|
asfaz replied at 27-10-2024 10:59 AM
Arwah Aziz Jaafar ekan Batu belah batu bertangkup.Sweet and hensem la dimata ai.
Satu2 nya filem arwah Aziz Jaafar yg meols tengok filem Batu Belah Batu Bertangkup tulah uols. Filem Normadiah banyak juga meols layan; Bujang Lapok, Alibaba Bujang Lapok, Panggilan Pulau. Filem Panggilan Pulau meols suka kesemua lagu dalam filem tu, suara penyanyi perempuan memang pakai suara Normadiah. Normadiah memang berbakat besar, berlakon boleh, menyanyi pun boleh. Kalau xsalah meols sebelum adanya Saloma sbg penyanyi latar filem P. Ramlee, kebanyakan filem pakai suara Normadiah ni la kalau suara orang perempuan nyanyi.
Xsilap meols juga Normadiah dengan Aziz Jaafar ni antara ahli kumpulan Panca Sitara, founded by P. Ramlee. Rules group Panca Sitara ni xboleh bercinta sesama ahli kumpulan. Tp sebab Normadiah dengan Aziz Jaafar ni dah terjebak cinta, diorang keluar dari group Panca Sitara tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asfaz at 27-10-2024 04:42 PM
kakasotong replied at 27-10-2024 04:33 PM
Satu2 nya filem arwah Aziz Jaafar yg meols tengok filem Batu Belah Batu Bertangkup tulah uols. Fil ...
Mak ai ckp,suara arwah Normadiah lgi sedap drpd arwah Saloma. Normadiah mmg berbakat.Arwah Aziz Jaafar nmpk jenis sopan santun ckp lembut aje. |
|
|
|
|
|
|
|
kakasotong replied at 27-10-2024 04:33 PM
Satu2 nya filem arwah Aziz Jaafar yg meols tengok filem Batu Belah Batu Bertangkup tulah uols. Fil ...
Ai pernah baca arwah Normadiah ajar menari jugak . |
|
|
|
|
|
|
|
baru selesai tgk telefilem bahalol kt rtmklik
what a great storytelling and acting
good job jgk utk keja kamera dgn muzik latar
(sani sudin yg jgk slh sorg actor dlm ni, main biola utk background muzik drama ni)
cerita dia simple je
tp pendekatan yg disampaikan supaya audiens rasa tu, menjadi
well, at least for me
sobri anuar delivered dgn cemerlang sbg bilal aka bahalol
different level lakonan dia
really
liza othman...what else can i say
subtle as she should
adik yg watak ta'an tu pun bagus
scene die nangis lps kena buli tu nangis betul eh
terisak2 mcm btl2 lps kena pukul
good job q utk cerita asal ni
walaupun kita dh pnh dihidangkan dgn cerita watak oku, cerita antara hidup dan mati
tp overall produksi bahalol ni sgt kemas
skrip pun bagus, simple, deep
something like, saying out loud utk sesuatu yg kita dh tau, yg kita dh biasa dengar...but it doesn't sounds cheesy or dipaksa2 utk ditelan
good job jgk utk q selaku pengarah bersama zainorhisyam
can't wait utk tgk karya seni Q & team seterusnya nnt
klu ni netflix i akn rate love this, 2 emoji tangan tu
so sape yg tak tengok lagi, silakan menonton ye di rtmklik
blh try link kt bwh ni jgk
https://rtmklik.rtm.gov.my/play/ ... asa2024bahalol00001 |
|
|
|
|
|
|
|
1 lagi sis
normadiah jgk koreografer
slh satu yg igt dlm scene persembahan saloma dlm filem nasib si labu labi
lagu tari silat melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
Hoola replied at 27-10-2024 02:35 PM
ramai achik porem puji mjlis smlm
achik pun sama gigih tunggu smpai hbis 1230am
Iols pun sama tunggu sampai habis walaupun mampu tengok kot youtube je ditambah dengan dok loading tak abeh2 pasal line slow
Lepas ni tunggu Festival Filem Malaysia pulak katanya bulan 12. Kalau anugerah hat ni memang penah la dok tunggu tengok kalau tahun2 lepas punya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anak_minang at 27-10-2024 07:12 PM
Luahan hati seorang penulis skrip. Excited sebab Top 5, datang-datang tengok tak ada seat. Rupa-rupanya, pemenang dah diumum pada 22/10 (dijemput dan diraikan dalam majlis yang berbeza, namun semua yang datang/pemenang perlu dirahsiakan daripada umum. Kononnya, reveal pada hari kemuncak. Buat naya ke orang, main rahsia-rahsia. Ingat ni budak-budak ke? Ada top 5 yang dari Sabah berkorban tiket, hotel, pakaian, masa dan tenaga - rupa-rupanya pemenang dah diumum pun.
Khabarnya, ramai yang kecewa malam tu! Seakan diperlakukan dan diperbodohkan macam badut!
Apa ke bodow punya urusetia ASA 2024. Memang penaya orang!
#credit kepada Maizura Ideris/FB
Dari kertas kosong ke patah-patah perkataan… dari patah-patah perkataan jadi dua tiga helai kertas…lalu ke bilik pitching.
Dah menulis, kena bercakap pulak. Gugup, gementar, angin kus kus tu semua kena lalui, tak kira lah senior ke otai.
Lulus pitching, baru lah ada JOB untuk penerbit, pelakon dan kru. Seterusnya ke skrin. Kalau penonton suka, letupan. Kalau tak suka, kecaman. Kalau baik kualiti, juri suka lalu terangkat lah ke anugerah berprestij. Anugerah Seri Angkasa (ASA) contohnya.
Tapi sayang seribu kali sayang, golongan yang mengadakan sesuatu yang asalnya TIDAK ADA kepada ADA (dari dalam kepala ke kertas lalu ke set penggambaran) sering kali TIDAK DIHARGAI.
Contohnya, kategori penulis skrip tidak diumumkan di acara kemuncak ASA malam tadi.
Sebaliknya, diberi pada PRA ASA beberapa hari sebelum, yang mana tak diketahui oleh sesiapa pun, termasuk mereka yang tercalon dalam lima teratas. Hanya pemenang dijemput.
Jadi, menjelang acara kemuncak, sudah tentu lah calon-calon (kami empat orang semuanya) tertanya-tanya mana jemputan kami? Adakah salah untuk kami bertanya begitu kepada penerbit kami? Kebetulan tiga daripada kami melalui syarikat penerbitan yang sama. Dan penerbitnya pula…. faham-faham sahaja lah…serangannya di FB, kerap kali umpama peluru berpandu balistik Iran!
Mungkin kerana itu, kami pun dapat lah undangan melalui e-mel kepada penerbit. Mungkin kerana peluru berpandu balistik itu atau kerana apa, wallahualam.
Tapi bila sampai dalam dewan, kami mundar-mandir cari kerusi di sekitar kerusi Calon TOP 5 Pengarah. Tak ada! Sedangkan pengarah semua sudah elok duduk di kerusi mereka.
Masa kami kecoh mencari kerusi itu, rasa macam banyak juga mata-mata yang memandang kami kerana kami masuk lambat. Memang acara dah nak mula sangat.
Kami lambat sebab sibuk bergambar dengan semua orang yang kami jumpa di sepanjang perjalanan yakni dari lif parking sampai lah ke depan pintu dewan.
Kami kemudiannya diiring petugas ke bahagian belakang.
Dan acara pun bermula.
Tidak perlu menunggu lama untuk kami tahu duduk perkara sebenar. Awal lagi sudah ditayangkan playback video PRA ASA yang mana pemenang kategori skrip sudah pun dapat trofi, pada hari Selasa lepas.
Kami pun pandang sesama sendiri dengan muka 'blur' ya amat!
Tapi tidak lama. Kami kembali ceria dan riuh bila keluar dewan. Buktinya, ada banyak gambar-gambar lagi selepas acara. Antaranya, dengan Puan Nini, CEO Media Prima (tiberrr…)
Bab bergambar, kami memang sentiasa menang.
Akhir kata, sepatutnya, penganjur buat sidang media dari awal lagi untuk umum dua acara ini - PRA ASA untuk sekian sekian kategori, malam kemuncak ASA untuk sekian sekian kategori. Tidak lah kami tertanya-tanya, mana pass kami?
Kejadian malam tadi bukan pertama kali berlaku terhadap penulis skrip. Sudah banyak kali. Dalam grup whatsapp penulis, ramai yang kata dah letih bercakap tentang hal ini.
Betul lah tu…
Moga luahan ini mendapat perhatian daripada pihak berkenaan iaitu sekretariat penganjuran ASA di Kementerian Komunikasi bagi mengelak Rumah Siap Pahat Berbunyi sekali lagi nanti.
cc- YB Fahmi Fadzil
P/S - Sekalung tahniah buat Rahhiemi Alias dan Zainorhisyam Samudin atas kemenangan sebagai penulis skrip terbaik drama tv ASA2024 menerusi Lebai Sampan yang bersiaran di Astro Citra.
#ASA2024 #anugerahberprestij
|
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 27-10-2024 01:21 AM
Dah lama jgk mutu rtm naik. Xsilap lepas tukar menteri ke pengarah rtm few year back. Masa ni kera ...
Ya semasa Gobind Singh menjadi menteri banyak perubahan yang telah di lakukan
Aku dah mula berminat menonton rancangan-rancangan di saluran-saluran TV1 & TV2 serta mendengar Radio Klasik |
|
|
|
|
|
|
|
AWEKSAMURAI replied at 27-10-2024 09:57 AM
Wan Maimunah ni dlu aku okey sejak dia sangkut towel kat bahu sesikit menangis mcm rengsa plak aku ...
Aku dah lama tak minat dengan Wan Maimunah yang berlakon over sangat
Nampak fake |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 27-10-2024 09:14 AM
Antara tv2, & tv3 kalau ada cerita filem ai lagi suka tgk tv2
Tak iklan sgt and yg penting tak pot ...
Setuju sangat-sangat
Kualiti drama di saluran RTM sekarang ni jauh lebih bermutu dari TV3 & Astro
Siaran hiburan seperti HMI setiap hari Sabtu malam minggu lebih hebat dari TV3 dan Astro |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pu3_rania at 27-10-2024 09:26 PM
supernaturalee replied at 27-10-2024 09:17 AM
sejak gobind naik menteri kan
renovate besar2an angkasapuri tu
Ya betul semasa Gobind menjadi menteri sehingga wujudnya kini 'Angkasapuri Kota Media' yang gah
Gobind Singh ni memang banyak jasanya terutamanya membela kebajikan pekerja kontrak yang telah di perjuangkan untuk di serap sebagai pekerja tetap yang seharusnya di contohi oleh Fahmi Fadzil.
Buat hang Fahmi Fadzil jangan asyik nak jadi jurucakap kerajaan bab politik, hang sepatutnya pi bela nasib pekerja-pekerja kontrak antaranya seperti Personel MySTEP yang ada di antaranya telah berkhidmat lebih dari 3 tahun dan begitu komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang depa galas
Cousin aku bagitahu depa pekerja kontrak ni ramai yang bagus-bagus so sayangnya tidak di serapkan sebagai pekerja tetap |
|
|
|
|
|
|
|
anak_minang replied at 27-10-2024 07:08 PM
Luahan hati seorang penulis skrip. Excited sebab Top 5, datang-datang tengok tak ada seat. Rupa-rupa ...
List top 5 penulis skrip siapakah?
Mana leh tengok? |
|
|
|
|
|
|
|
pu3_rania replied at 27-10-2024 07:18 PM
Aku dah lama tak minat dengan Wan Maimunah yang berlakon over sangat
Nampak fake
Tu lh dulu2 minat sebelom dia sangkut towel kt bahu skrg entah sikit-sikit menangis tu ok lh ..murah betul airmata. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 27-10-2024 01:59 PM
lg 1 yg cringe mlm td segmen badul dgn faizal hussein
asal eh nk sebut nm bapak org mcm tu
Ko sama dgn laki aku membebel dia bab badul annoying cmtu.sebut nma bpak sekali sudah lh |
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 27-10-2024 08:44 AM
ada ke yg boleh imitate sore tok pah? pondan leh imitate tok tik ada lah
Adaaa.. Yg masuk kilauan emas tu nama zie |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-10-2024 07:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 27-10-2024 08:19 PM
Ko sama dgn laki aku membebel dia bab badul annoying cmtu.sebut nma bpak sekali sudah lh
Gmbr chuols tu gmbr bella ke apa? Very the filipina |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-10-2024 07:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
MistrezHermanaz replied at 27-10-2024 09:26 PM
Adaaa.. Yg masuk kilauan emas tu nama zie
Betul! Iols tgk yg first week je tp terkesima dgr suara diaa
Syg ada kanser kan ke iols salah?
Iols terbayang kalau dari muda dah bernyanyi mesti dah mendonia sbb sedap betul suara dia walaupun dah kertusss |
|
|
|
|
|
|
|
SR4tahun replied at 28-10-2024 07:04 PM
Gmbr chuols tu gmbr bella ke apa? Very the filipina
Hahahaha gambar bella wanita terpaling malang dlm dunia |
|
|
|
|
|
|
|
SR4tahun replied at 28-10-2024 07:08 PM
Betul! Iols tgk yg first week je tp terkesima dgr suara diaa
Syg ada kanser kan ke iols salah?
Iol ...
Tgk x yg semi final Sabtu baru ni.. Iols x tgk yg live sbb clash dgn ASA ni, tgk ulangan semlm ptg.. Dia bwk lagu gelombang salamiah Hassan sedap, pun ada dgr mcm suara arwah kak pah |
|
|
|
|
|
|
| |
|