|
Originally posted by Jackie at 6-10-2006 10:51 PM
mana bleh makan sekali je. i puasa gak, tp makan ada 4-5 kali, sekali time berbuka, kul 10, kul 12, kul 5
Oh ok.. Noted. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jackie at 6-10-2006 10:51 PM
mana bleh makan sekali je. i puasa gak, tp makan ada 4-5 kali, sekali time berbuka, kul 10, kul 12, kul 5
:setuju: makan kena selalu, metabolisme badan akan turun kalau makan sket sgt....
tapi jgn pelahap then terus tido...
have small snacks every hour (small = 1-2 keping biskut wheatameal ke)
my body punye metabolisme totally screwed time memula posa arituh...
i always eat, small portions but always........ tetiba posa, badan terkejut...
tapi now dah okay.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat Melaka mana nak carik huh?
yang ada kat kampus tue tak menarik la... bayar murah jer, rm45 satu semester, 2 kali seminggu... |
|
|
|
|
|
|
|
i mean yang cam senamrobik, my fitness ke.. gym gym stuff laa |
|
|
|
|
|
|
|
1. Gym Rakyat Daerah Alor Gajah
Nama: En. Mohd. Fahmi b. Putih
Hubungi: Tel:06-3853282 Fax:06-3853018
Alamat: d/a Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, AG 9953, Tingkat Atas, Kompleks PKNM, 78000 Alor Gajah, Melaka
2 Gym Rakyat Daerah Jasin
Nama: En. Sudar b. Abu Hashim En. Mohd
Hubungi: Tel:06-5291841 Fax:06-5294496
Alamat: d/a Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, JKR 1773, Jalan Muhibah, 77000 Jasin, Melaka
3 Gym Rakyat Melaka
Nama: En. Mohd. Hafiz b. Ishak
Hubungi: Tel:06-2320055 Fax:06-2322645
Alamat: d/a Kompleks Belia dan Sukan Melaka, Ayer Keroh, 75450 Melaka
4 Ayer Keroh Country Club
Hubungi: Tel:06-233 2000 Fax:06-232 3578
Web: www.akcc.com.my
Alamat: Km 14.5, Jalan Ayer Keroh,75750 Melaka, Melaka
Ada gym kat Bandar Melaka tu, tp x ingat alamat. Dato' Wira punya. |
|
|
|
|
|
|
|
x silap jackie ni cikgu fitness, bdn ketoi² you :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jackie at 6-10-2006 10:51 PM
mana bleh makan sekali je. i puasa gak, tp makan ada 4-5 kali, sekali time berbuka, kul 10, kul 12, kul 5
naper x leh mkn skali jerk...kita pon x digalakkan mkn byk sgt masa beposer kan..
i x leh ler mkn byk2 kali cam u jack...kalu dh kerap mkn..kuantiti sure byk punyer...camno nk kurusss... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #547 fifie_olin's post
fifie..
its better that u makan sikit sikit kuantiti but frequent la.. thats better to our body.. mcm buka dengan kuih dulu..then makan bubur skit then after isyak.. makan nasi.. mcm tu la..
same mcm hari tak berpuasa.. makan banyak kali but kuantiti di kontrol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by beep at 9-10-2006 01:45 PM
fifie..
its better that u makan sikit sikit kuantiti but frequent la.. thats better to our body.. mcm buka dengan kuih dulu..then makan bubur skit then after isyak.. makan nasi.. mcm tu la..
sam ...
Tp kan, i ni pun ada masalah bulan puasa ni.
Takleh nak makan byk..masa puasa, lapar and bernafsu nk makan.
the moment berbuka, slalunya yg blh masuk perut is kurma, air kosong, kuih pau sebelah, murtabak sikit, lauk n sayur.
mula2 dulu, nasi pun takleh masuk. risau sgt takleh nak makan carbo..
try jugak nak makan around 1opm, usually taufu fa je dah kenyang.
baru 2-3 hari ni blh makan nasi..tp kalau makan nasi, bangun sahur, perut pedih gila.
sahur, i makan kurma, air kosong, sometimes susu and pisang..sahur ok..i bertenaga je the whole day.
part berbuka ngan mlm yg risau.
tp, kalau hari2 yg i exercise, ada la jugak selera nk makan byk sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #549 Ariys21's post
well.. i think most people face the same situation.. don't force mkn byk2..nanti rase nak termuntah or rase sgt lemah je after berbuka.. elok la ur care.. makan sikit2 dulu.. jgn perut rase nak meletop baru berenti.. gerenti boncit la nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #550 beep's post
The same prob with me.
Bila buka puasa.. walaupun makan normally tak banyak pun.. tapi akan kenyang lama sungguh. Bila nak makan lagi kol 10 tu mmg kena paksa diri la.
Tapi.. Nak try ikut saranan Jackie tu because I dont want my metabolism to go down. ANd besides, bila malam jer.. my body mesti nak exercise and active.. hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
bila makan kurang cam sehari saja di bulan puasa, dari mana badan dpt tenaga utk bergerak. even x workout tp daily live pun memerlukan kalori. body akan craving for kalori n bila x dpt dari luar, dia akan cari kat dlm. bila kat dlm dia xkan cari kalori form fat 1st tp akan cari from muscle. kata body, 'tuan aku ni x cukup makan ni', jd dia akan simpan fat sebagai sumber tenaga terakhir. jd bila kurang makan, body akan susut, nampak kecik, tp lembik, fat still tinggi. boleh faham x kalau cerita camni, why we need food.
soalan kedua, kalau kita makan byk dlm 1 masa iaitu time berbuka overdose. body akan amik yg mana perlu sahaja time tu, dia akan simpan kalori berlebihan dlm bentuk glikogen yg mana kalau x digunakan akan convert ke fat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dlm agama Islam, apa makanan yg sesuai utk berbuka? dah diajar melalui sunnah nabi, kurma. kenapa kurma. gula tinggi. jdkan sumber tenaga daripada carb, jgn daripada protein, rugi. ketika berbuka lebihkan yg bergula. yg senang digest. jgn cari yg amik masa utk digest dulu cam nasi n so on, bila bdn dah ok, baru masuk intake protein.
kalau kita check balik, sebenar ilmu2 diet ni bukan ilmu baru. dari dulu lg dah ada. bagai yg beragama islam mesti pernah dgr nabi pernah pesan, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. tu dah tunjuk frequency dlm makan.
[ Last edited by Jackie at 9-10-2006 04:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Part 11
Pemakanan Di Bulan Puasa
Disebabkan ramai yang bertanya pasal pemakanan di bulan puasa, saya tulis satu topik khas tentang cara-cara pemilihan makanan yang sihat pada bulan Ramadhan ini. Bila puasa di Malaysia ini saya kira agak pelik kalau dibandingkan dengan negara-negara Arab. Di negara-negara sana mereka mementingkan ibadah tetapi disini kita mementingkan makanan. Bazaar Ramadhan bermula seawal jam 3 petang dengan pelbagai juadah merapu. Dengan martabak kat sebelah kiri, juadah-juadah nasi berminyak di sebelah kanan, pelbagai jenis ayam dan lain-lain yang ada. Kita membeli mengikut nafsu tanpa mengambil kira nilai pemakanan dan kesannya.
Yang berbeza pada bulan puasa ialah kita makan pada waktu malam. Cara pemakanan tetap serupa. Makan sikit-sikit tapi kerap-kerap untuk membekalkan kalori yang mencukupi bagi keperluan badan. Keperluan asas badan setiap orang sahaja dalam anggaran 1500 kalori belum dicampur dengan kerja-kerja yang dilakukan sepanjang hari. Bila badan kekurangan makanan, badan akan bertindak untuk membakar otot-otot sebagai sumber tenaga. Badan tidak akan membakar lemak sebagai sumber, lemak akan disimpan sebagai sumber terakhir.
Apakah pemilihan makanan bagi yang berpuasa? Ketika berbuka, cari makanan yang bergula. Dalam sunnah nabi, kurma. Kenapa kurma? Kurma itu manis. Badan memerlukan karbohidrat ringkas setelah berpuasa dalam sehari. Jangan cari makanan kompleks seperti nasi dahulu. Nasi akan mengambil masa dalam 2 jam untuk dicernakan. Selepas makan makanan yang ringkas, elok solat dahulu. Beri badan rehat supaya badan dapat menerima makanan yang lebih selepas itu.
Pastikan makanan yang dimakan berkualiti. Pastikan semua vitamin dan mineral yang diperlukan cukup. Ketika berbuka digalakkan meminum air buah. Cuba elakkan air yang mengandungi kafein sebagai kopi. Kafein juga patut dielakkan ketika sahur. Makan mengikut piramid pemakanan. Benda yang baik kalau berlebihan pun akan jadi tidak elok untuk badan. Kurangkan makanan dari sumber lemak tepu seperti mentega, minyak sapi lebih-lebih lagi ketika hampir raya ini. Mulalah ada yang berbuka dengan kuih raya yang penuh dengan marjerin. Lebihkan pengambilan buah-buahan untuk sumber-sumber vitamin. Makanan semulajadi ini lebih elok dari sumber makanan tambahan.
Ketika sahur, pastikan ada makanan tinggi kandungan fiber, karbohidrat kompleks yang mana akan mengambil masa yang lama untuk dihadamkan. Pastikan kandungan garam cukup untuk menjaga otot tapi pastikan juga tidak berlebihan. Kandungan garam berlebihan di bulan puasa akan undang pelbagai jenis penyakit.
Ketika peringkat awal berpuasa, badan kita akan bertindak balas luar biasa dengan cara hidup kita yang baru. Bila baru mula berpuasa, badan akan cepat letih dan akan mudah marah disebabkan kandungan glukosa yang kurang. Kemudian kita akan rasa badan akan kurang selera makan. Walaupun kurang selera makan, pastikan makanan kita cukup. Kalau ada yang bersenam pada bulan puasa ini, pemakanan itu menjadi sangat-sangat penting. Selamat berpuasa.
Ditulis oleh Jackie
Ayat betul2 terabur. rasa2 faham kut. nanti kalau senang i edit balik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sukalah baca your "artikel", Jackie |
|
|
|
|
|
|
|
kalau makan kerap waktu malam tu
can u specify the time...
and boleh ke makan nasi dalam kuantiti
yang sikit tapi kerap after berbuka?
so kalau makan around 10pm pun still ok? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fairy_fairy at 9-10-2006 09:55 PM
kalau makan kerap waktu malam tu
can u specify the time...
and boleh ke makan nasi dalam kuantiti
yang sikit tapi kerap after berbuka?
so kalau makan around 10pm pun still ok?
kalau boleh nasi tu jgnla kerap sgt. dah mcm buat size la plak. kalau makan kul 10 nasi, jgn terus tido. better makan nasi time sahur. boleh guna tenaga time siang. contoh time makan, i punya makan time puasa, i eat once berbuka, then kul 10, kul 12, sahur. ni just contoh makan i yg paling simple bulan puasa. \
[ Last edited by Jackie at 9-10-2006 11:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
jackie..kalo slalu amik makanan yg diproses like sosej ker...chicken ball ker...bole x...tp masak nyer cara rebus or stim..xde la goreng2 tuh...then mkn skali ngan vege...sihat ker pemakanan cam nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fifie_olin at 10-10-2006 08:23 AM
jackie..kalo slalu amik makanan yg diproses like sosej ker...chicken ball ker...bole x...tp masak nyer cara rebus or stim..xde la goreng2 tuh...then mkn skali ngan vege...sihat ker pemakanan cam ni ...
senang je kalau nak kenal byk fat or kurang fat. kalau benda tu lembut, fat mmg tinggi. tp kalau kita masak camna pun, dia tetap keras, tu kurangla fat. tp rasanya kat malaysia ni semua high fat. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa nk teruskan exercise dibulan puasa tapi dah seminggu puasa masih terasa letih.
Plan nk buat stepper jer waktu petang kul 6-6.30. Lepas tu mandi dan bersedia utk berbuka..ok kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|