CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nemobarracuda

✿ KPH - VILLA 96TH ~ BANZAIIIIII ABPBH JOM ✿

 Close [Copy link]
Post time 9-1-2012 08:30 PM | Show all posts
Anugerah Juara Lagu 26 : Alunan Muzik Bergelora

Webmaster TV3 09/01/2012 10:26:00

Debaran bagi para penggiat muzik tanahair kini bermula! Pastinya para peminat muzik tanahair tidak sabar menantikan saat apabila 12 buah lagu terbaik hasil nukilan dan garapan komposer dan penulis lirik tempatan bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 26 pada 29 Januari 2012 nanti! Selepas kemenangan Ana Raffali pada tahun lepas, lagu manakah pula yang bakal dinobatkan sebagai juara kali ini?

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9.00 - 11.30malam pada 29 Januari 2012, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan hebat lagi memukau daripada 11 artis berkumpulan dan solo seperti 3 Suara, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia & Monoloque, Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Latif dalam usaha mereka untuk menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 26!

Setelah lebih dua dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik. Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, elemen air telah dipilih sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini. Selari dengan arus pembangunan dan prestasi industri muzik kita, irama dan alunan lagu bagaikan aliran air yang tidak pernah putus dan turut berubah mengikut perkembangan semasa di mana para penggiat muzik sentiasa mengambil inisiatif untuk mencuba elemen-elemen baru dalam berkarya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar,  ”Setelah lebih dua dekad penganjurannya, Anugerah Juara Lagu terus mendapat perhatian dan kemunculannya bagaikan satu tradisi pemecah revolusi yang terus dinantikan setiap peminat muzik tanah air. Ini terbukti kerana saban tahun Anugerah Juara Lagu mendapat sambutan menggalakkan dengan mencatat jumlah peratusan penonton yang tinggi. Selain memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik tanah air, Anugerah Juara Lagu juga merupakan pencetus kepada perubahan dalam evolusi muzik tanah air.”

“Sudah menjadi matlamat kami untuk memastikan Anugerah Jura Lagu 26 terus diangkat sebagai acara yang berprestij dan pembuka tirai tahun 2012 yang hangat diperkatakan. AJL sering membawa konsep berlainan setiap tahun dan bersempena dengan ulangtahunnya yang ke-26, elemen air dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan di kemuncak acara gemilang ini. Pada malam berkenaan AJL26 akan diselang-selikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam bukan sahaja kepada persembahan para finalis, segmen pembuka tirai dan interlude, malah boleh dilihat dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung,” tambah Izham.

Anugerah Juara Lagu 26 dicetuskan oleh Celcom sebagai penaja rasmi. “Celcom amat berbangga kerana diberi peluang untuk mencetuskan Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26). Matlamat kami dalam AJL26 adalah untuk memberi pengiktirafan kepada lagu-lagu tempatan dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada para artis dan komposer untuk terus maju dalam industri muzik tanahair. Bagi merealisasikan matlamat ini, kami akan memperkenalkan satu kategori baru iaitu anugerah ‘Juara Mobile’ untuk mengiktiraf lagu yang telah mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak melalui The Cube, yang menawarkan kandungan hiburan digital masakini yang penuh dengan pelbagai kandungan tempatan mahupun antarabangsa yang mudah di akses melalui telefon mudah alih.” kata Afizulazha Abdullah, Ketua Pegawai Operasi, Data Lanjutan Celcom Axiata Berhad.

Para pelanggan Celcom juga berpeluang menyaksikan dan merasai kehebatan AJL26 secara langsung bersama para finalis AJL26  menerusi promosi The Cube, “Be Amongst The Star”di mana pelanggan hanya perlu muat turun ‘Call-Me-Tones’ AJL26 dan simpan sehingga 20 Januari 2012. 10 pemenang bertuah akan mendapat sepasang pas eksklusif untuk menyaksikan AJL26 secara langsung pada 29 Januari 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Melalui The Cube, para pelanggan juga berpeluang memenangi tiket-tiket percuma AJL26 dengan menyertai pelbagai promosi istimewa seperti menyanyi mana-mana lagu AJL26 dan hantar ke The Cube, melanggan AJL26 Celebrity Fan Page atau Gundumooz. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi The Cube dan untuk muat turun lagu-lagu finalis AJL26, dail *888# atau layari  HYPERLINK "http://m.thecube.my" m.thecube.my menerusi telefon mudah alih atau melalui laman web  HYPERLINK "http://www.thecube.my" www.thecube.my. (Senarai Call-Me-Tones finalis AJL26 adalah seperti dilampirkan)

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 26 bakal menyaksikan gandingan hebat Faizal Ismail (FBI) dengan Cheryl Samad sebagai hos. Dan lagi berita baik untuk seluruh peminat muzik tanahair, nantikan kemunculan istimewa Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid yang bakal menyemarakkan persembahan pembuka tirai AJL26 manakala segmen interlude pula menampilkan gandingan tiga penyanyi muda yang kini hangat menempa nama menerusi bakat vokal luar biasa mereka iaitu Black, Azlan The Typewriter dan Hazama.

Acara ‘Blue Carpet’ akan dimulakan pada jam 7.30malam dan dibawakan secara langsung melalui laman web rasmi AJL 26, www.tv3.com.my/ajl26. Selain corat-coret menarik di sebalik tabir Anugerah Juara Lagu 26, laman web rasmi AJL 26 juga menganjurkan peraduan TIRU GAYA ARTIS. Para peserta hanya perlu melakonkan kembali segmen persembahan pemenang Anugerah Juara Lagu sejak tahun 1986 sehingga tahun 2010 dan hantarkan video TIRU GAYA ARTIS  secara online. 10 peserta terbaik telah dipilih ke pusingan akhir di mana juara akan ditentukan berdasarkan undian awam bermula pada 2 Januari sehingga 20 Januari 2012. Pemenang bertuah ini bakal memenangi hadiah wang tunai RM5,000 di samping menjadi tetamu istimewa (VIP) di malam anugerah gilang gemilang nanti.

Bahang Anugerah Juara Lagu 26 disemarakkan lagi dengan roadshow daripada finalis AJL 26 seperti 3 Suara, Aizat, Alyah, Projek Pistol dan Hafiz di Plaza Angsana, Johor Bharu pada 8 Januari (Ahad) bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang. Selain itu, Kumpulan Illusi dan Hazama juga akan turun padang untuk bertemu peminat. Selain berhibur, orang ramai juga berpeluang untuk beramah-mesra dan mengenali dengan lebih dekat bintang-bintang pujaan mereka.

Orang ramai yang ingin menyaksikan Anugerah Juara Lagu 26 di Stadium Putra, Bukit Jalil juga berpeluang mendapatkan tiket-tiket VIP yang eksklusif melalui Hot FM dan MyTv3. Di samping itu, tiket-tiket percuma boleh diperolehi di Balai Pengawal, Sri Pentas, Bandar Utama pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Tiket adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.  

Sidang produksi Anugerah Juara Lagu 26 diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif sementara Nurhul Huda Haji Khalid bertindak sebagai Penerbit. Selain Celcom sebagai penaja rasmi, AJL 26 turut menampilkan Silkygirl selaku penaja bersama, Hot FM selaku radio rasmi dan Bentley Music sebagai penaja lokasi sidang media. Ikuti detik-detik persiapan Anugerah Juara Lagu 26 dan kemeriahan roadshow AJL 26 menerusi program ’Debaran AJL’ yang akan bersiaran pada 14, 21 dan 28 Januari 2012 (Sabtu) dari jam 5.00 – 6.00petang. Layari laman web rasmi  HYPERLINK "http://www.tv3.com.my/ajl26" www.tv3.com.my/ajl26 untuk maklumat lanjut.



Credits: tv3.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2012 08:34 PM | Show all posts
along
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 08:36 PM | Show all posts


                    Hafiz menyanyikan lagu Ombak Rindu dan Awan Nano.


Credits: syaisya.com
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 08:52 PM | Show all posts
bior betik??? habis la dorg spam segala FB and blog BH kalo betul nih.....
Along_XX Post at 9-1-2012 18:36

ekekekekekeke.......{:4_192:}
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 08:57 PM | Show all posts
Hafiz menyanyikan lagu Ombak Rindu dan Awan Nano.


Credits: syaisya.com  ...
delima Post at 9-1-2012 20:36


cer ko tgk VC yg AFTalent tepek tadi.....Hazama pakai suspender merah Hafiz....ekekekekeke....dorg ni mmg selalu sharing is caring....{:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 09:22 PM | Show all posts
bior betik??? habis la dorg spam segala FB and blog BH kalo betul nih.....
Along_XX Post at 9-1-2012 18:36


kah kah kah ......

mmg nama pun Gua kannnnn {:4_241:} {:4_241:} {:4_241:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2012 09:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by damia76 at 9-1-2012 21:42


artikel ni dah ada ke?? alah! tepek je la .... sekurang2nya lagi elok baca pasal AJL drp cita yg "terpesong" tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 05:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 08:47 AM | Show all posts
salam and good morning KPH!! ngatukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! zzzzzzZZZZZZZ
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 08:48 AM | Show all posts
thanks delima for the articles and pictures.....also to damia for the scanned article.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:32 AM | Show all posts
salam and good morning KPH!!  ngatukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! zzzzzzZZZZZZZ :sleep ...
Along_XX Post at 10-1-2012 08:47

w'salam & gud morning along.....
ko masih cuti ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:37 AM | Show all posts
cer ko tgk VC yg AFTalent tepek tadi.....Hazama pakai suspender merah Hafiz....ekekekekeke....do ...
Along_XX Post at 9-1-2012 20:57

ha'ah....masa aku tgk tu mmg aku dah perasan die pakai suspender merah tu...die pinjam apiz punyer ke die mmg ader yg serupa?...hehe....

harap2 apiz tak bawa suspender tu masa ke Indon nanti.....
baju dgn sluar yg die pakai ni mcm serupa dgn yg die pakai masa show kat Miri aritu kan?...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:41 AM | Show all posts
w'salam & gud morning along.....
ko masih cuti ke?....
delima Post at 10-1-2012 09:32


morning delima.....keje dah.....cuti lagi hujung bulan ni kot....nak habis kan carry forward aku yg melambak.....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:44 AM | Show all posts
ha'ah....masa aku tgk tu mmg aku dah perasan die pakai suspender merah tu...die pinjam apiz punyer ...
delima Post at 10-1-2012 09:37


Hafiz punya kot....both of them kan kat JB for AJL roadshow.....hehe budak2 AF ni biasa la kalo bab sharing is caring.....aku ada baca artikel pasal Aril.....dia cakap nanti dia, akim and hafiz ada a few program togeder-geder.....program astro.....huhu....x habes2 konsep sharing is caring nih....mencikkkkkk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:46 AM | Show all posts
morning delima.....keje dah.....cuti lagi hujung bulan ni kot....nak habis kan carry forward aku ...
Along_XX Post at 10-1-2012 09:41

amboi....byknyer cuti ko....hujung bln ni ko nak cuti utk sambut gong xi fa cai ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:53 AM | Show all posts
Hafiz punya kot....both of them kan kat JB for AJL roadshow.....hehe  budak2 AF ni biasa la ka ...
Along_XX Post at 10-1-2012 09:44

kongsi barang tak per....jgn kongsi awek sudah.....

hurmmm...tu la pasal....aku pun dah baca tadi....aku ingat dah takde lagi dah konsep sharing is caring ni sbb tgk dorg mcm dah bawa haluan msg2....sampai bila asteruk nak buat mcm tu?....asteruk ni mcm seolah2 nak mengeksploitasikan persahabatan artis2 AF....bila ader yg kononnyer bercinta mulalah nak soh berduet ke aper....pastu timbullah gosip yg ntah aper2 nanti.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 09:53 AM | Show all posts
amboi....byknyer cuti ko....hujung bln ni ko nak cuti utk sambut gong xi fa cai ke?...
delima Post at 10-1-2012 09:46


x.....aku sambut hari wilayah.....ekekekeke .....aku carry forward 8 hari ko tau x?.....tu belum campur annual leave aku tahun ni....yg berpuluh2 lemon.....bila aku kuar outstation aku kawtim dgn boss ambik cuti tanpa rekod lagik (since last year dah start ambek annual leave je).....huhu.... erkkkk.....poning pala nak abeskan cuti.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:24 AM | Show all posts
x.....aku sambut hari wilayah.....ekekekeke .....aku carry forward 8 hari ko tau x?.....tu bel ...
Along_XX Post at 10-1-2012 09:53

ishhhh...org lain pening pala nak abiskan keje....ko bole pulak pening pala nak abiskan cuti.....
thn ni ko ambik la cuti panjang sikit....bole gi CCL.....

ehhh...ko dah baca ke artikel dlm BH arini?...hurmmm....reputzz tu mcm nak mensensasikan statement apiz pasal die mengaku yg dorg tak pernah bercinta.....adehhh....tak abis2lah citer pasal kisah dorg berdua dlm paper.....aku rasa dah hampir smua paper melayu yg kluarkan citer putus cinta dorg ni kot....kalo kat internet tak payah nak cakap....kalo ko google je melambak je citer dorg dlm blog sapa2 ntah....

actually bagi pendapat aku la....silap apiz jgk...sepatutnyer die tak payah nak declare dorg bercinta pada mula2...juz kata kawan rapat je...biarlah reputzz nak tulis atau nak speku aper....dahlah masa tu nampak mcm die sajer yg beria2 bercinta....walhal pompuan tu asyik nak kaverline je terutama sekali masa kes dgn pengkid tu dulu.......jadi kalo dorg putus senyap2 pun takdelah citer tu jadi sensasi mcm ni kan?....dan apiz patut cakap dorg putus sbb tak serasi je....fullstop....tak payahlah nak bg tau sbb nak fokus kat karier atau sbb2 yg lain ke aper.....kdg2 kalo cakap lebih2 sgt pun susah...bukan org nak percaya pun terutama sekali org2 yg tak suker atau nak menjatuhkan karier die....biasalah...mulut manusia maner bole nak ditutup....sikap PHD tak habis2....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:44 AM | Show all posts
ishhhh...org lain pening pala nak abiskan keje....ko bole pulak pening pala nak abiskan cuti.....; ...
delima Post at 10-1-2012 10:24


erhmmm.....ntah la....aku tak faham apa yg reputz cuba buat....maybe just nak menangguk di air keruh pasal citer ni dapat coverage kat sumer media kot....so BH pun xnak ketinggalan.....huhu....pasal apa yg Hafiz cakap dulu tu....mmg betul la kot that he is trying to be a hero....nak tolong adira tapi rupanya makan diri sendiri....harap2 dia belajar la dari kesilapan tu.....kalo x buat kesilapan x belajar kan? hehehe...... apa2 pun Hafiz is femes skrg.....ekekekekeke awal - pertengahan tahun 2011 femes pasal AN, hujung tahun 2011 femes pasal OR.....awal tahun 2012 femes dgn gossip putus cinta.....nahhhhh!! ambik kauuuuuuuu!!! what else is in store for Hafiz this 2012? only Allah knows......harap2 lebih kepada kerjaya dia je la....no more gossip2 x berfaedah ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 11:34 AM | Show all posts
drpd FB ABPBH.....

Esok kami akan umumkan senarai Lima Teratas! Adakah semua bersedia?

Senarai top 5 akan diumumkan Rabu. Kami akan buat liputan terkini di Facebook, Twitter dan laman web www.abpbh.com.my. Tolong le like reramai, kalau nak tahu siapa masuk, siapa keluar.

Selalunya mereka yang hantar borang undi taklah kecewa sangat kalau beberapa artis favourite tak tersenarai dalam Top 5 ABPBH nanti, sbb anda dah lakukan terbaik. Tapi yang banyak tak puas hati, banyak complain adalah mereka yg tak buat undi. Borang undi ABPBH pun tak pernah tengok, tapi mereka ini yg byk cakap... Hehehe..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.173532 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list