CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JieShiang

Isu Agama Syiah serta persoalan Akidah dan Feqah ... [split topik]

[Copy link]
Post time 4-11-2008 10:00 PM | Show all posts
Statement mcm gini mana melayakkan kamu untuk mengingkari Wilayah dan Imamah bro! Hujah tak de pun...Bawak mai lah hujah kenapa kamu ingkar...baru sy dan pembaca lain boleh buat penilaian yg adil.

Adakah aku perlukan hujah untuk mengingkari Imamah dan walayah? Takdak dalam al-Quran. Cukup.

Sunni adalah sunni...Nashibi adalah nashibi...Tak serupa...

Masih degil. Yang ulamak-ulamak awak dok panggil Sunni tu nashibi apa pasal?

Yang ulama awak panggil orang yang mengingkari khilafah washi tu Nashibi tu hapakejadah? Yang ulama awak dok panggil orang yang melebihkan orang lain daripada Ali tu Nashibi awak buat-buat buta kenapa? Ada ke Ahli Sunnah yang bencikan Ahlul Bait? Kalau tak ada, kenapa mereka tetap dipanggil nashibi?

[quote]
Jadi terang2, sunni pun tak mau dikaitkan puak nawashib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 10:20 PM | Show all posts
Isu Nashibi ni timbul bila awak nak melepaskan diri daripada post #466,

Tengok balik post #466 aku, sepatah pun takdak perkataan 'Nashibi', yang awak pepandai tafsirkan yang kafir bila mengingkari imamah tu untuk golongan Nashibi saja, awak ambil dari mana?

Habih tu, kalau yang bukan Nashibi tolak imam 12, tak kafir la?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 08:53 AM | Show all posts
MEMANGLAH AJARAN TERPENTING DARI FIRQOH SYIAH NIH ADALAH : TAQIYYAH ...

MAKANYA, GOLONGAN INI AKAN TWIST HINGGA KE AKHIRNYA ...

KEMBALILAH KPD AJARAN AHLULBAYT YG SEBENAR YAITU AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH ...





WALLAHU A'LAM ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 11:48 AM | Show all posts
Hok kawe nampok, lebih kure mace ni (qias):

Orge Nashibi mace penyamun Sunni hok dok kojo samun ogre Syioh. Ogre Sunni pon benci tamboh lagi orge Syioh.  

Kalu ogre Syioh kato penyamun tu Sunni. Betul jugo (partially). Lebih tepat kalu kato Nashibi (penyamun Sunni).

Kawe tak nampok pon ado khilaf dale hadis2 tu. Cumo tepat denge kure tepat. Lagipon satu hadis tok memberi kito gambaran sepenuhnyo mengenai persekitaran yae berlaku.

Mace kawe tulih sahabat kapir menurut Syioh (dlm thread ni), kawe merujuk kepada sebahagie sahabat sahajo mace Abu Bakar dan Umar, buke semuo. Takke nok sebut sahabat tertentu, sahabat tertentu, sahabat tertentu, ulang tiap kali tulis sahabat.. keno pehe ikut kontek. Masalahnyo hadis-hadis tok menereke kontek penggunae perkataan Nashibi, jadi keno lihat seluruh hadis hok ado supayo lebih pehe makno. Buke kutip satu hadis pastu raso pehe doh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 12:13 PM | Show all posts

Reply #563 sirri_khafi's post

MEMANGLAH AJARAN TERPENTING DARI FIRQOH SYIAH NIH ADALAH : TAQIYYAH ...

MAKANYA, GOLONGAN INI AKAN TWIST HINGGA KE AKHIRNYA ...


Inilah alase hok tipikal kito dengor bilo kaloh hujoh.. kalu tok betul, nok twist lagu mano?.  ko mu nok kato Sunni dale thread ni semuo bodo tolol, hok saloh pon Syioh boleh twist bagi Sunni cayo..

KEMBALILAH KPD AJARAN AHLULBAYT YG SEBENAR YAITU AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH ...

Ajare ahlul-bait mano? Abu Talib ko? kalu Abu Talib ikut Sunni, ajare Jahiliyah semboh berhalo, tawaf kaabah dale keadae telanjang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by Triple_8 at 4-11-2008 10:00 PM

Adakah aku perlukan hujah untuk mengingkari Imamah dan walayah? Takdak dalam al-Quran. Cukup.


Tuan 888 tau ke tidak konsep Imamah dalam sunni?  Jawapan paling senang untuk melepaskan diri mcm di atas lah.

Bangga lah tu dengan lafaz ‘tak dak dalam Quran’.
Apa punya hujah…wat malu sunni saja yg memang ada perbahasan khusus ttg Imamah.

Jwpn Tuan nih samalah mcm Kristian totok menjawab…apabila Muhammad Rasul saaw seru mereka bhw dia adalah Rasul Allah. Kristian totok pun jawab – “Kami tak mau terima Muhammad. Tak de dalam Injil. Cukup.”

Dah klu lagu tue pemahaman Tuan, apa ka hal terima QIAS sbg satu sumber dlm penentuan hokum fiqh spt dicetuskan oleh Abu Hanifa?

Perintah QIAS ada dlm Quran?

Di sisi syiah, kami menyakini perintah terhadap Wilayah dan Imamah ada di dalam Quran. Bermula dgn Al Baqarah: 124

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi IMAM bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."

Nak syarah…panjang nih…


Yang ulama awak panggil orang yang mengingkari khilafah washi tu Nashibi tu hapakejadah? Yang ulama awak dok panggil orang yang melebihkan orang lain daripada Ali tu Nashibi awak buat-buat buta kenapa?


Masya Allah…tak faham lagikah?

Imam Jaafar as : “Nasibi bukanlah orang yang menentang kami Ahl Bayt kerana kalian tidak akan mendapati seseorang berkata: Aku memarahi Muhammd dan kelurga Muhammad, tetapi Nasibi adalah orang yang menentang kalian dan mereka mengetahui bahawa kalian setia kepada kami dan kalian membersihkan diri daripada musuh kami serta kalian adalah daripada Syiah kami.”(Bihar Al Anwar, Al Majlisi, jilid xxvii, ms: 232(hadith no. 42) dan Thawaab al-Amaal, Shaykh Saduq.)

Shaykh Ibn ‘Uthaymeen : Nashibi adalah mereka yang menentang Ahlul Bayt, membenci mereka dan memfitnah mereka. Golongan ini adalah berlawanan dengan kelompok Raafidi (Shi’ah).
[Sharh al-Waasitiyyah, 2/283]

Husain bin Syihab ad-Din al-Karki al-‘Amili :“…seperti Syubhah yang menyebabkan kekufuran ialah mengingkari Nubuwwah Nabi saw dan Nawashib itu adalah mengingkari khilafah Washi”.
(Hidayah al-Abrar Ila Tariq al-Aimmah al-Athar, ms 106)

Bandingkan ketiga2 ucapan tokoh-tokoh diatas dgn didahului oleh Imam yang diterima kedua2 sekolah pemikiran Islam (sunni dan syiah).

Apa kesimpulan yg boleh kita buat?

Pemahaman sy begini :

Nashibi adalah orang yang bencikan Ahlul Bayt dan bencikan juga para pengikut Ahlul Bayt.

DENGAN SEMANGAT KEBENCIAN ITULAH YANG MEMBAWA MEREKA KEPADA TIDAK MAHU MENGIKTIRAF PERANAN AHLUL BAYT  SEBAGAI KHILAFAH.


Sedangkan drp sisi sunni – mereka ada argumentasi mereka ttg Imamah. Bukan mereka mengingkari Imamah pada AB as dengan alasan ‘kebencian terhadap AB as’.

Tu yang sy minta 4888 bawak ke mari ‘Imamah dlm tradisi ASWJ’.

Kesimpulan di atas membawa kpd perhatian terhadap petikan penulisan-penulisan di bawah ini:

Sheikh Husain tersebut juga berkata, “bahkan hadis-hadis mereka (para Imam) as menjelaskan bahawa ‘Nashib’ adalah apa yang dipanggil ‘Sunni’.” (Al-Mahasin an-Nafsaniyyah Fi Ajwibah al-Masa-il al-Khurasaniyyah, ms 147)

“tidak perlu ditakrifkan lagi bahawa mazhab Nawashib itu ialah mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah”. (Asy-Syiah Hum Ahlus-Sunnah, ms 161)

“selepas penerangan ini, jelaslah kepada kita bahawa Nawashib yang memusuhi Ali as dan memerangi Ahlul Bait as itu, mereka adalah Ahli Sunnah wal Jamaah”. (Asy-Syiah Hum Ahlus-Sunnah, ms163)

Apa kesimpulan yang boleh kita buat?

Eh eh…rupanya golongan nawashib ini mendiami wilayah Sunni.

Eh..eh golongan nawashib ini bermazhab ASWJ…

Tak sepasal ASWJ pun kena tempias nawashib....


Masalah betul kelompok nawashib ini…semata-mata nak membezakan diri mereka drp Rafidi, dia pi bersembunyi di dalam jubah sunni.

Apa tindakan Sunni untuk membersihkan mereka drp golongan nawashib setelah dituduh demikian oleh beberapa kerat ulama syiah jalur keras?

Ada tindakan proaktif drp sisi sunni. Antaranya :

1) Menajiskan nawashib

1) Shah Abd Aziz Dehlavi (Taufa Ithna Ashari, ms: 6) kata :

“Ulama ASWJ mengakui bahawa musuh2 Ali iaitu Nashibi adalah seburuk-buruk kumpulan dan mereka mengungkap shahada. Kami mengakui mereka adalah setaraf dengan anjing dan babi.”


2) Mengkafirkan mereka


2) Shah Abd Aziz juga menambah dlm karangan beliau pd ms:227

“ Untuk mengatakan bahawa tiada bangkangan terhadap pertentangan ke atas Ali – yang dilakukan oleh Nashibi dan Khawarij adalah tidak benar kerana Khawarij dan Nashibi sebagaimana hitamnya sumpahan wajah mereka, begitu jugalah hitamya mereka dalam banyak catatan. Untuk merujuki kekufuran mereka adalah tidak digalakkan, ia hanya dibenarkan (mengulangi pernyataan sedemikian) dalam keadaan tertentu."


3) Melepaskan diri mereka drp nawashib dgn menekankan iktikad ASWJ terhdp AB as.

Ibn Taimiyah mengakui bhw sunni beriktikad spt di bawah:

“Mereka (Sunni) mencintai Ahlul Bayt  Rasulallah saaw; mereka mengikuti Ahlul Bayt dengan cinta dan setia, dan mematuhi perintah Rasulallah saaw berkaitan tentang mereka  tetapi sunni menolak Raafidhi yg membenci dan mencaci Sahaabah, dan mereka menolak Nashibi yang mengeji Ahl al-Bayt sama ada dalam perkataan dan perbuatan. Ahl al-Sunnah tidak terlibat dalam membincangkan pertikaian yang berlaku sesama Sahaabah.

(Al-`Aqeedah al-Waasitiyyah, Majmoo' al-Fataawa, 3/154)


4) Mengisytiharkan persatuan barisan Islam dengan syiah dan ibadi sebagai satu tekanan kepada kelompok ekstrim melalui Amman Message.


Rujuk pada :http://ammanmessage.com/

bersambung....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2008 06:56 PM | Show all posts
sambungan....

Ada ke Ahli Sunnah yang bencikan Ahlul Bait? Kalau tak ada, kenapa mereka tetap dipanggil nashibi?


Ketahuilah oleh kamu wahai 888, terdapat segolongan nashibi yang berselindung dgn jubah dan serban sunni membenci Ahlul Bayt.

1) Contoh paling hampir adalah Ibn Tamiyyah itu sendiri. Lihat sendiri pengakuan beliau:

“Sesungguhnya konsep pengutamaan Aaal Rasul (keluarga Rasulullah saw.) adalah kerak peninggalan jahiliyah dalam mengutamakan keluarga (aalu bait) para penguasa (pimpinan).”
(Minhaj As Sunnah,3/269)

Umum mengetahui pendekatan Ibn Taimiyyah yang menghentam Imam Ali baik meremehkan keilmuan Imam Ali, mendaifkan hadith2 kelebihan Imam Ali dan mengkritik keputusan2 Imam Ali. (Nak sy pastekan juga ker?).

2) Satu isu yang menarik untuk dibentangkan disini adalah berkaitan definisi Ahlul Bayt pada pemahaman sebahagian Sunni – yang menganggap isteri2 Nabi adalah termasuk Ahlul Bayt.

Dah Sunni faham lagu tuh…tak pa lah kita hormati.

Tetapi, kelompok nashibi yang bertaqiyyah dalam sunni secara diam2 turut menghina isteri2 nabi (baca Ahlul Bayt pada pemahaman sunni). Buktinya, kitab2 dari dunia sunni mewarisi riwayat2 yang menjatuhkan peribadi Ahlul Bayt – isteri nabi. Dan yang paling teruk kena belasah adalah Ummul Mukminin A’isha!!!!

Contoh 1:

Ibn Kathir menuliskan: "A’isha telah dituduh melakukan hubugan sulit. Mereka yg bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini ialah sepupu  Abu Bakr iaitu Mustha bin Hasasa, Humna binte Hajash, kakak ipar Rasul saaw dan Hasan bin Thabit, seorang penyair. Rasul saaw mengarah mereka dirotan dan mereka telah dihukum seperti diarahkan."

(al Bidayah al Nihaya, Ibn Kathir, ms: 160, Bab "Dhir Ahfak")


3 orang nih bukan nashibi kah dlm pengertian AB pada sisi sunni krn telah menghina A’isha?

Atau Ibn Kthir yang nashibi cuba memburukkan A’isha dgn menatasnamakan 3 org sahabat yang hidup sezaman Rasul saaw?

Contoh 2

Abu Salama b. 'Abd al-Rahman reported: I along with the foster brother of 'A'isha went to her and he asked about the bath of the Apostle (may peace be upon him) because of sexual intercourse. She called for a vessel equal to a Sa' and she took a bath, and there was a curtain between us and her. She poured water on her head thrice and he (Abu Salama) said: The wives of the Apostle (may peace be upon him) collected hair on their heads and these lopped up to ears (and did not go beyond that).

Sahih Muslim, Book 003, Number 0626:


Masuk dek akal ka, awak orang lelaki pi jumpa perempuan minta diajar cara-cara mandi wajib?

Apsal tak hantar isteri saja pi tanya pasal mandi wajib cr orang perempuan?

Dah le demikian, perempuan tu pi mandi depan awak pula – kot tak berbogel sekalipun sebab ada tirai…tp yang 2 kwn nih boleh nampak perempuan tu mandi sambil mengumpul rambut diatas kepala sampai nampak telinga…bukan main jarang tirai tu yek?

Sapa bawak cerita nih? Burukkan A’isha sedemikian rupa. Confirm nashibi kan? Sebab hina AB!!!

Nih tak termasuk riwayat A’isha kena lempang dgn Abu Bakr, A’isha menyumpah Uthman, A’isha jadi penghasut bila dapat tau Rasul menikah dgn perempuan yang lebih lawa drp dia….Ishk, mcm2 lg lah!

888, nih sapa bawak cerita nih? Takkan nak kata syiah kot? Puak nashibi yg berselindung dalam jubah sunni bw cerita ini….

Sunni wajib bersihkan kembali kitab2 mereka yg ada riwayat sedemikian jika benar sunni mencintai A’isha kerana A’isha isteri nabi, Ahlul Bayt nabi juga. Betul tak?

Jika tidak, golongan nashibi bertepuk tangan gembira….’sunni tak berani buat apa2 dgn kita’.

Kebimbangan sy ini ada asasnya….Ada ulama2 sunni yang secara sedar mentsiqahkan golongan nashibi! Mengambil kata2 dan riwayat drp mereka!

Berat! Berat!

Wahai kengkawan sunni…cepat2 pi bunuh buang puak2 nashibi yang mendiami rumah anda sekelian!!!!


bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 07:11 PM | Show all posts
sambungan...

Pertama sekali, ini adalah pembahagian yang Syiah buat, bukan Ahli Sunnah, jadi jangan harap kami akan berpegang dengan pembahagian ini. Lu sorang-sorang jelah.

Ahli Sunnah terima a dan b? Hei, cakap tu elok-elok sikit, Ahli Sunnah mana yang terima imamah?


Sekali lagi 4888 MEMPERBODOHKAN SUNNI….dia dok ingat kata ‘wilayah’ nih mcm ‘Wilayah Persekutuan’ ke hapa?

Kita sentuh pada ‘Wilayah Mahabbah’ – dia kata sunni tak terima….

Aduhai 888…sunni drp awal mengaku mereka cintakn AB (tolak tepilah apa definisi AB yang mereka pakai).

Kata ‘wilayah’ pada ‘mahabbah’ ni tuan faham ke apa dia?

Ooppss….orang yang diratah kebencian, mana mungkin tahu bercinta… Cakap je pandai, makrifat dan hakikat cinta tak tahu....

Perintah Allah menuntut cinta kita kpd AB as pada As Syura: 24. Apabila kita terima ayat ini dgn ikhlas hati, tanpa keraguan...maka kita sudah memasuki wilayah kecintaan mereka.

Memetik ulama sunni dlm soal ‘wilayah mahabbah’.

Imam Syafi’i mengatakan : “Wahai Ahlul Bait! Dalam al-Qur’an, Allah mewajibkan kami mencintaimu. Itu merupakan suatu kebanggaan bagimu bahwa tanpa membacakan shalawat untukmu, maka shalat menjadi tidak sah.  
(Al-Kuna Wa al-Alqab, al-Qummi, dan Nur al-Abshar Syablanji.)


Al-Zamakhsyari Fakharuddin al-Razi menyatakan : “Barang siapa mati dalam keadaan mengikuti anak-cucu Muhammad, dia mati syahid; dosa-dosanya diampuni, dia mati sebagai matinya seorang yang bertaubat dan imannya dianggap sempurna”
(Tafsir al-Kabir 27 : 166, al-Kasysyaf Zamakhsyari ayat QS 42 : 23)


Apa maksud pernyataan 2 tokoh ini?

Nampak tak ‘kekuasaan cinta AB’ terhadap para pencintanya?

Sampai solat tak sah tanpa solawat. Sampai jika meninggal dunia pun, kecintaan pada AB membawa keselamatan terhadap pencinta mereka.

Kekuasaan (wilayah) ini begitu agung beb!

Orang yang tak mahu duduk dalam wilayah cinta ini, sia2 solat dia. Punya besar kekuasaan cinta AB, sampai SOLAWAT DIDALM SOLAT adal
ah merupakan passport kepada kesahihan solat seseorang.

Akal manusia Muslim mana (sunni atau syiah) nak nafikan wilayah ini?

Dan tentu saja, imbauan Al Razi spt yg tersebut di atas memiliki persyaratannya….Cinta itu bukan sekadar lafaz, cinta itu mesti dibuktikan. Pembuktian cinta, tidak lain menuntut KETAATAN!

Cinta yang bulat mendorong kpd ketaatan. Kerana taatlah, kita sanggup bersolawat di dalam solat.

bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 07:26 PM | Show all posts
sambungan...

dengan jelas kami mengatakan bahawa kami tidak membenci Ahlul Bait.


Baguslah….Alhamdulillah.

Dah tu yang dok marah pada kami yang juga cintakan Ahlu Bayt as, pasai apa?

Dok marah kami menjadikan ajaran Ahlul Bayt as sebagai panutan dan sandaran dlm beragama pasai apa?

Apabila 4888 boleh ikut Abu Hanifa sbg Imam mazhab fiqhnya, pasal apa saya tak boleh ikut Imam Jaafar As Siddiq as yg merupakan Tuan Guru kpd Abu Hanifa?


Sunni blh berpegang pada 4 Imam Fiqh, tiada nas melarangkan ?

Maka, nas pun tak ada melarang kami berpegang kpd orang2 terpilih drp kalangan Ahlul Bayt as

Memandangkan 4888 menjadikan Abu Bakr, Umar dan Uthman sbg Imam, mengapa usaha kami menjadikan Ahlul Bayt as sbg Imam disekat2 pula?


Tu yg aku tak faham tu….


Jadi sesiapa saja yang membangkang Syiah dari kalangan Ahli Sunnah, maka dia adalah Nashibi? Walaupun dia mengaku tidak memusuhi Ahlul Bait? Betul begitu?


Sekali baca – mcm betul. Dua kali baca – oh ada hakikat disebalik ucapan Imam As Siddiq as.
Bagaimana boleh berlaku orang yang tidak memusuhi AB as tetapi boleh pula pergi memusuhi para pencinta AB as?

Contoh : 888 mengaku sayangkan isterinya, tetapi 888 pergi buat musuh pula dgn mak mertua, pak mertua dan ipar duai. Logik ker?

Hukum akal mengatakan bhw jika kita menyayangi seseorang, maka apa shj yang berkaitan dgn orang yg kita syg…kita akan turut menyayanginya. Begitu juga terhadap barang yg dibenci…maka kita juga akan turut membencinya.

Dan memang kena sgt dgn firman Allah dlm Al Quran :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Al Imran:31)

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama denganya dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud”. (al-Fath 48: 29)

Daripada ayat di atas…

Kita cinta allah, kita cinta Rasul…
Nak Allah sayang, kita ikut Rasul...
Sebab cintakan Rasul, apabila Rasul keras dgn org kafir – kita pun ikut keras.
Sebab cintakan Rasul, apabila Rasul mengasihi dan berkasih sayang dgn orang2 beriman – kita juga ikut berkasih sayang.


Maka begitu jugalah dengan cinta pada Ahlul bayt as....Ulang sunnah yang sama lah

Allahuakbar…comel Islam nih! Tak bercanggah dgn akal pun.

Jadi forumers sekelian, dapat tangkap tak maksud nasb pada ucapan Imam Jaafar as?

BERKHIDMAT UNTUK IMAM ZAMAN AS.
SOLAWAT!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 09:30 PM | Show all posts
Salam sejahtera semua...

Terlebih dahulum izinkan ana memohon maaf kerana 'agak lama' juga tidak sempat turut serta dalam perdebatan yang hangat ini..maklumlah banyak kerja yang perlu diuruskan.
Ana perhatikan pelbagai ragam yang keluar dalam perdebatan ini, ada yang jadi tok dalang, Otromen, Kluang Men dan sebagainya...
Ala kulli haal, jawapan2 dan persoalan yang ditimbulkan Triple8 amat menarik, ditambah pula dengan jawapan berwarna-warni...fuhh, silau mata ana membacanya....

Perbincangan yang asasnya tentang LAFAZ kalimah syahadah telah meleret2 dan menyentuh beberapa isu lain seperti Imamah mengikut ahli sunnah,mengikut syiah, Rafidhah aziz Nawasib dan sebagainya...

Pada pandangan ana elok juga isu2 berkaitan ini diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita merujuk kembali kepada skop asal perbincangan yang sedia maklum. Bukan apa, kalau bahas pun, akan sampai ke sini...so, selesaikan yang mana penting dan amat berkaitan dahulu.

Persoalan Nawasib ini juga yang menyentuh perhatian ana...suka untuk ana bertanya sedikit kepada akhi Ziwasi...

Satu isu yang menarik untuk dibentangkan disini adalah berkaitan definisi Ahlul Bayt pada pemahaman sebahagian Sunni – yang menganggap isteri2 Nabi adalah termasuk Ahlul Bayt.

Dah Sunni faham lagu tuh…tak pa lah kita hormati.

Tetapi, kelompok nashibi yang bertaqiyyah dalam sunni secara diam2turut menghina isteri2 nabi (baca Ahlul Bayt pada pemahaman sunni).Buktinya, kitab2 dari dunia sunni mewarisi riwayat2 yang menjatuhkanperibadi Ahlul Bayt – isteri nabi. Dan yang paling teruk kena belasah adalah Ummul Mukminin A’isha!!!!


Dan yang ini...

[quote]Al-Allamah asy-Syi扞 Muhsin al-Mu抋llam menyebutkandi dalam kitabnya, bab ke-5, fasal ke-3, di bawah tajuk 慛awashib dikalangan hamba
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 09:34 PM | Show all posts
Originally posted by JieShiang at 5-11-2008 11:48 AM
Hok kawe nampok, lebih kure mace ni (qias):
  ...
Mace kawe tulih sahabat kapir menurut Syioh (dlm thread ni), kawemerujuk kepada sebahagie sahabat sahajo mace Abu Bakar dan Umar, bukesemuo. Takke nok sebut sahabat tertentu, sahabat tertentu, sahabattertentu, ulang tiap kali tulis sahabat.. keno pehe ikut kontek.Masalahnyo hadis-hadis tok menereke kontek penggunae perkataan Nashibi,jadi keno lihat seluruh hadis hok ado supayo lebih pehe makno. Bukekutip satu hadis pastu raso pehe doh.


Oh, begitu.....
Terang dan nyata sekali 'menurut syiah'....

Depa tu pun Nasibi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:23 AM | Show all posts
Salam Marjai'e....

Originally posted by Marja'ie at 5-11-2008 09:30 PM
Salam sejahtera semua...

Terlebih dahulum izinkan ana memohon maaf kerana 'agak lama' juga tidak sempat turut serta dalam perdebatan yang hangat ini..maklumlah banyak kerja yang perlu diuruska ...


Betul lah beb. segelintir orang bawak riwayat2 memburuk2 kan A'isha boleh kitakan sbg nasibi krn isteri-isteri Nabi termasuk Ahlul Bayt (versi sebahagian sunni - diketuai oleh anak murid Ibn Tamiyyah, Ibn Kathir)

Kemudian, mai pulak seorang ulama syi'ite pulak kata A'isha juga adalah nasibi....?

Nah hai....NASIBI BELASAH NASIBI ! Sesama nasibi pun gaduh jugak beb!

Now pada syiah A'isha amacam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:49 AM | Show all posts
Salam...

Tambahan....

Apabila sy berhujah guna sumber sunni - di marah2 kan....katanya :


Post 376
Lagi pun sejak bila Syiah pakai riwayat sunni? Syiah hanya pakai riwayat ahli sunnah untuk kelentong ahli sunnah saja.


Apabila kami guna sumber syiah pula...dikatakan :

Post  561
Pertama sekali, ini adalah pembahagian yang Syiah buat, bukan Ahli Sunnah, jadi jangan harap kami akan berpegang dengan pembahagian ini. Lu sorang-sorang jelah.


Apa punya dalih lah.....

Guna sumber kristian pulak lah....

[ Last edited by  ziwasi at 6-11-2008 09:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by ziwasi at 6-11-2008 09:23 AM
Salam Marjai'e....



Betul lah beb. segelintir orang bawak riwayat2 memburuk2 kan A'isha boleh kitakan sbg nasibi krn isteri-isteri Nabi termasuk Ahlul Bayt (versi sebahagian sunni - diketua ...

Itulah yang ana hairankan....

Takkanlah nasibi mao hantam sama nasibi juga.....
Syiah mao letak di mana......?

[ Last edited by  Marja'ie at 6-11-2008 11:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:08 AM | Show all posts

Reply #573 ziwasi's post

Ente boleh terima ke sumber2 sunni...?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by Marja'ie at 6-11-2008 11:08 AM
Ente boleh terima ke sumber2 sunni...?


Hukum akal - manusia mahukan yang terbaik dan hebat untuk dirinya.

Bagi saya, satu keperluan untuk menerima kedua-dua hujah sekolah pemikiran ini sbg perbandingan dlm menentukan kebenaran beragama.

Ibarat nak membeli kereta : bukankah bakal pembeli akan membandingkan pilihan kereta2 yg ada di depannya sebelum membuat keputusan pembelian. Inikan pula dalam keputusan beragama...tentulah setiap anutan yang ada ditapisi dan dikenali bagi menentukan kebenaran.

Terima hujah untuk dibandingkan, bukan terima hujah untuk dijadikan anutan secara taklid buta.

Agama sejalan dengan akal wp akal bersifat terbatas.
Agama sejalan dengan ilmu pengetahuan wp ilmu pengetahuan di sisi kita hanya seciput.

Apa guna beragama jika daya akal diketepikan dgn alasan:

"oh ini sudah diterima jumhur umat terdahulu, maka kita umat terkemudian wajib menerimanya."
"siapa kita jika nak dibandingkan dgn para sahabat - apa hak kita pertikaikan mereka"

Kebenaran Islam ditentukan dgn suara majoriti atau ditentukan dengan perintah Allah?
Apakah majoriti merupakan tolok ukur kebenaran?
Apakah minoriti dijadikan tolok ukur kesalahan?

Hujah drp sumber sunni dan syiah - kita bandingkan. Perhatilah mana yg sejalan dgn logik akal.

Berbalik kpd isu Wilayah dan Imamah AB as:
1) Nabi saaw tinggalkan wasiat ttg kepimpinan umat slpnya - tak masuk akal kah?
2) Selepas Nubuwwah berakhir, fasa Imamah pula berjalan - tak masuk akal kah?
3) Apabila ada Risalah Ilahiyyah, maka ada juga Kepimpinan Ilahiyyah - tak masuk akal kah?
4) Para nabi dan rasul adalah lantikan Allah, Imam juga lantikan drpNya - tak masuk akal kah ?
5) Para nabi dan rasul adalah maksum, maka para Imam juga maksum - tak masuk akal kah?

Tepuk dada, tanya selera
Tepuk dahi, tanya hati
Tepuk lutut...Pirrrahhh (ahaks! Gurau ajer)

Moga semua orang beroleh kebaikan dgn usaha-usaha memanjang lebarkan debat pada thread ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2008 12:44 PM | Show all posts

Reply #573 ziwasi's post

Nampok gayo doh teruk doh raksaso nie...

Sudoh lo keno chikenpox Nashibi, demam kuro pulok doh.. tok kebah2.

Marjaie dtg cumo tulong selimutke sajo, kesie....

Nanti la kawe tulong cari asam jawo, lumor bade denge air asam jawo buleh kurangke suhu bade.. tokke nok gomol lagi, doh teruk doh tu...

ko Marjaie mari nok baco suroh Yassin? teruk sgt doh tu.... jemput2 la saing (kawe) dari al-ahkam tu mari samo-samo baco Yassin..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by Marja'ie at 6-11-2008 11:07 AM

Itulah yang ana hairankan....

Takkanlah nasibi mao hantam sama nasibi juga.....
Syiah mao letak di mana......?


Alah...UMNO dan PAS yang sama ASWJ pun mcm nak runtuh bergaduh....Apa nak hairan?
Tuan tentu juga menyedari bhw, tradisi takfir dlm dunia sunni juga amat mengerikan.
Inikan pula nasibi sesama nasibi...lagi lah tak perlu hairan (Musuh Allah mereka ni...apa kita nak peduli)
Yang penting golongan nasibi atau yang ada tanda2 nasibi berlingkar mcm ular sawa dlm dunia sunni...

Jika tidak dibanteras....sia-sia shaj usaha AMMAN MESSAGE...

Suka sy membawa beberapa fasal ttg pegangan ASWJ dlm Al Ibanah (ms: 8-13), antaranya berbunyi :

"Kami bergaul dgn semua orang-orang Islam. Kami mengasingkan diri daripada sesuatu yg membawa kpd bid'ah dan mengelak drp orang2 yg mengikut hawa nafsu."

Syiah mau letak mana?

Syiah pada zaman ini sering menyuarakan seruan persatuan sesama Muslim. Persatuan Muslim bukan bermaksud ke arah ketunggalan mazhab, memandangkan kepelbagaian mazhab adalah keunikan Islam. Syiah hanya mahukan kami diiktiraf sama sperti pengiktirafan yang diberikan kpd 4 mazhab fiqh terbesar dlm dunia sunni. Kami juga memiliki barangan terbaik yang ditawarkan kepada ummah.

Memetik kenyataan Ayatullah Murtadha Mutahari :

Syiah memiliki 2 cara untuk mencipta kefahaman dan menghilangkan kekeliruan terhadap Syiah dan bangsa Iran.

Cara pertama adalah dgn demkian - kita mengatakan misalnya, wahai umat sekelian satu satunya kelompok yang mengikuti Nabi adalah kami. Sebab Nabi saaw telah menentukan khalifah penggantinya, dan kami mengikuti khalifah tersebut. Kerana itu kami pengikut Nabi saaw sebenarnya.

Cara diatas menurut beliau, tidak akan pernah membuahkan hasil yang diinginkan sekalipun didukung dengan logika dan argumentasi yang sekuat apapun. Sebab, method ini mengandungi perlecehan dan penghinaan terhadap pihak2 lain.


Cara kedua adalah dengan menjelaskan ajaran syiah yang baik dan indah, memperkenalkan fiqh syiah, tafsir syiah, kitab2 akhlaq syiah dan para tokoh syiah sepanjang sejarah.

Pun begitu, method yg kedua bukan bermaksud kami harus berdiam diri jika diasak oleh tuduhan yang tidak benar terhadap kami seperti isu tahrif Quran, atau tuduhan syiah menyebut nama Imam sewaktu sembelihan haiwan. Untuk kes2 tertentu spt ini, kami dituntut untuk menjelaskan fakta sebenar dan ini adalah ruang terbaik meraih kefahaman ttg Syiah.


Memandangkan sy adalah aktivis hauzah - apa kata rakan syiah atau sunni mendekati hauzah demi meraih kefahaman ttg syiah dgn cara yang paling telus dan ilmiah.

p/s: Tuan Marjai'e dulu kata berminat ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 01:33 PM | Show all posts

Reply #576 ziwasi's post

Ibarat nak membeli kereta : bukankah bakal pembeli akan membandingkan pilihan kereta2 yg ada di depannya sebelum membuat keputusan pembelian. Inikan pula dalam keputusan beragama...tentulah setiap anutan yang ada ditapisi dan dikenali bagi menentukan kebenaran.

Kalu kereto pon, ogre test-drive dulu... baru tahu sedap tok sedap, konpiden tok konpiden nok bawo jauh menuju alam akhirat. Takke tengok dari jauh ja.. pastu tengok hargo mahal, terus kato tok best.. gi dulu test-drive..

Syioh ni mmg mahal harganyo, banyok tuntute sbb melawe arus fahame di Msia, pastu maintenance tinggi sbb keno bayar khum, 1/5 dari keuntunge bui kat keluarga Rasulullah saw untuk diberi2 kepado yae berhak.

Sunni mudoh ja, ulama pon make gaji denge kerajaae (pemerintah). Elok ikut pemerintoh sbb taat denge ulil amri ado dale Qur'e tapi takdok pulo taat denge ulama. Ulama pewaris nabi tu cumo hadis ja. Jom, Kito sokong Pak Lah. Kawe ahli UMNO sbb taat pado pemerintoh. Minyok naik pon naik lah, keno taat ikut Qur'e fahame Sunni. Kalu tok taat, macemano Pak lah nok memerintoh? Kesie dio.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 4-11-2008 05:25 PM


Boleh bawa bukti? Bilamasa Maulana Ilyas mengasaskan tarikat Chistiyyah?

Kita boleh bincang bab Sunni Syiah, tapi kalau nak masukkan bab Tabligh rasanya tak relevan sebab Tabligh tu amal a ...


Tuan boleh rujuk dari kitab ini.....

The JAMAAT TABLEEGHI and the Deobandis.
A critical Analysis of their Beliefs,Books and Dawah

First Edition - November 2001 / Ramadaan 1422
Published by: AHYA Multi-Media
http://www.ahya.org.

Bab ini relevan juga sebab serangan wahabi terhadap golongan tabligh dikaitkan juga dengan pemikiran bermazhab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.098380 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list