start undi dari 12 Dec 2014 hingga 12pm 11 Jan 2015
yang berkaitan Suamiku Encik Sotong ada pencalonan untuk kategori :-
1) Artis Baru Meletop - Aamyra Rosli
2) Drama TV Meletop - Suamiku Encik Sotong
3) Lagu Meletop - Perempuan (Lagu opening), Mewangi (lagu sisipan)
4) Pelakon TV Meletop - Amar Baharin, Amyraa Rosli, Sharnaz Ahmad
(ni payah sket ni sampai tiga2 pelakon tercalon utk satu kategori boleh pilih sorang jer sah2 aku pilih AbgIz kekeke)
5) Bintang Online Meletop - Haniz Zalika
nak senang undi donlod apps astro view boleh undi guna akaun fb dan twitter
1) download astro view mobile kat apps store or play store
2) pilih nak login ke nak register ke nak skip (skip je la senang)
3) pilih Anugerah Meletop Era
4) pilih nak undi dr twitter ke fb.. (Undi je dua2 ok!)
5) ada mcm2 kategori tu...
Artis Baru Meletop - Aamyra Rosli
Drama TV Meletop - Suamiku Encik Sotong
Lagu Meletop - Perempuan (Lagu opening), Mewangi (lagu sisipan)
Pelakon TV Meletop - Amar Baharin, Amyraa Rosli, Sharnaz Ahmad
Bintang Online Meletop - Haniz Zalika
utk PelakonTVMeletop aku undi AbgIz hehehehe boleh pilih satu jerr huhuhu
Erica tak nak bgtau AbgIz.. dia kata ini semua lakonan jerr
Erica nak gugurkan kandungan?? oh no..
p/s : yg tgk citer ni... chillaax ini sebuah cerita nak menyampaikan masalah sosial muda mudi zaman sekarang.... kalau emo2 tu biasalah... tp cerita ni nanti akan tunjukkan bukan end of the world kalau kita dah lakukan kesalahan masih ada ruang utk bertaubat kalau kita mencari... selalunya kita akan salahkan pelaku jer.. tak pernah nak tolong bawa org tu keluar dari kejahilan... so pandai2 korang la....
DEMAM drama bersiri Suamiku Encik Sotong masih belum reda di kalangan peminat drama yang diadaptasi daripada novel menggunakan judul sama itu.
Meskipun pada awalnya drama ini mendapat sambutan hebat daripada penonton, tetapi sejak kebelakangan ini timbul desas desus kurang enak mengenai drama tersebut.
Pun begitu, jika dilihat daripada sudut penerbitan karya asal, novel Suamiku Encik Sotong semakin mendapat perhatian sejak drama tersebut disiarkan di kaca televisyen.
Mendapatkan penulisnya mengenai perkara ini, jelas Syikin Zainal, dia tiada hak untuk menepis apa jua tanggapan penonton atau peminat mengenai drama perkara itu.
Katanya, terpulang kepada mereka untuk memberikan pendapat sama ada positif atau negatif.
"Bukan karya saya sahaja, mana-mana karya juga mempunyai peminat tersendiri.
"Ada yang suka dan juga tidak, jadi terpulang kepada individu tersebut," katanya.
Tambah Syikin, dia bagaimanapun berpuas hati dengan pihak penerbitan, pengarah, produksi dan pelakon yang telah memberikan komitmen terbaik untuk menjayakan Suamiku Encik Sotong.
"Bagi saya drama ini tiada cacat celanya, sebagai penulis apa yang saya lihat banyak babak-babak penting telah telah diselitkan bagi memantapkan plot drama itu.
"Bagaimanapun, untuk drama bersiri 20 episod, bukan semua dapat dimuatkan dan ia mungkin penyebab penonton yang telah membaca novel ini berasa kurang berpuas hati dengan jalan cerita yang disusun," katanya.
Tidak patah semangat
Berkongsi lanjut mengenai babak yang dikatakan kurang menjadi, penulis berusia 37 tahun ini memberitahu, bukan mudah untuk merealisasikan karakter yang dicipta oleh pelakon-pelakon terbabit.
"Ada juga saya dengar komen yang mengatakan pelakon kurang sesuai dan babak-babak yang tidak relevan.
"Tetapi semua itu punya alasan tersendiri. Sebagai penulis juga, sudah pasti karya yang saya sampaikan mempunyai mesej yang baik kepada pembaca dan penonton," katanya.
Ditanya apakah dia berkecil hati dengan respons masyarakat sekeliling, akui Syikin, dia sebaliknya gembira kerana mereka peka dengan apa yang terjadi kepada karyanya.
"Ini tidak akan mematahkan saya untuk menghasilkan lebih banyak karya jika novel saya diminta untuk diadaptasi ke drama lagi.
"Semua ini rezeki dan saya sangat gembira kerana karya dihasilkan dihargai," katanya sedang menghasilkan manuskrip terbaharu yang mengekalkan genre komedi romantik.
Suamiku Encik Sotong disiarkan di siarkan di Astro Prima, Ria dan Maya HD setiap Isnin jam 10.00 malam.
Drama ini turut menampilkan Shaarnaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin dan Hanis Zalikha sebagai teraju utama.
paling best epsd smlm scene masa erica kelar pergelangan tangan dia tu...farish dukung nk bwk g sepital dia ikat tgn erica dgn plastik
terus aku gelak besar....time serius tula ada lawak eh
sengal la farish ni...sapa nya idea tu? pengarah ke? atau nanaz sndri?
sbb aku tgk nanaz ni leh tahan biul gaktgk jela bloopers tu
eyka posted on 16-12-2014 09:22 AM
hahaha lawak.... bapak aku smlm lagi la... ada ke dia kata eleh setakat kerat tgn camtu... lambat ...
haha....statement bapak kau mmg kejam....
kita panik la kan bila ada org yg kita kenal g kerat pergelangan tngn tu...
takkan nk sembang2 kot....ajak mkn ns lemak ke..
aku tgk cite ni sekerat je...sampai umah smlm lmbt
mlm kang kena tgk stat dr mula