CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adik^manis

(Update pg35)Qi Razali Belum Boleh Terima Aksi Intim Nelydia & Sharnaaz

[Copy link]
Post time 3-2-2014 12:25 AM | Show all posts
Isnin Februari 3, 2014

Qi Razali Mahu Kekasih Berlakon Dalam Filem Pendek Arahannya

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI



Qi bakal mengarahkan filem pendek pertamanya pada Mac depan.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Qi Razali berhasrat untuk menyunting kekasihnya, Nelydia Senrose berlakon dalam filem pendek pertama arahannya.

Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Razali, 36, berkata, pemilihan Nelydia bukan kerana dia kekasihnya tetapi yakin dengan kemampuan pelakon itu untuk membawakan watak yang diberikan nanti.

"Kami pernah berbincang mengenai perkara ini dan idea yang ingin saya ketengahkan dalam filem pendek itu nanti. Pemilihannya bukan bersifat peribadi tetapi yakin dia mampu membawa peranan itu nanti dengan baik," katanya kepada mStar Online.

Selain Nelydia, Qi berkata, dia juga berhasrat untuk mendapatkan Nabila Huda, Bront Palarae dan Beto Kusyairi berlakon dalam projeknya itu.

Dalam pada itu, Qi berkata, dia sudah lama memendam hasrat untuk mengarahkan filem berdurasi 10 minit itu yang mengangkat kisah percintaan.

Jelas Qi, dia ingin melihat sejauh mana kemampuannya dalam bidang pengarahan dan berharap ia akan diterima baik.



Nelydia Senrose.


"Idea untuk menghasilkan filem itu sudah lama saya pendam dan sedang dalam proses meminta bantuan seorang kenalan untuk menterjemahkannya ke dalam bentuk skrip.

"Penggambaran dijangka bermula pada Mac ini dan berharap stesen televisyen tempatan berminat untuk menayangkannya," katanya.

Bagaimanapun kata Qi, dia tidak berhasrat untuk berlakon bersama-sama dengan Nelydia dalam filem tersebut sebaliknya ingin memberikan tumpuan kepada pengarahan.

"Rasanya tidak perlu saya berlakon dalam filem ini kerana ia adalah projek pertama saya sebagai pengarah jadi tumpuan hanya diberikan kepada pengarahan sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Qi berkata, selepas sambutan Tahun Baru Cina, dia akan sibuk dengan penggambaran program travelog iaitu Destinasi Bajet Asia yang akan membawanya merantau ke pelbagai negara seperti Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand.

Malah kata Qi, dia juga akan bertindak sebagai hos sebuah rancangan masakan selain bakal berangkat ke Argentina untuk penggambaran program Art Attack musim keempat.



Credits: mstar.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2014 12:50 AM | Show all posts
achik2009 posted on 3-2-2014 12:25 AM
Isnin Februari 3, 2014

Qi Razali Mahu Kekasih Berlakon Dalam Filem Pendek Arahannya

ko tak berlakon pon takpe lah qi..aa saja drama lakonan ko yg mantap tuk di ingati??
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 12:54 AM | Show all posts
skymania posted on 3-2-2014 12:50 AM
ko tak berlakon pon takpe lah qi..aa saja drama lakonan ko yg mantap tuk di ingati??

dia saja je cakap tak nak berlakon dlm filem tu.....kaverline la tu....kang nanti ada pulak yg cakap dia tak nak kalah dgn sharnaz....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 01:23 AM | Show all posts

~NuNaMoFa~ (°o_O°) ‏@Nadiafauzee 11h
Terbaca kat paper. Diva ckp klu Qi Razali  nk kawin jgn pilih Nelydia. Setuju!


Nelydia Senrose ‏@NelydiaSenrose 8h
@Nadiafauzee iya ke ? Terima kasih 😊



Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 01:28 AM | Show all posts
achik2009 posted on 3-2-2014 12:25 AM
Isnin Februari 3, 2014

Qi Razali Mahu Kekasih Berlakon Dalam Filem Pendek Arahannya

blakon tak lepas ...nak mengarah pulak...apa2 jer la tokchi
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 08:02 AM | Show all posts
degil81 posted on 2-2-2014 11:23 PM
baru habis merempit BKATC ni.... aduiii ketat giler suar sharnaaz tau la skinhead..

haha.. tu scene masa bakal biras dia nk bg baju utk akad nikah...abg uwais tu sound...jgn seksi2 sgt.. tang sluar ketat tu...lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2014 08:08 AM | Show all posts
Soseh Soseh: Segan tonton dengan anak

Rakan SS bukanlah antisosial tetapi paparan babak dalam drama ini agak keterlaluan. Ketika drama itu mula disiarkan di satu saluran TV ini, rakan SS tak sempat nak menonton dan dia hanya mendengar komen daripada jiran tetangganya.

Memandangkan minggu lalu dia bercuti panjang dan tidak pergi ke mana-mana, dapatlah dia menonton drama bersiri itu. Tajuk drama ‘best’, pelakonnya pun bagus kerana berjaya berjiwa watak masing-masing dengan baik tetapi yang buat rakan SS serba salah nak menonton drama itu bersama anak-anaknya apabila tiba watak mesra antara hero dan heroinnya.

Dalam drama itu, hero dan heroin berkahwin tetapi mereka disyaratkan tidak boleh ‘bersama’ selama dua bulan. Oleh kerana rakan SS tidak menonton drama itu daripada awal jadi dia tak tahu kenapa mereka tidak boleh hidup sebagai suami isteri. Hero hanya boleh melawat isterinya di rumah pada waktu siang dengan diawasi pembantu rumah.

Barangkali kerana kemaruk, setiap kali bertemu si isteri menunjukkan kemesraan yang berlebihan, siap makan sambil bersilang tangan. Itu belum lagi adegan mengelap muka hero berkali-kali dengan tangannya.

Banyak lagilah adegan yang keterlaluan sehingga rakan SS terpaksa tukar ke saluran lain. Bukan kerana dia tak suka dengan jalan ceritanya tetapi dia segan menonton dengan anak-anak. Takkan nak dihalau anak keluar rumah semata-mata kerana dia nak menonton drama itu.

Pengarah kenalah menggunakan kreativiti untuk menggambarkan kemesraan watak sebagai suami dan isteri. Berlapiklah sikit!


SS: Patutlah kekasih heroin itu makan hati.



ala....SS tak payah lah nak kaverline sgt...tulis je lah tajuk drama tu sekali....

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sharnaz seksii..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2014 09:09 AM | Show all posts
rbmy posted on 2-2-2014 11:19 PM
menangis shila amzah.

menyesal tak guna. badan shananas dah kekarrrrrrr

Menyesal tak guna noks. Tu psl sheols gigih memback up tokchi segala....takutlh tu nely jatuh ke tgn shanaz.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 09:11 AM | Show all posts
nazsh posted on 3-2-2014 08:45 AM
Sharnaz seksii..

Giler tak seksi pakai seluar ketat2...haha.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 09:14 AM | Show all posts
over semacam pulak. bf saper tak marah.haha.
tapi qi tu berumo sangat la wpun muka budak2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 09:15 AM | Show all posts
dah korang ni kenapa
sanggup tgk boyfriend break dgn girlfriend dia semata2x nak memuaskan fantasi korang tu?
korang la yg x bole bezakan realiti dgn fantasi
mastura ngan jebat tu fantasi jelah adehhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 09:18 AM | Show all posts
rifhana_ilham posted on 3-2-2014 09:09 AM
Menyesal tak guna noks. Tu psl sheols gigih memback up tokchi segala....takutlh tu nely jatuh ke t ...

iyeke beb? cube tepek skit..
shila masih simpan hati la tu kekdahnye..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 09:18 AM | Show all posts
achik2009 posted on 3-2-2014 08:08 AM
Soseh Soseh: Segan tonton dengan anak

Rakan SS bukanlah antisosial tetapi paparan babak dalam dra ...

Kecoh lh reporter ni. Part sweet2 overdose tu lh yg dinanti-nantikan. Tak pyh lh tgk sekali dgn anak2 ...lagipun waktu siaran bkatc time anak2 dh tidur pun.  Klu masa ulangan tu tukar lh gi ceria ker...disney channel ker.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 09:26 AM | Show all posts
bambimbom posted on 3-2-2014 09:18 AM
iyeke beb? cube tepek skit..
shila masih simpan hati la tu kekdahnye..

Engkau cek jer twitter theols. Tiba2 je shila memfollow tokchi & nely & RT sindiran2 tokchi to shanaz. Sampai ada org suruh shila move on & tak pyh campur tgn dlm issue ni.Malu beb.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 09:28 AM | Show all posts
Anugerah Meletop - tolong jemput nanas and nel untuj announce anugerah kapel meletop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2014 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
carold posted on 2-2-2014 06:47 PM
Qi., apa kata ko try2 usha Lana Nordin
Dia tu pun dah tetingin sangat nak bernikah..
Dah sangat ma ...

Wakaka...cadangan yg sgt bernass lg panass kaka..no objection at all your honour!
Tak pun dgn zarina Af tu...dia pun tingin sgt nak menikah jgk dah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp sbnrnya..aku pun pelik jgk la...memandai je si qikeding ckp kwn2 dia yg dok tunjuk gabo2 intim tu...yg aku tau..dia mmg kaki stalk ig,twiter nely ada la..dh mcm pak gad nely kekdahnya..kdg2 org tak tag nama dia..pun dia bole reply..aduii...malu nk mengaku la pulak..hari2 bertenggek skodeng ig gf..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 3-2-2014 08:08 AM
Soseh Soseh: Segan tonton dengan anak

Rakan SS bukanlah antisosial tetapi paparan babak dalam dra ...

hahahaha... SS ni pun nak bergosip kaverina tapi terang2 dah semua hint tu merujuk kepada drama apa... chaitttt!

Yg tang p/s tu best! kekasih makan hati. Tok qi sentap tapi mengadu kat media. Pi lar tegur kekasih tu. Ada tegur ke tidak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 10:56 AM | Show all posts
trebadoure7 posted on 3-2-2014 09:15 AM
dah korang ni kenapa
sanggup tgk boyfriend break dgn girlfriend dia semata2x nak memuaskan fantasi  ...

fantasi forumer dan kegeletisan nely.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.102857 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list