CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 3-9-2010 02:48 PM | Show all posts
Reply 559# merpati01

di malaysia, konsep tumpang muhrim untuk mana-mana wanita yang pergi bersendirian. Biasanya tabung haji atau travel agent akan 'group'kan bersekali dengan group mana-mana wanita lain yang juga pergi solo. Dan muhrimnya akan ditumpangkan dengan mana-mana orang lelaki lain dalam group haji atau umrah yang sama .. [pengalaman sendiri] ... kalau silap, harap forumers lain dapat betulkan ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2010 06:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 3-9-2010 18:59
assalamualaikum semua,
saya nk tumpang tanya, kalau saya seorg perempuan, nk buat umrah sorg2 je xd ...
merpati01 Post at 3-9-2010 13:49



Salam ..
Betul spt jawapan yg aishahahmad beri di atas..
Perkara ini diberi keutamaan utk Umrah yg pertama kali..
Maksudnya bila pertama kali pergi..
Kalau dah pergi...tak digalakkan utk pergi jika tiada mahram..

(mahram ialah orang yg tidak boleh dinikahi.
muhrim ialah orang yg sedang berada d dlm ihram. )

Kali kedua tu dah jatuh sunat..
Wallahualam..   
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 06:53 PM | Show all posts
Penambahan..
Bagi wanita yg berumur 45 Tahun keatas mereka boleh pi Umrah jika tiada mahram..
Mereka ini akan dikumpulkan bersama wanita wanita yg lain berumur 45 Tahun keatas..
Dipanggil Kumpulan Wanita..tak perlu ada lelaki utk mengetuaikumpulan itu..
(pengelaman Kakak saya sendiri
)
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 11:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 3-9-2010 23:20



Umrah Ramadan jadi pilihan ramai

Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin






Jemaah meninggalkan Masjidil Haram selepas solat tarawih.

--------------------------------------------------------------------------------



Umrah pada bulan Ramadan semakin popular di kalangan umat Islam negara ini. Malah, ada yang memilih untuk berada di Mekah sepanjang sebulan Ramadan dan hanya kembali ke tanah air selepas 1 Syawal.

Antara sebabnya adalah ganjaran pahala yang besar sebagai mana dijanjikan kepada mereka yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadan.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya mengerjakan umrah di bulan Ramadan sama seperti mengerjakan satu haji atau mengerjakan haji bersamaku. (riwayat Bukhari)

Umrah menjadi pilihan kerana peluang untuk mengerjakan haji kini agak lewat berikutan sistem kuota yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Bagi mereka yang berkemampuan, adalah menjadi impian untuk menikmati Ramadan di Mekah walaupun cuacanya lebih panas berbanding negara kita.

Untuk mereka yang berada di Tanah Suci, jangan difikirkan panas cuaca di Mekah tetapi ingatlah betapa besar dan banyaknya ganjaran kepada mereka yang beribadat di Masjidil Haram.

BETUL TU...
MASYALLAH...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 01:43 AM | Show all posts
Insyallah...akan sampai masanya utk el...
Amin ...Amin Ya Rabalalamin...
aziefa Post at 3/9/2010 11:47



berkat doa dr semua..mudah2an dimakbulkan..amin..amin..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 01:49 AM | Show all posts
Assalamualaikum wr wbkt

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah yg tidak terhingga ini..spt yg k ...
mimi_19 Post at 3/9/2010 12:29



Syukur alhamdulillah.....el tumpang gembira dgn perkabaran dr mimi...semoga semua urusan berjalan dgn lancar dan kembali dgn haji yg mabrur...klu dh dpt tarikh penerbangan jgn lupa bg tau kami...harap dpt jumpa mimi sebelum berangkat ke tanah suci...ambil keberkatan bakal duyufur rahman...   

salam aidilfitri juga buat mimi dan warga rumah ini..mohon maaf andai ada terkasar bahasa dlm memberi komen or posting..semoga aidilfitri kali ini memberi seribu makna buat kita semua.. sayu hati utk meninggalkan ramadhan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2010 01:56 AM | Show all posts
assalamualaikum semua,
saya nk tumpang tanya, kalau saya seorg perempuan, nk buat umrah sorg2 je xd ...
merpati01 Post at 3/9/2010 13:49



waalaikumsalam,

pengalaman saya..pertama kali menunaikan umrah seorg diri dan menumpang mahram..segalanya diuruskan oleh tabung haji...kali kedua baru dapat menunaikan umrah bersama keluarga...(mahram-ayah sendiri)..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 02:11 AM | Show all posts
ramai ker yang pi haji tahun nie?
jgn lupe kasik taw date....
kut2 leh kenal2 nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2010 11:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 4-9-2010 23:54



63 petugas KTMB ke Makkah bantu pengendali tren musim haji


2010/09/02
KUALA LUMPUR: Seramai 63 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) terpilih untuk berkhidmat dengan Al Mashaaer Al Mugaddasseh Southern Line, penyedia pengangkutan tren khas antara Arafah dan Mina yang diperkenalkan pada musim haji ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata tawaran itu membuktikan kepakaran dan kualiti kerja warga tempatan diiktiraf sehingga ke luar negara. "Kesemua mereka akan bertugas dalam bidang kepakaran masing-masing iaitu di bahagian operasi, teknikal, latihan, keselamatan, pengurusan penumpang dan pengurusan stesen," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Kong berkata, mereka yang terpilih sudah melalui ujian ketat daripada pelbagai aspek termasuk pengetahuan tugas dan personaliti.

Sembilan daripada kakitangan yang terbabit sudah berlepas ke Makkah Isnin lepas manakala selebihnya akan menyusul pada 26 September ini.

Mereka dijangka menamatkan perkhidmatan sejurus selesai musim haji pada November nanti.

Perkhidmatan tren moden elektrik dari Arafah ke Mina sejauh 18 kilometer diperkenalkan tahun ini bagi menggantikan penggunaan bas dan pengangkutan darat yang lain.
Setiap perjalanan tren 12 gerabak itu mampu membawa 3,000 penumpang. - Bernama

Husain..adikzarif..Ustaz..ayahjoe..
Bestnya rezeki dapat bertugas sambil Beribadah mengerjakan Haji..
Masyallah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 11:56 PM | Show all posts
ramai ker yang pi haji tahun nie?
jgn lupe kasik taw date....
kut2 leh kenal2 nanti...
welds Post at 4-9-2010 02:11



Salam...
Dapat pi Haji tahun ni ke??
Alhamdulillah...
Insyallah nanti adalah Bakal Bakal Tetamu Allah akan memaklumkan nanti..
Masa ni mungkin tgh sibuk persediaan Raya atau dah balik kampung..
Tu yg thread ni sunyi sikit..  
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 11:59 PM | Show all posts
Reply 569# aziefa


   
Perkhidmatan tren moden elektrik dari Arafah ke Mina sejauh 18 kilometer diperkenalkan tahun ini bagi menggantikan penggunaan bas dan pengangkutan darat yang lain.
Setiap perjalanan tren 12 gerabak itu mampu membawa 3,000 penumpang


Salam Husain...
Insyallah kita akan merasa Perkhidmatan ni...
Tak perlu lagi kot menunggu ...macam cerita Ustaz dulu..
Insyallah..Moga segalanya dipermudahkan..
Aminnn...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 01:02 PM | Show all posts
Reply  mbebbel
Alhamdullilah...guna pakej ka muassasah?
Mas916 Post at 3-9-2010 11:09



    Alhamdulillah- guna pakej THTS. Buat rayuan April 2010 selepas balik umrah Mac 2010. Terasa hati dh tertinggal di tanah suci. Dh tak boleh bertangguh lagi nk langsaikn rukun Islam ke 5. Alhamdulillah- Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang......

Mas916 dgn muasasah/ pakej? Semoga dpt menjalinkn ukhwah sesama kita di sana nanti- InsyaAllah.

Salam Aidilfitri 1431 H buat semua forumer di sini & Maaf zahir batin =)
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 05:31 PM | Show all posts
Alhamdulillah perkhidmatan tren bermula tahun ni... kurang sikit jam masa berwukuf nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 07:49 AM | Show all posts
Reply 551# aziefa


    w'salam...

2 minggu pas raya baru tau date.
menanti dalam debaran...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 07:50 AM | Show all posts
Reply 572# mbebbel


    saya dgn muassasah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 11:57 AM | Show all posts
Tahniah kepada bakal tetamu Allah musim haji kali ini. Ucapan dari saya lakukan lah segala yang terbaik. Segala gala yang terbaik dan baik baik belaka di sana nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2010 11:58 AM | Show all posts
Selamat hari raya serta maaf zahir batin utk sahabat2 forum ini dari saya yg masih menjadi pembaca setia forum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 01:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 6-9-2010 13:27

Salam tadi pi Tabung Haji Bangi..
Sekadar makluman bersama...

KURSUS PERDANA                    25 & 26 SEPTEMBER 2010
PENERBANGAN PERTAMA         09 OKTOBER 2010
PENERBANGAN AKHIR              09 NOVEMBER 2010 (JANGKAAN)
WUKUF                                       16 NOVEMBER  2010
BALIK KT01                               22 NOVEMBER 2010 (JANGKAAN)
BALIK PENERBANGAN AKHIR  22 DISEMBER 2010 (JANGKAAN)
SERAHAN BARANGAN HAJI      02 & 03 OKTOBER 2010 (JANGKAAN)

Kita pulak yg excited dan rasa seronok..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 03:18 PM | Show all posts
Seronoknyer dengar kegembiraan bakal Duyuffur Rahman tahun nih.  Ana pulak do menyibukkan diri tolong preparekan sahabat2 ana dan mertua yg yg terpilih tahun ini.  Walaupon sekadar tolong depa preparekan diri, logistik dll terasa jugak kemeriahan yg diri sendiri rasai tahun lepas.  Bila dah cenggitu apalagi mulalah terasa nak pegi jugak.  Pusing kiri, pusing kanan tenung sana tenung sini, maka dibuat keputusan utk pegi next year Apr...so skrg dok ushar mana2 pakej yg patut....Hussein...jom kita gi lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 05:45 PM | Show all posts
sabar ayahjoe...
kita lepaskan hussain buat haji dulu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.071094 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list