangan malu pulak nak makan..” pelawa Datuk MUhaiyeen lalu menjemput nasi di pinggan. Jasmin yang tunduk mengerut dahi, kemudian berpaling  kea rah Arif disebelahnya. Arif senyum sumbing memandangnya.

“Makanlah cepat! Tengok apa lagi…” ujar Arif separuh berbisik. Serta merta kerutan di dahi Jasmin hilang. Cepat2 dia menjemput nasi di pinggan lalu menyuap ke mulutnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 03:36 PM | Show all posts
“Kenapa abang tak nak kahwin? Kalau tak, mama tak payah susah2 nak ambil Jas sebagai anak angkat,” soal Jasmin. Dia dan Arif sedang duduk bersantai di hadapan kolam renang. Pokok2 bunga kertas yang tinggi beraneka warna, memayungi mereka.

“Belum jatuh cinta…” ringkas jawapan Arif. Jasmin tergelak kecil. Naik gelihati ketiaknya mendengar jawapan Arif.

“Memilih sangat kot…” usik Jasmin pula dalan nada ketawa yang masih bersisa. Arif turut sama tergelak bila melihat Jasmin ketawa. Cantik sungguh wajah Jasmin disimbah cahaya petang.

“Iyalah. Kahwin ni bukan perkara main2. Bukan untuk sehari dua. Tapi untuk selama2nya. Jadi kena pilih yang paling sesuai untuk diri sendiri lah..” kata Arif memperbetulkan persepsi Jasmin terhadap pendiriannya.

“Mmm…orang macam mana yang abang nak? Sampai susah sangat nak cari…” soal Jasmin. Majalah ditangan sudah diletak ke ribanya. Arif terdiam, kemudian mencongak. Dia menarik nafas dalam2. Sebetulnya,  dia sendiri tidak pernah terfikir, apa ciri2 wanita yang dicarinya. Hatinya berkata, jika sudah berjumpa orang yang dicari, hati akan segera mengenali.

“Bagilah jawapan secara spesifik. Nanti kalau Jas jumpa, Jas boleh beritahu mama. Jas yakin, tak sampai 1 minit Jas bagitau mama, dia terus siapkan rombongan meminang..” kata Jasmin lagi. Perihal Arif yang liat berkahwin sudah diceritakan panjang lebar oleh Datin Zaharah padanya.

“Hii…mama ni tak boleh simpan rahsia langsung!” rungut Arif. Buku di tangannya juga diletak ke meja tepi. Arif meninjau air kolam yang membiru. Sudah lama kolam tersebut tidak berusik.   Jasmin masih menanti jawapan.

“Susah nak cakaplah….nanti kalau abang dah jumpa, Jas orang pertama abang bagitahu..” dengus Arif lalu kembali membaca. Jasmin jungkit bahu, menyerah.

“Okay…” ringkas jawapan Jasmin lalu kembali membaca. Arif memandang Jasmin di kerusi sebelahnya.

“Min…!” tiba2 terdengar suara Datin Zaharah memanggil Jasmin dari pintu belakang yang mengadap kolam renang. Jasmin cepat2 bangun, meletakkan majalah di tangan ke meja. Pantas dia menghampiri Datin Zaharah. Arif merenung setiap langkah Jasmin yang meninggalkannya. Mulutnya melopong. Min???? Sejak bila panggilan ‘Jas’ bertukar menjadi ‘Min’?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.654481 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list