CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
Post time 9-7-2024 03:45 PM | Show all posts

novel infiniti cerita pasal adrian & klu ada buku missing pages, ada kisah kembar adrian tu. lupa dh nama kembar dia apa....hehehe sbb lama dhx baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingkarate replied at 9-7-2024 03:45 PM
novel infiniti cerita pasal adrian & klu ada buku missing pages, ada kisah kembar adrian tu. lupa  ...

Ooo cita berkait. Jenuh nak ingat thanks tau bagitau. Infiniti tu saya tak baca habis pun. Tak tau kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:27 AM | Show all posts
masterudeng82 replied at 9-7-2024 05:56 PM
Ooo cita berkait. Jenuh nak ingat  thanks tau bagitau. Infiniti tu saya tak baca habis pun. T ...

mungkin sbb citer dia pegi zaman ayah ma dia?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:30 AM | Show all posts
klu dlm missing pages tu, citer kembar dia ngan mak dia. kembar dia ada kebolehan jugak. klu adrian boleh tgk hantu & roh, kembar dia ni boleh panggil roh masuk ke dlm bdn dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2024 11:29 AM | Show all posts
Sebelum Nirnama berhadapan dengan Bagak Durjana bagai yang dihikayatkan di dalam Novel Nirnama, pendekar tanpa nama itu telah terlebih dahulu mengembara ke seluruh Tanah Semenanjung 5 tahun lamanya.

Komik Nirnama: Kelana Pendekar Tanpa Nama membawakan 10 kisah dari pengembaraan Nirnama tersebut. Dari sudut latar masa, kisah-kisah ini berlaku dalam sekitar dua tahun terakhir pengembaraan Nirnama di Tanah Semenanjung.

10 kisah ini padat dengan nilai murni, pesan-pesan kebaikan dan semestinya aksi pendekar daripada Nirnama!




hmmm dah lama habis baca buku ni
cuma takde masa nak update kat sini


ok lah jalan cerita ..
episode by episode ...
memang ada nilai murni


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2024 11:33 AM | Show all posts
Setelah selesai mengadap baginda Sulta, aku berjalan keluar daripada dek khusus baginda Sultan dan menarik nafas lega.Apa yang penting, baginda Sultan sudah diselamatkan dan keturunan-keturunannya terpelihara.Pandangaku, Kota Melaka itu memang sudah runtuh dan roboh.Tetapi, Empayar Kesultan Melayu Melaka sehingga kini tiada siapa yang mampu mengucap umum bahawa ia sudah tewas.Aku menyambung kebali melihat setiap inci bahtera yang aku sedang kagumi.Hatiku kuat berbicara mengatakan bahawa bahtera ini adalah mendam berahi.Sebuah bahtera yang terkenal dan digunapakai oleh Laksamana Hang Tuah.Berlayar laju merentasi benua dan saiznya agak besar berbanding kapal-kapal biasa.

Wallahualam, apa yang penting kini, aku berasa tenteram daripada hiruk-pikuk penjajah Portugis menerobos masuk Kota Melaka.Terkadang aku terfikir juga, apakah perasaan mereka melihat dalam mahligai istana Melaka nanti yang hanya tinggal sisa-sisa kekayaan bumi Melaka untuk tatapan mereka.Semestinya mereka marah, kecewa dan tidak puas hati dengan agenda permainan yang dirancang.Selepas beberapa ketika aku berjalan-jalan atas bahtera ini, akhirnya tiba juga di sebuah pulau.Kami berlabuh di sini untuk menyimpan peti-peti simpanan harta di sebuah tempat yang sangat sulit dan tersembunyi.Pulau ini tidaklah terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil.Setiap peti-peti tersebut diangkut keluar dan dibawa menuju ke sebuah ruangan khas yang terdapat di pulau tersebut.

Baginda Sultan kekal di dalam bahtera dan meneruskan pelayaran bersama nakhoda Laksamana Agung.Bersama denganku, Panglima Hijau untuk menguruskan penyimpanan peti-peti simpanan harta ke sebuah ruangan tersembunyi.Kami sampai di satu pulau yang sangat kecil dan kami perlu menyeberang laut cetek untuk ke pulau tersebut.Di pulau itu terdapat sebatang pokok yang sedang berbuah dengan lebatnya.

Tiba-tiba, muncul seorang tua serba putih yang datang entah dari mana lalu bersuara, "Inilah masanya!"


baru habis baca buku ni like 5 hari lepas kot
mmmm ambil masa nak habiskan
nak kata bosan takde
cuma masa jer kurang
kemudian baca sangat kesalahan
proof reader ke proof editing .. tak tahu macam mana diorang cek
ada ayat tergantung lagi ...
nak kata semangat baca .. takde lah sangat
cuma bagus lah budak muda menulis
cuma cuma ... haishhh sakit mata tengok ... bila ada kesalahan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2024 11:41 AM | Show all posts
Kedai buku kecil itu satu perhentian yang sederhana, tersembunyi di dalam lorong kecil, tersudut di sebuah kejiranan di pinggir kota Seoul. Di sebalik pintunya, Yeongju dengan senyuman yang jarang pudar menguruskan segala-galanya dengan bantuan Minjun, barista yang mahir dalam seni kopi.

Kedai Buku Hyunam-dong bukan sekadar tempat berteduh bagi tubuh, bahkan sebuah destinasi untuk berlabuh bagi jiwa-jiwa yang memiliki luka dan berasa kehilangan sebahagian daripada diri. Namun, membawa harapan dalam skala berbeza.

Di sini, mereka bersama-sama menemukan semula kilauan budi, empati dan solidariti yang mendamaikan dalam sebuah persahabatan. Buku-buku yang menghubungkan mereka, menyembuhkan luka. Dan perbualan-perbualan tulus penuh makna, mengingatkan bahawa tidak pernah terlewat untuk menamatkan plot lama dan memulakan kisah baharu dari halaman pertama.

Naskhah ini diterjemah oleh Azzah AR.


tengah baca buku ni ..
tak perlu rush baca buku ni
sebab jalan ceritanya takde terlalu cepat
sambil tu buat kita fikir juga lah


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Baek Se-hee spoke about her mental health in such a candid way. Although she didn’t shy away from revealing the difficult and dark parts of her experiences, and herself, she also filled this book with so much light.

It was wonderful to get this insight into her mind, and to see that we are all simply trying to be the best versions of ourselves.

Above all, my biggest take away from her story is how important it is to speak to people about how you’re feeling. I’ve always been a firm believer in sharing your thoughts and emotions with people you trust. Even though thoughts themselves have no weight, they can be a heavy burden. Sharing that burden with someone else, someone you trust and perhaps love, can not only lighten that burden, but it can also create a strong bond between you and that trusted person.

Isn’t being human so beautiful, with all these thoughts and feelings we share?

"I Want to Die But I Want to Eat Tteokpokki"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 17-8-2024 11:41 AM
Kedai buku kecil itu satu perhentian yang sederhana, tersembunyi di dalam lorong kecil, tersudut di  ...

interestingnya buku ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2024 12:47 PM | Show all posts
Romo tenat. Dalam keadaan itu, pemilik kilang Kretek Djagad Raja itu asyik menyebut nama seseorang; Jeng Yah. Ribut melanda seisi rumah! Ketiga-tiga anak lelakinya; Lebas, Tegar, dan Karim memutuskan untuk mencari pemilik nama misteri itu di seluruh pelosok Jawa sebelum ajal menjemput sang ayah.

Sepanjang pencarian, mereka menemukan jejak sejarah Kretek Djagad Raja sehingga menjadi pengeluar rokok nombor 1 di Indonesia. Kotak Pandora terbuka. Kisah cinta lama sang ayah dibongkar satu per satu, mendekatkan mereka kepada sisi peribadi lain sang ayah, sekali gus membongkar sebuah rahsia besar keluarga.


lupa nak add on
dah start baca 2 september 2024


anyway yang buku Selamat Datang Ke Kedai Buku Hyung-Nam Dong ni
buat kita terfikir mengenai kehidupan secara tak langsung ... ada me time tak
ada masa untuk keluarga tak
kekadang belajar tinggi tapi end up kerja yang tahap rendah
sebab dah takde kerja ... kerja janji ada wang untuk hidup


ada tu kerja non stop .. balik lewat tapi at the end depress
so kena ada work life balance ...
yes kerja jawatan rendah maybe kekurangan dari segi wang .. tapi ada masa untuk rehat
takde pening ...kurang tanggungjawab ...
kerja jawatan tinggi .. hmmm balik lewat bagai
bila sakit .. company tak pandang pekerja sebagai aset lagi ..


macam-macam difikir masa baca buku ni ...
up to individual semasa mejelajahi buku ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2024 12:52 PM | Show all posts
Dahulu di tanah leluhur ini dia menyulam kasih. Namun ada hati yang menegah lantas dia menerima takdir suatu perpisahan bertahun lamanya. Kini...dia pulang dengan rindu. Sayang...kemesraan itu tidak lama kerana perpisahan terjadi bagi kali kedua.


ni buku lama
dibaca selepas habis Selamat Datang ke Kedai Hyung-nam Dong
jalan cerita dari POV khailee, khadijah, faridah
cuma tertanya kenapa khailee ada 2 nama -- khailee @ tahir
rasa kesian sangat dengan watak khailee
balik kampung asal dalam keadaan sakit
tak tahu sakit Tibi atau kena buatan orang
cuba bina rumah pusaka semula pada masa yang sama


nasib pak sedara terima khailee dan jaga khailee semasa dia sakit
cinta terputus ditengah jalan dengan khadijah
tragik juga ...
khailee sanggup putuskan atas alasan masing-masing masih muda
dan elok ikut pilihan keluarga ...


endingnya agak dramatik bagi saya sebab tak sangka
persoalan terjawap masa part ending


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts


Kisah dua pewaris muda dari dua buah kerajaan yang terpaksa saling berbunuhan, untuk yang menang diangkat sebagai sultan/ratu.
Novel aksi–fantasi. Best, patutlah ramai bagi review positif.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2024 02:20 PM | Show all posts
Tiada jalan kembali lagi. Yang ada hanya jalan kematianmu!

Ini kisah Syukur, lelaki tua dengan sejarah hitam yang mahu dilupakan. Dia memencilkan diri di sebuah kampung. Hidupnya serba daif, namun dia bahagia.

Satu per satu dugaan mula melanda. Isterinya menghidap kanser pada tahap akhir dan dia dibenci oleh anak perempuannya. Hidup Syukur semakin tertekan apabila isterinya meninggal dunia. Anak perempuannya terjebak dalam sindiket pelacuran. Dunianya hancur apabila anak lelakinya pula dibunuh.

Demi kasih dan wasiat, dia menjejaki si pembunuh durjana dan berusaha menyelamatkan anak perempuannya. Dia terpaksa kembali ke dunia silam yang mahu dilupakan. Kembalinya Syukur mencetuskan konflik yang lebih menakutkan. Pembunuhan demi pembunuhan, pengkhianatan demi pengkhianatan. Tidak dijangka, musuh dari masa silam kembali memburunya. Syukur terpaksa mengharungi semuanya, demi kasih kepada anak.




tengah baca buku ni
tapi tersangkut sebab takde masa nak baca ...
bila ada masa .. dapat lah 1-5 pages ..
tu pun bila ada masa
sekarang part Syukur nak balas dendam kematian anak lelaki nya, Syakir
tunggu ....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2024 12:42 PM | Show all posts
Sesuai dengan judulnya, Alfu Sanatin yang bermaksud “seribu tahun”.

Ia bukan penulisan sejarah biasa. Ia adalah kembara seribu tahun. Pembaca akan dibawa dari satu fasa ke satu fasa empayar Islam menelusuri garis masa yang seragam.

Sepanjang perjalanan buku ini dari muka surat pertama, pembaca akan disajikan dengan kisah jatuh bangun seseorang raja dan kerajaan, tentang pahit maung seseorang panglima dan ilmuwan. Kesemuanya ini akan pembaca dapati secara teratur dan tersusun tanpa bercampur-campur antara masa, tempat, tokoh dan peristiwa.

Jika selama ini anda dapati Sejarah Islam itu terpisah-pisah dan berpintal-pintal, maka Alfu Sanatin adalah pembaris yang meluruskannnya. Ia akan membawa anda dari Madinah terus ke Kufah, meniti kerajaan Umayyah, menyaksikan tragedi Karbala yang berdarah, lalu terus ke Baghdad melihat Abasiyyah dan segala proses perkembangan mazhab dan fikrah.

Lalu kita terbang ke Andalusia melihat segala ciptaan sains dan perdebatan falsafah. Salam kenalan untuk al-Ghazali, Ibnu Sina dan yang lain, sebelum kita melangkah ke Mesir, ada Mongol perlu diusir. Kemudian kita berarak ke Baitul Maqdis, di belakang Salahuddin melawan salib. Belum sempat jatuh panji kita, terbit sinaran dari Uthmaniyyah, kita sertai al-Fatih membebaskan kota Konstantinopel seperti janji Rasulullah.

Perjalanan yang sepanjang seribu tahun ini berlaku antara dua Uthman. Ia bermula dengan pembunuhan Sayidina Uthman dan berakhir dengan jatuhnya khilafah Uthmaniyyah.

Nikmatilah! Perjalanan panjang tidak pernah seindah ini!






dari genre thriller, action, drama .. melompat ke genre sejarah islam
jauh sungguh ..
Sindiket II tu hmmm first phase ala drama

yer la anak tiri marah gila kat Syukur
then .. tuptup anak tiri lari dan jadi pelakon drama
femes ... dengan bantuan Ben Faris
so dalam konflik ada misterinya
akan tertanya siapa Syukur siapa Ben Faris
then akan muncul watak Tengku Kadir, Datuk Jay, Madam Kwan, Ramu, Robert aka Pendek .. dan macam-macam lagi
then masuk second phase .. dah masuk dunia mafia ..
scene lawan .. imagine jer la watak Syukur tu lawan guna image lama
memang mmm .. kejam
boleh bayangkan scene Keanu Reeves lawan dalam filem John Wick
babak lawan rasanya kejam lagi kot
guna kerambit jer ..
masuk third phase .. isu anak ... dan percintaan
kisah cinta lama timbul .. weeeee
siapa Jaceline? siapa Jacky?
then adakah Alya akan terima Syukur sebagai ayahnya?
endingnya ... expect the unexpected kot
sebab ingatkan totally happy ending
well sort of tapi bitter sad ending rasanya
for me lah yer



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 3-9-2024 12:47 PM
Romo tenat. Dalam keadaan itu, pemilik kilang Kretek Djagad Raja itu asyik menyebut nama seseorang;  ...

Macam menarik buku selamat datang ke kedai buku hyunam-dong ni. Boleh la add to cart
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tenga baca novel Empayar~Teme Abdullah. Hmm setakat ni masih boleh lagi teruskan baca. Cuma watak tu dia leta nombor jadi mcm kena fokus sikit.

Kisah tentang madrasah Taming Sari dalam kerajaan tanah melayu pada zaman dahulu.

Ni buku Teme yang kedua saya baca. Saya tak berapa minat dengan penulis tapi saya terpengaruh beli sebab anak aziz desa ada cakap pasal DYMM yang diambil dari buku ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry typo sebab taip guna fon.

Tenga = tengah
Leta = letak
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 10:32 AM | Show all posts
Edited by masterudeng82 at 15-10-2024 10:57 AM



Blurb ~

Jika kita boleh kembali ke masa lalu, mengubah hal-hal dahulu, membaiki kesilapan yang telah berlaku, lantas untuk apa kita risau akan masa hadapan?
Bujang - berjuang untuk memiliki cinta hati tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekeliling, namun tewas mengatasi perasaan dilemanya dan menjadikan dia seorang pengecut.


Adli - begitulah hal-hal yang selalu mengganggu dirinya, menjadikan dia seorang perindu akan masa lalu dan dibelenggu seribu penyesalan.



Namun, kehadiran "jam" yang misteri telah mengubah segala-galanya.


*** jalan cerita menarik, bahasa yang sangat indah, sedap bila kita baca. Cover buku pun cantik, salah satu sebab saya beli. Kisah time travel jugalah bila Bujang kembali ke zaman dulu menggunakan jam yang dia dapat dari kawan dia, Robert, untuk memperbaiki kembali hubungan cinta dengan May.  

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 10:52 AM | Show all posts
Edited by masterudeng82 at 15-10-2024 10:57 AM



*gambar ehsan google

Blurb ~
Aku bukan hantu... bukan syaitan!
Mukmin ditugaskan sebagai pengawal keselamatan di sebuah rumah agam di daerah pergunungan Kundasang. Seorang perempuan berbusana merah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kecuali Mukmin telah terperangkap di dalam rumah itu. Pertemuan misteri di antara mereka mengundang bencana.


Perempuan busana merah minta segera dikeluarkan dari rumah itu. Apabila berjaya dibawa keluar, Mukmin terjebak dalam bencana yang lebih dahsyat.

Berjayakah Mukmin mengharungi cabaran dan misteri bersama perempuan busana merah itu?

*** Saya dah stop beli novel RAM sejak dia sakit dan asyik sambungan Sunan, tapi kali ni terbeli walaupun 50/50. Okay, buku ni hmm, nak baca kena fokus, sebab takut lost. Bahasa simple je dalam buku ni sampai rasa mcm RAM dah hilang kick dia. Towards the end tu macam laju sikit dan plot twist tu yang mcm banyak pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 11:36 AM | Show all posts


Blurb ~
Pustakawan bukan sekadar menyusun buku di rak, atau duduk di sebalik meja sambil menjeling pengunjung yang membuat bising, juga bukan hanya mengecap buku yang mahu dipinjam pengunjung. Tugas mereka adalah lebih daripada itu.
Ada pustakawan yang mewakili negara mempersembahkan manuskrip langka ke persada dunia. Ada pustakawan yang membantu menterjemahkan buku cerita kanak-kanak kepada tulisan Braille. Ada juga pustakawan yang menjelajah ke kawasan terpencil membawa Perpustakaan Bergerak dalam bentuk bas agar kanak-kanak desa dapat membaca.
Memoir Pustakawan akan menyajikan kisah para pustakawan ini, yang bukan setakat merekod buku ke dalam sistem sahaja - tetapi turut membina hubungan, menyalakan rasa ingin tahu serta memperkayakan kehidupan.

*** buku ni cuma cerita pasal antologi pustakawan. Pustakawan berkongsi pengalaman sepanjang berkhidmat. Oklah, boleh bagi 3/5 rate.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.999408 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list