CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Jenayah] KEMAS KINI - Kes bunuh Nur Farah Kartini: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah.

[Copy link]
Post time 21-7-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 21-7-2024 09:54 AM
Sbb tu ada forumer kata.. suspek tak habis khatam module membunuh lg  

Keje tak clean

Knp dia bunuh ek....
Pdhal byk je org skandal, tak yah bunuh pun.....
Tanak...tinggalkn je ...
Klu pompuan tu tanak, dia byk skandal....pilih yg lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 21-7-2024 10:51 AM
dua_chzy replied at 21-7-2024 10:44 AM
Alip belut anak Sendayu Tinggi pun tak betul.


Nk gak tulis tu tadi....tapi tak sampai hati le pulak....

Mula org ramai letak nama alif ni dari ank syarifah aini lah....sejak tu ramai letak nama Alif...sebelum tu tak de pun....

Qayyum pulak bila uji rashid letak nama ank dia qayyum....ramai le ikut....

Sebelum tu nama budak lelaki biasa2 je
Skrg org letak nama ank ikut drama pkl 7....Qaseh, medina, qaisara....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 11:33 AM | Show all posts
Polis K9 temui simcard

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 11:33 AM | Show all posts
Simcard ditemui

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 11:39 AM | Show all posts
wahh pandainya K9.. simkad kecik camtu pun ko boleh cari dlm air..
moga sihat2 ya.. berbakti utk negara
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 21-7-2024 12:19 AM
Pangkat pun rendah kan tu..hehe

Tambah lg .bagus la kategori cikai a.k.a agak budus...ce bygkan d ...

B1 B2, selain dapat input dari Netflix plus rajin research kat ratus2, website, ( belajar teori), dorg jugak dapat belajar amali dari B3, yg banyak experience...opsss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 21-7-2024 09:54 AM
Sbb tu ada forumer kata.. suspek tak habis khatam module membunuh lg  

Keje tak clean

Suspek busy scandal beromi, busy berkebun, busy berprebet sapu..mana sempat nak study jadi pembunuh psiko kat Netflix

Itu yg xclean keje suspek
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 12:01 PM | Show all posts
zehra2 replied at 21-7-2024 11:39 AM
wahh pandainya K9.. simkad kecik camtu pun ko boleh cari dlm air..
moga sihat2 ya.. berbakti utk neg ...

Hebat kan
love sangat.. tabik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2024 09:16 PM | Show all posts
NASIONAL

TERKINI: Suspek pembunuh Nur Farah Kartini didakwa esok

Julai 25, 2024 @ 2:52pm

Oleh Nor Azizah Mokhtar
[email protected]



Gambar fail - Anggota polis berpangkat Lans Koperal akan didakwa di Mahkamah Majistret KKB esok atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah.


KUALA LUMPUR: Anggota polis yang ditahan berkait pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

"Ya, suspek akan dituduh esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ringkas.

Difahamkan, pertuduhan ke atas anggota polis berpangkat Lans Koperal itu akan dijalankan di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pagi esok.

Pada 15 Julai, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Penemuan mayat mangsa adalah hasil soal siasat ke atas suspek yang juga kenalan kepada mangsa.

Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 Julai hingga 22 Julai sebelum tempoh reman ke atasnya disambung tujuh hari lagi sehingga 29 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis Perak mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya yang bertugas di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.


Suspek yang berasal dari Melaka juga sudah mendirikan rumah tangga.

Dalam siasatan terhadap pembunuhan itu, pasukan penyiasat polis melakukan pelbagai operasi mencari dan mengesan bahan bukti di beberapa lokasi sekitar daerah Hulu Selangor dan Muallim dan Slim River di Perak.

Pencarian yang dijalankan oleh pasukan forensik termasuk unit skuba itu membawa kepada penemuan telefon bimbit dalam parit serta kunci kereta dan dompet dalam Sungai Trolak.


https://www.bharian.com.my/berit ... artini-didakwa-esok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2024 09:20 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2024 03:23 PM | Show all posts
NASIONAL

Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah

Julai 26, 2024 @ 10:34am

Oleh Suraya Ali
[email protected]



Lans Koperal Muhammad Alif Monjani diiringi anggota Polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pagi ini. NTSP/Asyraf Hamzah


KUALA KUBU BHARU: Seorang anggota polis daripada Balai Slim River, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bharu di sini, hari ini atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Tertuduh berusia 26 tahun itu didakwa membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabit di ladang kelapa sawit SKC Keledang, Mukim Hulu Bernam, antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang pada 15 Julai lalu.


Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.



Lans Koperal Muhammad Alif Monjani diiringi anggota Polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pagi ini. NTSP/Asyraf Hamzah


Ketika pertuduhan dibacakan, Muhammad Alif hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai Majistret, Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Harun dan Muhammad Azri Zakaria, sementara peguam Aida Zainuddin dan Aida Md Jaafar mewakili tertuduh.

Terdahulu, Ku Hayati memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes seterusnya.

"Saya mohon tarikh sebutan seterusnya bagi menyerahkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan laporan telekomunikasi," katanya pada prosiding yang dipenuhi ahli keluarga tertuduh dan mangsa serta media.


Mahkamah kemudian menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan kes sementara menunggu penyerahan laporan forensik (laporan DNA dan laporan syarikat telekomunikasi).

Sebelum prosiding bermula, seorang anggota polis memberi peringatan agar keluarga Muhammad Alif dan Nur Farah Kartini mengawal emosi semasa prosiding kes berlangsung.

Ketika dibawa keluar dari mahkamah, seorang anggota keluarga tertuduh dilihat mengangkat tangan tanda memberi semangat kepada Muhammad Alif.

Keluarga tertuduh yang ditemui di perkarangan mahkamah, berkata mereka dinasihatkan untuk tidak memberi sebarang komen oleh peguam.

Sementara itu wakil keluarga mangsa, berkata mereka bersyukur dengan perkembangan kes dan berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan oleh polis.



Ahli keluarga Nur Farah Kartini di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini. - NTSP/Asyraf Hamzah



Ahli keluarga Lans Koperal Alif Monjani di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini. - NTSP/Asyraf Hamzah


Terdahulu, suspek tiba di pekarangan kompleks mahkamah di sini pada jam 9.04 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian baju T serta seluar hitam, sambil dikawal rapi oleh anggota polis.

Masing-masing seorang wakil daripada keluarga mangsa dan keluarga tertuduh juga dilihat memasuki kamar mahkamah sejurus suspek dibawa masuk.

Lebih 30 pengamal media telah memenuhi pekarangan mahkamah bermula seawal jam 7 pagi tadi untuk membuat liputan pendakwaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan suspek yang juga seorang anggota polis akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Hussein juga dipetik berkata, siasatan kes itu telah selesai, dan perselisihan perhubungan dipercayai adalah punca gadis kelahiran Sarawak itu dibunuh.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira jam 6 petang, lima hari kemudian.

Penemuan mayat mangsa adalah hasil soal siasat ke atas suspek yang juga dikatakan kenalan kepada mangsa.

Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 Julai lalu sebelum tempoh reman ke atasnya disambung tujuh hari lagi hingga 29 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis Perak mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya yang bertugas di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim, dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek yang berasal dari Melaka juga sudah mendirikan rumah tangga.

Dalam siasatan kes pembunuhan itu, pasukan penyiasat polis melakukan pelbagai operasi mencari dan mengesan bahan bukti di beberapa lokasi meliputi sekitar daerah Hulu Selangor, Muallim dan Slim River di Perak.

Pencarian yang dijalankan oleh pasukan forensik, termasuk unit skuba itu antara lain membawa kepada penemuan telefon bimbit dalam parit serta kunci kereta dan dompet dalam Sungai Trolak.


https://www.bharian.com.my/berit ... kwa-bunuh-nur-farah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2024 03:24 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.121512 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list