|
[SERAM BEST] [Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #551 The Apprentice [F] - Pg:23 15/5
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 15-5-2017 12:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
doubleA replied at 15-5-2017 12:15 AM
Penunggu kubur maapkan ko
Yeahhhh ini la JC yg kita tunggu!! Muncul juga ko walau buk ...
Story ahaii tu hape? |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop replied at 15-5-2017 12:21 AM
Story ahaii tu hape?
Say "hai" |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-5-2017 12:35 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
doubleA replied at 15-5-2017 12:29 AM
Say "hai"
Ok. Haiiiiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Yeh..yeh... legend @jokes cop came bek... cam boo |
|
|
|
|
|
|
|
TITLE: The Apprentice [F]
TEMPAT: Putrajaya
LAIN2: Conts from The Apprentice [6]..
[QUICK RECAPS]
Previously on The Apprentice.. Aku kembali ke tabiat lama stay back office, tapi kenapa??
[The High-Caliber Individual]
3-4 weeks after, atas desakan my ex.. Aku terpaksa stay back dekat office.. Yes, my ex satu office dengan aku masa tu.. So biar aku ceritakan sikit pasal my ex.. She is my jam di-dinding terus berdetak-arrr.. Partner in crime and my seigi no mikata (read: allies of justice).. Bringer of calamity, also breeze of fresh air and hope.. Jessica Rabbit, Maleficent and Jennifer Garner traps in one personality.. My Yennefer of Vandenberg and my Triss Merigold.. Omega to my alpha.. With all that said, only fair kalau aku MBLBNS-kan ex aku Miss Bazooka..
Miss Bazooka and department dia kene stayback dekat office on friday night kalau xsilap aku sebab nak kene siapkan kerja yg tertangguh akibat perbuatan xbertamadun sepasukan App Dev yg delay delivery timeline.. And disebabkan dept dia consist of 3 people including her and that 3 people semua x berupaya menumbuhkan jambang secara semula jadi (read: wanita).. Aku sebagai seorang boyfriend yg bercaliber telah diarah oleh Miss Bazooka supaya teman team dia..
So, sebagai voluntarily-human-shield segala mushibah alam nyata dan ghaib, diriku mereput kesepian di cubicle sambil dengar bunyi derang menaip kerja, sekali-sekala aku kacau Miss Bazooka dalam messenger, reply hambar or lambat menunjukkan yg dia khusyuk menumpukan perhatian terhadap kerja, aku yg kesepian pun terus mereput di cubicle aku..
Sebab aku pun xplan nak stay malam plus masa siang aku bertugas secara normal, mata aku start berat bila jam dah lepas pukul satu.. 3 serangkai still focus dgn kerja bila aku menjenguk.. Aku pun start ambik bantal bawah meja aku and jalan masuk ke dalam surau.. In which, surau tu dgn cubicle Mizz Bazooka and the gang just 2-3 langkah.. Masuk dalam surau, aku tutup pintu, hempas badan and start merewang2 sebelum tidur..
[The Red Ruby]
5-10 minit aku merewang2 di alam fantasy, aku ternampak mcm ada bayang2 melintas dekat tingkap surau.. 2nd floor, and of course, sebalik tingkap tu xde balcony or apa2 tempat pemijak yg membolehkan sape2 melintas melainkan makhluk tersebut defying all physic law.. Dari sekali, ke 2 kali, dari 2 kali ke 3 kali.. Mata aku yg mcm nak terbiasa dengan adegan xbermoral pun dah start sangsi, adakah bayang2 mcm kain putih laju tu adalah lampu dari mana2 kenderaan yg lalu lalang.. So, aku pun menyamar Michael Ang (read: mengecil2kan mata untuk meng-adjust perspective)..
Lepas dah dapat full attention dari aku, bayang2 tu berhenti betul2 dekat tengah tingkap tu.. Wajahnya putih pucat, rambut umpama 3 botol sunsilk setiap pagi (read: lurus kebawah), mata yg lebih besar dari kebiasaan mata wanita biasa, di mana kelopak bawah mata tu hampir sama dengan paras lubang hidung membuatkan aku terus x perasan bentuk hidung akibat terlalu fixated dengan matanya yg xde pupil tapi hanya iris yg berwarna ruby, star ruby (read: merah pekat dan bersinar).. Dengan muka yg suram mcm mengenang kesedihan silam, Ruby-chan (note: MBLBNS) tenung aku.. Dan aku, aku yg 100% sure Ruby-chan ni bukan manusia, darah dalam badan aku automatically decide nak melanggar hukum biology.. Darah aku hilang.. Perasaan yg mmg biasa terjadi dekat aku masa dilanda episod seram.. Badan aku rasa tingling, bersemut2 diikuti kekejangan dibeberapa tempat seperti bibir, tengkuk, tangan dan kaki.. Aku paralyze.. Perlahan2 tingkap surau yg terkunci terbuka..
Aku ingat lagi bila jari2 yg hampir lutsinar dan pucat paut tingkap, angin malam mederu2 kuat sebab tingkap surau terbukak seluas2nya.. Ruby-chan masukkan separa badan kedalam surau sambil mata tajamnya still xlepas bertentangan dengan mata aku.. Aku still paralyze, jangankan bunyik ayat pelindung boleh dikeluarkan dari mulut aku, kentut pun mcm xberani nak keluar masa ni.. Tangan kiri Ruby-chan melambai macam nak mencapai aku yg masa tu baring sebelah pintu surau and tangan kana pulak paut tingkap, gaya dia mcm nak terjatuh keluar dari tingkap tapi semua dalam slow motion.. Badan aku yg still paralyze ni bergerak sedikit mendekati Ruby-chan.. Then, pulak tangan kanan sambil tangan kiri kuat memaut.. Macam memanggil aku keluar ke tingkap.. And tanpa kuasa badan aku terseret sikit lagi mendekati tingkap.. Altenate, setiap lambaian buat badan aku bergerak perlahan2 mendekati tingkap.. Mencanak2 tahap panik aku masa tu.. Nak jerit x boleh, nak bergerak x boleh..
Sampai satu tahap aku terkeluar dari badan aku (note: What the eff JC ni meraban?? please bare with me, keep calm, teruskan membaca).. Aku diawang2 sambil nampak dari arah loteng badan aku bergerak2 mendekati tingkap surau and Ruby-chan is there melambai2.. Aku yg aku rasa mcm dalam keadaan roh, terus terkam pergelangan tangan kanan aku bila tangan Ruby-chan dah start pegang pergelangan kaki aku.. Perasaan yg aku rasa masa pegang tangan aku tu sampai sekarang aku still ingat.. Sejuk mcm ais, mcm aku pegang ais yg keras.. X macam masa pegang tangan orang hidup, Miss Bazooka for example, tangan dia lembut, kecik, fragile, bila aku pegang, isinya mcm tengelam sikit and jari aku akan rasa tulang dia and the sensation is different.. Hurmm, ape aku nak tulis tadi?? Ohh tangan aku, tangan yg aku pegang mcm keras and isinya x tengelam, mcm pegang kayu yg keras and kejung, sejuk, mcm terasa rapuh, boleh pecah tapi still padu.. Aku tarik sekuat hati jasad aku and Ruby-chan pun tarik sekuat hati kaki aku..
Masa ni conflicting feeling dalam diri aku, perasaan dia mcm kaki aku putus mcm kene rentap dengan tali anchor kapal.. Tapi disebabkan aku yg sekarang ni dalam keadaan nampak kaki aku still intact, aku tau kaki aku x putus, but at the same time, sakit sangat.. Ruby-chan terus tarik kaki aku sekuat hati nak bawak badan aku keluar dari tingkap.. Then, jadiklah pergelutan tarik menarik between aku dengan Ruby-chan berebutkan ape benda yg kejang, sejuk dengan masing2 ada objective either nak keluarkan badan tu or nak keep badan tu dalam surau.. Dalam pada tu angin terus menderu2 and makin lama makin kuat, kepala ribut nak datang.. Aku xsure samada bunyik angin bergesel dengan celah tingkap or dari mulut Ruby-chan yg masih lagi tutup dan suram yg seakan bebentuk kepala piramid which is celah tingkap and kepala Ruby-chan mmg sebelah2, bunyik bersiul yg nyaring dan panjang mula kedengaran..
Sekali-sekala, bunyik siulan tu mcm bunyik merintih sedih or macam bunyik hujung esakan perempuan menangis pilu.. Masa tu entah mcm mana, aku dapat kekuatan yg agak luar biasa.. Macam meresap2 dalam badan and confident level naik mencanak2.. Aku pun jerit sekuat hati dekat umbun2 Ruby-chan (read: aku yg dalam bentuk gas yg jerit, bukan pepejal yg menyamar tali acara tarik tali) and rentap tangan aku sekuat hati.. Kaki aku yg posisi dia 2/3 dinding dari tingkap akhirnya terlepas dari gengaman Ruby-chan and hentak lantai sekuat2nya..
[The Boy Who Cried Wolf]
Aku terus terduduk (read: aku yg pepejal terduduk) and sandar dekat dinding, dalam hati aku berteriak, aku bukan lagi gas!!! #akubukanlagigas.. Lokasi aku yg betul2 bawah tingkap try nak re-collect apa yg jadi dekat aku.. aku jadi roh?? gas?? then aku jadik pepejal?? #akubukanlagigas, ape dah jadik??..
Masa aku tidur, memang posisi aku rapat pintu dengan alasan kalaulah Miss Bazooka or kawan2 dia masuk, aku terus terbangun supaya xdelah derang dapat tengok posisi tidur aku yg xsenonoh.. Walaupun aku lelaki, aku still xnak derang nampak gaya aku tidur.. But then, aku dah bersandar betul2 bawah tingkap??
Memang tingkap surau terkunci since of course limit perangai aku hanyalah boyfriend ber-caliber, which xde termaktub dalam buku boyfriend bercaliber dimana individu perlu tidur sambil bukak tingkap seluas2nya di kawasan office yg sunyi and di tempat yg agak terpencil.. But then, bila aku dongak ke atas, guess what, tingkap sudah terbukak luas sambil suasana angin menderu2 masuk..
Impossible kalau either Miss Bazooka or 2 lagi budak2 department dia which is Keretakebal (read: MBLBNS) atau Jetpejuang (read: MBLBNS) masuk kedalam surau and bukak tingkap luas-luas tanpa aku sedar.. Derang still kene langkah badan/kepala aku which is quite impossible kalau derang buat sebab seperti nama2 rekaan yg aku kasi, aku sangat sure korang boleh agak yg mereka berperangai lemah lembut dan bertatasusila.. Paling busuk pun, derang akan kejut aku dgn cucuk2 badan aku pakai kepala penyapu kayu suruh aku beralih sebab nak bukak tingkap..
Dan kepala ribut pun sampai, angin menderu makin kuat dan sekumpulan anjing dekat taman belakang office aku decide nak melolong mendayu2 buat aku berhenti menganalisa situasi and terus bangun and tarik tutup tingkap, lock, kutip bantal atas lantai and terus bukak pintu surau selaju2 mungkin untuk keluar.. Maybe sebab laju sangat, pintu surau hempas dinding kuat.. Masa aku keluar mata Miss Bazooka, Keretakebal dan Jetpejuang terus focus dekat aku.. Suara manja kecil Miss Bazooka pecah kesunyian floor sambil dia turunkan headphone..
Miss Bazooka: You, kenapa?
Aku diam sambil cuba senyum tawar buat 3-3 muka terus ikut aku yg berjalan ke arah cubicle.. Maybe sebab masing2 pakai headphone, derang xsedar yg hujan dah start turun selebat2nya dekat luar office.. Then, Miss Bazooka terus pusingkan kerusi office and tarik baju aku stop aku dari terus ke meja..
Miss Bazooka: Muka you pucat.. Kenapa?
Aku yg still in shock, x tahu nak jawap mcm mana.. Typical aku lepas fresh kene kacau, blur, confuse, x tau nak buat apa.. Aku just geleng2 kepala and jalan terus ke-meja.. Plus, aku rasa still inappropriate kalau nak cerita sebab aku still lagi dekat crime scene and kerja plus hujan buat kami stuck dekat office.. Tapi perasaan aku, aku rasa benda tu silly because pada aku benda tu mcm mimpi.. Which mimpi yg pelik..
Aku duduk dekat meja aku sambil tenung screen laptop.. Perlahan2 aku nampak Miss Bazooka pusing balik kerusi office mengadap laptop dia and pakai balik headphone dikepala which aku sure xde bunyi yg keluar.. Sebab masa tu, suasa office rasa lain, pada aku, pada 3 manusia lagi yg ada dalam tu.. Angin kuat, lolongan anjing yg sayup2 tengelam dengan bunyi hujan.. Suasana rasa mcm terpempam, berat dan menyesakkan nafas.. Aku capai mouse aku nak bukak IM (read: Instant Messenger) nak alert Miss Bazooka cepatkan kerja and jom blah dari office secepat mungkin (note: aku dgn Miss Bazooka carpool).. Tapi masa aku pegang mouse, aku nampak dekat pergelangan tangan aku hitam.. Lebam.. Aku belek2 pergelangan aku, kesan lebam tu memang mcm kesan 2 jari diatas dan 1 jari besar di bawah (read: ibu jari), mcm kesan gengaman.. Then, kaki aku start rasa pedih.. Aku pun try angkat nak letak atas kerusi, masa aku angkat kaku, aku rasa makin pedih..
Kesan melecet mcm sikit kulit tersiat, mcm 2nd degree burn mark betul2 dekat pergelangan kaki kanan aku.. Luka dia panjang and cover lebih separuh dari diameter pergelangan kaki aku, mcm ada tali bulu yg orang guna ikat kotak kapal yg besar (read: aku xsure apa nama) diikat kat tali aku and tali tu ditarik kuat2, so mcm tersiat.. Aku pun pegang bahagian tepi kulit yg tersiat tu and rasa pedih menyucuk2.. Maybe sebab tu aku ter-hissing sakit and Miss Bazooka dengar.. Dia pun bangun dari kerusi dia and jalan ke aku maybe senan gaya aku yg agak pelik mcm tengah makan mee tarik dekat kedai (read: sebelah kaki atas kerusi).. Sampai dekat meja aku dia pun terperanjat and tanya..
Miss Bazooka: Ehh, kenapa ni? Kaki you luka..
Pitching yg agak kuat tu menarik minat Keretakebal and Jetpejuang meluru ke arah meja aku masing2 nak tengok apa dah jadik.. Kepala otak aku berpusing kuat decide ape aku nak react.. Yerla, dah la ribut baru sampai and hujan memang lebat x hengat, kalau aku cerita apa yg jadi kat aku, aku 2 possibility, 1st aku dihencap beramai2 sebab maybe derang fikir aku nak cuba takutkan derang yg banyak kerja dan diakhiri dengan aku dihentak sebijik dua kerusi office (note: Keretakebal dan Jetpejuang, what do you expect) or 2nd, maybe mood seram naik mencanak2 and terus buat derang stop kerja mengakibatkan kepala ribut dari En. K bakal melanda dalam office pulak.. Setelah ketiga-tiga anti-tank squad mendesak kenapa kaki aku mcm baru lepas kene BDSM.. Aku terpaksa jawap:
JC: Err, I mimpi apa entah, tersepak dinding.. Teheheheee~~
At First, derang mcm xboleh terima reaction aku, tapi finally, Waris yg lepak dekat 3rd floor turun and jadi penyelamat keadaan bila tiba2 dia henjut pintu utama floor sekuat hati and terjerit2 meroyan sambil muka habis ketat..
Waris: Korang dengar x ada suara perempuan menangis tadi? Korang dengar x??
Sebab derang xtau kes Waris and En. K kene kacau and other, so salakan Waris mcm salakan kebiasan Waris yg lain.. So mood yg serious lepas tengok kaki aku tu pun jadi kendur sikit and maybe mati lepas Waris asyik ulang2 tanya soalan "Korang dengar x? Korang dengar x?".. Aku nak balas, "Aku dengar dalam mimpi", tapi xperlah, karang dengan aku2 sekali derang cop sewel, tu paling baiklah tu aku rasa.. Tapi, meja Waris dekat 3rd floor ni memang betul2 atas surau tempat aku tidur, so apa yg aku dengar mmg possibility kuat Waris dengar, dia selalu bukak tingkap sebab nak smoking so, high chance jugak..
So Keretakebal pun roll eyes and start balik ke meja dia menunjukkan lack of apathy.. Jetpejuang start keluarkan handbag and teraba2 cari lotion aloevera or something.. Miss Bazooka still lagi ada depan kaki aku membelek luka sambil menyamar michael ang, maybe ngilu or ape, aku xsure.. Waris plak, maybe tersentap dengan semua orang yg xlayan dia terus duduk jauh sikit dari dept ex aku and terus mengadap laptop xbercakap sepatah apa, takut?? Sentap?? Who knows.. Moral of the story dalam siri Aesop's Fables.. Kalau hari2 warn orang kampung ada wolf serang kambing dia, bila betul2 wolf datang, xde orang nak percaya..
[The Apprentice - Finale]
Sampai ke hari ni, aku still confuse ape yg jadi dekat aku malam tu.. Aku sure 100% aku mimpi, tapi sangat real, nak kate aku ade masalah sleep walking, aku xpernah ada masalah sebelum or selepas kejadian tu.. So, bukan aku yg bukak tingkap surau tu dalam masa aku tidur.. And kenapa kaki aku luka ? Aku rasa it is fair too say yg luka tu membentuk seolah2 mcm jari and dalam "mimpi" aku, Ruby-chan yg mcm ada unique fetish dgn kaki mcm sentuh kaki aku..
Suara angin, kepala ribut nak datang, anjing mendayu2, perempuan menangis pilu, semua aku dengar dalam mimpi.. Tapi semua terjadi dalam dunia nyata.. How? Aku separa sedar ke? and mimpi aku combine ke dengan suasana persekitaran aku? Aku memang tidur bergerak2, tapi dari pintu surau ke tingkap, adalah 5-6 kali aku kene golek baru sampai, xkanlah aku xsedar lansung.. Well point ni x berapa kuat, maybe aku still boleh bergolek2 tanpa aku sedar.. But still.. I dont know.. Aku just xtau ape jadi kat aku malam tu.. Standard jawapan yg aku dapat bila aku story kisah ni, lainkali jangan tidur dalam surau.. Why? Aku sampai sekarang x tahu and of course aku dah x tidur dalam surau..
And with that.. Thanks for reading..
-- SHELESAI --
[Aftermath - How to basic]
Mcm mana nak tukar status GF kepada ex-GF??
JC: Miss Bazooka, would you marry me ?
Miss Bazooka: Yes...
So with that, she is my ex GF, promoted to Miss Fiancee and now dah jadi Waifu..
Still my jam dinding terus berdetak-arrr...
Happy Mother's Day Waifuu!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
welkambekkkkkk
welkambekkkkkk
jgn risau JC, aku setia menyapot mu dr belakang
teruskan usaha jadik kaya!
teruskan usaha tulis lg cerita!
|
|
|
|
|
|
|
|
Cehh..sempat lg kau melawak..apapun welcome back..
Nk dkt puasa baru kau masuk..nk kena recall balik story2 kau yg lama2 tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
bravo2 bravo!
hilang rindu nk baca cerita JC! |
|
|
|
|
|
|
|
hai JC!!
ada update story, parking dulu!! malam kang baca.hepi teachers day!
|
|
|
|
|
|
|
|
Mimpi je tu
Thanks JC!! Happy mother's day to Mdm Bazooka |
|
|
|
|
|
|
|
Hoyeahh!! Hoyeahh!! JC is backk
TQ JC
|
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop replied at 15-5-2017 05:52 AM
TITLE: The Apprentice [F]
TEMPAT: Putrajaya
LAIN2: Conts from The Apprentice [6]..
encik jc yg emsemm ada lgi ke story nk post kt benang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
yeay....
akhirnya tamat sudah...tq JC xde la aku rasa mcm bergentayangan menunggu update
yg lain2...shuhhhhh shuhhhhhhhh
nak kunci pagar rumah...lepas ni dah xde update
kalau ada pun tunggu nak puasa tahun depan kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Best2.. harapnya next time ada lagi update.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mne jc ni da puase dah woii ak tggu ko |
|
|
|
|
|
|
|
dh xigt dh storyline cter ni. takkan kena backlog |
|
|
|
|
|
|
|
where are yusssss jc ..memangis ak tggu thread ko |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop replied at 15-5-2017 05:52 AM
TITLE: The Apprentice [F]
TEMPAT: Putrajaya
LAIN2: Conts from The Apprentice [6]..
Finally!! Sebelum ni skodeng tp JC still xde updet lagi,so terpakse lerrr berkuntum membawak diri (kenkununnye) kt bod lain sebagai pengubat rindu kt cter2 hantu-klasik-moden-klakar-antarabangsa JC ni...baru beberapa hari ni terbukak hati nak cek balik bod mps and jumpe benang jc..hepi gilss ase..thanks for the updet!!
Btw,xsgka kenal jgk cte seigi no mikata tuh ek,dah ler nama keliwon tu ltk "ruby-chan"..kiut2 je bunyi..and fyi, sy pernah gk alami bnde sama macam jc time kecik2 dulu,antara [email protected] bit similar cume benda tu die just lambai2 ikut tingkap je,and ble sy sedar mmg tingkap tu terbuka and time tu jugak hujan turun+angin bertiup2..tp terpaksa gagahkn diri pegi tutup tingkap tu,tkt nti basah lak bilik...smpai skrg mmg kompius,mcm separa realiti pun ada..
P/s: more stories jc!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan 8 jc oiii..adekah cerita ni akan bersambong bulan 8 tahun 2020 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-8-2017 12:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Yayahdin replied at 11-8-2017 01:30 PM
Bulan 8 jc oiii..adekah cerita ni akan bersambong bulan 8 tahun 2020
Cerita dah habis, xde sambung lagi dah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|