CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pisangmasak

[Lain-Lain] JANGAN PANDANG BELAKANG

[Copy link]
Post time 25-4-2007 04:33 PM | Show all posts
uishhh serammmm citer ni.macam ayam serammmmmmaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2007 05:15 PM | Show all posts
best gler citer ni..seram sesgt!!!!!!
jgn pandg blakang!!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 10:56 PM | Show all posts
menyesal aku pi tgk cerita ni tadi...... bosan

hero berlakon streotype... semua filem dia berlakon cam gitu
heroin berlakon macam kayu
opah cakap perak tak konsisten, kejap ayor, kejap air
jalaluddin hasan....macam hampeh.....bosannnnnnnnnnnn
hantu laki dalam lif, nampak bertampal tampal kertasnya....
hantu nya dipaparkan terlalu lama, hilang seram dah.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 09:51 AM | Show all posts
Aku malas baca dari page 1 - page 10. Aku nak tau satu jer .. ada tak jual DVD cerita ni? lama sungguh tak tengok cerita hantu orang Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 09:53 AM | Show all posts
nk g tgk citer ni sat g...nanti br ak leh komen.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 01:45 PM | Show all posts
dah tgk citer ni...so far oklah...spoil pompuan heroin tuh kaku..perasan tak mak lang tu jual nasik lemak 2 kuih lepat 2 harga singgit je???gemuk la aku duk kampung kalau gitu mughoh bebenonya...

suka sangat ngan opahh...maghri ler masukkkk..hehe...tapi aku heran nape hantu tuh ikut je memula lepas tu dah makan nasik tuh dia boleh masuk2 plak badan org..hehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2007 02:37 PM | Show all posts

Reply #566 Lady Capulette's post

itu ler antu
makhluk tak ada akal
tindakan diorg tak masuk akal
tak ada planning
kalau tak takkkan dia senang kena tipu dgn jagung rebus
tp ada gak manusia yg berkawan dgn diorg dan ikut kata diorg
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 04:28 PM | Show all posts
Memang aku skeptik dengan filem ni pada awalnya. Bukan sebab aku bias kpd Ahmad Idham atau Metrowealth (ataupun pada filem melayu keseluruhannya). Tapi sebab filem-filem genre horror ni memang susah nak dibikin elok sekarang ni, susah nak melompat keluar daripada klise-klise filem-filem seram yang lampau. Dan memang, susah nak bagi orang rasa takut. Lagi-lagi untuk peminat kuat filem-filem seram. Patutlah kebanyakan filem-filem horror dari Barat(British terutamanya) dah macam tak mau bikin filem seram yang 'tradisional' macam ni. Menyumbat unsur-unsur satira atau komedi untuk menutup lobang-lobang 'klise' tu.  

Aku puji Jangan Pandang Belakang. Walaupun babak-babak melodrama awal yang agak lama dan menjengkelkan tu hampir-hampir merangsang aku untuk keluar dari panggung. Ditambah lagi dengan pelakon wanita utama ntah-sape-nama tu yang macam haram tak reti berlakon, kontrol cun je keje (Walaupun memang cun jugak sebenarnya). Tapi bila dah masuk part seramnya tu, dipendekkan cerita memang seram lah kan. Keras juga aku pegang kerusi.

Filem ni lebih kepada gaya 'episodic', menayangkan satu demi satu episod seram yang memang secara strukturnya, tak bawak apa-apa perkembangan pada jalan cerita. Tak kisahlah, asalkan 'episod-episod' tu dilaksanakan dengan baik dan berjaya buat jantung penonton gugur dari semasa ke semasa. Pembinaan tension, atmosphere, dan sound effect yang sangat boleh dipuji.  Dan aku terperanjat juga dengan gaya arahan Ahmad Idham yang 'humble', yang secara keseluruhannya tak 'lebih-lebih' macam kebanyakan pengarah filem 'mainstream' lain. Tak ada dah pelakon-pelakon yang menjerit melolong mengalahkan penonton sendiri. 'Pacing' nya pun sabar, tak terburu-buru nak tayang hantu depan-depan. Banyak bermain dengan kuasa imaginasi penonton sendiri. Apa yang kita tak nampak itu lebih seram, macam masa babak-babak Opah berinteraksi dengan 'kawan' Darma.

Tapi aku rasa kejayaan filem ini adalah disebabkan Pierre Andre. Skrip dia yang bijak. Memang dia buat homework. Buat kajian tentang kisah-kisah hantu yang biasa kita dengar(yang boleh kita kaitkan), dan sejarahnya juga. Sempat juga diselitkan elemen-elemen komentar dan humor secukup rasa. Aku berani kata, ini filem Seram Melayu terbaik pernah aku tonton. Aku ulangi, yang PERNAH aku tonton.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2007 04:37 PM | Show all posts
adik su p tgk kat mid valley... dia kata takut sangat... yea ke takut ni... dia kata org sakit jantung takleh tgk... takkan seram sangat kut...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 04:43 PM | Show all posts

Reply #569 lonely_surina's post

seram su
tp keseraman tu ada di cover dgn unsur lawak dlm citer ni
dan lawak tu pulak bukan lawak bodo
secara keseluruhan mmg aku rasa puas ati
walau ada masa aku tak tgk antu nyer sebab tutup muka
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 05:50 PM | Show all posts
cite ni aku tgk last week..huhuhu...kire seram gak la..ngn hantu die yg hodoh tu...tp paling best part opah tu la..aku suka...pastu part cat farish tlg repair kete...lawak giler...hahahaha....bile time hantu tu nk muncul aku dh start tutp mate...hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 06:34 PM | Show all posts
DAH BERAPA JUTA CITE NE?HARAP DAPAT PINTAS SEMBILU
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 06:56 PM | Show all posts
citer ni baru 1..juta apo plak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 09:05 PM | Show all posts
Originally posted by maberik at 26-4-2007 04:28 PM
Memang aku skeptik dengan filem ni pada awalnya. Bukan sebab aku bias kpd Ahmad Idham atau Metrowealth (ataupun pada filem melayu keseluruhannya). Tapi sebab filem-filem genre horror ni memang su ...

Aku puji Jangan Pandang Belakang. Walaupun babak-babak melodrama awal yang agak lama dan menjengkelkan tu hampir-hampir merangsang aku untuk keluar dari panggung. Ditambah lagi dengan pelakon wanita utama ntah-sape-nama tu yang macam haram tak reti berlakon, kontrol cun je keje (Walaupun memang cun jugak sebenarnya). Tapi bila dah masuk part seramnya tu, dipendekkan cerita memang seram lah kan. Keras juga aku pegang kerusi.


aku rasa nak lempang je pompan tu.  muka takde perasaan. :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 09:05 PM | Show all posts

Reply #555 pisangmasak's post

pompan india tu tk dpt kredit ke dlm filem ni? takkan tak letak nama...kesian dia dh penat2 belakon jd hantu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 09:37 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 7-4-2007 04:25 PM
kalo pierre andre & intan ape ntah tu tak belakon as hero-heroin, this film would be better...aku benci tengok pierre dari seawal filem ni lagi...1st time yg dia marah seri sebab rose bunuh diri tu dah kelakar dah, yg dia marah sambil cakap laju2 past tanye adil ke? adil ke? patutnye scene sedih tapi ironinye semua orang dlm wayang gelak masa scene ni...sebut 's' dahla pelat, 'ko dah buang ke botol yg aku shuruh ko buang shemalam? aku kat rumah rosh ni...", pronounce pun tak btol..yg intan tu pulak kayu sekayu kayunye, camne la dia bole belakon...takde feeling langsung...

yg bagusnye dlm filem ni cuma ruminah sidek, khatijah tan & pak imam tuh...cuma part menghalau hantu tu aku rasa simple sangatla, senang2 je letak dlm jagung (tu pun ada penonton yg lambat pikap, dah lama tu baru cakap 'eh, jagung rebus mane bole tumbuh')...dah tu aku tak paham ape beza pak imam tu nak 'putus'kan hantu dgn keluarga tu & halau hantu yg mula2 tu..apsal tak putuskan je hantu tu terus..yg hantu tu pun banyak benar stail kaedahnye, sekejap terbang, sekejap duduk, sekejap merangkak, dah tu reti main2 dgn tv...

sound dia exaggerate sangat....scene tu takde pape pun tapi sound belakang dah menjerit seram bagai....

arini aku baca paper 1st day kutipan JPB RM410,000...ni lagi tinggi dari 1st day PGL RM365,000....

overall 3/5...banyak loopholes lagi filem ni, especially bab pelakon2 utama tuh..scene  paling best masa pierre angkat opah tu & alih2 ada opah lain pulak yg ada atas katil...scene paling kelakar masa opah tu tanye nama pierre...'darma, opah...' 'oooo...darma opah'

penat aku carik komen iscol utk filem ni. ehehe... :bgrin:
aku rasa awal2 dh rasa kureng sbb dua2 pelakon utama tu tak sedih langsung.
pierre kene byk belajo lagi dari mak dia la.
aku rasa jeritan2 background tu ok sket dari citer pontianak harum dulu. PHSM tu lagila biol, sikit2 bunyi harimau mengaum-pstu letak muka mata merah maya tu. :kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2007 11:47 PM | Show all posts
baru tengok filem ni tadi.ada seram jugak la,tapi filem ni gelap
sangat la,dari segi cahaya tu kurang sangat.waktu siang pun nampak gelap,mungkin david nak bagi nampak seram kot sebab tu buat gelap
kurang cahaya.kadang kadang sampai tak nampak apa yg dibuat
oleh darma sebab gelap ,aku tak puas hati tang tu le.jalan cerita dia
ok le takde macam mengada ngada macam filem mistik yg menjerit tak
tentu pasal.lagi satu unsur lawak pun takde sangat.aku kalau tengok
filem seram nak masuk unsur lawak jugak jadi boring tengok filem tu.tambah kalau lawak bodo,ngada ngada.cuma muka hantu tak berapa
tunjuk sangat patut masa last skali tunjuk pak imam tu lawan ngan
hantu baru real skit.kalau ikut skil 10 aku bagi 6 markah je
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 12:01 PM | Show all posts
David Teo yakin filem Jangan Pandang Belakang bawa pulang RM6.2 juta

RASANYA sudah banyak kali ucapan tahniah diberikan kepada sang produser gigih, David Teo daripada Metrowealth Movies Production di atas kejayaan filem seram terbitannya, Jangan Pandang Belakang, mencatat kutipan cukup memberangsangkan apabila ia mula ditayangkan pada 5 April lalu.

Sehingga Isnin lalu, filem arahan Ahmad Idham yang bercerita mengenai hantu belaan itu sudah pun mencapai kutipan RM6 juta. Filem berkenaan dijangka berupaya mengatasi kutipan filem Sembilu II pada 1995 dengan RM6.1 juta, seterusnya muncul filem tempatan paling berjaya dari segi pungutan.

Produser itu yakin, paling tidak, filem lakonan dan tulisan Pierre Andre ini mampu membawa pulang RM6.5 juta apabila selesai tayangannya pada 2 Mei ini.

揗asih ada beberapa hari lagi sebelum ia ditarik tayangannya di pawagam dan sebelum tarikh itu tiba, ada beberapa hari cuti umum yang secara tidak langsung akan menarik lebih ramai kalangan pelajar mahupun golongan dewasa untuk menontonnya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 12:16 PM | Show all posts
NAMPAKNYA SASARAN DAVID AKA JD KENYATAAN.... SIAPA NAK BERTARUH; TERCAPAI TAK SASARAN 6.2 JUTA NI?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 02:09 PM | Show all posts
Baru tengok semalam ....
tp napa gelap...awat depa masuk rumah tak suka buka lampu ke?...suka duduk dalam gelap ke depa ni?...gambar tu gelap semedang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.073204 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list