|
Originally posted by sue at 8-8-2006 10:02 AM
akak nak tanya.. huda panaskan oven lepas siap adun ker masa adun??? klu masa adun huda dah panaskan...oven tu dah terlalu panas..
akak selalu buat mcm nih.. dah siap adun baru panaskan o ...
kira half way adun huda panaskan oven. just in time je timer berbunyi, huda terus masukkan dlm oven |
|
|
|
|
|
|
|
huda, suhu 170 tu tinggi. shida biasa buat 150 dan masak biar lama sedikit. pasal acuan tinggi. lupa nak cakap semalam. |
|
|
|
|
|
|
sue This user has been deleted
|
Originally posted by nhuda at 8-8-2006 10:00 AM
huda guna suhu 170C. 1st 10mins huda guna api bawah je. another 10min huda guna api atas je pulak
aiseymen... akak ni tak reti la kalau oven pakai api ataih bwh nih... akak punya oven api bwh jek.. api gas.. hehe... |
|
|
|
|
|
|
sue This user has been deleted
|
Originally posted by shidaaziz at 8-8-2006 10:05 AM
huda, suhu 170 tu tinggi. shida biasa buat 150 dan masak biar lama sedikit. pasal acuan tinggi. lupa nak cakap semalam.
maybe betul kata shida ni huda.. sbb huda pakai oven zanussi tu eh... besor oven tuh.. & mufin tu skit jek..sbb tu panas sgt kot.. akak nyer muat saiz loyang muffin yg 6 biji tu jek...:nyorok::nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 8-8-2006 10:05 AM
huda, suhu 170 tu tinggi. shida biasa buat 150 dan masak biar lama sedikit. pasal acuan tinggi. lupa nak cakap semalam.
ermm...ok. mlm ni nak try lagi. guna suhu 150 je..
tapi mmg best makan time panas2 mlm tadi. habis berlumuih tangan ngan choc chips :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sue at 8-8-2006 10:07 AM
maybe betul kata shida ni huda.. sbb huda pakai oven zanussi tu eh... besor oven tuh.. & mufin tu skit jek..sbb tu panas sgt kot.. akak nyer muat saiz loyang muffin yg 6 biji tu jek...:ny ...
ooo..ok...huda punya yg 12 lobang..mlm ni huda nak eksperimen lagi..aku ku buat sampai berjaya..tunggu la hasil kejayaanku :lol
nway :tq: kak sue & shida |
|
|
|
|
|
|
sue This user has been deleted
|
Originally posted by nhuda at 8-8-2006 10:09 AM
ermm...ok. mlm ni nak try lagi. guna suhu 150 je..
tapi mmg best makan time panas2 mlm tadi. habis berlumuih tangan ngan choc chips :lol
:hmm::hmm:akak dpt bayangkan camner tuh...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sue at 8-8-2006 10:12 AM
:hmm::hmm:akak dpt bayangkan camner tuh...hehehe
sehingga menjilat jari :lol |
|
|
|
|
|
|
|
saya kalau buat muffin x guna mixer mesti bantat tak tau le kenapa. Fobia di buatnya. Saya dah try resepu muffin choc chip resepi Jo 3 kali tapi semua bantat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Norlida at 8-8-2006 04:18 PM
saya kalau buat muffin x guna mixer mesti bantat tak tau le kenapa. Fobia di buatnya. Saya dah try resepu muffin choc chip resepi Jo 3 kali tapi semua bantat.
Kak, kalau yang jenis gaul je tu, teknik kena betul. sebab tak boleh terlalu lama gaulnya. gaul sekadar nak menyatukan bahan kering & basah sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
ni ilmu membuat muffin yg ada dalam simpanan..sumber : dlm internet tapi dah lupa dr mana
Teknik asas membuat muffin adalah mudah. Bahan-bahan basah dicampurkan dalam bekas dan kemudian bahan-bahan kering dicampurkan untuk mendapat adunan yang sebati ratanya. Minyak atau mentega digunakan untuk mendapatkan muffin yang mempunyai texture coarse dan crumbly. Dalam sesetengah resipi, mentega dan gula dipukul untuk mendapatkan texture yang lebih lembut.
Campuran bahan-bahan cecair seperti susu, yoghurt dan jus buah-buahan juga membuat muffin lembut dan lembab. Bahan seperti oats dan bijiran direndam dan dilembutkan dalam bahan cecair sebelum dicampurkan kepada adunan muffin. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan
Bahan cecair dan bahan kering dicampurkan untuk mendapatkan adunan yang dapat disatukan rata. Mengacau adunan muffin selalu tidak lebih dari 15 saat. Adunan yang bergumpal dan tidak rata adalah biasa sewaktu membuat muffin. Adunan muffin yang terlalu dikacau akan menjadi liat, mendap dan tidak sedap. Diana selalu menggunakan spatula sewaktu mengacau muffin untuk lebih senang dapat mengagak consistency adunan muffin berbanding dengan menggunakan mesin bancuhan yang agak sukar kita mengagak kerana terlalu cepat.
Gunakan tepung serbaguna (tepung gandum) kecuali sekiranya resipi mengatakan yang berlainan. Pastry dan tepung cake selalunya tidak suai digunakan kerana muffin akan menjadi terlalu lembut dan bentuknya akan berubah.
Isikan mangkuk cup muffin hanya tiga suku penuh untuk adunan yang ringan dan untuk adunan yang berat isikan adunan hingga penuh. Gunakan sudu, senduk kayu ataupun ice-cream scoop untuk mengisikan adunan kedalam mangkuk muffin.
Bila membakar muffin gunakan rak tengah dalam ketuhar untuk mendapatkan muffin yang cantik. Muffin boleh dikatakan masak bila permukaannya naik dan kering bila dipegang dan tepi muffin senang terkeluar dari loyang. Boleh juga menggunakan lidi untuk test muffin, jika lidi keluar bersih bermakna muffin sudah pun masak. Muffin sedap dimakan pada hari ia dibakar, dan ia juga boleh dibekukan dalam peti sejuk. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Zaima & Shida terima kasih banyak2 sebab bagi tips ni. Kita kena fold shj ke tak blek kacau ye. Hari tu kita cuba tips yang zack bagi tapi failed juda. Salah saya le tu. Tapi kalau buat guna mixer jadi pulak muffin tu. Muffin kalau jadi, dia ringan je kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Norlida at 8-8-2006 05:22 PM
Zaima & Shida terima kasih banyak2 sebab bagi tips ni. Kita kena fold shj ke tak blek kacau ye. Hari tu kita cuba tips yang zack bagi tapi failed juda. Salah saya le tu. Tapi kalau buat guna mi ...
kak, teknik kaup ni yang shida paling suka. pasal tak payah pakai mixer gara-gara malas :bgrin: teknik ni paling asas & senang. muffin tak de lah ringan sangat. kalau ringan sangat tu dah jadi kek. dia memang berat sikit. tapi bukan bantat & macam bergetah. kalau jadi macam getah tu (anjal) maknanya kita terlebih gaul le. |
|
|
|
|
|
|
|
2nd attempt. Berjaya :music::music::pompom: w/pun ada tak puas ati lagi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sue This user has been deleted
|
Originally posted by nhuda at 9-8-2006 08:57 AM
2nd attempt. Berjaya :music::music::pompom: w/pun ada tak puas ati lagi
...
apa lagi yg x pueh hati huda?? |
|
|
|
|
|
|
|
hah.... dah membuak dah tu huda :clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sue at 9-8-2006 09:16 AM
apa lagi yg x pueh hati huda??
ghupa dia tak cung arrr...main bubuh jer dlm cup tu...heheheh...choc chips tu pun byk sgt..tak sedap plak letak byk2...
[ Last edited by nhuda at 9-8-2006 09:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 9-8-2006 09:29 AM
hah.... dah membuak dah tu huda :clap:
membuak tapi tak sama saiz..hehehe..huda guna suhu 150C. mula2 guna api bawah 15min, pahtu baru api atas..skali tengah ada tak masak lagi. huda masak 10min lagi api bawah...
rasanya dah tau dah nak adjust tang mana bab oven ni...lepas ni klau buat lg nak try guna api bawah lagi lama dr api atas |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nhuda at 9-8-2006 09:41 AM
membuak tapi tak sama saiz..hehehe..huda guna suhu 150C. mula2 guna api bawah 15min, pahtu baru api atas..skali tengah ada tak masak lagi. huda masak 10min lagi api bawah...
rasanya dah tau ...
haah huda, api bawah guna lama. biasanya kalau masak muffin shida buat bawah dalam 20-25 minit. kemudian tukar atas bawah. kena pandai adjust le. yang ni tak de dalam buku tau :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
| |
|