|
berenang pakai suar bermuda leh laju tak? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ReuK at 7-12-2006 01:48 PM
berenang pakai suar bermuda leh laju tak? :hmm:
tak leh laju sangat, nanti suar terlucut :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #539 HangPC2's post
aku suke ngn rivalry antara kitajima n hansens nih...tp xleh nak lawan rivalry between ian thorpe..grantt hackeett n phelps..aku tgk kitajima dah tak perform sejak menang Athens tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Asia: Chen letak China di landasan
JUARA bertahan Chen Zuo dari China memenangi emas pertamanya dalam renang di Sukan Asia kelmarin, memecahkan rekod Asia miliknya sendiri dalam acara 100 meter gaya bebas lelaki.
Chen kembali meletakkan pasukan lelaki China di atas landasan kemenangan selepas tiga hari yang mengecewakan, melakukan renangan terkawal dalam 50m pertama sebelum memecut meninggalkan perenang lain.
Perenang berusia 24 tahun itu menyentuh tembok penamat hampir satu saat lebih pantas daripada pencabarnya dalam masa 49.06s dan meraikan emas ketiga lelaki China dalam sukan ini,
Chen mengakui pasukan lelaki dalam tekanan untuk memenangi emas, walaupun dia menegaskan Olimpik adalah sasaran sebenar.
揝aya tidak fikir perenang lelaki beraksi dengan baik, tetapi sasaran kami untuk mempersiapkan diri bagi Olimpik 2008, |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Asia: Kemunculan terakhir Keng Liat gagal hasilkan sebarang pingat
DUA temasya menggalas harapan, Lim Keng Liat akhirnya tidak lagi mampu menjelmakan kilauan pingat dalam kemunculan terakhirnya di kolam renang Sukan Asia untuk Malaysia, malam tadi.
Ketika keazaman masih meluap-luap, Keng Liat bagaimanapun mendapati kuakannya tidak sepantas dulu apabila hanya terdaya menduduki tempat kelima acara akhir 50m kuak lentang di Pusat Akuatik Hamad.
Keng Liat mencatat kepantasan 26.06 saat, tertinggal kepada pemenang emas dari Jepun, Junya Koga yang melakar 25.40s. Pingat perak milik perenang China, Ouyang Kunpeng (25.47s) manakala gangsa menjadi milik Sung Min dari Korea dengan masa 25.57s.
Ia sekali gus adalah juga kali pertama Malaysia pulang dengan tangan kosong daripada kolam renang dalam tempoh lapan tahun, selepas Keng Liat menyumbang satu emas dan dua perak pada dua temasya sebelumnya.
揝aya tidak kecewa kerana sudah memberikan yang terbaik. Saya sebaliknya bangga kerana selama ini berjaya menaikkan nama Malaysia di pentas renang dunia.
揝ebelum ini, tiada yang mengenali Malaysia dan saya bangga kerana menjadi perenang pertama mengangkat martabat negara di peringkat saingan renang tertinggi, |
|
|
|
|
|
|
|
Keunggulan China berakhir
CHINA merasai pengalaman kegagalan skuad renang untuk memenuhi impian tinggi pada Sukan Asia 2006, tetapi pertaruhan negara itu yang menyenaraikan atlit remaja masih boleh dianggap berbaloi untuk persediaan menghadapi Olimpik 2008.
Keunggulan China dalam acara renang ditamatkan oleh Jepun sepanjang enam hari pertandingan yang tamat kelmarin, dan ketua jurulatih, Zhang Yadong paling terkejut selepas menjangkakan penguasaan China di Doha.
Dia tergamam dengan kekuatan Jepun dan kecemerlangan perenang remaja Korea Selatan, Park Tae-hwan dalam acara gaya bebas lelaki.
揘egara jiran sedang meningkat dengan pantas dan itu meletakkan kami dalam keadaan amat tertekan, |
|
|
|
|
|
|
|
Tae-hwan catat rekod renang 1500 meter gaya bebas
REMAJA Korea Selatan, Park Tae-hwan (gambar) menjadi atlit Asia pertama mencatat masa bawah 15 minit dalam acara renang 1500 meter gaya bebas dalam laluannya memenangi pingat emas ketiganya dalam Sukan Asia kelmarin.
Perenang berusia 17 tahun itu meninggalkan jauh pencabar lain pada jarak 1,000m dan berenang laju pada 100m terakhir untuk menamatkan saingan lapan saat meninggalkan pencabar terdekatnya untuk catatan rekod Sukan Asia 14:55.03s.
Juara berganda Pan Pacific itu juga memenangi pingat emas acara 200m dan 400m gaya bebas di Doha.
Qi Hui juga melengkapkan hatrik pingat emas untuk skuad renang China yang dalam keadaan tertekan dengan kemenangan meyakinkan dalam 200m rampaian individu wanita.
Juara dunia jarak dekat itu mencatat masa 2:11.92s, ketiga terpantas di dunia tahun ini, untuk menambah kejuaraan 200m kuak dada dan 400m rampaian individu yang dimenanginya.
Dia menggunakan kekuatan kuak dada dan kaki untuk menjarakkan diri dengan pencabar lain dan meninggalkan pasangan Jepun, Asami Kitagawa (2:14.51) dan Maiko Fujino (2:15.21) hampir tiga saat di belakang.
Qi menganggap prestasi cemerlangnya di Doha dibantu oleh pengalaman yang dimilikinya dan berkata dia akan membuat keputusan awal tahun depan sama ada untuk menumpukan perhatian terhadap acara kuak dada atau rampaian individu menjelang Sukan Olimpik Beijing.
揚engalaman saya membantu, ia Sukan Asia ketiga bagi saya, |
|
|
|
|
|
|
|
ciann keng liat... ikan dolphin retired :lol
okeh saper nyer turn pas ni nak ganti dia?
aku calonkan sherrina and akughi..
akugi pasal dia terer wat lawak, mesti leh menang bila perenang laen dah tak leh konsentrate ngn lawak dia ![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tebus kehampaan Sukan Komanwel
KILAUAN pingat perak acara 3m papan anjal serentak yang jadi miliknya di Pusat Akuatik Hamad, lewat malam kelmarin, jelas amat bermakna buat penerjun negara, Rossharisham Roslan.
揑a adalah penebus hampa saya selepas tidak berpeluang mengambil bahagian ketika Sukan Komanwel di Melbourne lalu, |
|
|
|
|
|
|
beskal_00 This user has been deleted
|
sapa nak berenang ngan kitaaaaaaaaa , waaaaaaa !! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #552 beskal_00's post
gi laaa ngn akughi...
dia ada kolam yg B.E.S.A.R
emel dia kat akughi@@yeehaaa.com |
|
|
|
|
|
|
|
ke mana yer si akughi tu menghilang..
rindu la dengan lawak si akughi tu..
smpai skrg pun kalau teringat mesti gelak sorang2..
ni pun tengah gelak ni kah..kah..kah..!!![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ha ha ha
Originally posted by ayuki at 14-12-2006 03:31 PM
ke mana yer si akughi tu menghilang..
rindu la dengan lawak si akughi tu..
smpai skrg pun kalau teringat mesti gelak sorang2..
ni pun tengah gelak ni kah..kah..kah..!!
ayuki kau gelak tu elok sikit, kan tertanggal gigi palsu |
|
|
|
|
|
|
|
ayuki,
gigimu dah sembuh ke blom? baju renang ngan cap dah standby tepi pintu. Kalau sok tak menjadi gak aku menggerakkan diri ke pool, tatau lah nak kata apa....harap2 cuaca pagi nnt elok. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayuki at 5-12-2006 04:46 PM
camner nak delete msg dlm P.M inbox yer.. aku punya inbox dah penuh and x dpt nak baca msg2 yg baru..
#x de pun butang 'delete' utk kita delete inbox msg tu..nak bukak msg tu pun dah x boleh ko ...
ayuki,
ko gi kat PM, click kat box PM mana yg ko nak delete. pastu kat bawah skali ada butang Submit. nanti PM2 yg ko dah pilih tu akan dibuang. |
|
|
|
|
|
|
|
hoorraayy, aku berjaya memasukkan diriku ke dlm swimming suit baru tanpa mengoyakkannya dan berjaya keluar dari suit itu tanpa merosakkannya. Best nye gi pool, tak ramai org. abis lenguh2 tangan.....nak gi lagi lah minggu depan :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sherrina at 15-12-2006 01:37 AM
ayuki,gigimu dah sembuh ke blom? baju renang ngan cap dah standby tepi pintu. Kalau sok tak menjadi gak aku menggerakkan diri ke pool, tatau lah nak kata apa....harap2 cuaca pagi nnt elok.
gigi I dah o.k la awak.. cuma masih kena pg follow-up lg 2 kali.. besok awak nak pg pool kt selayang tu yerk.. wokey jumpa awak kt sana nanti yerk.. :ting:
edit: eh.. dah pegi ker.. baru je plan nak g skodeng besok.. x per2.. minggu depan ada lagik.. sherina,jgn mare yerk..
[ Last edited by ayuki at 15-12-2006 12:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #558 sherrina's post
Sherrina, hang pi swimming pool mana? |
|
|
|
|
|
|
|
ayuki,
hahaha, dah pegi le. adoi, sakit2 bahu ni hah. maklumlah lama tak berenang. pulak tu yg bagus aku tak warm up apa pun, terjun aja dlm air.....adoii...
Red,
swimming pool Kompleks Sukan di Selayang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #561 sherrina's post
I see, good for you lah...Aku dah lama tak gi swimming ni, partly segan, partly keje banyak menimbun...excuses-excuses... hubby dah suggest dah soh pi swimming.... nantilah, once keje aku siap aku pun nak try gak lah gi public pool... |
|
|
|
|
|
|
| |
|