CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AceGlobal13

Perdebatan Yang tak Sudah

[Copy link]
Post time 11-9-2009 08:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 11-9-2009 20:49

1 Bahagian lagi dibahagikan kpd 5 bahagian lagi.

25persen utk nabi.

15PERSEN UTK KERABAT NABI YAKNI BANI HASYIM TERMASUKLAH AHLULBAYT.


10persen utk anak2 yatim, org2 miskin, org2 musafir@ ibnu sabil, &apa shj utk kemaslahatan umum yakni utk agama &kaum muslimin.

Persoalannya,
KE MANAKAH MENGHILANGNYA 15 PERSEN UTK AHLULBAYT YAITU SEMENJAK KEWAFATAN NABI SAW???
Coba fikirkan...sirrikhafi Post at 11-9-2009 20:47


percentage yang kau sebut tu kau rely kat dalil apa ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 09:13 PM | Show all posts
526# blastoff

bila diperhatikan ketujuh-tujuh hadis berkenaan,
ternyata perawi yg paling banyak namanya ialah: 'A ishah RA &abu hurayrah RA.
so, maknanya HADIS AHAD la
&langsung tidak mencapai taraf MUTAWATIR pun.

sedangkan, hadis mutawatir pula,
langsung tidak boleh mengubah hukum ALQURAN.


Hadis berfungsi menjelaskan,
bukan MENGUBAH hukum AlQuran.






WALLAHU
A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 09:17 PM | Show all posts
561# blastoff


Baru nak tanya soklan yang sama. Matematik sirrikhafi tunjukkan tu tak jelaslah lagi mengelirukan. Macamana boleh jadi 15%

Apapun...... anggap saja apa yang diutarakan sirrikhafi tu benar.....

15PERSEN UTK KERABAT NABI YAKNI BANI HASYIM TERMASUKLAH AHLULBAYT.

10persen utk anak2 yatim, org2 miskin, org2 musafir@ ibnu sabil, &apa shj utk kemaslahatan umum yakni utk agama &kaum muslimin.

Persoalannya,
KE MANAKAH MENGHILANGNYA 15 PERSEN UTK AHLULBAYT YAITU SEMENJAK KEWAFATAN NABI SAW???
Coba fikirkan...


Kalau ikutkan sirrikhafi hak 15% tu hak BANI HASHIM. Cuba senaraikan sapa dia Bani Hashim? Ada berapa orang?
Mana pi yang ramai lagi seluruh Bani Hashim? Kenapa tiada riwayat mereka tuntut Fadak tu?

Saudaraku sirri,
Guru saya adalah dari keturunan ahlulbayt yang cintakan Rasulullah SAW dan ahli keluarganya. Hidupnya untuk agama dan penuh dengan amal agama. Keluarganya memang dari keturunan yang amal agama turun-temurun. Kalaulah benar keturunan tu adalah warisan ilmu berkisar di kalangan ahlulbayt, maka boleh juga saya katakan begitu ramai yang dari keturunan ahlulbayt menolak fahaman syiah.

Kawan rapatku juga ada dari keturunan ahlulbayt, siap ada salasilah lengkap dari bin bin bin....sampai Rasulullah SAW. Sahabat saya dari Yaman pun ada, siap dia kata Iran taja biasiswa free penuh untuk belajar dalam kajian sains dan teknologi tapi dia tolak sebab dia tahu agenda Iran dan Syiah. Mereka memang merekrut keturunan dan orang yang mencintai ahlulbayt.

Andalah sasaran mereka kini. Namun jika benar anda yakin Abu Bakr RA dan Umar RA tidak dilaknat sepertimana Syiah melaknat mereka, Insha Allah anda akan temui kebenaran itu kalau anda bersama mereka nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 09:23 PM | Show all posts
Pasai apa perkataan ahlul bayt tu ada dalam kurungan ?


tentulah Ulul Arham mencakup di dlm kalimah QURBA,
sedangkan Ahlul Bayt pula pasti lah mencakup di dlm kalimah ULUL ARHAM!

xkan belajar bahasa ALQURAN kot?????


percentage yang kau sebut tu kau rely kat dalil apa ?



Pendapat dari Mujtahid Agung keturunan Kerabat Rasul yaitu
Imam Asy-syafi'ie RAH.



WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 09:24 PM | Show all posts

Hadis berfungsi menjelaskan,
bukan MENGUBAH hukum AlQuran
sirrikhafi Post at 11-9-2009 21:13


Betul la tu, hadith menjelaskan hal khusus tentang harta Nabi. Bukan setakat hadith yang berbentuk lisan saja, hadith praktikal yang Nabi buat pun menunjukkan Nabi tak serahkan sebahagian dari Fadak kepada Fatimah semasa hayatnya. Fadak hanya digunak untuk membiayai, bukannya diwarisi (dalil dari ayat Al-Quran tentang Ghanimah dan Fai tidak menyebut harta tu boleh diwarisi oleh individu tertentu TAPI dijelaskan golongan yang layak dibiayai)
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 09:59 PM | Show all posts
tentulah Ulul Arham mencakup di dlm kalimah QURBA,
sedangkan Ahlul Bayt pula pasti lah mencakup di dlm kalimah ULUL ARHAM!

xkan belajar bahasa ALQURAN kot?????
sirrikhafi Post at 11-9-2009 21:23


kau perlu ingat , harta rampasan perang bukan harta warisan yang boleh di beri pada ahlul bayt kerana pertalian darah
sa kata di sebut relatives kat situ tak bermakna ia memberi maksud ahlul bayt
kan perkataan relatives tu mai sebelum perkataan orphan
maka tentu saja ia di refer pada adik beradik dan anak pinak tentera yang mati berjuang
balu , anak yatim , makbapak yang tua serta adik-adik kecil para tentera tu semua sapa nak sara depa melainkan kena di ambil dari harta rampasan perang la .

Pendapat dari Mujtahid Agung keturunan Kerabat Rasul yaitu
Imam Asy-syafi'ie RAH.
sirrikhafi Post at 11-9-2009 21:23


aikkk kan tadi kau kalut dok kata nak kena pakai hadis mutawatir aje yang lain tak laku
macam mana pulak pendapat manusia biasa macam imam syafie boleh laku kat kau ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2009 10:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 11-9-2009 22:07
561# blastoff
Kalau ikutkan sirrikhafi hak 15% tu hak BANI HASHIM. Cuba senaraikan sapa dia Bani Hashim? Ada berapa orang?
Mana pi yang ramai lagi seluruh Bani Hashim? Kenapa tiada riwayat mereka tuntut Fadak tu?
mnm77 Post at 11-9-2009 21:17


Macam mana boleh jadi hak Bani Hashim pulak ? Ada stail raja pulak doh , sa kata keturunan maka dapaaat telan sumber negara . Macam stail croni-croni gitu kan , adik beradik pemimpin memanjang dapat projek juta-juta
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 11:08 PM | Show all posts
567# blastoff


Dlm suatu riwayat, ketika turun ayat Al-Isra': 26 yaitu:


"DAN BERIKANLAH YG EMPUNYA KERABAT HAQNYA DAN ORG2 MISKIN DAN IBNU SABIL DAN JANGANLAH KAMU MEMBAZIR SECARA BAZIR",

Rasul ALLAH SAW memberikan tanah fadak kpd Fatimah, yaitu tanah yg diperolehi dari pembahagian ghanimah.

Riwayat Thabrani dll dari sumber Abu sa'id aAlkhudri.
Demikian pula Ibnu Mardawaih yg meriwayatkan hadis ini dari Ibnu 'Abbas.


      



WALLAHU
A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 11:36 PM | Show all posts
aikkk kan tadi kau kalut dok kata nak kena pakai
hadis mutawatir aje yang lain tak laku
macam mana pulak pendapat manusia biasa macam imam syafie
boleh laku kat kau ?


Sebab Imam syafi'ie RAH berhujjahkan nas ALQURAN, seperti hujjahnya S.Fathimah az-zahra SA.
Silallah baca kitab AHKAMUL QURAN
yaitu karangan beliau yg disusun oleh Imam Baihaqy RAH.

Di dlm Ar-risalah Beliau menyebut:
"Bahagian kerabat yg dekat itu diberikan kpd Bani Hashim &Bani Muththalib."

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Beliau.
Al- fatihah.....




WALLAHU
A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 11:37 PM | Show all posts
567# blastoff


Dlm suatu riwayat, ketika turun ayat Al-Isra': 26 yaitu:

"DAN BERIKANLAH YG EMPUNYA KERABAT HAQNYA DAN ORG2 MISKIN DAN IBNU SABIL DAN JANGANLAH KAMU MEMBAZIR SECARA BAZIR",

...
sirrikhafi Post at 11-9-2009 23:08


Tadi kau claim kata kena ikut percentage bla bla bla
tup tup la ni jadi fatimah sorang pulak dah yang dapat harta tu
macam iklan kat tv tu... bcb yang mana satuuuu ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 11:39 PM | Show all posts
Sebab Imam syafi'ie RAH berhujjahkan nas ALQURAN, seperti hujjahnya S.Fathimah az-zahra SA.
Silallah baca kitab AHKAMUL QURAN
yaitu karangan beliau yg disusun oleh Imam Baihaqy RAH.

Di dlm  ...
sirrikhafi Post at 11-9-2009 23:36


dalam Al Quran mana ada percentage 15 , 25 yang kau sebut tu ....
so imam shafie kau ni ikut Quran mana ni ?
Quran yang kami berpegang tak dak pembahagian ikut keturunan bani bani nih
Quran versi syiah kot ya
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 01:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 11-9-2009 18:24

gravedigger, sila jawab post aku 549 tu guna akai kau ok, babai .
Kan Allah sebut hanya orang yang tahu menggunakan akal sajalah yang akan benar-bena ...
blastoff Post at 11-9-2009 18:16


Ok...kau tahu tak bagaimana nak menggunakan akai? Akai logik ka atau akai saintifik ka atau akai kreatip ka atau akai lateral ka atau yang lain2 lagi?
Nak gunakan akai ni pun kena tahu gak teknik2nya yang sesuai serta dengan permasalahan yang ditimbulkan. Jangan pandai cakap ja.
Takpa lah aku taknak nak lecture kau tentang cara penggunaan akai ni dan cukuplah aku terima kalau kau kata nak gunakan akai walaupun tak tahu bagaimana nak menggunakannya.

Kita gunakan teknik CAF ok? Ia adalah bermaksud Consider All factors dan dalam isu ini ia perlu dilihat dari semua sudut...bukan hanya berdasarkan satu sudut bendul saja seperti yang triple 8 lakukan. Ini bermakna ia bukan di nilai kebenarannya hanya dari satu sumber saja seperti hadis tapi perlu juga dilihat dari aspek yang menyeluruh termasuk latarbelakang sejarah serta sosio-budaya yang wujud ketika itu. Yang penting ia adalah selari dengan kebenaran mutlak yang terkandung dalam al-quran..ok?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 01:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 11-9-2009 18:30


maka persoalan yang perlu di jawab secara common sense adalah adilkah untuk di beri pada Nabi sorang saja harta rampasan perang tu ?

Kalau nak tau adil ke tidak, kena di lihat pada macam mana cara harta tu diperolehi lah kan .
Fadak tu adalah harta rampasan dari peperangan khaybar .
Bukan Nabi pi sorang-sorang perang lalu dapat harta tu ,
tapi Nabi berserta dengan orang-orang yang beriman yang banyak jumlahnya
yang semua pakat-pakat bersabung nyawa untuk memenangi peperangan tu .



blastoff Post at 11-9-2009 18:15


Dah cukup yakin kah bahawa tanah Fadak itu adalah hasil daripada rampasan perang? Kalau nak guna akai kenalah bawak mai bukti2 sokongan ataupun ada lagi bukti lain yang tak sama dan di buat pertimbangan yang sewajarnya. Ini dikatakan menggunakan akai pemikiran banding-beza....barulah betui ada juga gunakan akai.
Jangan cepat sangat jump to the conclusion beb!
Nah...cuba lihat dulu dari aspek latarbelakang sejarahnya serta bukti sokongan daripada khalifah Umar yang panas baran lagi pulak tu serta akhirnya dibuktikan dengan quran yang telah aku timbuikan sebelum ini.

Fadak dan hulu tujuh buah kampung pertanian di pinggir Madinah Al-Munawwarah mengunjur dari puncak bukit hingga berhampiran laut, dan dari Al-'Arisy hingga ke Daumatul Jandal. Got it?
Riwayat daripada Al-Zuhri menyatakan bahawa saki baki kumpulan yahudi penduduk Khaibar telah bertahan di sebuah kubu, kemdian meminta damai serta meminta jaminan agar darah mereka tidak ditumpahkan dan diberi mereka laluan untuk keluar dari Khaibar. Nabi saaw telah menerima permintaan itu. Hal ini diketahui pula oleh penduduk Fadak, lalu mereka pun mengajukan permintaan yang sama, dan mereka juga diberikan laluan keluar seperti mana yang sebelumnya diberikan kepada penduduk Khaibar.
Tanah yang ditinggalkan oleh penduduk fadak ini dikhususkan kepada Nabi saaw sahaja kerana ia bukan tanah atau harta rampasan perang, sebaliknya merupakan harta yang ditinggalkan musuh tanpa peperangan.

Menurut Abu bakar Ahmad al-Jauhari , diriwayatkan juga oleh Muhammad b. Ishaq bahawa setelah selesainya penduduk Khaibar berurusan mengenai janji damai tersebut, maka gentar dan takutlah hati penduduk Fadak. Mereka lalu mengutus rombongan untuk berdamai dan Rasulullah saaw pun menerima permintaan mereka dengan bayaran separuh tanah Fadak diserahkan kepada Baginda. Utusan mereka datang ke Khaibar dan bertemu Rasulullah saaw di pertengahan jalan ke Khaibar, lalu baginda pun mereima permintaan damai mereka itu. Adapun tanah Fadak tersebut menjadi milik Rasulullah saaw secara khusus kerana ianya diperolehi tanpa melalui jalan peperangan sedikitpun sama sekali.

sources : i.   Abu Bakar Ahmad b. Abdul Aziz al-Jauhari, kitab Al-Saqifah wa fadak,h.29
              ii.  Al-Hamawi. Mu'jam Al-Buldan, IV,hal.239
              iii.  Ibnu Al-Hadid, Syarh nahjul balaghah, 16-21.
other sources : Ia juga diceritakan dalam ulamak mazhab lain seperti yang disebutkan oleh 'Ali b. Burhanuddin dalam Al-sirah al-Halabiah dan Fakhr Al-Razi dalam tafsir al-Kabir.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 02:05 AM | Show all posts
Sejarahwan dan ahli Geografi Ahmad Ibn yahya al-Baladzuri menuliskan bahawa Fadak adalah harta milik nabi Muhammad kerana kaum Muslimin tidak menggunakan kuda2/unta2 mereka di tanah tersebut
(Futuh al-Baldan, jld 1, hlm.330

Umar Ibn khattab sendiri mengakui bahawa tanah Fadak adalah harta nabi yang tidak dibagi-bagi ketika ia menyatakan: " harta milik Bani al-Nadhir adalah salah satu harta yang telah allah anugerahkan kepada nabi Muhammad, tidak ada kuda/unta yang ditunggangi kecuali milik Rasulullah saja".
(Shahih al-Bukhari,jld 4,hlm46, jld 7,hlm 82; jld 9 hlm 121-22: Sahih Muslim,jld5 hlm 151; Sunan abu Daud, jld 3,hlm 139-41; Musnad ahmad Ibn hanbal, hlm25, 48,,60,208; Sunan al-Qubra al-baihaqi, jld 6,hlm 296-99.)

Lalu jika sudah ada pembuktian begini, hujjah al-quran yang aku kemukakan di thread yang di atas tidaklah bertentangan malah mengconfirmkan ia lagi dan tidak salah jika rasulullah saaw memberikan harta miliknya tersebut kepada anaknya yang dikasihi Fatimah SA atau dikenali juga sebagai Ummu Abiha.

Nah cuba gunakan akai kau pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 02:12 AM | Show all posts
Buat pengetahuan grave dan ahli forum semua, saya dah lama dlm forum cari ni.........dulu pakai nickname: Luluguagua. tapi sejak cari forum di upgrade, saya ada masalah log in. dah tambah cmf kat  ...
Aku_lugua Post at 11-9-2009 20:37


OK..ampun Pak, kalau luluguagua memang gue kenal yang sangat sayang pada Abuya dulu. Geng abuya pun sekarang ni dah menghilangkan diri dan nampaknya ada yang dah mula bertukar nick malah bertukar mazhab juga selepas selalu sangat kantoi dengan luluguagua dulu. Sebab tu gue agak berhati-hati sikit malas nak layan puak-puak ni yang ada pulak menyalak kedesperitan macam anjing betina nak tarik perhatian anjing jantan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 02:43 AM | Show all posts
545# Gravedigger

Saya pun teringin nak pi Hussayniyah @hauzah ilmiah itu....
asyik pi markaz tabligh je...boring gak sekali sekala...
kat mana nak cari Husayniyah @Hauzah ilmiah itu?
ada sesapa boleh tolong?

sirrikhafi Post at 11-9-2009 18:29


Boleh saja tapi tinggalnya di mana?
Kalau di KL boleh saja terus ke Hauzah Ar-Ridha di Gombak ataupun Hauzah di Bukit Antarabangsa. Hauzah Ar-Ridha ni nampaknya agak aktif dengan kehadiran ulama2 dari luar negeri dari Iran,Iraq dan juga Arab Saudi serta dari nusantara yang lain..so bolehlah dapat terus sumber atau maklumat dari mereka.
Di tengah bandar KL pun ada hauzah yang terletak di atas restoren Jalan Damai.
Di Kelang pun ada iaitu hauzah Ummu Abiha dan boleh juga belajar ilmu penulisan kreatif kat sana.

Kalau nak pi Kedah ni bolehlah saya tunjukkan Hauzah Az-Zahra di Pendang yang selalu juga didatangi oleh SB.

Heheh...saya pun masih ada pi juga ke markas Tabligh di Hutan Kampung (pindah dari Jitra) terutama pada malam markas berjumpa dengan geng2 lama sambil pekena kopi-o kat gerai di luar tu. Depa sekarang ni sedang gigih nak bina markas baru yang lebih besar lagi dari Sri Petaling iaitu di Bukit Pinang. Saja syok pergi dengar karkunziari sebab nak kata majlis ilmu dak juga sebab asyik dok ulang-ulang bab fadhilat a'mal saja tanpa ada peningkatan.

Markaz wahabi di perlis (Islah Mata ayaq) pun ada juga pi sekali sekala kalau ada program yang dianjurkan mereka. Ni pula tak habis2 nak membidaahkan saja malah amalan kat perlis sendiri pun ada juga mereka pertikaikan konon tak cukup sunnahnya.

Dah mengaji di hauzah baru terasa perbezaannya dimana jelas, luas dan terangnya ilmu-ilmu ahlul-bait ini.

Selamat Bersahur.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2009 08:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 12-9-2009 08:45
Dah cukup yakin kah bahawa tanah Fadak itu adalah hasil daripada rampasan perang? Kalau nak guna akai kenalah bawak mai bukti2 sokongan ataupun ada lagi bukti lain yang tak sama dan di buat pertimbangan yang sewajarnya. Ini dikatakan menggunakan akai pemikiran banding-beza....barulah betui ada juga gunakan akai.
Jangan cepat sangat jump to the conclusion beb!
Gravedigger Post at 12-9-2009 01:45


Bukankah yang di katakan spoils of war ni ada dua kategori :

Ghanimah - harta diperolehi apabila actual fighting terjadi .

Fai - harta yang diperolehi tanpa perlu melalui apa-apa fighting but still ketika proses masa peperangan jugak .

Persoalan samada fadak under fai atau ghanimah tak menyebabkan ia bertukar jadi status harta peribadi .
Tak kiralah harta tu di perolehi setelah musuh decide nak lawan atau nak surrender , yang penting ia diperolehi ketika dalam masa peperangan di isytihar .

Fadak dan hulu tujuh buah kampung pertanian di pinggir Madinah Al-Munawwarah mengunjur dari puncak bukit hingga berhampiran laut, dan dari Al-'Arisy hingga ke Daumatul Jandal. Got it?
Riwayat daripada Al-Zuhri menyatakan bahawa saki baki kumpulan yahudi penduduk Khaibar telah bertahan di sebuah kubu,
kemdian meminta damai serta meminta jaminan agar darah mereka tidak ditumpahkan dan diberi mereka laluan untuk keluar dari Khaibar. Nabi saaw telah menerima permintaan itu. Hal ini diketahui pula oleh penduduk Fadak, lalu mereka pun mengajukan permintaan yang sama, dan mereka juga diberikan laluan keluar seperti mana yang sebelumnya diberikan kepada penduduk Khaibar.

Gravedigger Post at 12-9-2009 01:45



ayat yang aku merah kan tu jelas menunjukkan harta tu di perolehi ketika masa peperangan sedang berlangsung , kalau ia bukan ghanimah maka ia fai .


Tanah yang ditinggalkan oleh penduduk fadak ini dikhususkan kepada Nabi saaw sahaja kerana ia bukan tanah atau harta rampasan perang, sebaliknya merupakan harta yang ditinggalkan musuh tanpa peperangan.

Gravedigger Post at 12-9-2009 01:45


Kalau kau nak tukar fai menjadi harta peribadi , maka ia samalah statusnya macam rasuah !
Rasulullah pi perang atas sebab peribadi ka atau atas arahan Allah ?
Kalau atas arahan Allah maka setiap tanggungjawab yang Rasulullah pikul ketika melaksanakan proses peperangan tu adalah satu tugasan .
Kalau fadak tu bertukar jadi hakmilik personal maka ia bermakna telah berlaku suapan laaa .

Macam ni lah nak senang faham , memana penjawat awam yang sedang dalam proses melaksanakan tugasannya  , tak kiralah menteri ka adun ka polis ka kerani ka penguatkuasa majlis perbandaran ka  ..... yang mana kerja mereka tu dilaksanakan bukan sebab peribadi tapi sebab menurut arahan boss ....

maka adakah wajar untuk si penjawat awam tu menerima pemberian yang berbentuk peribadi dari sesiapapun lah yang berkehendakkan apa-apa bentuk manfaat dari tugasan kerja si penjawat tu ?
Yang menerima pemberian peribadi tu kita gelarkan sebagai apa ? Dan yang memberinya pulak kita gelarkan sebagai apa ?
Dua-dua boleh masuk penjara kerana memberi dan menerima suapan kan .
Bukankah itu universal law yang diterima pakai oleh seluruh penduduk dunia ?

Menurut Abu bakar Ahmad al-Jauhari , diriwayatkan juga oleh Muhammad b. Ishaq bahawa setelah selesainya penduduk Khaibar berurusan mengenai janji damai tersebut, maka gentar dan takutlah hati penduduk Fadak. Mereka lalu mengutus rombongan untuk berdamai dan Rasulullah saaw pun menerima permintaan mereka dengan bayaran separuh tanah Fadak diserahkan kepada Baginda. Utusan mereka datang ke Khaibar dan bertemu Rasulullah saaw di pertengahan jalan ke Khaibar, lalu baginda pun mereima permintaan damai mereka itu. Adapun tanah Fadak tersebut menjadi milik Rasulullah saaw secara khusus kerana ianya diperolehi tanpa melalui jalan peperangan sedikitpun sama sekali.

sources : i.   Abu Bakar Ahmad b. Abdul Aziz al-Jauhari, kitab Al-Saqifah wa fadak,h.29
              ii.  Al-Hamawi. Mu'jam Al-Buldan, IV,hal.239
              iii.  Ibnu Al-Hadid, Syarh nahjul balaghah, 16-21.
other sources : Ia juga diceritakan dalam ulamak mazhab lain seperti yang disebutkan oleh 'Ali b. Burhanuddin dalam Al-sirah al-Halabiah dan Fakhr Al-Razi dalam tafsir al-Kabir.


Gravedigger Post at 12-9-2009 01:45


Proses permintaan damai berlaku ketika dalam tempoh masa peperangan , maka harta penduduk fadak masih dalam kategori spoils of war .
Penduduk Fadak menawarkan harta untuk dapat personal gain ( dilepaskan dan tidak dicederakan) , so sekiranya Rasulullah yang ketika melaksanakan tugasan peperangan tu mengambil harta yang di tawarkan oleh penduduk fadak itu sebagai harta peribadi dia , seluruh penduduk dunia akan boleh menuduh Rasulullah sebagai guilty of rasuah !
Seorang penerima rasuah di angkat sebagai Rasul dan di jadikan ketua pada segala orang yang beriman ? Maha suci Allah yang telah menciptakan Nabi Muhammad dengan semulia-mulia akhlak, so tak mungkin sesekali Rasulullah seorang pemakan rasuah !

What say you ? Guna akai beb ok.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 09:51 AM | Show all posts
577# blastoff
Penduduk Fadak menawarkan harta untuk dapat personal gain ( dilepaskan dan tidak dicederakan) , so sekiranya Rasulullah yang ketika melaksanakan tugasan peperangan tu mengambil harta yang di tawarkan oleh penduduk fadak itu sebagai harta peribadi dia , seluruh penduduk dunia akan boleh menuduh Rasulullah sebagai guilty of rasuah !
Seorang penerima rasuah di angkat sebagai Rasul dan di jadikan ketua pada segala orang yang beriman ? Maha suci Allah yang telah menciptakan Nabi Muhammad dengan semulia-mulia akhlak, so tak mungkin sesekali Rasulullah seorang pemakan rasuah !

Sat lagi billy @ sirri yang tak berapa khafi datang dan cakap, "Blastoff tuduh Nabi makan rasuah!"
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 01:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 11-9-2009 17:22

539# Gravedigger



Boleh bagi la detail maksud kod-kod yang memeningkan kepala tu? Ibnu katsir pula takda pula bagi detail.

Yanbi Al-Mawaddah t ...
mnm77 Post at 11-9-2009 17:12


Biasala kalau grave digger tu....  google digger....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 05:34 PM | Show all posts
serupa macam pengalaman aku.  mungkin macam dalam forum ni tak akan ada kata-kata macam tu.  tu pasal aku pastekan doa saname quraish.  kawan aku (dan dia masih kawan aku) kata, "orang kata melakn ...
ibnur Post at 9-9-2009 21:49


serupa juga macam pengalaman aku. tapi kawan aku ni pun masih kawan gak dan dia kata, qunut tu bidaah sesat tu termasuk talqin dan tahlil yang boleh masuk neraka...tapi masa pi kenduri tahlil takpa katanya boleh dimaafkan tujuan nak bermasyarakat sebab boleh makan sama2 lauk pauk juadah yang disediakan. Faverit dia ayam gulai tak boleh miss.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.457484 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list