|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
susah2 nak jatuh cinta ...sekali bila kawin ....dua |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo hepi ending cam industan punya movie sure la Arif kawen sama Jasmin..
Kalo sad ending cam japan punya movie... salah sorang mati or hilang tanpa dapat dikesan...
*harus kena maki kat penulis neh... mohon nyorok dulu* |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Muhaiyeen duduk kembali dimeja makan untuk makan malam bersama keluarganya. Sejak akhir2 ini, dia mula pulang awal kerumah kerana Datin Zaharah sudah mula memasak untuk makan malam.
“Ada apa?” soal Datin Zaharah sambil mengerutkan dahinya. Elok2 saja makan, ada panggilan dari Arif sebentar tadi. Nada perbualan antara kedua beranak itu nampak serius.
“My new assistant cum Arif’s secretary got accident siang tadi,” kata Datuk Muhaiyeen sambil meneruskan makan. Sejak dahulu lagi, sesiapa saja yang menjadi Pembantu Datuk Muhaiyeen, secara automatic menjadi setiausaha kepada Arif. Untuk menjimatkan kos pentadbiran, kata Datuk Muhaiyeen.
Sejujurnya, dia merasakan, kerjanya dan kerja Arif lebih kurang sama saja. Jadi, buat apa menggaji 2 orang untuk menguruskan satu kerja. Setakat ini, tiada kompelin dari mana2 bekas pembantunya yang mengatakan kerja terlalu banyak. Semuanya masih berada dalam kawalan skop kerja yang betul.
“Accident? Kat mana?” soal Datin Zaharah. Jasmin disebelah, mula memasang telinga. Suapannya bertambah perlahan.
“Kat gudang. Ada pallet runtuh,” kata Datuk Muhaiyeen memberi informasi penuh. Datin Zaharah terdiam sejenak.
“Habis tu, budak tu macam mana? Arif okay tak?” bimbang hati Datin Zaharah. Jasmin turut memandang Datuk Muhaiyeen menantikan jawapannya.
“Masuk hospital KK. Arif okay. Tadi Arif call dari hospital…” kata Datuk Muhaiyeen lagi.
“Budak baru tu cantik ke bang?” soal Datin Zaharah lagi. Suapan Datuk Muhaiyeen terhenti. Wajah Datin Zaharah dipandang.
“Awak ni…tak habis2 lagi. Kan dah ada teman sekarang. Tak payahlah nak memaksa budak tu berkahwin lagi..” kata Datuk Muhaiyeen yang faham benar maksud hati isterinya. Digeleng2kan kepalanya.
Datin Zaharah mencebik. Makanan di pinggan secepat mungkin cuba dihabiskan. Jasmin terdiam. Tiba2 hatinya tidak tenang. Berdasarkan perbualan tadi, nyata pekerja yang disebut2 itu, pekerja perempuan. Baikkah layanan abang Arif padanya? Mesti perempuan tu suka pada abang Arif…
Jasmin mengeluh kecil. Baguslah kalau macam tu! Sekurang2nya, harapan dan impian mama untuk melihat abang Arif kahwin akan terlaksana! Sebelah hatinya berbisik demikian. Jasmin menarik nafas lemah. Kerusi meja makan di depannya yang selalu dihuni oleh Arif dipandang. Lambatnya masa berjalan… |
|
|
|
|
|
|
|
“Encik Arif pergilah balik. Esok Encik Arif kerja,” sungguh2 Wardah memaksa Arif pulang ke hotel. Pergelangan kakinya yang cedera terpaksa dibalut. Memandangkan tiada siapa dihotel yang akan menjaganya, Arif memohon pihak hospital untuk menempatkan Wardah di wad sehingga dia benar2 boleh berjalan semula. Kata doktor, selepas 2 hari, mungkin kaki Wardah akan sembuh sepenuhnya.
Arif menutup akhbar yang dibaca sejak wardah membebel tadi. Dia menimbang2 permintaan Wardah.
“Kalau you nak apa2, you call saya. Esok saya datang lagi,” kata Arif. Dia berasa penat juga menunggu di hospital itu sejak siang tadi. Kalau tidak kerana rasa tanggungjawab ke atas pekerja yang mengalami kemalangan di tempat bekerja, dia pun tidak terdaya hendak menongkah tenaga menunggu di situ.
“I will…” angguk Wardah. Wajah Arif dipandang penuh kasih. Lelaki itu memang layak dipuja kerana kebaikannya dan budi pekertinya.
Arif mengukir senyum lalu berlalu dari wad. Sewaktu bertembung dengan seorang jururawat, Wardah nampak Arif seperti berpesan sesuatu kepada jururawat berkenaan. Caring!! Wardah senyum. Itu rumusannya terhadap sikap Arif.
Hmm…syoknya kena accident!!! Kalau macam ni, hari2 accident pun tak apa. Asalkan ada Encik Arif di sebelah. Wardah menggerakkan kakinya sebaik kelibat Arif mula hilang dari pandangan matanya. Sebenarnya, kakinya cuma luka dari luaran saja. Tidaklah terpelecok seperti yang didakwa kepada doktor.
Itu hanya alasannya agar menampakkan kecederaannya serius. Sikap Arif yang mengambil berat buat dia rasa mahu berada disamping Arif setiap masa.Wardah senyum lebar. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin menunggu Datin Zaharah di luar kelas memandu. Hari ini, Jasmin sudah mula memandu ditemani oleh pengajarnya. Jasmin menongkat dagu, merenung jauh ke taman bunga di depan kawasan sekolah memandu tersebut. Entah kenapa, hari ini Datin Zaharah agak lambat menjemputnya pulang.
Arif masih belum pulang dari Sabah. Terkadang, bila malam menjelma, terbayang wajah Arif yang suka berborak dengannya didapur. Namun, ketiadaan Arif, membuatkan dia minum seorang diri setiap malam didapur.
Waktu itu, ingatannya terhadap Pak Mat, Ali dan Tini menjengah kotak fikirannya. Bagaimana caranya dia hendak menghubungi mereka? Telefon ada dirumah, tapi dia tidak berani hendak menggunakan telefon tersebut. Kucar kacir perasaan Jasmin.
“Tak balik lagi ke?” tegur seorang lelaki yang merupakan salah seorang pelajar di situ juga. Jasmin senyum kelat sambil menggeleng. Dia tidak berminat hendak berbasa basi dengan sesiapa.
Tak semena2, lelaki tadi duduk disebelahnya di bangku kayu yang panjang itu. Jasmin diam, membiarkan sahaja. Bangku tu pun, bukan miliknya seorang. Hak milik awam.Suka hatilah sesiapa pun nak duduk kat situ.
“Nama you Jasmin kan? Mana mother you? Selalu awal dia datang..” wah!wah!wah! Ramah sungguh cik abang berjambul setinggi KLCC ni…
“Dia lewat sikit agaknya..” keluh Jasmin perlahan. Sekadar menjaga hati lelaki itu. Mana lelaki itu tahu namanya pun, dia tidak tahu.
“I Shazlan..” Jasmin memandang pemuda disebelahnya yang memperkenalkan dirinya sendiri tanpa dipinta. Ada aku kesahhhh??? Hendak saja Jasmin berteriak kemukanya saat itu.
“Ohh..okay,” itu ayat yang dibalas Jasmin.
“You tinggal kat mana?” soal Shazlan lagi. Jasmin diam. Matanya bersinar sebaik ternampak kelibat kereta Honda CRV berwarna putih milik Datin Zaharah menyusur masuk ke kawasan sekolah memandu. Cepat2 Jasmin bangun mendapatkan Datin Zaharah.
“Sorry….jalan jammed sikit tadi,” kata Datin Zaharah seraya membuka pintu kereta kepada Jasmin. Jasmin terus menyusup ke dalam perut kereta tanpa menoleh ke belakang lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
“So, macammana hari ni? Dah okay sikit? Doktor cakap you dah okay,” sapa Arif sebaik memasuki wad yang menempatkan Wardah. Wardah yang sedang bersandar di kepala katil tersenyum.
“Mmm..better than yesterday. Tapi, kaki saya ni masih tak berapa kuat nak pijak,” adu Wardah. Arif duduk di kerusi di sisi katil. Dia mengangguk.
“So, esok dah boleh balik?” soal Arif. Jika menurut kata doctor, esok memang wardah dijadualkan boleh pulang. Wardah terdiam, kemudian mengangguk.
“Encik Arif tak masuk office ke hari ni?” soal Wardah. Hari masih ada separuh hari untuk bekerja. Arif tersenyum simpul.
“Saya half day hari ni. Saja nak datang lawat you,” kata Arif.
“Susah2 je Encik Arif datang…” ujar Wardah tersipu2 malu. Arif senyum.
“Eh, you cakap your sister kerja dengan satu company jual barang See Kuat tempohari. Actually how much different their price rom See Kuat’s price?” soal Arif ingin tahu. Kakinya disilangkan sambil memandang Wardah.
“Oh..yang itu. Actually, saya pun tak berapa pasti. Tapi, kalau kita betul2 nak, kita boleh review harga dia dulu, then lepas tu baru kita propose harga kita. Tengoklah macammana dia nak bagi. Tapi, company tu pun masih baru. Not very well establish…” kata Wardah.
“Ohh..” Arif terangguk2. Baru rupanya. Patutlah tak tahu sebelum ni. Tapi, kalau berniaga dengan syarikat baru pun ada risiko juga. Bimbang kalau2 pihak syarikat tidak dapat memenuhi keperluan permintaan semasa.
“You sebelum ni kerja kat mana?” soal Arif. Meneliti keperibadiannya, jelas Wardah tahu selok belok industry itu. |
|
|
|
|
|
|
|
“Sebelum ni saya dengan BCH Industries. Adalah dalam 5 tahun..” balas Wardah.
“Ohh..patutlah. 7 years before, we have ever engaged with BCH Industries. But after that we moved,” kata Arif .
“Oh ya ka?”soal wardah pula tidak percaya. Arif mengangguk.
“Saya tanya Encik Arif satu soalan boleh? Tapi ini soalan peribadilah..” dari hal2 berkaitan kerja, Wardah sudah menukar topic perbualan. Arif sekadar menjungkit bahu, member izin Wardah untuk bertanya.
“Encik Arif ni umur berapa? Mula2 saya masuk kerja, saya macam tak percaya orang semuda Encik Arif boleh jadi CEO syarikat,” kata Wardah. Arif tersenyum sumbing.
“Actually, saya ni bukan muda lagi….saya dah 30 tahun….hujung bulan depan, cukup umur saya 30,” kata Arif lagi sambil tergelak kecil. Gelak orang kaya…..
“30 tahun tu…muda lagi Encik Arif bagi seorang lelaki! Lainlah kalau perempuan macam saya ni…” tutur Wardah pula. Bicaranya sopan.
“Awak perempuan ke?” hahahaha…berderai tawa Arif dan Wardah dengan gurauan Arif. Wardah sampai menekup mulutnya menahan tawa. Tak sangka, bosnya pandai berlawak juga.
“Hai..gelak sakan sangat, kaki tu tak sakit ke,” tegur Arif bila melihat Wardah asyik menahan tawa. Serta merta tawa Wardah mati. Dipandang hujung kakinya.
“Sakit..tapi saya tahan..” balas Wardah. Arif menggeleng. Macam2!!!
Sudahnya, hampir 2 jam Arif berada di hospital itu, bersembang dengan Wardah. Apabila jam hampir ke pukul 5 petang, barulah dia pulang ke hotelnya. |
|
|
|
|
|
|
|
emm.. morning.... thanks fizi...
nmpknya jas dah merindui abang baik hatinya.... |
|
|
|
|
|
|
|
best...nak lagi....
ariff dah mula terpikat ngn wardah ke???? |
|
|
|
|
|
|
|
alahai...
kesian JASMIN...jgnlah ARIF suka org lain... |
|
|
|
|
|
|
|
arrrrgghhhh..jgn ler Abg baik hati tersyok kat Wardah plak...cian Jas..
tp..tak mungkin Datin nak bermenantukan si Jas tu... |
|
|
|
|
|
|
|
hati jas dah mula berbunga |
|
|
|
|
|
|
|
wardah tu mcm ada sikap yg x baikla....
nnt kalo arif x layan mesti dia wat sesuatu.....
arif ni plak jenis mudah simpati kt org.... |
|
|
|
|
|
|
|
Abang baik x ingatpun kat Jas ke..sian Jas |
|
|
|
|
|
|
|
Abang baik x ingatpun kat Jas ke..sian Jas |
|
|
|
|
|
|
|
min dah ada peminat nampaknya...
janganlah wardah masuk jarum nak ngorat ariff pula...
merana min nanti...
cinta baru nak berputik dah kena cantas... |
|
|
|
|
|
|
|
adesss wardah mula cucuk daun plak ye.! |
|
|
|
|
|
|
|
wardah tu nampak macam licik sikit boleh buat sakit nak pikat arif |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|